Anda di halaman 1dari 1

Ulasan Webinar

TAJUK : Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK)

TARIKH : 16-9-19

Webinar ini menerangkan kepentingan PIPPK iaitu meningkatkan kompetensi guru untuk
mengekalkan kualiti perkhidmatan. Pelan ini dilaksanakan supaya guru bertugas dengan baik,
memastikan sekolah berkualit dan akhirnya menghasilkan model insan abad ke-21 yang
diharapkan.

Terdapat 3 fasa dalam pelan ini iaitu Fasa Praperkhidmatan, Fasa Awal Perkhidmatan
dan Fasa Pemantapan Kerjaya. Fasa praperkhimatan guru yang melibatkan latihan keguruan,
kriteria pemilihan calon guru diketatkan supaya terdiri daripada kalangan graduann 30% ke
atas dan peniliaan ikhtisas untuk memilih guru yang betul layak untuk dilantik sebagai guru.
Fasa Awal Perkhidmatan pula merupakan pelantikan ke jawatan tetap DG41, pembangunan
kompetensi melalui sokongan pementoran dan perlu mengikuti program transformasi Minda
(PTM) dan Program pembangunan Guru Baharu (PPGB) dan Penilaian prestasi dan
kompetensi melaui Penilaian Bersepadu Pengawai Perkhidmatan Pengawai Perkhidmatan
Pendidikan (PBPPP). Dalam tempoh ini, pembangunan profesionalisme PPP perlu
ditingkatkan untuk memenuhi kompetensi dan prestasi yang dinilai dengan PBPPP. Fasa
pemantapan kerjaya guru pula adalah untuk meningkatkan kompetensi agar tugas dan
tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Pembangunan Profesionalisme berterusan (PPB) perlu untuk memenuhi kompetensi


professional dan atribut bagi pembangunan kendiri dan kerjaya. PPB perlu dilaksana oleh guru
secara kendiri bagi meningkatan pembanguan guru. Webinar kementerian Pendidikan
Malaysia dilaksanakan supaya guru dapat mengikuti program tersebut secara kendiri, PIPPK
dilaksanakan berdasarkan keperluan professional perkhidmatan guru dan bidang yang terlibat.

Anda mungkin juga menyukai