Anda di halaman 1dari 22

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN TOPIK 2

SENI VISUAL

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI
VISUAL

PENGENALAN
Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR boleh
dilaksana untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan
pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan
keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima. Dalam merancang pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesas seseorang guru perlu cekap memilih strategi
yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran. Oleh itu, beliau haruslah mempunyai
pengetahuan tentang pelbagai pendekatan bagi merancang strategi pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendak disasarkan.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
KBSR remaja;
2. membanding bezakan setiap satu strategi dalam pengajaran dan pembelajaran;
dan
3. menunjukkan proses pelaksanaan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan
contoh aktiviti pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

OUM
18
TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
SENI VISUAL

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

2.1 SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


2.1.1 Pengenalan

Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual mengandungi bidang-bidang ilmu pengetahuan


dan kemahiran; dan aktiviti pembelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan untuk diikuti oleh guru semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Dalam sukatan pelajaran, pengetahuan kemahiran dan nilai dibahagikan kepada
unit kecil dan dijelmakan ke dalam aktiviti pembelajaran untuk mencapai objektif yang
dihasratkan.

2.1.2 Hasil Pembelajaran

Berikut adalah hasil pembelajaran sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual:

OUM
19
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN TOPIK 2
SENI VISUAL

Pada akhir sub topik ini anda dapat:


(i) Menjelaskan matlamat dan objektif Pendidikan Seni Visual KBSR;
(ii) Menerangkan bidang-bidang kegiatan yang terkandung dalam sukatan pelajaran
Pendidikan Seni Visual KBSR dan mencerakinkan aktiviti untuk setiap bidang
mengikut bidang kegiatan, jenis teknik dan kandungan penghasilan;
(iii) Membanding beza hasil pembelajaran untuk aktiviti pembelajaran yang berlainan
yang disediakan dalam Huraian Sukatan Pelajaran KBSR;
(iv) Mengagihkan bidang dan jenis kegiatan mengikut semester; dan
(v) Menyenaraikan perkara yang perlu diberi perhatian untuk menyediakan hasil
pembelajaran yang khusus.

2.1.3 Kandungan

Berpandu kepada Falsafah Pendidikan Negara, Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
sekolah rendah disediakan mengikut:
x matlamat;
x objektif;
x organisasi kurikulum; dan
x kandungan.

2.1.4 Matlamat

“Matlamat Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah


untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan proaktif menerusi
pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu
pelajar meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan
alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dam negara
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan”.

2.1.5 Objektif

Cuba anda senaraikan sepuluh objektif yang terkandung dalam Sukatan


Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah.

OUM
20
TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
SENI VISUAL

Anda telah mengenali Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) semasa mengikut


pelajaran Major anda dan Ilmu Pendidikan. Adakah anda masih ingat FPK dan perkara
berikut?

Rajah 2.1

Rujuk kepada FPK dan cuba senaraikan perkara yang anda belajar dalam
konsep pendidikan seni visual yang boleh dihubungkaitkan dengan hasrat
FPK, matlamat dan objektif mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di
sekolah rendah.

Dengan menggunakan peta minda, terangkan bagaimana anda dapat


memupuk nilai-nilai tersebut dalam diri anda dan murid-murid.

2.1.6 Organisasi Kurikulum

Organisasi kurikulum merangkumi 4 aspek utama seperti berikut:


(a) pemerhatian secara aktif;
(b) interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan;
(c) apresiasi Seni Visual secara mudah; dan
(d) menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

OUM
21
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN TOPIK 2
SENI VISUAL

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam
pelajaran seni iaitu:
(i) pemerhatian
(ii) penerokaan
(iii) penghasilan (pembuatan)
(iv) apresiasi dan perlanjutan
Kita dapat lihat bahawa aspek (b) dan (c) di atas boleh dibandingkan dengan aspek (ii)
dan (iii) dalam model Chapman. Manakala aspek (iv) dalam model Chapman boleh
dibandingkan dengan aspek (c) dan di atas.

