Anda di halaman 1dari 11

Skema jawapan untuk peperiksaan akhir tahun 2019

OBJEKTIF

1A 6A 11C 16A
2C 7D 12A 17A
3B 8B 13B 18 C
4D 9D 14C 19C
5A 10D 15D 20B

Bahagian B

Soalan 1
1(a) sumber primer
- sumber yang belum diolah atau diterbitkan
- bersifat asli
- belum ditafsir
- contoh – fosil, artifak, batu bersurat , dokumen rasmi dll

(b) sumber sekunder


- bahan yang telah diolah dan diterbitkan
- bahan tersebar kepada umum
- contoh : buku, majalah, jurnal,risalah

1 b. Kaedah penyelidikan sejarah


i. Bertulis
ii. Lisan
iii. Arkeologi

1c Huraikan faedah mempelajari sejarah

Sejarah mampu memberi kefahaman kepada kita tentang masyarakat, negara dan dunia
Mampu memupuk semangat nasionalisme dan perpaduan
Menjadi iktibar supaya kita berhati-hati
Mengenal Asal Usul :  Dapat mengenali asal usul keluarga & negara
Dapat memahami adat istiadat, tradisi dan budaya bangsa
Menjadi Iktibar supaya tidak mengulangi kesilapan lalu
Memupuk Patriotisme
Mengajar kita menghargai warisan negara untuk dihayati generasi akan datang
Ia akan meyemai perasaan cinta akan negra
Mengukuhkan Perpaduan
Membantu untuk meneruskan kesinambungan hubungan harmoni antara kaum
Menjadi sumber kesedaran kepada masyarakat dalam menjaga & meneruskan adat resam &
tradisi hidup
Membangunkan Negara Dan Bangsa : melaluinya kita dapat kekalkan kegemilangan yg telah
dicapai
Membolehkan kita lebih memahami budaya dulu & sekarang untuk dijadikan perbandingan
untuk membangunkan negara pada masa akan datang.
Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah :  Melaluinya, pemikiran kritis & analitis dpt
ditingkatkan.
Membolehkan kita membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa.
Mendorong seseorang memahami sejarah secara lebih empati

Soalan 2

2. (a) Jelaskan maksud dan tahap tahap zaman prasejarah


- zaman sebelum manusia mengetahui dan mengenal tulisan. Zaman ini dibahagikan
kepada zaman batu dan zaman logam. Zaman batu terbahagi kepada zaman Paleolitik,
Mesolitik dan Neolitik.
(b) Terangkan ciri ciri kehidupan manusia Zaman Mesolitik
- tempat kediaman – mendiami gua dan lubang bawah tanah dan tempat berlindung yang
diperbuat daripada ranting kayu
- peralatan – diperbuat daripada kayu, batu dan tulang haiwan. Pembuatan lebih halus dan
kemas
- pengumpulan makanan – mengumpul kerang dan siput di pinggir sungai dan laut
- kegiatan ekonomi – mengutip hasil hutan, memburu binatang dan menangkap ikan
- organisasi – hidup dalam kelompok kecil, ada yang masih hidup secara nomad, belum
ada sebuah organisasi social yang tersusun
- kepercayaan – masih mengamalkan kepercayaan animism
- kesenian dan kebudayaan – lukisan gua

2c Masyarakat Zaman Prasejarah mempunyai kehidupan yang mencabar.


Berani meneroka alam sekitar
Berdikari dalam setiap tindakan
Menghasilkan sumber makanan sendiri
Memanfaatkan sumber alam dengan bijak
Memajukan bidang pertanian dan penternakan
Membina petempatan kekal
Mana-mana jawapan munasabah
Soalan 3
(a) a. Masalah kepimpinan
Kelemahan Sultan Mahmud Shah & pembesar
 Menyebabkan ketidakstabilan politik
Amalan pilih kasih, rasuah & penyelewengan dalam pentadbiran
Perbalahan sesama pembesar  Merebut kuasa : Contohnya Raja Medeliar dan
Laksamana Khoja Hassan merebut kuasa dengan Bendahara Tun Mutahir
b. Masalah Perpaduan
Rakyat tidak bersatu
Berpecah berlaku antara Orang Melayu dengan Tamil Islam kerana persaingan kuasa
antara pembesar
Askar upahan dari luar iaitu dari Pulau Jawa yang tidak taat setia

