Anda di halaman 1dari 20

A- VISI DAN MISI

Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah

RUKUN NEGARA
Bahawasanya negara kita Malaysia, mendukung cita-cita,

hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;

mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara


akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya


yang kaya dan berbagai corak;

membina satu masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden;

Maka kami, rakyat Malaysia,


berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami,
untuk mencapai cita-cita tersebut, berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-

Kepercayaan Kepada Tuhan


Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN/


NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkanwarganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

A-1
A- VISI DAN MISI
Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah

A-2
A- VISI DAN MISI
Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah

IKRAR INTEGRITI MALAYSIA


KAMI, RAKYAT MALAYSIA YANG MERDEKA DAN BERWAWASAN,
DENGAN TULUS DAN SUCI HATI, BERIKRAR MEMANTAPKAN DAN
MEMPERKUKUHKAN MARUAH DAN INTEGRITI DIRI, KELUARGA,
MASYARAKAT, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA KAMI.

KE ARAH ITU KAMI;


Mematuhi sepenuhnya perlembagaan persekutuan dan undang-undang
Mematuhi dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara
Mempertingkatkan integriti dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan beretika
Bekerjasama sepenuhnya dengan
mana-mana pihak untuk mencegah sebarang perlakuan jenayah, salah laku
dan semua perbuatan tidak berintegriti
Menyokong dan bekerjasama bagi mengambil tindakan tegas terhadap mereka
yang menggugat integriti masyarakat dan negara, dan
Membudayakan integriti sebagai amalan hidup secara individu dan berpasukan.

IKRAR KUALITI
VISI
Kami Guru-Guru SMK RLKT LASAH.
Dengan ini, memperbaharui ikrar kami,
“ PENDIDIKAN BERKUALITI
untuk bekerja dengan penuh komited dan dedikasi yang berteraskan kualiti.

Kami berazam, akanINSAN TERDIDIK


meningkatkan kualiti perkhidmatan kami,
melalui langkah-langkah seperti berikut:
NEGARA SEJAHTERA ”
Memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan penuh kemesraan.
Berusaha menjamin kualiti berasaskan piawaian yang ditetapkan dari semasa
ke semasa.
Berusaha meningkatkan prestasi dengan mengelakkan kesilapan,
penyelewengan dan pembaziran.
Berusaha meningkatkan ilmu untuk memajukan diri sendiri.
Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan.
Sentiasa mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa kesemasan.
Menjadikan kecemerlangan sebagai budaya kerja dan peningkatan kualiti
sebagai proses yang berterusan.

A-3
A- VISI DAN MISI
Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah

PIAGAM PELANGGAN

KAMI, WARGA SMK RLKT LASAH, DENGAN PENUH TEKAD


DAN ILTIZAM, BERIKRAR DAN BERJANJI, AKAN
MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI,

UNTUK:

MISI
1. Memastikan semua pelajar sekolah ini mendapat perhatian dan peluang
belajar sama rata ke tahap yang paling maksima.

“ MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN


2. Memastikan sekolah ini berada dalam keadaan yang terbaik dalam
bidang akademik, kokurikulum, persatuan, disiplin, budi pekerti dan
lain-lain. YANG BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN
3. Memastikan POTENSI
semua layanan perkhidmatan diberi kepadaINDIVIDU
murid, guru,
BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA ”
kakitangan, ibu bapa dan orang awam yang memerlukan bantuan
semasa mereka berada di sekolah ini untuk meningkatkan imej sekolah.

4. Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-


kehendak pelanggan dengan memberi layanan dan perkhidmatan
MOTTO SEKOLAH
segera dalam surat menyurat, aduan, rayuan, kewangan dan juga
khidmat nasihat.
“ CITA,TEKUN,JAYA ”
5. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor
dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan
prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

6. Memastikan keceriaan dan kebersihan sekolah sentiasa terjamin dan


SLOGAN SEKOLAH
pelanggan berada di sekolah dalam keadaan selesa dari segala segi.