(a) Pemerhatian yang aktif


Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu
diberi kepada perkara berikut:
x pengetahuan sedia ada murid;
x benda yang konkrit;
x minat, kecenderongan dan latar belakang murid;
x bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan
x mencetus idea dan imaginasi.

(b) Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan


Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti
penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti,
anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:
(i) penerokaan
x aktiviti kecil mudah ringkas;
x cuba mencuba, suaikenal dengan bahan;
x penemuan oleh murid sendiri, uji menguji;
x mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain;
x bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba;
x aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan
x menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik.
(ii) penghasilan / membuat
x penggunaan alat bahan dan teknik;
x tatacara, langkah dan proses membuat;
x amalan tertib kerja;
x keselamatan semasa bekerja; dan
x penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil.

OUM
22
TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
SENI VISUAL

(c) Apresiasi
Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama aktiviti
Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang
dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian
perlu diberi kepada perkara berikut:
x aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan,
warna, ton, rupabentuk dan bentuk;
x aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda;
x aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik;
x penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya;
x perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan
x penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.

(d) Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan


x nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di dalam
kegiatan;
x nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di luar
kegiatan dalam kehidupan seharian;
x tindakan susulan;
x mencintai alam kehidupan;
x nilai patriotisme dan nilai murni lain;
x kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya dan perkembangan persepsi yang
terkandung dalam 4 aspek dalam organisasi kandungan tersebut dihuraikan
secara lebih terperinci dalam Huraian Sukatan Pelajaran; dan
x Kritikan seni: huraian, analisis, interpretasi, dan penilaian.

2.1.7 Bidang Kegiatan, Jenis Kegiatan dan Isi Kandungan Bidang

Bidang-bidang kegiatan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah
seperti berikut:
x Menggambar
x Membuat corak dan rekaan
x Membentuk dan membuat binaan
x Mengenal kraf tradisional
Setiap bidang itu mengandungi jenis aktiviti dan kandungan bidangnya. Setiap jenis aktiviti
melibatkan pelbagai alat, bahan dan teknik. Setiap kandungan bidang pula boleh
dipecahkan kepada tajuk-tajuk yang sesuai dengan tahap, minat, latar belakang dan
kecederungan murid.

OUM
23
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN TOPIK 2
SENI VISUAL

Bolehkah anda tunjukkan bahagian ini dengan satu rajah Pengurusan


Grafik?

Terangkan bagaimanakah rajah di bawah ini membantu anda.

Bidang Jenis Kandungan Tajuk

1 Menggambar Kolaj Keluarga Saya dan kakak saya


menyiram bunga di
halaman bunga.

2.2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN SENI VISUAL (P&P PSV) KBSR

2.2.1 Pengenalan

Pelbagai strategi P&P PSV KBSR boleh dilaksana untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif
dan bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima.
Dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, anda perlu
cekap memilih strategi yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran. Oleh itu, anda
haruslah mempunyai pengetahuan tentang pelbagai pendekatan bagi merancang strategi
pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang
hendak dicapai.

Di antara strategi-strategi yang boleh anda gunakan adalah seperti berikut:

OUM
24
TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
SENI VISUAL

Rajah 2.2
Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001)

Sudahkah anda dapat buku yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan


Kurikulum? Adakah anda sedang berkongsi salinan buku-buku tersebut
bersama rakan anda?

Anda telah mempelajari strategi-strategi ini dalam ilmu pendidikan dan mata pelajaran
major anda. Kita akan lihat bagaimana strategi ini digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV).

Pada akhir sub topik ini anda seharusnya dapat:


(i) mengenali dan menjelaskan strategi-strategi P&P PSV KBSR remaja;
(ii) membanding bezakan setiap satu strategi;
(iii) menunjukkan proses pelaksanaan strategi P&P dengan contoh aktiviti pembelajaran
Pendidikan Seni Visual; dan
(iv) mengaplikasi strategi di dalam perancangan P&P PSV KBSR.