(b) HURAIKAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH MELAKA UNTUK


MENGHADAPI SERANGAN PORTUGIS
 Menggunakan lancaran (Perahu laju) & perahu berapi
 Di kawasan pantai diperkukuhkan pertahanan dengan kayu-kayan, pelbagai jenis
Meriam & peti-peti berisi serbuk peluru
 Tembakan Meriam tidak terhenti di pantai  Menggunakan tentera bergajah
 Menggunakan Hikayat Amir Hamzah dan Ali Hanafiah untuk menaikkan semangat
Askar Melaka

(c) APAKAH IKHTIBAR YANG KITA DAPAT DARI KEJATUHAN MELAKA DI


TANGAN PORTUGIS?
 Kita harus mengekalkan perpaduan. Perpaduan merupakan benteng pertahanan yang
utama bagi sesebuah negara. Perpecahan di kalangan rakyat akan memberi peluang
kepada orang luar untuk menguasai dan seterusnya menjajah kita. Sebagai contohnya
perpecahan antara Orang melayu dengan Tamil Islam menyebabkan kerajaan Kesultanan
Melaka menjadi lemah dan ia memberi peluang kepada Portugis mudah menguasai
Melaka
 Kita harus berhati-hati semasa mengadakan hubungan dengan kuasa luar. Jika tidak
kita mudah dikuasai oleh negara kita. Sebagai contohnya, Sultan Mahmud Shah yang
tidak berhati2 semasa kedatangan Portugis telah menyebabkan Melaka jatuh ke tangan
Portugis
 Kita harus melengkapkan diri kita dengan sistem pertahanan yang moden. Ini penting
untuk mempertahankan negara kita apabila diserang musuh. Sebagai contohnya kajatuhan
Melaka berpunca dari senjata yang dimiliki oleh askar Melaka tidak standing dengan
senjata yang dimiliki tentera Portugis
 Kita juga tidak harus mengharapkan orang luar untuk memperkukuhkan benteng
pertahanan negara. Mereka tidak akan taat setia kepada negara kita dan tidak akan
mempertahankan negara kita jika diserang musuh. Sebagai contohnya, salah satu punca
kejatuhan Melaka ialah askar upahan dari Jawa melarikan diri semasa serangan Portugis

Soalan 4
(a) Namakan masyarakat bumiputera yang terdapat di Sarawak
Iban, Melayu, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu

(b) Terangkan tentang Pesta kaamatan

- diraikan oleh penduduk Kadazandusun dan Murut


- simbol kesyukuran untuk meraikan semangat padi atau Bambaazon atau
Bambarayon
- upacara kesyukuran kepada semangat padi dijalankan oleh Bobohizan/Bobolian
- ada pertandingan ratu cantik (unduk ngadau) – berkaitan dengan asal usul
pengorbanan Huminodun

(c) Apakah kepentingan semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat Malaysia?

Memastikan kestabilan politik negara


Menjamin kemakmuran ekonomi negara
Memupuk semangat patriotisme
Mewujudkan perpaduan kaum
Mengeratkan silaturrahim
Mewujudkan kerjasama / tolong-menolong
Mana-mana jawapan munasabah
Soalan 5

(a) Jelaskan maksud tamadun

F1 Dalam Bahasa Yunani perkataan tamadun iaitu “civitas”


bermaksud bandar atau kota.
F2 Dalam Bahasa Inggeris perkataan tamadun disebut civilisation
iaitu tahap pembangunan manusia dan organisasi yang dianggap
paling maju.
F3 Perkataan tamadun dalam Bahasa Arab ialah mudun, madain dan
madana yang bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan
bandar.
F4 Dalam Bahasa Melayu, tamadun bermaksud suatu peradaban yang
merujuk kepada pencapaian kemajuan masyarakat dari segi
kebendaan dan pemikiran.

(b) Apakah ciri ciri masyarakat bertamadun?