“ SERIUS & FOKUS ”


7. Membina hubungan yang kukuh lagi mesra di samping hormat
menghormati di antara semua pihak.

A-4
A- VISI DAN MISI
Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah

PERATURAN-PERATURAN AM
PARA 1 ARAHAN AM.
1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru dan staf sokongan adalah tertakluk kepada
segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua
guru dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi Perintah Am tersebut.
1.2 Guru hendaklah menghayati tatasusila* profesion keguruan dan
menjunjungnya. Guru sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu
pekerjaan semata-mata.
*(rujuk dalam buku persediaan mengajar)
1.3 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati
prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang - TONGGAK 12.
1.4 Semua guru hendaklah menjalankan tugas sebagai SATU PASUKAN – TEAM
(Together Everyone Achive More)

PARA 2 PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS.


(Dibaca bersama Surat Pekeliling bil. 6/1985).
2.1 Guru dan staf sokongan hendaklah berpakaan kemas, sesuai dengan
profesion keguruan dan sebagai kakitangan awam.
2.2 Baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru dan kakitangan perempuan.
Guru lelaki diwajibkan bertali leher.
2.3 Seluar potongan dan jenis jeans tidak dibenarkan. Guru dan kakitangan
mestilah berkasut kulit yang bersesuaian dengan cara berpakaian ke pejabat
dan imej seorang guru dan kakitangan awam.
2.4 Guru yang mengajar pakaian Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai
pakaian yang sesuai iaitu seluar trek / panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja
sukan, baju trek dan kasut sukan.
2.5 Pakaian semasa Perhimpunan Rasmi mestilah kemas dan bagi guru-guru
lelaki wajib bertali leher. Digalakkan memakai baju kot / blazer (guru lelaki dan
guru perempuan).
2.6 Guru dan stof sokongan dikehendaki memakai pakaian batik buatan Malaysia
pada hari KHAMIS setiap minggu. Bagi guru dan staf sokongan lelaki,
dikehendaki memakai baju batik berlengan panjang dan berkolar, manakala
guru dan staf sokongan perempuan pula dikehendaki memakai pakaian batik
yang bersesuaian.
(Surat JPA(S)TT.193/37/Jld.4(86) bertarikh 30.6.2005).
2.7 Pada hari RABU, guru dikehendaki memakai uniform lengkap Unit Uniform
yang dipimpin atau dianggotai, manakala guru lain hendaklah memakai
uniform KRS.
2.8 Guru lelaki digalakkan memakai pakaian kebangsaan Baju Melayu lengkap
bersamping dan bersongkok warna hitam / biru tua pada hari JUMAAT (Surat
JPA(S) TT.193/37/Jld.4(77) bertarikh 15.3.2005)

PARA 3 KEHADIRAN.
3.1 Semua guru dikehendaki berada di sekolah selewat-lewatnya 10 minit
sebelum waktu pertama. Bagi staf sokongan perlu berada di pejabat sekolah
5 minit sebelum waktu pejabat.
3.2 Semua guru dan staf sokongan dikehendaki mengesahkan waktu hadir
sebaik sahaja tiba di sekolah, dan waktu balik sebelum meninggalkan
sekolah di kaunter pejabat sekolah.
(Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1981 – Ketetapan Masa di sekolah-sekolah)
3.3 Guru dan staf sokongan yang tidak mengesahkan kehadiran akan diberi
A-5
A- VISI DAN MISI
Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah

amaran dan diambil tindakan.


3.4 Guru dan staf sokongan yang sering hadir lewat ke sekolah akan diambil
tindakan kecuali ada sebab-sebab yang munasabah dan tidak dapat
dielakkan serta mendapat kebenaran Pengetua.

PARA 4 KELUAR WAKTU MENGAJAR ATAU PEJABAT.


