Anda di halaman 1dari 6

Manual Penggunaan Templat Penjana Slip Keputusan Pelajar

Salam kecemerlangan buat rakan2 SUP sekalian..


Mohon kemaafan kerana tak mampu menyertakan file Penjana Slip Keputusan Pelajar ini bersama 2
file Templat Pemarkahan. Sekadar itu ilmu yg ada setakat ini.
Macam kerja 2 kali aje nampaknya… Maafkan saya..

Apapun dikongsikan cara penyediaan slip keputusan pelajar langkah demi langkah untuk rakan 2 SUP
sekaliannya. Semoga Allah permudahkan urusan rakan 2 sekalian dan templat ini dapat meringankan
sedikit tugas yang ada.

Umumnya, tapak ini perlu disediakan untuk setiap kelas – 1 file templat… untuk 1 kelas. Jadi, jika
sekolah rakan2 ada 10 ke 13 kelas, ada la banyak kerja sedikit nak dibuatkan..

Awalnya, suka dimaklumkan agar, semua tugas2 ‘copy & paste’ nama, no. IC dan markah pelajar
serta KDK dan KDT pelajar semolek-moleknya dibuat melalui fungsi ikon ‘pasting’ ‘Values & Number
Formatting’ berikut..

Nak jumpa kat mana ikon ni??.. Bagi pengguna Office 2010 ke atas, ikon ini terpadat dalam ‘Paste
option’ di sudut kiri sebelah atas paparan desktop bawah menu HOME.. seperti berikut..

Atau.. menu yang serupa akan diperoleh apabila


kita paste sesuatu item. ‘Paste Options’ akan keluar
di sisi item yang ditampal. Apabila kita klik ikon itu,
senarai ‘paste option’ seperti sebelah akan keluar

dan kita kliklah ikon itu.

Jadi.. apabila rakan2 copy (ctrl C) mana2 maklumat/data dari file Templat Pemarkahan, ‘paste’lah
data tersebut ke dalam ruang yang sepatutnya dengan klik ikon ‘Values & Number Formatting’ ini.
Berikut adalah langkah-langkah penyediaan file Slip Keputusan Pelajar.

Langkah 1
 Masukkan maklumat asas kelas pada worksheet ‘Seluruh’ – Nama sekolah, Alamat sekolah,
Nama Pentaksiran, Nama kelas, Nama guru kelas, Nama tuan pengetua, Tingkatan (pilih),
Bilangan pelajar dalam tingkatan & Bilangan hari persekolahan (ditetapkan oleh pentadbir
sekolah).
 Tampal Lencana sekolah di sudut kanan atas templat berkenaan.
 Bilangan pelajar dalam kelas dijana secara auto apabila markah 2 diisikan.
 Sekiranya sekolah berhajat untuk mengecap Nama Pengetua beserta jawatannya, maka
ruangan nama pengetua itu, bolehlah dikosongkan.

Langkah 2
 Pada column BQ dan BR dalam worksheet ‘Seluruh’ masukkan kod MP dan Nama MP (jika
belum ada) bagi semua MP yang ditawarkan di sekolah.
 Jika ada MP baru yang dimasukkan (selain dari yang sudah sedia ada), sorting semula perlu
dibuat ‘based on column BQ’ – sedikit kemahiran sorting di MS Excell diperlukan.
Langkah 3
 Klik dan pilih kod MP bagi MP yang diduduki oleh setiap atau sebahagian (walaupun seorang
sahaja) pelajar KELAS berkenaan pada row ke 8 bermula di sel K8 ke kanan.

Langkah 4
 Copy (Ctrl C) senarai nama pelajar kelas berkenaan dari Templat Pemarkahan dan paste (Ctrl
V) ke Templat Slip Keputusan ini.
 Diikuti senarai nombor IC pelajar.
 …dan seterusnya copy (Ctrl C) paste (Ctrl V) semua senarai markah pelajar satu MP demi
satu MP (column by column) bagi kelas tersebut.
 Berikutnya C&P senarai Kedudukan dalam kelas (KDK) dan Kedudukan dalam tingkatan (KDT)
secara sekali.