F1 Pertanian dan perdagangan


H1 Masyarakat terlibat dalam kegiatan pertanian dan penciptaan
pelbagai peralatan, pembinaan saliran dan pembinaan teres di
tanah tinggi yang menggalakkan kegiatan pertanian.
F2 Sistem Pemerintahan
H2 Kerajaan telah dibentuk untuk mengurus pemerintahan kota yang
berkembang pesat kesan daripada pembentukan Bandar.
F3 Pembentukan Bandar
H3 Perkembangan dalam bidang pertanian menyebabkan manusia
mula membina petempatan kekal.
F4 Pengkhususan pekerjaan
H4 Terdapat banyak peluang pekerjaan baharu dalam bidang
pertanian dan pentadbiran.
F5 Teknologi
H5 Kemahiran dalam bidang teknologi oleh masyarakat tamadun
awal telah menghasilkan penciptaan barangan dan monumen
serta hasil pertukangan.
F6 Organisasi sosial
H6 Kemunculan institusi dan golongan pekerja telah mewujudkan
kelas sosial.
F7 Agama dan kepercayaan
H7 Masyarakat tamadun awal mempercayai banyak tuhan.
F8 Tulisan dan penyimpanan rekod
H8 Manusia mencipta sistem tulisan yang lebih baik menggunakan
abstrak simbol bagi mewakili pelbagai bentuk idea.
F9 Kesenian dan kesusasteraan
H9 Masyarakat pada zaman tamadun awal menghasilkan hasil sastera
dan seni bina yang mengagumkan.
(Mana-mana 8 x 1 Markah)
(Mana-mana yang munasabah)

(c) Kewujudan tamadun awal dunia menjadi pencetus inovasi kepada masyarakat hari ini.

Mana mana jawapan munasabah


Soalan 6

(a) Animisme:  Kepercayaan setiap makhluk, hidupan & tumbuhan memiliki roh @ semangat
 Berkaitan dengan kepercayaan terhadap makhluk halus & menyembah roh
nenek moyang
 Dipanggil “HYANG”  Sembah roh nenek moyang untuk mendapatkan
kebaikan @ menghindari kesusahan bagi ahli keluarga yang masih hidup
Cth: Perayaan Hari Moyang oleh masyarakat Temuan di Bukit Cheeding, Banting
Selangor

Dinamisme:  Berkaitan dengan kepercayaan terhadap kekuatan yg dikenali “MANA” @


“SEMANGAT”
 Setiap benda @ makhluk mempunyai “mana” yg boleh mempengaruhi
kehidupan seseorang
 Cth: Upacara pemujaan semangat tanaman untuk mendapatkan hasil yg
banyak
Pawang masyarakat Iban menyediakan makanan korban (MIRING) semasa
sambutan hari Gawai

(b) Kita mesti mempunyai sikap menghormati amalan agama yang berbeza dalam masyarakat.
Berikan pendapat anda.

F1 Kerana masyarakat kita terdiri daripada pelbagai bangsa dan


kebudayaan.
F2 Sikap menghormati agama yang berbeza akan membawa
keharmonian dalam masyarakat.
H2 Isu-isu berkaitan agama tidak seharusnya dikaitkan dengan politik
kerana boleh menggugat keharmonian kaum.
F3 Masyarakat dapat mempraktikkan ajaran agama masing-masing
dengan aman dan bebas.
F4 Perkara berkaitan agama adalah perkara yang sensitif dan perlu
dihormati.
H4 Isu-isu berkaitan agama tidak boleh digunakan untuk
mempersendakan individu atau kaum.
F5 Kebiadaban berbicara mempersoalkan amalan dan budaya agama
lain adalah amat berbahaya kepada kestabilan dan keamanan
negara.
F6 Kritikan dan mempersenda budaya serta amalan masyarakat
beragama lain bukan sahaja boleh mengguris hati masyarakat
tersebut malah boleh menyebabkan bertambahnya perasaan
negatif dan prejudis di antara satu sama lain.

(c) Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja boleh dikekalkan? Beri pendapat anda.

 Sistem raja berkuasa mutlak yang ada pada hari ini seperti di Brunei harus diubahsuai
menjadi sistem Raja Berperlembagaan. Ini adalah penting supaya rakyat merupkan mejoriti di
sesebuah negara mendapat hak yang sebenar. Raja harus menjalankan tugas mengikut
peruntukan dalam perlembagaan. Keadaan ini menyebabkan rakyat akan mentaati instiutusi
raja dan seterusnya tidak akan menentang untuk mengubah sistem ini.
 Rakyat juga harus patuh kepada perlembagaan yang menjelaskan hak dan kedudukan raja di
sesebuah negara. Sebagai contohnya, di Malaysia Raja menjadi ketua agama Islam, oleh itu
rakyat harus menghormati keputusan raja berkaitan agama Islam. Dengan ini instiutusi raja akan
terbela dan akan kekal.
 Kerajaan juga harus mengambil tindakan ke atas sesiapa yang mencemarkan nama instiutusi
Raja mengikut peruntukan yang ada dalam undang2. Dengan ini orang ramai akan takut untuk
mencabar instiutusi Raja yang mungkin akan mengancam kedudukan instiutusi tersebut
 NGO juga harus mengadakan kempen dan ceramah untuk menyedarkan orang ramai supaya
mereka menghargai instiuti tersebut serta terus memberi sokongan supaya isnstiutusi Raja terus
kekal