OUM
25
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN TOPIK 2
SENI VISUAL

2.2.2 Konstruktivisme

(a) Pengertian

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri


pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada.

Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Mereka membentuk
peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.
Pembelajaran secara Konstruktivisme menggalakkan pelajar mencipta penyelesaian
mereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme kepada
kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme.
Pembelajaran ini menggalakkan pelajar mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat
berinteraksi dan proses inkuiri akan terhasil.
Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajaran secara
Konstruktivisme.

Imbas kembali tajuk ini yang anda pelajarai dalam ilmu Pendidikan dan
Major anda berkenaan dengan perkara berikut:
x huraian mengenai apakah itu konstruktivisme oleh McBien & Brandt,
(1997), Briner. M, (1999), dan Brooks & Brooks (1993);
x ciri pembelajaran secara konstruktivisme;
x kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme;
x peranan murid dan guru serta cabaran dalam kelas konstruktivis; dan
x perbandingan pembelajaran secara tradisional dan konstruktivisme.

Cuba anda sediakan isi penting untuk perkara tersebut:


Kita akan membincangkan contoh bagaimana strategi ini boleh dilaksanakan dalam
P&P PSV. Terlebih dahulu, mari kita mengenalpasti ciri-ciri konstruktivisme semasa
kita aplikasikan 4 aspek utama organisasi kandungan menggunakan model pelajaran
Chapman. (rujuk sub topik 2.1.6 Organisasi Rekaan)

(i) pemerhatian
(ii) penerokaan
(iii) penghasilan (pembuatan)
(iv) apresiasi dan perlanjutan

OUM
26
TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
SENI VISUAL

Dalam rajah A dan B, perhatikan senarai perkara berikut:


A. Perkara yang diberi perhatian dalam pelaksanaan strategi model pelajaran
Chapman (rujuk sub topik 2.1.6).
B. Perkara yang diberi perhatian dalam strategi konstrutivisme.
Bolehkah anda meneroka dan tambah pada senarai itu?

Rajah A Rajah B

Aspek Pemerhatian x pengetahuan sedia


- melibatkan sensitiviti deria ada
- pengetahuan sedia ada murid
- benda yang konkrit x membina
- minat, kecenderongan dan latar belakang murid pengetahuan baru
- bahan, bunyi, pergerakan dan aksi
- mencetus idea dan imaginasi
x interaksi dengan objek
- …………… dan idea
x mencari idea, buat
Aspek Penerokaan kajian
- …………. x berinteraksi dengan
- cuba-mencuba, suaikenal dengan bahan bahan dan idea
- penemuan oleh murid sendiri, uji menguji
- mencari alternatif, variasi dan kemungkinan lain x proses inkuiri
- aktif melibatkan pelbagai kecergasan
- …………… x refleksi tentang
interaksi mereka
dengan objek dan idea
Aspek Penghasilan/Membuat:
- penggunaan alat bahan dan teknik
- ………….
- penyampaian kandungan subjek, idea, hal benda
dengan bentuk hasil
- ………….

Aspek Apresiasi
- ………..
- perasaan, penghargaan dan refleksi diri
- tindakan susulan
- ………..

Cuba anda catatkan perkara yang menunjukkan bahawa pelajar:


x tidak menerima pengetahuan secara pasif dari guru tetapi dapat membina
pengetahuan baru dari pengetahuan sedia ada.
x menyesuaikan dan menguji pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada
interaksi yang aktif dengan bahan dan objek yang ada dalam pengetahuan sedia
ada.
x menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan apa yang mereka
telah bentuk supaya dapat menerangkan maklumat baru.
x membentuk peraturan melalui refleksi terhadap interaksi dan ujikaji yang dialami.

OUM
27
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN TOPIK 2
SENI VISUAL

(a) Adakah anda juga sentiasa membina pengetahuan baru secara ini?
Cuba berkongsi pengalaman anda dengan rakan anda.
(b) Adakah anda boleh jimatkan masa dengan menggunakan cara belajar
topik ini untuk belajar topik-topik seterusnya?