4.1 Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah
semasa waktu sekolah / pejabat kecuali jika terdapat sesuatu hal atau
perkara yang penting dan tidak dapat dielakkan atau arahan dari JPN/PPD
dengan syarat mendapat kebenaran dari Pengetua / Penolong Kanan.
4.2 Setelah mendapat kebenaran daripada pengetua, guru dan staf sokongan
tersebut dikehendaki mengisi Kad / Borang Kebenaran Keluar (Kad
Kuning) dengan mencatat nama, masa / waktu sampai balik dari urusan
tersebut dan sebab keluar.
4.3 Guru-guru dan staf sokongan dinasihatkan supaya menggunakan waktu
luar masa bertugas untuk menguruskan hal-hal peribadi.
4.4 Semua guru hendaklah memberi kerja bertulis kepada pelajar sebelum
meninggalkan sekolah. Sila catat latihan tersebut dalam BRMG.
4.5 Waktu balik guru:
Hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis pada pukul 2.40 petang.
Hari Jumaat pada pukul 12.00 tengah hari.

PARA 5 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN GURU (RPH).


5.1 RPH hendaklah ditaip dengan cermat dan teratur serta sentiasa dalam
keadaan kemaskini.
5.2 Butir-butir yang hendaklah diisi dan dikemaskini.
Rujuk Lampiran 4 – Panduan Pengendalian Buku Rekod Mengajar
Guru
5.3 RPH hendaklah dihantar kepada Pengetua, PK dan GK mengikut
senarai nama pada akhir persekolahan minggu berkenaan (hari
Jumaat).
5.4 Guru bertanggungjawab untuk memastikan penghantaran RPH ini
kerana ia merupakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT).
5.5 Refleksi mestilah ditulis menggunakan dakwat MERAH dan dalam
bentuk jumlah murid. (Bukan Peratus)

PARA 6 KEDATANGAN PELAJAR.


5.1 Guru Kelas bertanggungjawab sepenuhnya mengisi kedatangan
pelajar dalam sistem kehadiran sekolah.
5.2 Guru Kelas perlu memaklumkan kepada Penyelaras Tingkatan / PK
HEM jika tidak dapat hadir bertugas pada hari tersebut.
5.3 Guru Kelas perlu mencetak rumusan kehadiran pelajar setiap akhir
bulan dan serahkan kepada PKHEM.
5.4 Guru Kelas dikehendaki menghantar surat kepada ibu bapa / penjaga
jika didapati seseorang murid itu tidak hadir 3 hari berturut-turut atau
10 hari berkala tanpa sebab, gunakan borang-borang khas yang
disediakan. Jika masih berterusan, sila hubungi Penolong Kanan HEM
untuk diambil tindakan selanjutnya.

PARA 7 TAKLIMAT ATAU MESYUARAT GURU DAN STAF SOKONGAN.


7.1 SEMUA GURU dan STAF SOKONGAN DIWAJIBKAN HADIR pada
A-6
A- VISI DAN MISI
Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah

setiap Taklimat / Mesyuarat / Contact Time yang disampaikan oleh


Pengetua, Penolong – Penolong Kanan atau mana-mana pihak yang
berkeperluan dari semasa ke semasa.

PARA 8 KURSUS-KURSUS DALAM PERKHIDMATAN ( LADAP )


8.1 Semua guru mesti hadir kursus-kursus dalaman yang dianjurkan dari
semasa ke semasa.
8.2 Sekiranya seseorang guru tidak dapat hadir kerana sesuatu sebab
yang tidak dapat dielakkan, guru-guru berkenaan hendaklah
memberitahu Pengetua sekurang-kurangnya sehari sebelum
Program / Kursus itu diadakan. Guru yang tidak hadir mesti
menyerahkan Surat Penjelasan kepada Pengetua / PK Pentadbiran
tanpa GAGAL.

PARA 9 ACARA ATAU MAJLIS RASMI SEKOLAH.


9.1 Semua guru mesti hadir dalam semua majlis, program, aktiviti atau
acara rasmi sekolah.
9.2 Jika guru tidak dapat hadir kerana sebab-sebab tidak dapat dielakkan,
guru berkenaan mestilah memberitahu pengetua terlebih dahulu. Guru
yang tidak hadir mesti menyerahkan Surat Penjelasan kepada
Pengetua / PK Pentadbiran tanpa GAGAL.
9.3 Semua guru mestilah berpakaian mengikut protokol sesuatu majlis
sama ada rasmi, separuh rasmi atau tidak rasmi.