Soalan 7

Kesultanan Johor Riau telah muncul sebgai sebuah kerajaan yang kuat dan unggul di Alam
Melayu. Pada abad ke -16 dan ke 17, Johor muncul sebagai pusat perdagangan yang menjadi
tumpuan perdagang.
a. Jelaskan faktor yang mendorong kemunculan Johor sebagai pusat perdagangan yang
unggul. [8 markah]
F1 : Kedudukan strategik
H1a : Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah dimudiki oleh kapal besar
H1b : Lokasi pelabuhan di kawasan selatan Selat Melaka membolehkannya mengawal
lalu lintas kapal dagang dari Timur dan Barat
H1c : Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu lintas maritim menjadi tumpuan
para pedagang luar.
F2 : Ttumpuan para pedagang
H2a : dari China, Gujerat, Belanda, pedagang Inggeris, tanah jajahan dan naungan serta
kerajaan lain di Alam Melayu
H2b : Pedagang Jawa memilih pelabuhan Johor kerana tidak minat berdagang dengan
Portugis di Melaka
H2c : pedagang Siam memasarkan hasil pertanian
C2 : seperti beras
F3 : Pusat pengumpulan dan pengedaran pelbagai barang dagangan
H3a : menjadi pusat pertukaran barangan keluaran Alam Melayu dengan barangan dari
China, India dan Arab
H3b : Tanah jajahan dan naungan Johor membekalkan lada hitam, bijih timah dan emas.
H3c : Bijih timah dibawa masuk dari Klang, Sungai Ujong dan Bernam serta Pulau
Bangka, Sumatera
H3d : lada hitam dibawa dari Jambi
H3e : Emas dibawa dari Inderagiri
H3f : Barang tempatan lain ialah kelapa kering, kayu gaharu, damar, kelembak, sagu,
pinang, ikan masin, periuk belanga, lilin dan garam
H3g : dibawa dari Pahang, timur Sumatera, Kepulauan Riau, Sungai Ujong, Klang,
Naning dan Rembau
F4 : Kesibukan pelabuhan Johor Riau
H4 : 500 hingga 600 buah kapal dagang pelbagai bangsa berlabuh di pelabuhan Johor
terutama pelabuhan Riau
C4 : contohnya kapal Siam, Portugis, Inggeris dan pulau-pulau di Alam Melayu
[ mana-mana 8 x 1m

b. Kemudahan pelabuhan yang terdapat di Johor Riau merupakan antara faktor utama yang
menjadikannya sebagai pelabuhan entreport.
Terangkan kemudahan yang disediakan di pelabuhan tersebut.
[6 markah]
F1 : Menyediakan gudang bawah tanah
H1: untuk menyimpan barangan bagi mengelakkan daripada kebakaran
F2 : Menyediakan pegawai terlatih
H2 : untuk mengendalikan urusan perdagangan
F3 : Membekalkan barangan yang diperlukan oleh pedagang
C3 : seperti lada hitam dan rempah ratus
F4 : Mempunyai kemudahan membaiki dan membina kapal bersaiz kecil
H4a : orang laut mahir dalam pembinaan kapal
H4b : mereka membuat kapal persisir pantai
C4 : seperti kolek, banteng, penjajap, balok dan pencalang
[ mana-mana 6 x 1m]
c. Cadangkan langkah-langkah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pelabuhan di
negara kita agar setaraf dengan pelabuhan perdagangan antarabangsa
[6 markah]
F1 : menyediakan kemudahan bertaraf antarabangsa di pelabuhan
F2 : menawarkan perkhidmatan yang tinggi dalam pembinaan, pembaikan dan penjagaan
kapal.
F3 : Mengorek perairan pelabuhan bagi membolehkan kapal besar berlabuh
F4 : Menyediakan peralatan moden yang berteknologi tinggi
F5 : Memastikan pengendalian dan pengurusan cekap di Pelabuhan
F6 : Mengawal keselamatan pelayaran kapal-kapal dagang
F7 : mengawal trafik di perairan tempatan
[mana-mana jawapan yang munasabah]

