Anda di halaman 1dari 11

HOMESTASIS

Apakah homeostasis?

Apakah berlaku setelah anda berlari


200 meter? Tentunya degup jantung,
kadar pernafasan dan suhu badan
anda akan meningkat. Mengapa?
Untuk memenuhi keperluan oksigen
dan tenaga di dalam otot-otot anda.
Mengapa suhu badan naik? Kerana di
dalam otot proses respirasi sedang
berlaku dengan aktifnya untuk
menghasilkan tenaga. Selain tenaga
kimia (ATP), tenaga haba juga
dibebaskan.

Apa berlaku beberapa minit setelah anda menamatkan larian 200


meter? Tentunya kadar degupan jantung dan kadar pernafasan juga
akan menurun. Anda akan berpeluh dan berusaha menurunkan suhu
badan dengan berkipas. Proses inilah yang dikenali sebagai
homeostasis iaitu proses mengekalkan faktor-faktor kimia dan
fizikal di dalam badan. Faktor kimia antaranya ialah kepekatan darah
dan paras glukosa. Sementara antara contoh faktor fizikal ialah suhu
dan tekanan darah.

Mengapa faktor-faktor dalam badan perlu dikekalkan?

Faktor-faktor kimia dan fizikal di dalam badan perlu dikekalkan supaya


proses-proses fisiologi di dalam badan dapat berjalan dengan normal.
Sebagai contoh, suhu badan perlu kekal 37 oC supaya tindak balas
enzim di dalam sel berjalan dengan optimum. Peningkatan dan
penurunan suhu akan mengganggu tindak balas itu. Pada suhu yang
terlalu tinggi, enzim akan ternyahasli dan tindak balas berhenti.

AL MUMIN AL KANTA | SMK AGASEH, LAHAD DATU 1


Bagaimanakah homeostasis mengawal faktor-faktor kimia dan
fizikal di dalam badan?

Sama seperti kawalan sistem saraf iaitu mengikut urutan berikut;

1. Stimulus – menghasilkan perubahan pada faktor yang dikawal


samada meningkat atau menurun.

2. Reseptor – mengesan perubahan yang dihasilkan oleh stimulus.


Sebagai contoh, perubahan suhu akan dikesan oleh
termoreseptor di kulit dan hipotalamus.

3. Input – maklumat daripada reseptor akan bergerak atau dihantar


ke pusat kawalan sebagai contoh hipotalamus.

4. Output – pusat kawalan akan menghantar maklumat ke efektor


iaitu tisu atau organ sasaran.

5. Gerak balas – ialah gerak balas yang dihasilkan oleh efektor untuk
menjalankan homeostasis.

Ringkasan gerak balas homeostasis

AL MUMIN AL KANTA | SMK AGASEH, LAHAD DATU 2


Apa jenis gerak balasnya?

1. Suap balik negatif ialah gerak balas yang meningkatkan atau


menurunkan faktor supaya ia kembali kepada nilai yang normal.
Sebagai contoh apabila paras glukosa meningkat, gerak balas
homesotasis akan menurunkannya ke paras normal. Gerak balas
adalah berlawanan dengan stimulus.

2. Suap balik positif adalah bertentangan dengan suap balik negatif


iaitu gerak balas akan meningkatkan lagi faktor yang menyebabkan
faktor tidak kembali ke tahap normal.

Ginjal dan Sistem perkumuhan.

Sistem perkumuhan berperanan untuk menyingkirkan bahan-bahan


yang berlebihan dan tidak perlu daripada bendalir badan suatu
organisma, untuk membantu mengekalkan faktor kimia dalaman dan
mencegah kerosakan pada tubuh. Bahan-bahan ini kebanyakkannya
disingkirkan melalui air kencing atau peluh. Ginjal adalah salah satu
organ yang terlibat dalam sistem perkumuhan.

Struktur ginjal.

Ginjal terdiri daripada


tiga lapisan yang utama
iaitu paling luar korteks
diikuti oleh medula dan
pelvis.

Salur darah ateri renal


yang membawa darah
untuk ditapis atau
dikumuhkan. Di ginjal,
tekanan hidrostatik
darah yang tinggi
akan akan menyebabkan
penapisan berlaku yang menyebabkan bahan-bahan dalam bendalir
AL MUMIN AL KANTA | SMK AGASEH, LAHAD DATU 3
darah yang bersaiz kecil akan meresap ke dalam tubul. Di sepanjang
tubul akan berlaku rembesan (penyingkiran) dan penyerapan
semula. Bahan yang tinggal di dalam tubul akhirnya keluar daripada
ginjal melalui ureter dan terus ke pundi kencing.

Apa ada di dalam ginjal?

Bahagian korteks dan medula ginjal berwarna


merah bata kerana terdiri daripada jaringan
kapilari darah yang sangat banyak.
Kapilari darah itu melingkari tubul-tubul halus
di dalam ginjal. Kedua-duanya menjadi unit
asas berfungsi pada ginjal yang dikenali
sebagai nefron. Nefron terdiri daripada
beberapa bahagian iaitu glomerulus, kapsul
Bowman, tubul berlingkar proksimal, liku
Henle dan tubul berlingkar distal. Nefronlah
unit yang bertanggungjawb mengkumuhkan
atau membersihkan darah daripada bahan
kumuh.