PARA 10 JADUAL WAKTU DAN GURU GANTI.


10.1 Guru-guru mesti mematuhi jadual waktu mengajar dengan
sepenuhnya.
10.2 Guru-guru yang mengajar dikehendaki berada di dalam kelas / di
tempat mengajar mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
10.3 Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas kecuali jika dipanggil /
diarahkan oleh Pengetua.
10.4 Jika ada guru yang tidak dapat hadir, guru-guru tertentu akan diminta
menggantikannya dengan penyerahan Slip Guru Ganti dan Menulis
dalam RPH untuk tujuan penilaian PBPPP akhir tahun. Pastikan guru
menandatangani akuan penerimaan dalam Buku Rekod Guru Ganti.

PARA 11 SURAT ARAHAN / PEKELILING.


11.1 Semua Surat Arahan atau Pekeliling yang diedarkan kepada guru-guru
hendaklah dibaca dengan teliti dan difahami sepenuhnya. Setiap guru
mesti menandatangani akaun penerimaan dari kakitangan yang
mengedarkan surat tersebut atau di dalam Fail Timbul yang
disediakan.
11.2 Semua Surat Arahan atau pekeliling yang diberi terus kepada guru-
guru hendaklah dibaca dan disimpan dengan baik. Surat pekeliling
untuk ramai, hendaklah dikembalikan kepada pejabat untuk difailkan
semula / tujuan rekod.

PARA 12 TUGASAN DAN TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN.


12.1 Setiap guru akan diberi tugas berbentuk kurikulum, HEM, Ko-

A-7
A- VISI DAN MISI
Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah

kurikulum, Pentadbiran dan tugas-tugas khas. Setiap Guru mestilah


melaksanakan tugas yang diberikan dengan cekap, dedikasi dan
bertanggungjawab dengan penuh integriti.
12.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas sekolah,
misalnya membawa murid bermain atau menghadiri mesyuarat bagi
pihak sekolah maka tugas itu hendaklah dilaksanakan sendiri dan
dilaksana mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
12.3 Tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh guru sendiri, tidak boleh
diserahkan kepada murid-murid, misalnya mengawasi kedatangan Ko-
kurikulum, memegang kunci sekolah, mengambil soalan peperiksaan
di pejabat dan sebagainya.
12.4 Sekiranya sesuatu tugas itu terpaksa diarahkan kepada guru lain
kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan dan dipersetujui oleh
pihak yang menggantikannya, Pengetua mestilah diberitahu dengan
segera tanpa Gagal.
12.5 Guru dan staf sokongan mestilah mengutamakan keselamatan diri dan
pelajar sepanjang menjalankan tugas tersebut di kawasan sekolah.
12.6 Waktu tidak mengajar / waktu luang (Free period) adalah waktu bekerja
dan boleh digunakan untuk tugas Guru Ganti, merancang persediaan
P&P, memeriksa buku latihan atau perjumpaan / pertemuan khas dengan
pelajar bermasalah
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981 bertarikh 14.9.1981).

PARA 13 PENGGUNAAN ALAT – ALAT / HARTA BENDA SEKOLAH.


13.1 Guru dan staf sokongan adalah bertanggungjawab menjaga semua jenis alat,
alat-alat atau harta benda sekolah dan menggunakan dengan betul mengikut
peraturan-peraturan tertentu.
13.2 Setiap guru mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran pihak yang
bertanggungjawab dan menjaga semua alatan yang dipinjam serta mestilah
dipulangkan segera setelah digunakan.
13.3 Setiap Guru mestilah melaporkan sebarang kerosakan / kehilangan dengan
segera kepada Pengetua, PK Pentadbiran, PK HEM atau PK Ko-kurikulum.

PARA 14 STOK SEKOLAH.