Soalan 8

1 (a) JELASKAN KEUNIKAN ADAT PERPATIH YANG DIAMALKAN DI NEGERI SEMBILAN


i. Jurai Keturunan Sebelah Ibu
 Kaum perempuan dianggap Ibu Soko kerana ibu yang melahirkan anggota masyarakat
 Setiap anak adalah anggota suku ibunya
 Anggota suku dianggap sedarah kerana berasal drpd moyang perempuan yg sama sebelah ibu
ii. Pelaksanaan Hukuman  Bersifat pemulihan
 Memberi pertimbangan terhadap pesalah kearah kebaikan
 Mengutamakan perasaan & kepentingan pesalah
 Kesalahan kecil diselesaikan dengan saling bermaafan @ denda yang ringan
iii. Perkahwinan
 Sesama suku tidak digalakkan kerana dianggap keluarga besar & bersaudara
 Galakkan perkahwinan di luar suku bagi wujudkan persaudaraan antara suku
 Lelaki yg berkahwin akan tinggal di rumah isteri dan menjadi anggota keluarga suku isterinya
 Digelar “Orang Semenda” (Orang mendatang). Beliau bertanggungjawab mengerjakan tanah
pusaka isteri, berkelakuan baik & menjaga nama suku isteri. Beliau juga berperanan mengendalikan
urusan peminangan dalam keluarga
Jika berlaku perkahwinan sesama suku:-  Jika wanita akan hilang hak mewarisi pusaka
 Jika lelaki akan hilang hak untuk menyandang jawatan dalam adat
 Jika ingin mengembalikan hak, perlu menjalankan adat memulih pusaka
iv. Upacara Kedim:  Menerima orang dari suku lain menjadi ahli suku
 Akan bersumpah taat setia & bersaudara dengan ahli suku yg akan disertai serta dibuat
penghebahan
v. Wanita Mewarisi Pusaka
 Wanita mewarisi harta pusaka seperti tanah & rumah. Bertujuan wanita tidak terabai
 Diwarisi secara turun temurun daripada ibu kepada anak perempuan

1 (b) HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN DI NEGERI SEMBILAN


 Menggunakan sistem adat Perpatih
 Tiga kumpulan utama berkuasa melantik penyandang pesaka adat (pemimpin)
 Perut, Suku & Luak
 Pemimpin ialah Ketua adat (Ibu Soko, Buapak, Lembaga, Undang & Yamtuan Besar @ Yang
di-Pertuan Besar)
 Penyandang pesaka adat (Pemimpin) di semua peringkat dipilih hasil permuafakatan (DEMOKRASI)
i. Yamtuan Besar @ Yang di-Pertuan Besar
 Dipilih oleh Undang Yang Empat  Menjadi ketua negeri
 Menjadi lambang kesatuan & persekutuan
ii. Undang:  Merupakan ketua Luak yang dilantik oleh Lembaga
 Undang Yang Empat (Sungai Ujong, Jelebu, Johol & Rembau)
 Undang Yang Empat akan berkerapatan memilih seorang Yamtuan Besar @ Yang di-Pertuan Besar
 Daripada keturunan Yamtuan Radin
iii. Lembaga:  Merupakan Ketua Suku yang ilantik oleh Buapak
 Berperanan:-  Memilih Undang dan Penghulu
 Menjaga keamanan dan keselamatan
 Menyelesaikan pertelingkahan antara suku
 Mengurus pembahagian harta pusaka
iv. Buapak:  Dilantik oleh Anak Buah dalam Perut
 Menjadi rujukan aspek berkaitan adat & hukum
v. Ibu Soko:  Mengetahui, memahami & menghafal adat & asal usul kelompok keluarga yang
diwakilinya
 Memilih Buapak dalam kelompoknya
 Pelantikan pemimpin di semua peringkat tidak boleh dijalankan tanpa Ibu Soko

1 (c) HURAIKAN KELEBIHAN @ KEBAIKAN SISTEM DEMOKRASI @ PERMUAFAKATAN @ PEMILIHAN


PEMIMPIN DARI PERINGKAT BAWAH BAGI SESEBUAH NEGARA
 Sistem demokrasi dapat melahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin
yang dipilih. Seperti yang kita tahu rakyat juga terlibat dalam menentukan hala tuju politik Negara. Oleh
itu, Sistem demokrasi memberi ruang dan perluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang
berkebolehan dan berkualiti.
Mana mana jawapan munasabah

Anda mungkin juga menyukai