Anda di halaman 1dari 3

KATAK YANG SOMBONG

PENGAJARAN 1:
Katak betina bertindak mengikut hawa nafsu.
Seperti kisah ‘Puteri Gunung Ledang’ yang meminta Sultan Mahmud menyediakan
hantaran yang tidak masuk akal sebagai simbolik untuk menolak lamaran Sultan
Mahmud. Tetapi, Sultan Mahmud telah bertindak mengikut hawa nafsu untuk
memenuhi kehendaknya sendiri.
Kawan-kawan,
Janganlah kita bertindak mengikut hawa nafsu seperti katak betina.
PENGAJARAN 2:
Katak betina membuat sesuatu tindakan secara melulu kerana hendak
membandingkan dirinya dengan lembu.
Kisah ini boleh dikaitkan dengan kisah ‘Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang telah
membunuh Dang Anum tanpa usul periksa.
Kawan-kawan, sebelum melakukan sesuatu perkara, kita mestilah menyiasat
perkara tersebut terlebih dahulu dan tidak membuat sesuatu tindakan secara melulu
seperti katak betina.

Pengajaran 3:
Kawan-kawan, dalam hidup ini, janganlah sekali-kali kita bersikap sombong. Sikap
sombong boleh membawa akibat yang buruk. Sebaliknya, sikap selalu bersyukur
dan merendah diri merupakan salah satu akhlak yang mulia.

Anda mungkin juga menyukai