Anda di halaman 1dari 7

LAPORA

N
BADAN
PENGA
WAS
SEKOLA
H 2019
1.0 MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BADAN PEMIMPIN MURID

Majlis ini merupakan majlis rasmi yang diadakan setiap tahun bagi mengukuhkan ikrar dan janji
para pemimpin murid yang telah dilantik. Badan pengawas sekolah yang diketuai oleh Mohd
Hairie Harun dan dibantu oleh penolong Ketua pengawas iaitu Estafania Miracle Maurice
menerima lantikan mereka dan berjanji untuk memimpin pengawas-pengawas lain untuk
bersama-sama membantu mengawal disiplin pelajar dan membantu guru-guru disiplin dalam
menangani masalah disiplin pelajar yang semakin berleluasa di sekolah ini.

Majlis watikah pelantikan berlangsung pada 1hb April 2019 (Isnin) pada waktu perhimpunan
mingguan rasmi bertempat di Dewan SMK Pengalat. Jumlah pengawas sekolah yang menerima
lantikan pada hari tersebut berjumlah 40 orang.
Ketua Pengawas bagi sesi 2019/2020, adik Mohd Hairie Harun dari Tingkatan 4 Teknologi
menerima sijil watikah pelantikan dari Puan Pengetua yang diiringi oleh barisan penolong kanan
dan ketua-ketua bidang.

Dengan berakhirnya majlis tersebut, diharapkan agar semua pengawas yang telah dilantik dapat
melaksanakan tugas dengan ikhlas dan bertanggungjawab demi mencapai matlamat yang
digariskan.

2.0 SPOT CHECK RAMBUT DAN KEKEMASAN DIRI


Spot check rambut kali pertama telah dijalankan pada 15 Februari 2019 (Selasa) sewaktu
perhimpunan harian pada jam 6.50 pagi dan berakhir pada jam 7.10 pagi sebelum pelajar
dilepaskan untuk perjumpaan Kokum. Didapati ramai pelajar lelaki yang berambut panjang dan
berwarna walaupun ini merupakan minggu ketiga persekolahan. Amaran telah diberi kepada
semua pesalah dan diberi tempoh 3 hari untuk menggunting rambut sesuai dengan ukuran yang
dinyatakan dalam buku disiplin murid.

Disamping itu, kekemasan diri juga dipantau oleh Ketua guru disiplin yang diketuai oleh En.
Jeperih Johan bagi memastikan pelajar tampil kemas dan bersih ke sekolah setiap hari. Didapati
ada beberapa pelajar yang tidak mematuhi kriteria kekemasan diri termasuk tidak memakai
lencana sekolah, sarung kaki berlainan warna dengan kasut, tidak memasukkan baju ke dalam
seluar, memakai tali pinggang berbesi, serta terdapat beberapa pelajar perempuan yang memakai
anak tudung berwarna hitam. Borang salah laku telah diedarkan agar kesalahan tersebut tidak
berulang lagi.

Spot check kali kedua telah dilakukan pada 3hb April 2019 (Rabu) sebaik sahaja program Sharing Is
Caring berakhir bertempat di dewan SMK Pengalat. Antara hasil rampasan pada hari tersebut
merupakan telefon bimbit, minyak rambut yang dilarang (Pomede berwarna), vape dan perisa
vape, beberapa batang rokok dan pemetik api. Pelajar-pelajar yang terlibat ini telah diberi borang
salah laku dan rampasan seperti telefon bimbit hanya boleh dituntut oleh ibu bapa pelajar.

Beberapa kali spot check yang dilaksanakan berikutan laporan kehilangan wang di dalam kelas
dan juga laporan pengawas sekolah terhadap pelajar tertentu yang membawa benda terlarang ke
sekolah. Kesemua hasil rampasan diserahkan kepada Penolong Kanan HEM untuk urusan tuntutan
dan menjatuhkan hukuman yang setimpal.

