Anda di halaman 1dari 4

Bab 1

Pengenalan

1.1. Pengenalan Umum

Pada masa kini, terdapat banyak kemalangan yang berlaku di institusi pengajian
tinggi seperti kemalangan semasa sukan, lawatan, aktiviti luar dan sebagainya.
Sekiranya berlaku kemalangan, pensyarah yang mengiring pelajar akan
bertanggungjawab dan dipersalahkan ke atas kejadian itu. Sekirannya
pensyarah mempunyai pendedahan awal mengenai pertolongan pertama,
pensyarah boleh memberi rawatan kecemasan sebelum diberi rawatan atau
bantuan yang bertauliah. Tetapi ramai pensyarah yang tidak diberikan
pendedahan awal berkaitan pertolongan pertama. Begitu juga yang berlaku di
Kolej vokasional Likas semasa sukan tahunan ataupun Sukan Voktek Sabah.

Sebelum memberi bantuan kecemasan, pastikan keselamatan anda juga


terjamin dengan menimbang bahaya akibat dari kemalangan tersebut dengan
mengetahui punca kecederaan mangsa, Seperti terkena renjatan elektrik dan
lain-lain.
Pastikan anda tidak terus menyentuh mangsa, sebaliknya peka dan bertindak
pantas menurut keperluan. Sekiranya mangsa terkena rencatan elektrik maka
pastikan kadar bahaya elektrik yang mangsa hadapi. Sekiranya 240 Volt ke
bawah gunakan penebat untuk meleraikan mangsa dari punca rencatan elektrik,
seperti baju, tali pinggang dan lain lagi.

1.2. Penyataan Masalah

Penyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang dijalankan.


Penyataan masalah merupakan isu yang menjadi pemangikin kepada
kajian. Penyelidik tentunya telah bersedia untuk mempertahankan isu
atau masalah isu atau masalah yang ingin dikaji. Justeru itu, penyelidik
perlu menerangkan secara mendalam mengapa kajian berkenaan perlu
dijalankan. Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan,
pemerhatian dan temubual yang dijalankan. Selain itu, ia juga boleh
diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal selidik.

Untuk mengenal pasti penyataan masalah yang telah mencetuskan idea


projek ini, pelbagai kaedah kajian yang kami laksanakan di Kolej
Vokasional Likas. Yang pertama, fisioterapi dalam pasukan voktek tidak
memiliki kelayan. Kebanyakan fisioterapi yang dilantik tidak memiliki
kelayakan ataupun pengetahuan mengenai pertolongan cemas. Ini akan
menyebabkan masalah sekiranya atlit voktek mengalami kecederaan dan
fisioterapi hanya tahu untuk membawa pelajar ke hospital sahaja untuk
mendapat rawatan yang bertauliah. Yang kedua, hanya beberapa
pensyarah atau staf AKP kurang pengetahuan mengenai pertolongan
cemas. Sekiranya berlaku kemalangan dalam kawasan kolej atau di luar
kolej pensyarah hanya mampu lakukan yang termampu sahaja dan
menghantar pelajar ke hospital. Yang ketiga, para penyarah kurang
diberikan pendedahan mengenai pertolongan cemas di bengkel masing-
masing. Terdapat banyak perkara yang boleh membahayakan
keselamatan pelajar di semasa menjalankan praktikal atau amali di
bengkel. Sekiranya berlaku kemalangan di bengkel. Sekiranya penyarah
mempunyai pengetahuan mengenai pertolongan cemas, kadar kesakitan
yang dialami oleh pelajar akan berkurangan sebelum dirawat di hospital.

1.3. Objektif

Objektif terdiri daripada :


1. Mengadakan kursus pertolongan cemas dalam organisasi sebelum
sukan voktek untuk memberikan persiapan kepada pasukan voktek.
2. Melibatkan wakil setiap bengkel, pasukan voktek, staf AKP kolej
vokasional, PBSM dan ahli tertinggi dalam PBSM untuk
meningkatkan dan memberikan pengetahuan mengenai pertolongan
cemas.

1.4. Tujuan Kajian

Tujuan projek kursus pertolongan cemas ini dilaksanakan bagi


mengurangkan angka kes kecederaan dan pastikan setiap pelajar yang
mengalami kecederaan terutamanya semasa sukan voktek di mana atlet
voktek mendapat rawatan awal sebelum mendapat rawatan yang
bertauliah.

1.5. Skop Kajian

 Projek akan dilaksanakan di Mini Teater Kolej Vokasional Likas


 Mensasarkan fisioterapi pasukan voktek, guru di setiap bengkel, warden
asrama aspuri/aspura, wakil daripada staf admin KV Likas, Guru
penasihat Perstuan Bulan Sabit Merah dan ahli tertinggi Persatuan Bulan
Sabit Merah
 Projek ini melibatkan 30 peserta yang terdiri daripada pensyarah, Staf
AKP, Pelajar dan PBSM

1.6. Kelebihan atau jangkaan


Antara kelebihan kursus ini adalah dapat menambah pengetahuan
mengenai pertologan cemas di kalangan pensyarah, Staf AKP, Pelajar
dan PBSM dalam satu kumpulan dengan bilangan peserta sebanyak 30
orang. Selain itu, kursus ini dapat membantu para fisioterapi mengawal
situasi sekiranya ada atlit yang mengalami kecederaan. Di samping itu,
kursus ini akan memberi kelayakan kepada fisoiterapi pasukan voktek
yang akan pergi ke karnival voktek. Akhir sekali, kursus ini akan
memberi kemahiran dan pengetahuan mengenai pertolongan cemas.

1.7. Penutup
Secara kesipulannya, bab ini membincangkan tentang aspek
kepentingan kursus ini dalam organisasi. Hal ini akan memberi impak
yang besar kepada peserta yang hadir di kursus kerana ia akan mangsa
yang tercedera akan diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke
hopital. Oleh itu, Tujuan projek kursus pertolongan cemas ini
dilaksanakan bagi mengurangkan angka kes kecederaan dan pastikan
setiap pelajar yang mengalami kecederaan terutamanya semasa sukan
voktek di mana atlet voktek mendapat rawatan awal sebelum mendapat
rawatan yang bertauliah.

Anda mungkin juga menyukai