Anda di halaman 1dari 1

Kepada, 16 JULY 2018

YB. Tuan Gobind Singh Deo,

Saya ingin membuat aduan kepada tuan tentang kecuaian Petugas dan Pengurusan Poslaju Kota Tinggi,
Johor.

Saya Laily Bin Yusof yang kini tinggal di kota tinggi telah sekian lama menggunakan perkhidmatan
poslaju tetapi tindakan petugas poslaju kota tinggi ini menimbulkan tanda Tanya masyarakat setempat
kerana melambatkan penghantaran dan melayani pelanggan dengan tidak betul.

Dengan ini saya terangkan masalah yang saya hadapi semasa berurusan dengan pihak poslaju baru-baru
ini.

Pada 8 July 2018 saudara saya di Terengganu telah membuat penghataran barang kepada saya
menggunakan khidmat poslaju dan pada 10 July 2018 barang tersebut telah sampai ke kota tinggi, pada
11 July 2018 barang tersebut telah dihantar keluar mengikut sistem track & trace. Pada waktu yang
sama pihak saya telah menunggu untuk menerima barang tersebut di premis kami, tetapi sehingga
waktu petang tiada 1 pun petugas mereka yang sampai. Saya semak kembali di dalam sistem online
pada hari yang sama saya mendapati di sistem online tersebebut menyatakan bahawa petugas mereka
telah menghantar barang tersebut tetapi gagal kerana pelangan tiada di premis dan memesan untuk
menghubungi kembali untuk membuat penghantaran semula. Kenyataan mereka bahawa gagal
menghantar tidak diberi sebarang notis ke premis dan tidak datang ke premis kerana pihak kami ada di
tempat tersebut pada waktu itu. Pada 15 July saya sendiri telah pergi ke poslaju kota tinggi untuk
mengambil barang tersebut tetapi pada waktu itu pelanggan mereka terlalu ramai dan saya bercadang
untuk mengambil pada esok hari waktu pagi. Pada 16 july 2018 saya kembali ke poslaju pada jam 8.25
pagi dan pada 8.40 pagi mereka membuka pejabat untuk urusan dan kerani perempuan mereka masuk
kerja pada jam 8.43 pagi dengan melengahkan masa sambil membawa makanan tanpa menghiraukan
waktu kerja dan pelanggan mereka. saya membuat aduan ini untuk menyatakan bahawa sikap mereka
tidak disenangi oleh pihak pelanggan dan memburukan nama baik POSLAJU MALAYSIA. Saya berharap
aduan ini mendapat sokongan baik dan perhatian dari pihak tuan untuk mengambil tindakan yang
sewajarnya bagi memulihkan nama baik POSLAJU MALAYSIA. Saya membuat aduan kepada tuan atas
maklumbalas dari salah satu pegawai poslaju yang menyatakan aduan ini perlu di salurkan kepada tuan.
Saya sedia dihubungi 0127257281. Tracking.NO EH875559121MY.

Aduan di buat pada 16 July 2018.

Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai