Anda di halaman 1dari 1

&

Azie Kitchen
Food Blogger No. 1 Malaysia

Menu seimbang 2 minit


MAGGI®

Mudahnya masak MAGGI® Tom yam yang


seimbang.Tambah protein, udang, & sayur
bunga kobis!

BUKA

Home Lauk Pauk sardin Sambal Sardin

Sambal Sardin
Azie 1/20/2020 Lauk Pauk sardin

CARIAN TAJAAN

resepi sambal sardin paling sedap

sambal sardin azie

resepi sambalsardin

azie restaurant villanova pa

azie on main reservations

Saya memang tidak akan sesekali meminta


belas ehsan dari manusia. Jika mereka
merasakan apa yang dibuat adalah betul, buat
sahajalah. Manusia sangat lemah dan mereka
sendiri tidak berdaya untuk menentukan apa apa
hatta nasib mereka sendiri.

Namun mereka tidak boleh lupa yang mereka


diberi gaji tinggi kerana amanah dan
tanggungjawab yang besar. Tanggungjawab
bukan hanya di pejabat tetapi akan
dipertanggungjawab di akhirat.

Cuma selepas ini perlu lebih berhati hati. Berhati


hati bila melangkah supaya tidak lagi jatuh dan
tidak patah tulang kaki dan putus ligamen. Kena
pastikan minum air yang cukup supaya tiada
masalah batu karang. Apa yang saya boleh
lakukan ialah dengan sentiasa menetapkan
azam ingin mengubah diri saya sendiri, ingin
menjadi lebih redha dengan apa jua ketentuan
Illahi.

Apa sahaja yang berlaku atau dihadapi adalah


ketentuan dari Illahi. Hatta sakit pening sehingga
perlu bercuti sakit lama juga ketentuan Illahi
yang menpunyai hikmah yang sangat
besar. Orang beriman, akan risau jika lama tidak
sakit kerana sakit akan menghapuskan dosa
dosa kecil.

Insya Allah saya akan bersara tidak lama lagi.


Walaupun banyak suka duka sepanjang
perkhidmatan, saya memilih untuk mengingati
hanya kenangan kenangan manis dan indah
sahaja. Saya akan tinggalkan segala kenangan
pahit setakat di sini sahaja.

Selepas ini, saya akan bebas untuk melakukan


apa sahaja. Kalau tidak sihat, hendak mengambil
cuti sakit berbulan bulan pun tak apa. Tidak perlu
untuk stress stress semasa bercuti sakit.

Hari ini saya ingin kongsikan antara lauk segera


kegemaran saya iaitu sambal sardin. Sambal
sardin bukan sahaja sedap dimakan sebagai
lauk yang dimakan dengan nasi putih atau nasi
lemak tetapi juga dicicah dengan roti.

Ada pelbagai jenis sambal yang mana ada yang


suka sambal yang sedikit berkuah dan ada yang
suka sambal yang sedikit kering. Semuanya
terpulang kepada citarasa masing masing. Saya
suka kedua duanya. Asalkan sardin, semua OK.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini.


Bahan bahan memasak sambal sardin mungkin
sama sahaja tetapi yang membezakan adalah
cara cara memasak atau teknik masakan sahaja.
Jadi jom tengok cara saya menyediakan sambal
sardin di bawah ini.

Sambal Sardin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ikan sardin secukupnya
3-4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
1/2 keping asam keping
1 biji bawang besar - hiris - opsyenal
3-4 tangkai cili padi - opsyenal
Garam

Cara cara:
Panaskan minyak dan tunis bawang merah dan
bawang putih hiris sehingga naik bau. Masukkan
cili kering kisar dan tumis sehingga garing dan
terbit minyak.

Masukkan ikan sardin dan dibalik balikkan dalam


minyak supaya ikan sarding bergoreng. Nota:
Boleh juga ikan sardin digoreng dalam minyak
berasingan, jika suka.

Masukkan sos sardin dan kacau rata. Jika suka,


boleh masukkan bawang besar Holland yang
dihiris dan cili padi.

Bila terbit minyak, masukkan garam secukupnya


dan bolehlah ditutup api. Nota: boleh ceduk
keluar minyak yang berlebihan.