Guru dan staf sokongan yang dipertanggungjawabkan mengurus dan menjaga stok
harta sekolah mestilah :
14.1 Mencatatkan dalam Buku Stok apabila menerima barang pesanan dengan
segera.
14.2 Semua invois / bil yang diterima hendaklah dicatatkan rekod stok dan
diserahkan semua kepada Pembantu Tadbir tidak lewat SEMINGGU dari
tarikh menerima invois / bil.
14.3 Semua stok dan inventori mestilah direkod dan disemak pada setiap bulan
dan dicatatkan dalam Buku Stok yang disediakan.
14.4 Buku Stok mestilah sentiasa disimpan dengan selamat dan diserahkan
kepada Pembantu Tadbir pada akhir persekolahan tahun berkenaan.

PARA 15 GURU BERTUGAS MINGGUAN. (GBM)


15.1 GBM mesti berada di kawasan sekolah pada jam 7.15 pagi dan
meninggalkan sekolah 15 minit selepas loceng akhir PdPc berbunyi.

A-8
A- VISI DAN MISI
Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah

15.2 GBM mesti memastikan semua pelajar telah berada dan bersedia / duduk
di tapak perhimpunan awal pagi.
15.3 GBM mestilah memastikan persiapan / kemudahan Perhimpunan Rasmi
Mingguan disediakan dengan sempurna: seperti sistem siaraya, CD lagu-lagu
rasmi, Laptop / CD player, kerusi guru, pengerusi majlis, pembaca doa dan
bendera.
15.4 GBM mestilah memastikan semua pelajar dan semua guru telah bersedia
sebelum mengarahkan pengawas menjemput Pengetua, PK dan GK ke
majlis Perhimpunan Rasmi.
15.5 GBM mestilah memastikan atur cara Perhimpunan Rasmi Mingguan berjalan
lancar dan terkawal.
a. Pelajar dan guru berdiri sewaktu ketibaan pengetua ke tapak
perhimpunan
b. Nyanyian Lagu :
i. Negaraku ii. Negeri Perak iii. Lagu Sekolah
c. Bacaan Doa
d. Bacaan Ikrar Pelajar
e. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
f. Ucapan Guru Bertugas Minggu ini
g. Pengumuman / Hadiah / Cenderamata
h. Ucaptama Pengetua / PK / GK
15.6 GBM mesti berada di dalam surau untuk mengawasi pelajar semasa solat
hajat dan solat dhuha.

PARA 16 PESANAN DAN PEMBELIAN.


Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan memesan barang-barang/perkhidmatan
tanpa kelulusan daripada Pengetua. Prosedur pesanan dan pembelian mestilah
dipatuhi:
16.1 Cadangan pembelian hendaklah dibuat kepada Ketua Panitia dengan
mengisi Nota Minta yang boleh diperolehi / disediakan di pejabat sekolah.
16.2 Ketua Panitia perlu menyemak dan mendapatkan baki Wang Peruntukan
Panitia daripada Ketua Pembantu Tadbir / pembantu Tadbir sebelum
berbincang cadangan tersebut dengan Guru Kanan dan Pengetua.
16.3 Setelah cadangan diluluskan dan Nota Minta ditandatangani oleh
Pengetua, dapatkan sebutharga.
16.4 Isikan borang pesanan tempatan (LO) dalam tiga salinan (salinan asal dan
kedua untuk pembekal dan salinan ketiga untuk simpanan sekolah).
16.5 Borang pesanan tempatan mestilah ditandatangani oleh Pengetua.
16.6 Barang diterima hendaklah disemak dengan teliti dan penerimaan perlu
direkod dengan serta merta dalam buku stok dan perakuannya
ditandatangani oleh Penyelia Stok dan disahkan oleh Penolong Kanan
Pentadbiran.
16.7 Satu cop dengan perkataan: Diterima dan Dimasukkan Dalam Buku Stok
No. _______________ MS No. _________________ hendaklah
digunakan ke atas bil pembelian itu.
16.8 Semua bil pembelian hendaklah diserahkan ke pejabat dengan serta
merta setelah dimasukkan ke dalam stok supaya pihak sekolah boleh
membuat pembayaran dengan segera.
16.9 Sekiranya barang itu adalah untuk kegunaan serta merta, catatan
hendaklah dibuat di dalam bil itu, ditandatangani oleh penyelia stok dan
disahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran.
16.10 Barang-barang yang diterima hendaklah disimpan ditempat yang telah
A-9
A- VISI DAN MISI
Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah

ditetapkan dan selamat.


