Anda di halaman 1dari 2

KERTAS CADANGAN

KARNIVAL BAHASA INGGERIS


DAERAH HILIR PERAK
2018

1. PENGENALAN
Karnival Bahasa Inggeris mempertandingkan dua pertandingan iaitu Poetry Recitation dan Scrabble yang
merupakan aktiviti kokurikulum akademik sebagai landasan bagi guru-guru dan murid untuk
menyampaikan dan menonjolkan idea kreatif mereka. Poetry Recitation menggalakkan penggunaan
bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekali gus meningkatkan kecekapan bertutur dalam bahasa
tersebut, manakala scrabble mencabar keupayaan berfikir murid-murid untuk membentuk perkataan
dalam tempoh yang singkat seterusnya menguji tahap kosa kata murid-murid dalam bahasa Inggeris

Pertandingan ini juga diharap dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid agar lebih
sensitif dan menghargai seni tempatan serta menggalakkan murid berfikir aras tinggi. Sehubungan
dengan itu, pihak PPD Hilir Perak telah menganjurkan pertandingan ini dan SMK Convent Teluk Intan
telah dipilih menjadi tuan rumah.

2. MATLAMAT
Memberi peluang kepada murid-murid untuk mengembangkan bakat dalam menghasilkan poem dan
seni penyampaian sajak di samping meningkatkan keyakinan diri bercakap di khalayak ramai serta
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid.

3. OBJEKTIF
a) Menyokong hasrat dan usaha kerajaan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dalam
kalangan murid.
b) Mendorong murid menghargai seni penyampaian sajak sebagai medium perpaduan dan
menerapkan nilai murni
c) Memberikan peluang kepada guru dan murid menunjukkan bakat dan kreativiti dalam seni
penyampaian sajak serta penggunaan bahasa Inggeris dalam penulisan poem.

4. TARIKH DAN MASA YANG DICADANGKAN


29 Mac 2018 (Khamis)
9.00 pagi – 5.00 petang

5. TEMPAT
SMK Convent Teluk Intan.

6. KUMPULAN SASARAN
Semua murid sekolah-sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan.

7. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


Rujuk lampiran kertas konsep pertandingan Poetry dan Scrabble

8. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN


i. Poetry Recitation (Setiap pasukan dianggotai oleh dua orang murid berumur bawah 15 tahun )
ii. Scrabble (Setiap pasukan dianggotai oleh tiga orang murid sekolah menengah tingkatan 1
hingga tingkatan 5)

9. HAKIM
Guru yang berpengalaman dalam bidang ini dan guru-guru dari sekolah yang tidak mengambil bahagian
atau guru dari sekolah yang berlainan dengan pasukan yang bertanding
10. KEWANGAN

Yuran Penyertaan : RM80.00 bagi setiap kategori pertandingan.


Sumber Kewangan : Bayaran penyertaan sekolah yang mengambil bahagian
Cara Bayaran : Cek atas nama Pengetua SMK Convent Teluk Intan

NO AKAUN : 8031010018368
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
Bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 15.3.2018
Sekolah yang menarik diri setelah memberi persetujuan untuk menyertai pertandingan diwajibkan
membayar yuran penyertaan.

11. ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN

PENDAPATAN PERBELANJAAN
PERKARA RM PERKARA RM
1. Hadiah
Yuran A. Poetry Recitation
i. Poetry i. Johan (2xRM40.00) 80.00
(6xRM80.00) 480.00 ii. Naib Johan (2xRM30.00) 60.00
ii. Scrabble iii. Ketiga (2xRM20.00) 40.00
(13xRM80.00) 1040.00 iv. Sagu hati x2 (4xRM15.00) 60.00
Jumlah 240.00

B. Scrabble
i. Johan (3xRM40.00) 120.00
ii. Naib Johan (3xRM30.00) 90.00
iii. Ketiga (3xRM20.50) 61.50
iv. Sagu hati x 2 (6xRM15.00) 90.00
Jumlah 361.50

2. Banner 85.00
3. Elaun Hakim (20 orang x RM20) 400.00
4. Makanan peserta
(51 orang x RM8.50) 433.50
JUMLAH 1520.00 JUMLAH 1520.00

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………… ………………………………………
(PN SITI AISHAH BT ABD RAHIM) (PN JULIA BT MUSTAFA)
Setiausaha, Penolong Kanan Kokurikulum,
Karnival Bahasa Inggeris, Daerah Hilir Perak, Perak. SMK Convent Teluk Intan, Perak.

Disahkan oleh,

…………………………………….
(PN HJH AMINAH BT IDRIS)
Pengetua,
SMK Convent Teluk Intan, Perak.

Anda mungkin juga menyukai