Anda di halaman 1dari 2

SURAT AKU JANJI KOLEJ KEDIAMAN

TAJ INTERNATIONAL COLLEGE

1. NAMA :

2. NO. KP : 3. No. Telefon :

4. JANTINA :

5. ALAMAT SURAT MENYURAT :

6. NAMA IBU/BAPA
/PENJAGA :

7. HUBUNGAN (JIKA PENJAGA) :

8. No. Telefon :

LAFAZ PERJANJIAN

Saya yang bernama seperti di atas membuat perjanjian untuk tinggal di asrama bermula
pada_____________________. Perjanjian ini sah berkuatkuasa mulai dari tarikh temeterainya perjanjian ini.
Dengan ini, saya mengaku dan bersetuju akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang asrama
selama saya menjadi penghuni di sini dan sanggup menerima sebarang hukuman yang berkaitan termasuk
yang tersenarai di bawah. Persetujuan ini dibuat atas kerelaan hati saya sendiri tanpa desakan atau
paksaan daripada mana-mana pihak.

1. Mematuhi segala peraturan yang termaktub di dalam BUKU PANDUAN ASRAMA semasa berada dan
tinggal diasrama.

2. Tidak dibenarkan membuat tuntutan atau pampasan sekiranya menarik diri dari mendiami asrama
walaupun telah tinggal untuk satu hari selepas membuat bayaran kepada pihak pengurusan.
KONTRAK YANG TERMETERAI SELAMA 1 TAHUN.
3. Pembayaran yuran adalah mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan oleh pihak asrama.
Penalti akan dikenakan sekiranya pelajar gagal memberi alasan serta bukti yang kukuh pembayaran
ditangguhkan.

4. Tidak akan menuntut sebarang tuntutan gantirugi atau pampasan sekiranya menarik diri dari mendiami
asrama berkenaan, walaupun telah tinggal untuk satu hari selepas membuat bayaran kepada pihak
pengurusan asrama .

5. Tidak akan menuntut sebarang tuntutan gantirugi atau pampasan sekiranya berlaku sebarang
kemalangan diri ataupun kehilangan harta milik peribadi semasa tinggal di asrama berkenaan.

6. Menggunakan dan menjaga semua peralatan/kelengkapan yang telah disediakan dengan sebaik
mungkin. Jika terdapat sebarang peralatan yang hilang ataupun dirosakkan dengan sengaja/tidak
sengaja pihak pengurusan akan menuntut ganti kos atau nilai harga bagi barangan tersebut.

7. Akan berkelakuan baik semasa tinggal di asrama dengan mengekalkan semangat bekerjasama dan
tolak ansur. Pihak pengurusan asrama akan membuat teguran untuk kebaikan bersama sekiranya
terdapat atau wujud sebarang masalah timbul dikalangan para pelajar.

8. Menyertai semua program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak TAJ International College atau Pihak
Pengurusan Asrama. Kegagalan pelajar untuk berbuat demikian akan menyebabkan nama pelajar
berkenaan tidak akan tersenarai untuk tinggal di asrama pada semester yang berikutnya.

9. Tidak akan melibatkan diri dari sebarang perlakuan yang menyalahi disisi undang-undang Malaysia.
Sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang akan menyebabkan pelajar disingkirkan keluar
dari menyertai atau menginap di asrama tersebut tanpa diberikan sebarang pampasan dan notis.

________________________________ _______________________________
* Tandatangan pelajar Tandatangan Saksi

Nama : ____________________________ Nama : _______________________________

No.KP : _____________________________ No.KP : _______________________________

Tarikh : _____________________________ Tarikh : _______________________________

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT ASRAMA

Pelajar ini ditempatkan di : BLOK / NO. BILIK : ____________________________

Anda mungkin juga menyukai