Anda di halaman 1dari 7

1

TUJUAN

Garis panduan solat musafir ini disediakan untuk kegunaan pihak


yang terlibat dalam proses penghantaran pulang pelajar yang
terkandas di kampus, untuk pulang ke pangkuan keluarga
masing-masing dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) kerana penularan wabak Covid-19.

Ianya juga boleh digunakan oleh pihak yang terkandas akibat PKP
untuk melakukan pergerakan antara negeri dalam tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2
Solat fardu hendaklah dilaksanakan dengan memenuhi semua syarat dan
rukun yang telah ditetapkan. Bagi orang yang bermusafir dalam tempoh
PKP Covid-19, solat fardu boleh dilaksanakan dengan cara berikut;

A) Solat dilaksanakan seperti biasa.

Sekiranya kenderaan dapat diberhentikan di tempat tertentu dan para penumpang


dibenarkan untuk turun bersolat.

3
B) Solat di dalam kenderaan.
i) Sekiranya penumpang tidak dibenarkan turun bersolat, disarankan penumpang
menunaikan solat di dalam kenderaan.

ii) Sekiranya mampu menghadap ke arah kiblat, maka penumpang hendaklah


menghadap ke arah kiblat sekurang-kurangnya semasa takbiratul-ihram .

iii) Solat hendaklah dilaksanakan secara berdiri. Jika tidak mampu, hendaklah
solat secara duduk.

iv) Kaedah solat secara duduk adalah seperti dinyatakan dalam panduan solat
secara duduk di dalam kenderaan .

PERINGATAN

Sekiranya solat fardu dilaksanakan tanpa menutup aurat atau tidak


menghadap ke arah kiblat atau tanpa wuduk, solat itu hendaklah digantikan
(qadha’) semula setelah berakhir musafir.

4
a) Duduk dalam keadaan menegakkan badan. Tidak perlu
menukar posisi tempat duduk untuk menghadap kiblat kerana
kenderaan yang kita naiki itu sering mengubah arah,
memadailah dengan berada di tempat duduk asal.

b) Niat ketika Takbiratul-Ihram.

c) Bacaan-bacaan dalam solat ini adalah sama seperti solat


biasa.

d) Rukuk hendaklah dilakukan dengan menundukkan kepala


serta badan ke bawah sedikit dan kedua tangan diletakkan di
lutut.

5
e) I’tidal dengan cara mengangkat tangan dan duduk tegak
lurus.

f) Sujud pula perlu dilakukan dengan menundukkan kepala serta


badan lebih rendah daripada rukuk .

g) Duduk antara dua sujud, duduk tahiyat awal, tahiyat akhir dan memberi
salam, adalah duduk seperti biasa semasa berada di tempat duduk
kenderaan.

PERINGATAN
• Pastikan badan, tempat dan pakaian suci daripada najis.
• Pastikan diri suci daripada hadas kecil dan hadas besar.
6
Solat menghormati waktu ialah solat yang dilaksanakan tanpa memenuhi
syarat dan rukun kerana dibimbangi luput waktu. Contohnya solat yang
dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau
tiada debu tanah untuk bertayamum) dan juga tidak menghadap kiblat.
Solat ini wajib diqadha’ semula.

PERINGATAN

Solat fardu wajib dilaksanakan oleh setiap mukalaf dan tidak boleh
ditinggalkan sama sekali dalam apa jua keadaan. Jika tidak berupaya
menunaikannya di dalam keadaan biasa, hendaklah dilaksanakan mengikut
kemampuan.

Anda mungkin juga menyukai