Anda di halaman 1dari 1

KEPIMPINAN FUTURISTIK MELALUI JARINGAN SERTA JALINAN SEKOLAH

RENDAH HARIAN BIASA DAN KOMITMEN PENTADBIR

Fatimatuzzahrah Binti Roslan


SK Bandar T6, Kluang, Johor
eimmie_82@yahoo.com

ABSTRAK
Tujuan kajian adalah mengkaji hubungan antara kepimpinan futuristik melalui jaringan dan
jalinan sekolah rendah harian biasa dengan komitmen pentadbir. Jika dilihat pada ketika ini,
kepentingan jaringan dan jalinan antara sekolah-sekolah merupakan salah satu cabang
kepimpinan futuristik yang menjadi titik tolak kecemerlangan sekolah. Responden kajian
terdiri daripada 400 orang pentadbir yang bertugas di 100 buah sekolah yang dipilih secara
rawak. Dapatan kajian menunjukkan tahap komitmen bagi responden adalah tinggi. Dalam
kajian ini, instrumen yang diguna pakai adalah soal selidik dan menggunakan perisian Statistic
Packages For Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan data yang lebih jelas dan mudah
difahami. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap pengetahuan responden dalam jaringan dan
jalinan berada pada tahap sederhana. Manakala dari aspek pemikiran futuristik tahap
responden adalah sederhana. Dari dapatan kajian juga, terdapat perkaitan antara komitmen
responden dengan kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah-sekolah
harian. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, Ujian-t
berpasangan, ANOVA Sehala dan Dua Hala, dan Korelasi Pearson. Skor min jaringan dan
jalinan didapati lebih rendah daripada skor min komitmen pentadbir dalam kepimpinan
futuristik. Dengan itu tahap kepimpinan futuristik pentadbir adalah rendah. Dapatan kajian
juga turut menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan secara signifikan tahap komitmen
pentadbir dalam membuat keputusan berdasarkan lokasi dan gred sekolah. Selain dari itu,
keputusan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara
komitmen pentadbir dalam membuat keputusan dengan sokongan organisasi dan komitmen
terhadap organisasi tetapi tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan keinginan guru
menjalankan aktiviti jaringan dan jalinan. Akhir sekali kajian ini mendapati bahawa sokongan
organisasi menjadi moderator terhadap hubungan antara kepimpinan futuristik melalui
jaringan dan jalinan dan komitmen pentadbir.
Kata Kunci : Jaringan. Jalinan. Pentadbir

Anda mungkin juga menyukai