(b) Rumusan
Kita akan mengingat kembali bahawa pendekatan konstruktivisme mengajar kita untuk
menyusun satu tanggapan dan konsep serta pengetahuan baru jika dirancang dan
disusun dengan teliti. Ini sesuai dengan pandangan Hilda Taba bahawa kerja yang
dilakukan sendiri akan menguatkan Struktur Minda manusia. Struktur berkait dengan
Kognitif, Ingatan dan Luahan Semula (‘Memory and Retention’), Pemikiran Bercapah,
Pemikiran Bertumpu dan Penilaian.

2.2.3 Teori Kecerdasan Pelbagai

(a) Pengertian
Teori Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam
kajiannya Howard Gardner mendapati ‘seven ways of knowing, perceiving and
understanding life’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat
termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai
kriteria yang istimewa.

Teori Kecerdasan Pelbagai berperanan sebagai penjana kecerdasan serta


mendefinisi konsep kecerdasan yang relevan dalam pendidikan hari ini. Ianya
dirumuskan sebagai:
x kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar;
x kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan; dan
x kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai
dalam lingkungan sesuatu budaya.

OUM
28
TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
SENI VISUAL

Rajah 2.3
Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran.

Perhatikan contoh-contoh perkara yang dilakukan oleh murid berikut:


(a) Murid meniru aksi pekerja menyusun bata di atas tembuk yang tinggi
dan yang rendah.
(b) Murid menggayakan aksi seperti sedang memandu kenderaan.
(c) Murid meniru bunyi kenderaan bergerak.
(d) Murid menggayakan aksi seperti sedang berjalan dalam air banjir.
(e) Murid meniru muzik dalam iklan.
(f) Murid menyebut ejaan untuk nama objek.
(g) Murid membandingkan panjang objek dengan panjang jarinya.
(h) Murid membilang bulatan yang telah dilukis.
(i) Dua orang murid bersama-sama menggayakan pergerakan diri di atas
jongkang-jongkit.
Untuk setiap contoh di atas, cuba anda catatkan kecerdasan yang terlibat.
Terangkan bagaimana contoh itu boleh digunakan dalam pelajaran dalam
PSV. Kelaskan pengetahuan, kemahiran dan nilai (PKN) itu.

OUM
29
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN TOPIK 2
SENI VISUAL

(b) Rumusan
Kesemua lapan kecerdasan dimiliki oleh semua individu tetapi tahapnya adalah
berbeza. Oleh sebab itu, sebagai guru, anda boleh memupuk kecerdasan tersebut
dalam diri anda dan juga dalam pelajar-pelajar anda.

Ingat! Anda patut cabut isi penting dan kemudian dapatkan contoh sedia
ada PSV dari sekolah. Teliti dan pilih contoh mengikut bidang kegiatan.
Kenal pasti bagaimana isi penting boleh dikaitkan dengan contoh. Kongsi
pengalaman anda bersama guru, rakan dan tutor.

2.2.4 Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT)

Rajah 2.4
Sumber: http://www.childrenhospitalschool.leicester.sch.uk

(a) Pengertian

Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT mestilah dilihat sebagai satu alat
tambahan kepada Pengajaran dan Pembelajaran atau Teknologi Pengajaran yang
berkesan berbantukan penggunaan ICT.

Penggunaan ICT dalam seni mampu menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah,
bermutu dalam komunikasi visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan
penggunaan media.
Rujukan : PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Penggunaan Teknologi dan
Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
(b) Rumusan
Dalam Pendidikan Seni Visual, ICT merujuk kepasa kemampuan teknologi itu sendiri.
Ia berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang memberi sokongan kepada pelajar,
guru, panitia serta organisasi sekolah bagi menyempurnakan tugas serta kewajipan
yang ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta salah satu kaedah
melaksanakan kegiatan Seni Visual yang terancang dan menarik.

OUM
30
TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
SENI VISUAL

2.2.5 Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)

(a) Pengertian

Pembelajari Akses Kendiri (PAK) adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang memusatkan kepada pelajar.

Pelajar belajar sendiri dengan menggunakan akses di bawah pengawasan dan


bimbingan anda sebagai guru. Anda perlu menyediakan aktiviti pembelajaran yang
sesuai mengikut minat dan keperluan pelajar. Pembelajaran ini lebih fleksibel, tanpa
tekanan dan pelajar dapat belajar secara persendirian atau kumpulan mengikut kadar
kemampuan pelajar.
Rujukan : PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajaran Akses Kendiri
(b) Rumusan
Untuk mempastikan keberkesanan program PAK, anda perlu sentiasa
mempertingkatkan kualiti dan mempelbagaikan bahan untuk menarik minat pelajar
menggunakan bahan-bahan di pusat PAK. Anda, sebagai guru, mesti memastikan
bahan di pusat PAK adalah mencabar dan menarik untuk ketekalan penggunaan pusat
PAK.

2.2.6 Pembelajaran Masteri

(a) Pengertian

Pembelajaran Masteri adalah pendekatan dan pembelajaran yang berfokus kepada


penguasaan pelajar; iaitu memastikan pelajar faham apa yang diajar dahulu sebelum
berpindah ke unit yang baru.

Sekiranya pelajar belum faham, aktiviti pemulihan diperlukan. Pelajar yang sudah
memahaminya, diteruskan dengan aktiviti pengayaan. Hasil pembelajaran perlu
ditentukan, aktiviti pengajaran perlu menarik, keupayaan pelajar dinilai semasa aktiviti
pembelajaran.
Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajaran Masteri
(b) Rumusan
Pembelajaran Masteri boleh dirumuskan sebagai suatu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan semua pelajar menguasai hasil pembelajaran yang
dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran
seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

2.2.7 Kajian Masa Depan

(a) Pengertian

OUM
31
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN TOPIK 2
SENI VISUAL

Kajian Masa Depan dapat menyedarkan dan merangsang minda berfikir apa yang
akan berlaku berdasarkan ramalan, imaginasi dan kreativiti yang didasarkan kepada
sejarah.

Untuk mencapainya pelajar diajar berfikir untuk meramal yang didasarkan kepada nilai
positif.

Rajah 2.5
Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pengajaran Berasaskan Kajian Masa
Depan

(b) Rumusan
Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan satu cara untuk memperolehi
gambaran tentang masa depan dengan mengkaji sejarah atau apa yang telah berlaku
dan sedang berlaku. Seterusnya membuat pertimbangan tentang apa yang akan
berlaku.

2.2.8 Pembelajaran Secara Kontekstual

(a) Pengertian

Pembelajaran Secara Kontekstual adalah kaedah pembelajaran yang


mengabungkan isi kandungan dengan pengalaman individu dan masyarakat dalam
kehidupan harian.

Ia menyediakan pembelajaran secara konkrik yang melibatkan aktiviti ‘hands on’ dan
‘mind on’.

OUM
32
TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
SENI VISUAL

Rajah 2.6
Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajarn secara kontekstual.

(b) Rumusan
Mengikut teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila
pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang
bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam
konteks dengan membuat hubungkait yang bermakna dan relevan dengan
persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian
aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau
kehidupan. Teori ini menggalakkan pendidikan memilik atau mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks
sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang
dihasratkan.

2.2.9 Kemahiran Berfikir

(a) Pengertian

Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna


dan pemahaman terhadap sesuatu serta dapat menyelesaikan masalah.

OUM
33
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN TOPIK 2
SENI VISUAL

Kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan
kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis adalah kebolehan
untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Manakala
kemahiran berfikir secara kreatif kebolehan kita mencerna dan menghasilkan idea asli
yang bersifat generatif.

Rajah 2.7
Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Kemahiran berfikir Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran.

(b) Rumusan
Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai satu proses menggunakan minda sama
ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan
dan keputusan atau menyelesaikan masalah.
(c) Refleksi
Adakah anda dapat jimatkan masa dengan menggunakan cara belajar seperti yang
dicadangkan dalam bahagian Konstruktivisme untuk belajar topic-topik tersebut?
Mengapa? Bagaimana? Apakah tindakan susulan anda? Adakah cadangan itu
membantu meningkatkan keberkesanan belajar anda? Mengapa? Bagaimana?
Apakah tindakan susulan anda?