Dapatkan MotorTakaful Online


Iklan Etiqa Insurance & Takaful

Menu seimbang 2 minit


Iklan MAGGI®

Lagi Gambar Di Majlis


Perkahwinan Ustaz Don
dan Husna
aziekitchen.com

Cara Mudah Hapus


Kencing Manis - Seawal 5
Hari Dah Nampak Kesan
Iklan kencingmanis.co

Sardin Masak Cili Padi


Menggamit Memori di
London
aziekitchen.com

Nasi Goreng Ikan Sardin


aziekitchen.com

Majlis Resepsi Ustaz Don


dan Husna di Dewan KUIS
aziekitchen.com

Alahai Sardin Roll Ke


Sardin Puff Nih?
aziekitchen.com

Sandwich Sardin Untuk


Hidangan Petang
aziekitchen.com

Kari Ikan Sardin


aziekitchen.com

Homemade Sardine
Dengan Periuk Noxxa
aziekitchen.com

Iklan 1. Udang masak sos tiram


2. Cara memasak telur yang enak dan mudah
3. Resepi masakan simple dan cepat

Related Posts

Sardin Masak Cili Padi Menggamit


Memori di London

Karipap Sardin Mackerel Yang


Mabeles

Ikan Sardin Masak Sambal

3 ulasan

Norma Shah

Sabar Azie..saya pernah dapat hanya RM40 utk kenaikan


gaji dgn usaha kerja saya tapi saya reda dan tawakal.
akhirnya orang yg terlibat terasa bahangnya hingga sendiri
meletak jawatan walaupun x ade sesiapa yg menganggu
dia. Biar kita menangis sendiri waktu tahajud
kepadaNya....

Balas

wani ezryl *

assalamualaikum w.b.t sedapnya sambal sardin.


topik hari ni mengingatkan sy kpd perbincangan dalam
meeting di o%s bbrp hari lps. unit integriti memantau
mereka yg EL atau MC. pada sy kalau orang itu atau ahli
keluarganya benar2 sakit, bukan dia yg minta nak EL atau
MC. melainkan ketetapan drp Allah semuanya. tp kdg2
organisasi ada yg mempersalahkan golongan spt ini dan
dianggap ada masalah disiplin. apapun perlu siasat dulu
dan tidak boleh jatuhkan hukum sewenang2nya. wallahu
a'lam. semoga kuat & ceria menghadapi hari2 kak azie.

Balas

Balasan

Azie

Pemim yg beriman akan ber%kir sebelum


bertindak.

Balas

Masukkan ulasan anda...

Ulas sebagai: Akaun Google

Terbitkan Pratonton

Add your comment

! "

BUKU 101 RESEPI DARI AZIE KITCHEN

Hubungi haziahjaya@hotmail.com untuk mendapatkan


buku ini

Social Media

Azie Kitchen Blogger


152,892 likes

Like Page Share

Be the first of your friends to like this

FOLLOW ME ON INSTAGRAM #

SUBSCRIBE ME ON YOUTUBE $

Lagi Gambar Di Majlis Perkahwinan


Ustaz Don dan Husna
aziekitchen.com

Sardin Masak Cili Padi


Menggamit Memori di
London
aziekitchen.com

Nasi Goreng Ikan Sardin


aziekitchen.com

Majlis Resepsi Ustaz


Don dan Husna di
Dewan KUIS
aziekitchen.com

Alahai Sardin Roll Ke


Sardin Puff Nih?
aziekitchen.com

Sandwich Sardin Untuk


Hidangan Petang
aziekitchen.com

Kari Ikan Sardin


aziekitchen.com

Homemade Sardine
Dengan Periuk Noxxa
aziekitchen.com

Sambal Tumis Ikan


Sardin Mackerel
aziekitchen.com

Masak Kicap Sardin


Menu Bersahur
aziekitchen.com

Selamat Pengantin Baru


Buat Nana dan Alain
aziekitchen.com

Iklan
1. Azie restaurant villanova pa
2. Azie on main reservations
3. Udang masak sos tiram

Entri Popular

% Biskut CornWakes Madu Kegemaran Anak Anak

% Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap

% Lontong Dan Kuah Lodeh Azie Kitchen Yang Paling Sedap

% Rendang Daging Sedap Giler

% Tart Nenas Gebu Gebas Yang Sangat Sedap

% Ikan Siakap Masak 3 Rasa Yang Sangat Mudah dan Sedap

% Semperit Susu

% Satay Dan Kuah Kacang Mudah Dan Sedap - Resepi II

% Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah Sangat Sedap (A


Keeper Recipe)

Kategori Popular

Ayam (205) Biskut (24) Cake (32) Cookies (24)

Daging (149) Dessert (98) Kek (129)

Kuih Muih (399) Lauk Pauk (862)

Masakan Kelantan (191) Masakan Tradisional (263)

Mee/Mee Hoon (70) Nasi (136) Nasi Ayam (22)

Pencuci Mulut (39) Puding (70) Sayur (135)

Sotong (48) Telur (48) Western Food (89)

Azie Kitchen
Food Blogger No. 1 Malaysia, menyediakan
pelbagai resepi masakan tradisional, masakan
barat, kek, dessert dan pelbagai lagi.
Pelawat

240,739,816
Hubungi

Pena%an

Dasar Privasi

Hubungi

Copyright © 2020 Azie Kitchen All Right Reserved | by 7


Network
0 '
SHARES

Anda mungkin juga menyukai