Anda di halaman 1dari 1

Saya Ingin kerja kerajaan kerana :

1. Saya dapat berbakti kepada negara, bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmatan yang
terbaik untuk rakyat.

2. Pekerjaan yang saya minati semenjak zaman persekolahan saya adalah dalam sektor awam.
Tambahan pula, kedua ibu bapa saya amat berharap saya berjaya memasuki kerjaya di sektor awam.
Jadi, saya amat berharap saya dapat diterima sebagai seorang penjawat awam dan seterusnya dapat
berbakti untuk negara.

3. Selain dapat berkhidmat di sektor awam, saya juga mendapat peluang untuk menambahkan ilmu
terutamanya ilmu- ilmu terkini dalam bidang yang berkaitan dengan kerjaya saya seperti menghadiri
seminar, bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak lagi yang sememangnya amat bernilai bagi
saya yang tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal menjadikan saya seorang penjawat awam yang
bukan saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu pengetahuan yang tinggi.

4. Dengan memilih untuk berkhidmat di sektor awam, saya juga berpeluang untuk menyambung
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari kelayakan yang saya miliki sekarang dengan bantuan dan
sokongan pihak kerajaan yang seterusnya dapat menyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri.

5. Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja di sektor awam ini memberikan jaminan masa depan buat
saya dan juga keluarga saya. Biarlah orang berkata "kerja kerajaan ini gaji sikit je" tetapi bagi saya,
terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang
berlaku di sektor swasta kini.

6. Semua orang menginginkan kenaikan pangkat dan juga gaji. Dalam sektor awam semuanya akan
diberikan termasuklah kelebihan – kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti tahunan, KWSP, mudah buat
pinjaman bank, dan lain-lain. Jadi ini memberikan galakan kepadaa saya untuk memasuki sektor awam
berbanding swasta.

Anda mungkin juga menyukai