Bagaimana nefron boleh membersihkan darah?

AL MUMIN AL KANTA | SMK AGASEH, LAHAD DATU 4


Terdapat tiga proses yang berlaku di dalam nefron iaitu penapisan,
penyerapan semula dan rembesan.

1. Penapisan yang juga dikenali


sebagai ultraturasan iaitu proses
penapisan seperti penapisan oleh
mesin penapis air yang
menggunakan konsep separa
telap dan proses osmosis
berbalik (reverse osmosis). Saiz
diameter arteiol aferen yang
memasuki glomerulus lebih
besar berbanding arteriol eferen.
Akibatnya, tekanan hidrostatik
di dalam glomerulus meningkat
yang menyebabkan bahan-bahan
yang bersaiz kecil ditolak keluar
daripada glomerulus memasuki
kapsul Bowman. Bahan-bahan
bersaiz kecil seperti air, glukosa,
asid amino, garam dan lain-lainnya
akan memasuki kapsul Bowman
sementara protein bersaiz besar
dan sel darah kekal di dalam
glomerulus.

2. Oleh kerana bahan-bahan


makanan tercerna seperti glukosa
dan asid amino turut sama
memasuki kapsul Bowman, maka
baha-bahan tersebut perlu
diserap semula ke dalam
kapilari darah. Jika tidak, ia akan
disingkirkan melalui air
kencing. Itu tanda-tanda ginjal
yang mengalami masalah.

AL MUMIN AL KANTA | SMK AGASEH, LAHAD DATU 5


Penyerapan semula air dan garam banyak berlaku di liku
Henle. Bahagian ini yang banyak terlibat dalam kawalatur tekanan
osmosis darah. Unta di gurun mempunyai liku Henle yang panjang
supaya lebih banyak air diserap semula ke dalam kapilari
darah atau badan.

3. Rembesan adalah proses yang aktif. Bahan-bahan yang tidak


diperlukan oleh badan atau toksik disingkir keluar daripada kalipari
darah ke tubul. Baan-bahan seperti urea, asid urik, ion hidrogen
dan keratin akan dikumuhkan melalui air kencing. Liku Henle unta
lebih cekap menyerap air dan garam berbanding manusia.

Apakah fungsi ginjal?

1. Mengawal tekanan osmosis iaitu paras air dan garam di dalam


darah.
2. Mengekalkan keasidan darah dengan mengawal kepekatan ion
hidrogen.
3. Mengekalkan keseimbangan elektrolit iaitu memastikan
kepekatan mineral dalam darah adalah isotonik kepada sel-sel
badan.
4. Menyingkirkan bahan-bahan toksik seperti urea dan alkohol.
5. Mengekalkan tekanan darah.

Youtube:
https://www.youtube.com/watch?v=6HJfr00CIqM

Bagaimana badan mengawal tekanan osmosis di darah?

Apakah faktor yang mempengaruhi tekanan osmosis di dalam darah?


Jawapannya ialah kandungan garam dan air. Dua bahan inilah yang
boleh menentukan sifat larutan samada hipertonik, isotonik ataupun
hipotonik. Sekiranya kepekatan garam di dalam badan adalah tinggi dan
kandungan air rendah, maka tekanan osmosis adalah tinggi. Proses
homeostasis akan berlaku dengan menyingkirkan garam yang
berlebihan dan menyerap semula air untuk memastikan tekanan
osmosis darah kembali kepada paras normal.

AL MUMIN AL KANTA | SMK AGASEH, LAHAD DATU 6


Apabila kita meminum minuman yang tinggi kepekatan gulanya seperti
minuman kordial, lama-kelamaan kita akan berasa haus. Kenapa?
Kerana kehadiran gula meningkatkan tekanan osmosis darah, maka
gerak balas haus dihasilkan dan kita akan meminum air. Begitulah juga
kalau kita terminum air laut atau memakan makanan yang mempunyai
kandungan garam yang tinggi.

Apa berlaku apabila kita


meminum air yang dengan
banyaknya? Kita akan kerap
kencing atau membuang air
kencing dalam isipadu yang
banyak. Begitu juga, kalau
kita berjalan lama di gurun,
kita akan kehausan dan akan
meminum air. Kenapa?
Kerana kita kehilangan air
yang banyak menyebabkan
badan menghasilkan gerak
balas haus supaya kita meminum air untuk mengembalikan tekanan
osmosis darah ke paras normal.

Apa berlaku apabila tekanan osmosis rendah?


[tinggi air, kurang garam]

1. Stimulus. Apabila kita memimum air dengan banyaknya, tekanan


osmosis darah akan menurun.

2. Reseptor. Penurunan ini dikesan oleh osmoreseptor di


hipotalamus yang seterusnya kurang merangsang pituitari.

