Anda di halaman 1dari 1

TEKS DOA

Ya Allah Ya Rahman,
Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkatilah majlis ini, dengan limpahan rahman
dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami, dalam menjayakan majlis ini, mendapat
keredhaan dan hidayah-Mu.

Ya Allah, kami mulakan majlis kami pada hari ini, dengan berdoa dan bermunajat memohon
kepadaMu, agar Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) : Program Jom Ke Sekolah Tahun 2019 ini akan berjalan
dengan lancar dan mencapai matlamatnya.

Ya Allah Ya Tuhan kami, bukakanlah hati dan minda kami supaya kami dapat belajar
dengan mudah, dan kami mohon agar engkau berikanlah kepada kami ilmu yang
bermanfaat, serta sinarilah hati-hati kami dengan nur hidayahMu

Ya Allah
Didalam majlis yang penuh barakah ini, kami merafakkan tangan kehambaan memohon
belas kasihanmu, agar engkau sinarilah hati kami dengan cahaya hidayahmu , bukalah
minda kami dengan limpahan hikmahmu, suburilah jiwa kami dengan baja ketakwaan ,
semoga dengannya kami mudah menerima, menghayati dan mengamalkan petunjuk-
petunjuk agamamu.

Ya Allah Ya Rahim,
Jadikanlah perhimpunan kami ini, sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati.
Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini, sebagai perpisahan yang Engkau pelihara
daripada mara bahaya dan keburukan.

Program Jom Ke Sekolah 2019

Anda mungkin juga menyukai