Anda di halaman 1dari 4

Standard Operating Procedure (SOP)

Untuk Gereja Seventh-day Adventist (SDA) Lokal Sabah

Hanya untuk gereja di bahagian zon hijau yang telah diluluskan oleh Kementerian
Perpaduan Negara (KPN) yang DIBENARKAN dibuka untuk acara kebaktian.

SEBELUM Menggunakan Bangunan Gereja


1. Memastikan pembersihan /sanitizing premis harus dilakukan iaitu dengan
menyembur anti kuman sebelum digunakan.
2. Memastikan tanda arah MASUK dan KELUAR dibuat agar penjarakan sosial
dapat dilaksanakan.
3. Membuat tanda penjarakan sosial disetiap tempat duduk dalam gereja.
4. Gereja WAJIB menyediakan
 Buku Rekod Kehadiran
 Hand sanitizer/sabun cuci tangan
 Alat pengesan suhu badan
5. Gereja TIDAK DIBENARKAN dibuka sekiranya tidak dapat
memenuhi SOP yang telah disediakan oleh pihak Mission atas nasihat serta
arahan daripada pihak Kementerian Perpaduan Negara (KPN) , Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)

SEBELUM Masuk ke dalam Gereja


1. Memastikan kehadiran anggota ke gereja mengikut kelulusan yang telah
dibenarkan oleh pihak berkuasa atau TIDAK melebihi 30 orang: tertakluk
kepada saiz rumah ibadat.
2. Kehadiran anggota WAJIB dicatat dalam buku catatan setiap kali datang ke
gereja. Maklumat yang perlu dicatat adalah nama penuh, suhu badan,
tarikh, alamat tempat tinggal dan nombor telepon.
3. Atas nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikut
adalah TIDAK perlu hadir ke acara kebaktian gereja:
 Warga emas 70 tahun ke atas dan kanak-kanak 12 tahun ke
bawah
 Mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing
manis, darah tinggi dan berpenyakit kronik (berisiko tinggi)
 Mereka yang mempunyai gejala berkaitan Covid-19 seperti
demam, batuk, selesema dan sakit tekak atau sesak nafas.
4. Pihak gereja harus menyediakan kemudahan mencuci tangan seperti sabun
atau hand-sanitizer di hadapan premis.
5. Pemeriksaan suhu badan WAJIB dibuat kepada setiap anggota/pelawat
yang datang ke setiap acara kebaktian gereja. (Gereja wajib menyediakan
alat pengesan suhu badan dan anggota bertugas untuk mengesan suhu
badan setiap kali ada perbaktian bersama)
 Jika suhu badan melebihi 37.5 darjah celcius atau menunjukkan
sebarang symptom, anggota atau pelawat tersebut TIDAK
dibenarkan memasuki dan mengikuti acara kebaktian gereja
sebaliknya harus dirujuk ke klinik kesihatan berdekatan untuk
rawatan.
6. Gunakan ucapan Salam atau angkat tangan dan BUKAN berjabat tangan.
Elakkan bersentuhan.
7. Gunakan laluan yang telah disediakan dengan cara teratur.

SEWAKTU Kebaktian dalam Gereja


1. Mematuhi masa berbakti mengikut ketetapan yang telah diluluskan oleh
KPN.
2. Penjarakan social (Social distancing) harus dilakukan iaitu sekurang-kurang
1 meter, sebaik-baiknya 2 meter.
3. Menggalakkan anggota duduk bersama dengan ahli keluarga sendiri dengan
jarak sosial yang ditetapkan.
4. Memakai penutup hidung dan mulut sepanjang kebaktian.
5. Setiap alat yang digunakan bersama oleh pengambil bahagian dalam acara
kebaktian (mikrofon, dll) harus dibersihkan atau dinyah kuman sebelum
dan selepas digunakan dengan menggunakan pembersih kuman (sanitizer).
6. Sementara (Diakon dan Diakonis yang bertugas) kutipan persembahan dan
pengembalian persepuluhan dilakukan, elakkan daripada bersentuhan dan
wujudkan penjarakan sosial. Gunakan sarung tangan getah atau hand
sanitizer.
7. Mereka yang bertugas dalam pengiraan wang persembahan dan
persepuluhan hendaklah menggunakan sarung tangan getah atau hand
sanitizer

SELEPAS Kebaktian Gereja


1. Bersurai dengan teratur dengan mengunakan laluan yang ditetapkan dan
elakkan bersentuhan.
2. Menggunakan ucapan Salam atau angkat tangan dan BUKAN berjabat
tangan.
3. Memastikan tidak ada lagi anggota gereja di dalam gereja sebaik sahaja
selesai acara kebaktian atau masa yang telah ditetapkan.
4. Gereja harus ditutup dan dikunci setelah kebaktian selesai.
5. Pertemuan selepas kebaktian gereja yang melibatkan perhimpunan ramai
seperti Potluck dan aktiviti lain yang dianjurkan oleh gereja TIDAK
dibenarkan.

NOTA:
1. Acara seperti berikut TIDAK dibenarkan dalam Gereja
 Majlis Perkahwinan.
 Acara Penghormatan (jika ada yang meninggal dunia).
 Perjamuan Kudus.
 Seminar, Kumpulan Umum, Kebangunan Rohani dan Acara-acara
rohani yang lain selain perbaktian Hari sabat.
2. Semua anggota gereja WAJIB memahami dan mematuhi SOP yang ditetapkan
oleh kerajaan serta saranan daripada pihak Mission demi menghentikan
penularan wabak covid-19.
3. Kemungkinan besar gereja akan menerima kunjungan daripada pihak berkuasa
yang akan datang memantau setiap gereja untuk memastikan penganutnya
mematuhi SOP.
4. Sebarang pelanggaran atau ingkar kepada SOP yang ditetapkan, maka Gereja
lokal sendiri akan bertanggungjawab terhadap tindakan yang dikenakan oleh
pihak berkuasa.
5. Semua anggota gereja harus mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul
tanpa merisikokan orang lain iaitu dengan tidak bersin dan batuk secara terbuka
dan mendedahkan orang lain kepada jangkitan.
6. Demi kesejahteraan dan keselamatan bersama umat-umat Tuhan ahli Lembaga
Gereja harus berbincang dan atas nasihat pastor daerah sama ada membuka
gereja untuk perbaktian atau tidak. Jika belum bersedia mengikuti SOP, maka
jangan terburu-buru membuka gereja untuk perbaktian.

Disediakan oleh:
Pihak Pegawai Pentadbir,
Seventh-day Adventist Mission of Sabah (SAB)

Anda mungkin juga menyukai