OUM
34
TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
SENI VISUAL

2.3 PENGUJIAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


KBSR

2.3.1 Konsep Pengujian dan Penilaian

Pengujian bermaksud “memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan


bersistem”.

Misalnya, anda meminta murid-murid anda mengisi maklumat peribadi untuk melihat minat
atau hobi serta kebolehan murid-murid anda. Dengan cara yang sedemikian mudahlah
anda untuk mengkategorikan pelbagai minat dan kebolehan pelajar melalui rekod peribadi
murid.

Pengujian biasanya melibatkan pengukuran. Pengukuran tidak semestinya melibatkan


maklumat dalam bentuk nombor. Walau bagaimanapun, dalam bilik darjah, pengukuran
biasanya melibatkan pemberian markah kepada maklumat yang diperoleh. Menurut
Stevens (1951) pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut
kriteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Tegasnya pengukuran
merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperoleh dengan
ringkas dan mudah.

Pentingnya dalam pengujian dan pengukuran bahawa maklumat yang diperoleh itu benar
atau sah. Pengguna ujian hendaklah menentukan jenis maklumat yang diperlukannya.
Tugas penggubal ujian ialah untuk membekalkan ujian yang dapat memberikan maklumat
yang diperlukan itu. Jadi, pertama sekali, seorang guru Pendidikan Seni haruslah jelas
akan tujuan menguji dalam bilik darjah. Tugas kedua ialah untuk mendapat suatu ujian
yang dapat memenuhi kriteria pelajar dari kemahirannya.

Penilaian boleh ditakrifkan sebagai proses memperoleh maklumat secara bersistem dalam
usaha membuat keputusan tentang tindakan susulan yang wajar. Jadi tugas menilai
merangkumi tugas menguji dan mengukur. Anda sebagai guru Pendidikan Seni Visual
perlu menguji dan mengukur kemahiran pelajar sebelum anda dapat membuat penilaian.
Secara mudahnya, pengujian akan menjadi asas yang terawal, diikuti dengan pengukuran
dan akhirnya penilaian. Penilaian merupakan aspek yang terpenting dalam sesuatu
pengukuran. Terserahlah kepada anda sebagai guru Pendidikan Seni Visual untuk
membuat tafsiran penilaian anda. Ia boleh ditafsir dalam bentuk markah, gred, prestasi
dan kriteria lain asalkan menepati sasaran dan tujuan penilaian.

(a) Tujuan Pengujian dalam Pendidikan Seni Visual


Tujuan pengujian dalam Pendidikan Seni Visual adalah untuk:
(i) memperoleh maklum balas tentang proses pengajaran dan pembelajaran;
(ii) memasukkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut kriteria yang sesuai bagi
sesuatu tujuan termasuk mewakili sekolah untuk pertandingan Pendidikan Seni
Visual;
(iii) memilih murid untuk tugas tertentu;

OUM
35
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN TOPIK 2
SENI VISUAL

(iv) mengkategorikan murid-murid;


(v) menggerakkan atau memotivasikan pembelajaran; dan
(vi) menyelidik atau menyiasat pembelajaran dan pembelajaran di kalangan murid.

2.3.2 Penilaian Formatif dan Sumatif

Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian yang mengukur kemajuan murid, iaitu
ujian yang dijalankan dalam bilik darjah dari masa ke semasa untuk mengenalpasti
kejayaan dan kegagalan pelajar. Penilaian ini merujuk kepada sesi soal jawab yang
dikendalikan dalam bilik darjah, kuiz, lembaran kerja seni, menggambar, mencorak,
membentuk binaan dan kraf. Cara pengujian ini tidak formal. Namun begitu ujian formatif
ini boleh dilakukan secara formal, biasanya di dalam bentuk ujian bulanan. Maklumat yang
diperolehi akan membantu guru menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran
terutama sekali aktiviti pemulihan pelajar lemah.

Penilaian sumatif merupakan penilaian yang dijalankan pada akhir tahun sesuatu
kursus bagi tujuan menggred. Antara contoh penilaian sumatif ialah Peperiksaan
semester-semester di universiti-universiti atau institusi pengajian, UPSR, PMR, SPM dan
STPM.

2.3.3 Penilaian Berasaskan Sekolah

Penilaian ini berkait rapat dengan strategi pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini
menunjukkan reaksi pelajar yang membawa kepada pencapaian untuk mencapai
matlamat yang disasarkan dalam KBSR. Alat-alat dan bahan-bahan ujian dibina oleh
sekumpulan guru di sesuatu daerah dengan bimbingan pegawai Jabatan Pelajaran Negeri
dan Pejabat Pelajaran Daerah. Dalam sebutan yang lain, penilaian berasaskan sekolah
(PKBS) ini diselaras secara berpusat. Sekaligus pencapaian yang disasarkan akan
menjurus kepada matlamat dan objektifnya. Proses pemusatan mengikut daerah ini
mengambil kira kesesuaian atau keserasian keperluan pelajar disamping aras pemikiran
pelajar. Penekanan terhadap perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor dapat
diimplementasi dengan terancang.

PKBS dikendali melalui tiga cara iaitu:


x pemerhatian,
x lisan,
x bertulis dan amali.

Penilaian PKBS dikendalikan secara formatif dan sumatif. Apapun jenis penilaian yang
akan dikendalikan, penekanan pembinaan individu murid dari konteks jasmani, emosi,
rohani dan intelek (JERI) menjadi pilihan utamanya. Akhir penilaian PKBS ini akan dapat
merumus kekuatan dan kelemahan murid dari segi kognitif, afektif dan psikomotor.
Apakah tindakan seterusnya? Kajian tindakan untuk meminimakan kelemahan pelajar
dilakukan dan di atasi untuk proses peningkatan dari masa ke semasa. Penilaian PKBS
Pendidikan Seni Visual menekankan kaedah pemerhatian bagi tujuan penilaian afektif dan
pentaksiran hasil kerja bagi menilaian kognitif dan psikomotor.

OUM
36
TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
SENI VISUAL

2.3.4 Peranan Guru Pendidikan Seni Dalam PKBS

Peranan Guru Pendidikan Seni Dalam PKBS adalah untuk:


(i) mengemaskini maklumat pelajar dalam pencapaian Pendidikan Seni Visual sepanjang
persekolahan sehingga tahun enam;
(ii) membuat laporan pencapaian untuk tindakan susulan dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual;
(iii) memperinci maklumat pencapaian aspek kognitif, afektif dan psikomotor;
(iv) memastikan alat dan bahan untuk penilaian PKBS diperolehi daripada Pejabat
Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Negeri;
(v) meneruskan penilaian bulanan, semester dan memenuhi keperluan rekod profil dan
rekod prestasi;
(vi) melakukan penilaian secara formal dan tidak formal; dan
(vii)menggunakan penilaian formatif yang dikumpulkan untuk menghasilkan penilaian
sumatif pada jangka panjang.

2.3.5 Penilaian Portfolio

Portfolio merupakan himpunan atau koleksi hasil kerja pelajar, maklumat pelajar,
pengetahuan pelajar, intelek dan kebolehan menyelesaikan masalah pelajar.

Bahan portfolio pelajar menggambarkan amalan pelajar, proses pembelajarannya serta


sikap dan nilai terhadap kerja. Penilaian portfolio merupakan satu cara atau kaedah
menilai pelajar secara bersistem, menggambarkan penguasaan kemahiran dalam konteks
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

Penilaian berportfolio ini telah dilaksanakan di sebahagian besar negara-negara Eropah


termasuk Amerika Syarikat. Satu projek di Universiti Stanford menunjukkan bahawa
porfolio ini membawa kesan yang amat memberangsangkan untuk menilai pelajar.
Penilaian yang demikian dianggap amat adil dan memperuntuk masa yang mencukupi
kepada pelajar untuk menyiapkannya. Di Malaysia, penilaian portfolio ini diperkenalkan di
maktab-maktab perguruan untuk menilai guru pelatih. Penilaian berportfolio ini amat wajar
untuk diimplimentasi di sekolah-sekolah kerana amat relevan dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan konsep JERI seperti yang disebut di atas.

