Anda di halaman 1dari 8

DATO MAHARAJA LELA

Sebab Penentangan

1. Mengambil hak mengutip cukai

24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan
British mengambil hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut akan diturukan takhta jika enggan
menandatangani pengisytiharan tersebut. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana
meneruskan kutipan cukai di Bidor.

2. Mencabar Ketuanan Melayu

Kemarahan Sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875. Sultan Abdullah dipaksa
menandatangani surat penyerahan kuasa kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserahkan kepada
Residen yang berkuasa melantik hakim, menguruskan cukai dan melantik penghulu.

3. Memperkenalkan Cukai Baru

Birch bertindak sesuka hati dengan memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap, senjata
dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi rumah perlu membayar 2 Dolar sebagai cukai kelamin.

4. Mencabuli Adat Resam

Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila mengharamkan sistem perhambaan
yang menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan kemarahan orang Melayu dengan
menyimpan hamba-hamba perempuan di rumahnya.

Peristiwa Penentangan

Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang. Mereka
mengambil keputusan untuk membunuh Birch. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya Dato’ Sagor,
Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya

Pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat
pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya
mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch. Pembunuhan Birch menyebabkan British
menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan mempertahankan
Pasir Salak. Pasukan British. Pertempuran ini dikenali sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku hampir
setengah tahun. Pada 7 November 1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua. Pejuang Perak akhirnya
dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong.

Pada tahun 1877 Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung
sampai mati di Matang, Perak. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di
Lautan Hindi. Raja Ismail dibuang negeri ke Johor.British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak
ANTANOM

NAMA : ONTOROS A/L ANTANOM

JAWATAN : KETUA KAUM MURUT DI RUNDUM

TARIKH LAHIR : 1875

TAHUN MULA MEMIMPIN : 30 TAHUN

FAKTOR PENENTANGAN

• MELARANG MEMBUKA TANAH BARU

SBUB melarang mereka membuka tanah baru mengakibatkan mereka merasakan hak mereka
terceroboh dan mengalami kekurangan beras .

• MENGENAKAN CUKAI YANG MEMBEBANKAN

SBUB mengenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti :

1. Cukai kepala 1 dolar setiap orang

2. Cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar

3. Cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen

4. Cukai tangkapan ikan besar

• MENJADI BURUH PAKSA

Orang Murut dijadikan buruh paksa dengan tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan memasang
kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum .

• MENCEROBOH KAWASAN HUTAN

SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan .

Kaum Murut membantah kerana mereka percaya pencerobohan akan menggangu roh nenek moyang
mereka
PERISTIWA PENENTANGAN

• Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB demi menebus maruah mereka

• Feb 1915 - Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan .

• Mac 1915 - Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum dan berjaya
memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB .

• Kejayaan itu menaikkan lagi semangat perjuangan orang Murut dan pengikut Antanom
bertambah menjadi 900 orang .

• Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7 rumah bawah
tanah .

• Apr 1915 - SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom

• Pertempuran berlaku selama 6 minggu

• Antanom dan 400 pengikutnya terkorban dalam mempertahankan Rundum

• Penentangan ini dikenali sebagai 'Kebangkitan Rundum'.

KESAN PENENTANGAN

- SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom.

-8 orang kanan Antanom dihantar ke Kudat

-Pengikut-pengikut lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau

-SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan kebangkitan seterusnya.

-orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai tanda protes terhadap SBUB
MAT SALLEH

Nama : Datu Mohammad Salleh bin Datu Balu

Tempat lahir : Inanam

Jawatan : Pemerintah Sungai Sugut

Keturunan : Bajau dan Suluk

Sifat : kepahlawanan dan keberanian berperang

FAKTOR PENENTANGAN MAT SALLEH

 PERATURAN YANG MEMBEBANKAN

Mat Salleh menentang pentadbiran SBUB kerana SBUB memperkenalkan peraturan baru seperti amalan
buruh paksa , cukai beras dan lesen perahu yang amat membebankan rakyat.

 PERCUBAAN BERUNDING GAGAL

Pada bulan Ogos 1895 , Mat Salleh dan beberapa orang pembesar tempatan telah pergi ke Sandakan
untuk menemui Gabenor Beaufort iaitu C.V Creagh . Beliau ingin berunding tentang masalah cukai dan
tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan . Mat Salleh tidak dilayan dan setelah
menunggu selama sepuluh hari , beliau meninggalkan Sandakan .

 PERKAMPUNGAN DIBAKAR

Gabenor Beaufort menggangap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB . Oleh itu , SBUB bertindak
dengan membakar dan memusnahkan kampungnya . SBUB menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar
kepada sesiapa yang berjaya menangkapnya .

KRONOLOGI PERISTIWA

Julai 1897 - Mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya

Nov 1897 - Mat Salleh menyerang Ambong

William Cowie , Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkan Mat Salleh . Oleh itu , beliau
menawarkan pendamaian dan pengampunan kepada Mat Salleh

April 1898 - rundingan antara Mat Salleh dengan Cowie di Menggatal dan Mat Salleh dibenarkan

mentadbir daerah Tambunan


PERJANJIAN APRIL 1898

Antara syarat perjanjian ialah :

Mat Salleh dan pengikutnya diberi pengampunan .

Penduduk Inanam yang telah melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan kembali semula .

Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan .

Mat Salleh diminta melaporkan pergerakannya kepada SBUB.

1899 - SBUB tidak menepati janji dan telah mengambil alih pentadbiran Tambunan .

Mat Salleh berasa tertipu dan meneruskan semula penentangan dengan membina kubu di Teboh ,

Tambunan .

Pihak SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran .

Jan 1900 - SBUB berjaya menewaskan Mat Salleh . Dalam petempuran itu , Mat Salleh telah

terkorban .

Perjuangan Mat Salleh diteruskan oleh pengikutnya iaitu Mat Stor dan Kamunta .

Julai 1902 - British berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh .

Anda mungkin juga menyukai