3. Efektor. Pituitari kurang merembeskan hormon antiduretik


(ADH). Kelenjar adrenal dirangsang untuk merembeskan
aldosteron.

4. Gerakbalas. Tubul di ginjal kurang telap kepada air yang


menyebabkan banyak air yang disingkirkan di ginjal. Aldosteron
AL MUMIN AL KANTA | SMK AGASEH, LAHAD DATU 7
akan meningkatkan penyerapan semula ion natrium di tubul
ginjal untuk meningkatkan tekanan osmosis darah.

5. Kesan. Melalui dua gerak balas ini, tekanan osmosis darah akan
meningkat dan kembali ke paras normal. Air kencing yang banyak
dihasilkan dan cair.

Kawalatur Paras Glukosa.

Karbohidrat akan dicerna menjadi gula paling ringkas iaitu glukosa.


Glukosa digunakan dalam proses respirasi untuk menghasilkan tenaga.
Seperti bahan makanan lain, glukosa yang berlebihan tidak dikumuhkan
sebaliknya ditukarkan kepada lemak dan akan disimpan di tisu adipos.
Kalenjar yang terlibat ialah pankreas yang menghasilkan dua hormon
iaitu glukagon dan insulin. Glukagon dihasilkan oleh sel-sel alfa
manakala insulin dihasilkan oleh sel-sel beta. Ringkasan fungsi kedua-
dua hormon tersebut adalah seperti berikut;

insulin
Glukosa Glikogen
glukagon

AL MUMIN AL KANTA | SMK AGASEH, LAHAD DATU 8


Apabila berlari dalam maraton, glukosa digunakan dengannya
banyaknya di otot dalam proses respirasi untuk menghasilkan tenaga.
Maka paras glukos di dalam darah menurun.

1. Stimulus. Paras glukosa menurun.

2. Reseptor. Reseptor di pankreas dirangsang.

3. Efektor. Pankreas membebaskan hormon glukagon ke dalam


darah.

4. Gerakbalas. Hati dan otot akan melakukan proses glikogenolisis


iaitu pemecahan molekul glikogen kepada glukosa. Lemak di
tisu adipos juga akan dipecahkan menjadi glukosa.

5. Kesan. Paras glukosa meningkat ke paras normal.

Youtube:
https://www.youtube.com/watch?v=OHrX3X3LGzI

Kawalatur Suhu Badan.

Apabila kita kesejukan yang amat sangat kita akan menggigil. Apabila
kita kepanasan kita akan berpeluh. Dalam cuaca sejuk kita akan kerap
kencing dan cepat lapar. Itu adalah andata beberapa contoh gerak balas
badan terhadap perubahan suhu persekitaran.

Ambil contoh apabila suhu terlampau rendah.

1. Stimulus. Suhu persekitaran menurun.

2. Reseptor. Penurunan suhu akan dikesan oleh termoreseptor di


kulit (mengesan suhu luar) dan hipotalamus (mengesan suhu
darah).

3. Pusat kawalan. Hipotalamus akan menghantar impuls ke organ


atau tisu sasaran.
AL MUMIN AL KANTA | SMK AGASEH, LAHAD DATU 9
4. Gerakbalas.

(a) Kelenjar adrenal dan tiroid akan merembeskan hormon


adrenalina dan tiroksina. Hormon adrenalina akan meningkatkan
kadar metabolisma dan mengecutkan salur darah. Hormon
tiroksina akan meningkatkan kadar respirasi.

(b) Salur darah di permukaan kulit akan mengalami


pemvasocerutan (diameter mengecil) untuk mengurangkan
pengaliran darah ke kulit yang seterusnya mengurangkan
kehilangan haba ke persekitaran.

(c) Otot rangka akan mengecut berulang-kali yang menyebabkan


seseorang akan mengigil. Tisu otot akan aktif melakukan respirasi
dan seterusnya menghasilkan haba untuk meningkatkan
suhu darah.

(d) Kelenjar peluh tidak dirangsang maka tiada peluh dihasilkan.

(e) Bulu roma di kulit menegak akibat pengecutan otot regang di


pangkal bulu roma. Ini bertujuan untuk membolehkan udara
bertindak sebagai penebat haba.

(f). Kesan. Suhu badan akan meningkat kembali ke paras normal iaitu
37 oC.

Youtube:
https://www.youtube.com/watch?v=vJhsyS4lTW0

AL MUMIN AL KANTA | SMK AGASEH, LAHAD DATU 10


Struktur kulit.

Selain berperanan dalam kawalatur suhu, kulit juga berperanan


sebagai organ perkumuhan. Kulit membebaskan peluh yang
kandungannya ialah air, garam mineral dan bahan kumuh seperti urea.

Hujung saraf di kulit merupakan reseptor samada termoreseptor,


deria kesakitan atau deria tekanan (mengesan sentuhan).

AL MUMIN AL KANTA | SMK AGASEH, LAHAD DATU 11

Anda mungkin juga menyukai