Portfolio merupakan satu bekas atau fail yang diisi dengan berbagai-bagai jenis dokumen,
sketsa, penjanaan idea, pemeraman idea secara lakaran atau illustrasi, nota-nota dan
refleksi pembelajaran. Menurut Paulson dan Meyer (1991), portfolio ialah satu koleksi
bahan terpilih yang dapat menunjukkan daya usaha, kemajuan dan pencapaian seseorang
pelajar dalam satu atau lebih bidang pelajaran.

Portfolio dalam Pendidikan Seni Visual menampilkan beberapa ciri yang tertentu. Ia
merupakan satu fail kerja yang dibina secara berterusan dan beransur-ansur mengikut
keperluan semasa dalam proses pembelajaran. Koleksi perkembangan pembelajaran
pelajar dirancang secara bersistem dengan menunjukkan adanya rujukan buku dan tokoh

OUM
37
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN TOPIK 2
SENI VISUAL

seni. Akhirnya, anda sebagai guru Pendidikan Seni Visual yang menilai portfolio pelajar
akan dapat melihat usahanya, kemajuan pembelajaranya dan pencapaian secara
menyeluruh dan pencapaian spesifik.

RUMUSAN
Anda seharusnya telah mengenal dan memahami secara mendalam isi kandungan
sukatan pelajaran KBSR Pendidikan Seni visual bagi tujuan persediaan menyusun atur
perancangan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah.
Secara sekuennya, empat bidang yang terdiri daripada menggambar, membuat rekaan
dan corak, membina dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional perlu diatur
susunan perancangannya sehingga tamatnya satu tahun pengajaran dapat diagih secara
saksama dan seimbang. Bagi setiap topik pengajaran, pilih strategi yang sesuai dalam
pengajaran pembelajaran dan beberapa strategi mungkin akan diapilkasikan dalam satu
topik selagi mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan. Akhirnya
buat penilaian. Anda boleh memilih penilaian secara formatif atau sumatif . Apa pun
penilaian yang anda lakukan, objektifnya ialah untuk mengukur keupayaan murid dan
guru dalam pengajaran dan pembelajaran tadi.

GLOSARI
Alternatif — Pilihan
Analogi — Persamaan
Apresiasi — Penghargaan
Behaviorisme — Fahaman dari teori tingkah laku
Hipotesis — Andaian
Inferens — Kesimpulan
Imaginasi — Kerangka idea
Kendiri — Kenali diri
Kognitivisme — Fahaman dari teori pemikiran
Konstruktivisme — Pengukuhan , pembinaan konsep
Manipulasi — Mengendali dengan cekap
Variasi — Pelbagai

UJIAN 1
Berdasarkan maklumat yang anda perolehi daripada modul ini, beri contoh aktiviti P&P
yang menggunakan 2 strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk satu
bidang kegiatan. Jelaskan jenis kegiatan dan kandungan yang anda pilih.

OUM
38
TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
SENI VISUAL

UJIAN 2
Cuba laksanakan aktiviti dalam Ujian 1 di atas di bilik darjah. Apakah perasaan anda?
Buatlah perbandingan kelebihan dan kelemahan penggunaan strategi P&P dalam bentuk
pengurusan grafik.

Tahniah! Anda telah berjaya melaksanakan aktiviti yang menggunakan strategi P&P
dalam bilik darjah. Anda juga telah berjaya membuat refleksi pengajaran. Sila kumpulkan
semua hasilan kerja untuk dibincang bersama semasa pertemuan tutorial.

OUM
39

Anda mungkin juga menyukai