Langkah 5
 Insert dan adjust saiz lencana sekolah di worksheet ‘M1’
 Juga pastikan dipilih nama Pentaksiran yang betul di sudut atas kanan lembaran tersebut.
 Perhatikan.. semua MP yang telah diklik & pilih dalam Langkah 3 telahpun terpapar pada slip

Langkah 6
 Klik sel sekitar (tepi luar) logo sekolah di M1 itu.. untuk sedia di copy.
 Copy (tekan Ctrl C) sel tersebut…

 Seterusnya klik worksheet M2 dan klik pada sel pada kedudukan yang sama (seperti di M1)
pada M2 tersebut.
 Paste (tekan Ctrl V) logo sekolah di M2 itu.
 Teruskan proses Paste (tekan Ctrl V) pada worksheet M3, M4, M5 dan seterusnya.
 Perhatikan semua maklumat yang telah di’key in’ di worksheet ‘Seluruh’ telah dipindahkan
secara lengkap pada lembaran slip keputusan pelajar.

**Setelah selesai langkah ini, save lah file ini dan bolehlah dibuatkan ‘save as’ untuk kelas-
kelas lainnya yang kemudiannya hanya perlu tukarkan Nama kelas dan Nama Guru Kelas
sahaja.

Langkah 7
 Sesampai langkah ini, UPP bolehlah menyampaikan file kelas 2 yang telah dilengkapkan
kepada guru-guru kelas untuk tindakan selanjutnya.
 Guru Kelas masing-masing memasukkan Kehadiran pelajar kelas masing-masing di lajur
hujung kanan worksheet ‘Seluruh’ itu (column AV).
 Pada setiap worksheet slip keputusan pelajar pula.. diklik & pilihlah ulasan dari senarai ‘Drop
down list’ Ulasan Guru Kelas yang difikirkan paling sesuai dengan pencapaian semasa pelajar
pada bahagian bawah lembaran worksheet Slip keputusan pelajar berkenaan.

Langkah 8
 Langkah terakhir… Proses cetakan slip.
 Tetapi sebelum itu, eloklah disemak satu persatu slip keputusan pelajar itu agar tiada
kesilapan maklumat dan data dalam cetakan nantinya.
 Untuk mulakan cetakan kesemua slip keputusan sekaligus, klik worksheet M1.
 Kemudian tekan butang ‘Shift’ dan dengan serentak klik sekali worksheet pelajar terkahir
dalam kelas tersebut; katankanlah sehingga M20.
 Kita akan dapat kesemua worksheet M1 hingga M20 akan di’highlight’.

 Apabila semua worksheet telah dihighlight seperti ini, jalankanlah proses cetakan slip seperti
menjalankan kerja2 cetakan lainnya seperti biasa (arahannya bergantung kepada jenis
printer)
 Cetakan worksheet ‘Seluruh’ itu pula tentunya diperlukan oleh Guru Kelas sebagai
marksheet / lembaran markah keseluruhan kelas – sama seperti dalam Templat Pemasukan
Markah sebelumnya.
* Kerja2 memasukkan kehadiran, memilih ulasan guru kelas dan mencetak Slip Keputusan
pelajar, sebaik-baiknya dilakukan oleh guru kelas masing-masing.

* Unit Peperiksaan hanya bertanggungjawab untuk memastikan kerja 2 peringkat awal


disiapkan.

Selamat maju jaya kesemuanya rakan2 semua.

Semoga sumbangan yang kecil ini memberikan manfaat dalam tugas 2 rakan SUP sekalian dan
semoga ia akan menjadi amal jariah yang terus mengalir buat generasi akan datang.
Mohon maaf pada mana2 kesulitan yang timbul.. disebabkan ilmu saya yang masih cetek ini.

Sekiranya berhadapan dengan sebarang kesulitan, jangan malu-malu untuk ajukan pertanyaan
dan permintaan kepada saya. In sha Allah saya akan cuba penuhi permintaan itu seupaya saya.
Asalkan jangan minta kata laluan (password) atau berusaha pelbagai cara untuk unprotect
templat ini. Malu untuk saya berurusan dengan rakan 2 yang sebegini. Huhu..

Jumpa lagi semuanya di Jannah Ilahi nanti.. in sha Allah. Aamiin.

- Cikgu Noor Azmyee bin Mohamad –


Sekolah Tinggi Kluang
Kluang Johor DT

Anda mungkin juga menyukai