Anda di halaman 1dari 2

Melancong sudah jadi trend di kalangan rakyat Malaysia tak kira samada destinasi dalam dan luar

negara. Bila ke luar negara, aspek pertama yang dikaji ialah harga tiket kapal terbang. Semua
pelancong cuba mendapatkan tiket yang murah tapi ramai yang tidak tahu bagaimana.

Pemilik blog berkonsep pelancongan, Wan Farhan berkongsi petua bagaimana nak beli tiket kapal
terbang pada harga terendah di blognya iaitu kakikujalanjalan.blogspot.my. Jom kita baca trik yang
beliau amalkan.

1.  Tempah Hari Selasa & Rabu

Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight. majoriti syarikat
penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dibuat
kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada
hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga
tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

2. Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal

Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari
tarikh korang nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalamsistem untuk
mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan
kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam
sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan
dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat
harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan
memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka
hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.

3. Hari Terbang Yang Sesuai

Cuba korang tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat
penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk
sistem tempahan. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini,
berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi
sangat sibuk.

4. Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa

Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih
awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.

5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil

Korang boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’
bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau korang nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih
untuk mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan turun di heathrow, sebaliknya korang cuba turun di
lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester.
kemudian, dari Manchester korang naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!

6. Buang ‘Cookies’

Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang
sekiranya korang dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies
ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web
mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda
sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan
tabiat padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik
Google!

7. Bandingkan Harga

Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman
web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Korang akan terkejut sebab
kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang
sama. Berikut merupakan search engine yang aku kerap gunakan untuk travel:

1. Skyscanner
2. CheapFlight
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight
6. Ita Software

Sumber : Kakikujalanjalan.blogspot.my

Anda mungkin juga menyukai