3.0 MESYUARAT BADAN PENGAWAS SEKOLAH


Perjumpaan badan Pengawas sekolah kali pertama telah dilakukan pada 22hb Feb 2019 (Jumaat)
yang bertempat di Bilik Pengawas dan MPP pada jam 9.30 pagi sehingga jam 10.00 pagi. Antara
agenda yang dibincangkan ialah melantik ketua dan timbalan ketua pengawas bagi sesi 2019-
2020. AJK badan pengawas juga dilantik semasa mesyuarat tersebut. Berikut merupakan minit
mesyuarat yang dicatat oleh setiausaha.

Tarikh: 22 Feb 2019 (Jumaat)

Masa : 9.30 – 10.00 pagi

Tempat: Bilik MPP dan Pengawas

1.Perkara :

Teguran buat semua pengawas, ketika perhimpunan pengawas harus menjaga murid bukan pintu
dewan.

Tindakan: Pengawas akan bertugas mengikut kumpulan yang ditetapkan.

2.Pekara:

Pengawas tidak bertugas setelah jadual ditetapkan.

Tindakan: Bagi mana-mana pengawas yang tidak bertugas akan didenda RM1 bagi sekali tidak
bertugas.

3.Perkara:

Melaporkan mana-mana murid yang membawa telefon,berdating,memakai kasut kulit dan lain-
lain kesalahan.

Tindakan: Guru disiplin akan mengambil tindakan.

4.Perkara:

Setiap kumpulan harus menghantar laporan setiap hari .

Tindakan: Ketua setiap kumpulan akan menghantar laporan kepada cikgu Irene.

5.Perkara:

Laporan daripada cikgu Nelly Francis bahawa ada segelintir pelajar merokok di kawasan flat guru.

Tindakan: Pengawas yang bertugas di kawasan tersebut harus melakukan rondaan lebih kerap.

6.Perkara:

Laporan daripada cik Veronica Voitin, kebanyakan pengawas lelaki tidak bertugas di kantin tetapi
hanya segelintir.

Tindakan: Mana-mana pengawas yang tidak bertugas akan didenda sebanyak RM1.

7.Perkara:
Mana-mana pengawas yang ingin membayar denda.

Tindakan: Boleh membayar kepada bendahari pengawas sekolah.

Disediakan oleh,

(MAD SHAHIR NAJMI BIN MAD LUHUL)

Setiausaha

Unit Pengawas Sekolah

Seterusnya, perjumpaan lanjutan yang dibuat adalah secara tidak rasmi iaitu hanya
sekadar memberi teguran terhadap tugas-tugas pengawas yang terlepas pandang, pengawas yang
datang lewat ke sekolah, serta kes-kes disiplin yang melibatkan pengawas. Perjumpaan diketuai
oleh Ketua guru Pengawas, En. Zamzuri Hj. Din dan dibantu oleh Cik Irene Binti Ting selaku
Penolong Ketua Guru Pengawas. Terdapat 3 orang pengawas yang telah dilucutkan jawatan akibat
terlibat dengan kes merokok serta kes berdua-duaan di kelas. Dalam perjumpaan tersebut juga,
En. Zamzuri telah menekankan tentang tanggungjawab seorang pengawas dan mewajibkan semua
pengawas untuk bertugas mengikut jadual yang ditetapkan oleh ketua mereka.

4.0 JADUAL BERTUGAS PENGAWAS


Jadual bertugas pengawas disediakan oleh ketua pengawas dan dibantu oleh setiausaha yang
telah dilantik. Jadual tersebut dilekatkan di setiap penjuru lorong agar mudah untuk memantau
mana-mana pengawas yang tidak bertugas di tempat yang ditetapkan.

Jadual bertugas pengawas dilampirkan pada Lampiran 1 sebagai rujukan.

Disediakan oleh,

(IRENE BINTI TING)

Penolong ketua guru pengawas

SMK Pengalat Papar

Anda mungkin juga menyukai