Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

KARNIVAL ULTIMATE FRISBEE


1MURID 1SUKAN MSSPS
TAHUN 2017
ANJURAN
JPN PERLIS

1
PENGENALAN
Karnival Ultimate Frisbee 1Murid 1Sukan Tahun MSSPs 2017 merupakan aktiviti
tahunan yang dijalankan setiap tahun dan akan berlangsung pada 9 September 2017 di
Padang SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah.
Sukan Ultimate bukan sahaja cara untuk bertambah kecergasan atau seronok semasa
bermain. Sukan Ultimate adalah salah satu cara untuk menjalin hubungan di antara
semua pemain, baik dari latar belakang bangsa atau agama yang berbeza atau dari
peringkat sosial yang lain. Melihat kepada salah satu kenyataan Semangat Permainan
adalah “Self-refereeing” atau “Mengadili sendiri,” sukan Ultimate betul-betul membina
watak insan. Sukan Ultimate adalah latihan untuk kehidupan.

RASIONAL KARNIVAL ULTIMATE FRISBEE 1MURID 1SUKAN

 Falsafah Pendidikan Kebangsaan harus dijadikan teras ke arah melahirkan insan


yang seimbang dan harmonis
 Kejohanan tersebut dijadikan medan untuk mengcungkil bakat dalam kalangan
pelajar sekolah.
 Dapat melahirkan individu yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam
mencapai kecermelangan sukan.
 Melahirkan pelajar yang inovatif, kreatif, berkeupayaan dan kemampuan untuk
bertindak dengan rasional serta bijak sana dalam apa jua situasi.

MATLAMAT KARNIVAL ULTIMATE FRISBEE 1MURID 1SUKAN

Matlamat Ultimate adalah menganjurkan permainan yang adil dengan semangat


kesukanan. Permainan yang kompetitif adalah amat digalakkan tetapi tidak sehingga
tidak saling menghormati, tidak mengikut undang-undang atau membuat orang tidak
puas hati.

OBJEKTIF

 Membina badan yang lebih kuat,


 Mengeratkan hubungan salah satu dengan yang lain lebih rapat dan watak yang
tegas pelajar-pelajar kita akan berhasil bukan sahaja di ujian tetapi yang lebih
pentingnya, kehidupan yang akan datang masa depan.

2
BUTIRAN KARNIVAL ULTIMATE FRISBEE 1MURID 1SUKAN TAHUN 2016

NAMA PROGRAM
KARNIVAL ULTIMATE FRISBEE 1MURID 1SUKAN TAHUN 2017

ANJURAN
JABATAN PENDIDIKAN PERLIS

TARIKH PELAKSANAAN
9 SEPTEMBER 2017 (SABTU)
PADANG SMK RAJA PUAN MUDA TENGKU FAUZIAH
PENYERTAAN
12 ORANG PELAJAR LELAKI
12 ORANG PELAJAR PEREMPUAN
(SENARAI NAMA SEPERTI DILAMPIRKAN)

JAWATANKUASA KELAB ULTIMATE FRISBEE 1MURID 1SUKAN SMK KUALA


PERLIS

Penaung : Encik Abdul Hadi Bin Mahamood


(Pengetua SMK Kuala Perlis)

Pengerusi : Encik Shurizan Bin Mansor


(Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kuala Perlis)

Pengurus : Puan Aslinda Binti Buyong @ Abd Rahman

Jurulatih : Puan Nur Shazana Binti Jamil


Encik Rosnizam Bin Kamaruddin

ANGGARAN PERBELANJAAN KARNIVAL ULTIMATE FRISBEE 1MURID 1SUKAN


TAHUN 2017

Makanan : RM 6.00 x 24 = RM 144.00

Air Mineral : RM 19.00 x 5 = RM 95.00

Roti : RM 0.85 x 24 = RM 20.40

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JUMLAH = RM 259.40
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3
PENUTUP
Semoga Kejohanan ini dapat memenuhi matlamat dan objektif sukatan GERKO sukan dan
seterusnya memenuhi keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan
Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.

Disediakan oleh :

………………………………………………...
(ASLINDA BT BUYONG@ABD RAHMAN)
Pengurus Pasukan Ultimate Frisbee
SMK Kuala Perlis
02000 Kuala Perlis, Perlis

Disemak oleh :

…………………………………………………
(SHURIZAN BIN MANSOR)
Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Kuala Perlis
02000 Kuala Perlis, Perlis

Disahkan oleh :

………………………………………………..
(ABDUL HADI BIN MAHAMOOD)
Pengetua
SMK Kuala Perlis
02000 Kuala Perlis, Perlis

Anda mungkin juga menyukai