Anda di halaman 1dari 2

Ruj Kami : SJKCNK 100-7/1/5( )

Tarikh : 06 Disember 2018

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
50604 Kuala Lumpur
(u.p : Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran)

Tuan,

KELAS BIMBINGAN SEMASA CUTI SEKOLAH

Adalah dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, kelas bimbingan ini diadakan atas inisiatif dan kerjasama
antara pihak PIBG SJKC Naam Kheung dan pihak sekolah. Tujuan kelas bimbingan ini diujudkan
adalah bagi meningkatkan peratus kelulusan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris ,Bahasa Cina ,Matematik dan Sains. Peratus kelulusan Penilaian Kendiri
Berasaskan Sekolah (PKBS) bagi semua matapelajaran berkenaan bagi kohort murid Tahun lima
(5) ini adalah tidak memuaskan. Ibu bapa juga tiada halangan bagi anak-anak mereka
mengikuti kelas bimbingan ini. Senario yang berlaku ini juga adalah sebagai persediaan kepada
para pelajar bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang akan dihadapi.

3. Kelas ini telah dimulakan pada 1 November 2018 (Khamis) hingga 3 Disember 2018
(Isnin). Semua guru yang terlibat adalah guru –guru yang akan mengajar murid-murid ini
sehingga Tahun 6 iaitu pada tahun 2019. Pihak PIBG juga membayar guru-guru yang mengajar
kelas bimbingan ini.

4. Sejak kelas bimbingan ini bermula sehingga sekarang, tiada guru yang bertemu dengan
pihak pentadbir dan memberitahu bahawa mereka tidak dapat hadir untuk mengajar kelas
bimbingan tersebut. Maka pihak saya beranggapan semua guru boleh mengajar kelas
bimbingan ini.

5. Saya memohon maaf dan pertimbangan tuan di atas kekeliruan ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

__________________________

Anda mungkin juga menyukai