16.11 Setiap keluaran hendaklah dicatatkan ke dalam buku stok dan
ditandatangani oleh penerima sebagai akuan terima.
16.12 Buku stok hendaklah ditutup setiap akhir tahun dan diserahkan ke pejabat
sekolah untuk disemak.
16.13 Semua buku borang pesanan tempatan hendaklah disimpan dengan
selamat.

PARA 17 AMALAN-AMALAN YANG TIDAK HARUS DILAKUKAN SEMASA MEMBUAT


PEMBELIAN.
17.1 Membeli barangan atau peralatan tanpa menggunakan Borang Pesanan
bagi pembelian yang melebihi dari RM100.
17.2 Pembelian yang dibuat secara spontan (selalunya bila terjumpa sesuatu
barang, terus dibeli) adalah tidak digalakkan.
17.3 Mengambil barang dahulu tanpa mengisi Nota Minta, membuat pesanan
kemudian dan kadang-kadang terlupa mengeluarkan borang pesanan.
17.4 Pembelian menggunakan wang guru sendiri yang dituntut kemudian
di sekolah.

PARA 18 MENULIS RESIT BAYARAN TAMBAHAN.


18.1 Setiap awal tahun guru-guru kelas akan dibekalkan dengan sebuah buku
resit. Pastikan guru kelas menandatangani akaun penerimaan daripada
Pembantu Tadbir / PK.
18.2 Sebelum menulis resit, hendaklah dialas dengan kertas tebal pada
belakang helaian kedua setiap resit. Ini dapat mengelakkan daripada
tulisan berkesan ke helaian yang lain.
18.3 Jika berlaku kesilapan hendaklah dipotong (garisan) serta ditandatangan
ringkas. Jika kesilapan banyak berlaku, hendaklah dibatalkan resit
tersebut dan jangan diceraikan helaian asal dengan pendua.
(biarkan di dalam buku).
18.4 Buku resit adalah dokumen rasmi yang perlu disimpan dengan baik /
selamat dan serahkan kembali pada 22 November 2020 kepada KPT /
PT di pejabat sekolah. Pastikan juga akuan semasa penyerahan
ditandatangan.

PARA 19 MEMBUAT PEMBAYARAN.


19.1 Kutipan Bayaran Tambahan hendaklah diserahkan ke pada Pembantu
Tadbir di pejabat. Guru dikehendaki memastikan jumlah wang yang cukup
dan sama seperti yang ditulis pada resit.
19.2 Kutipan Bayaran Tambahan hendaklah diserahkan kepada pejabat pada
hari itu juga.

PARA 20 KESELAMATAN MURID.


20.1 Semua guru yang mengajar, sama ada di dalam bilik darjah, di makmal,
di padang atau di mana sahaja, adalah bertanggungjawab terhadap
keselamatan murid di bawah jagaannya. Oleh itu, guru hendaklah
sentiasa berhati-hati dan mengawal dengan rapi setiap pelajar supaya
tidak berlaku kemalangan atau kecederaan.
20.2 Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan, guru yang
bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan sewajarnya dengan
segera dan melaporkan kepada Guru Bertugas.
20.3 Pengetua hendaklah diberitahu dengan segera sekiranya ada berlaku

A-10
A- VISI DAN MISI
Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah

kemalangan / kecederaan ke atas murid atau guru


20.4 Semua Guru Kanan / Ketua Panitia / Penyelaras Bilik-Bilik Khas adalah
bertanggungjawab mengadakan langkah-langkah keselamatan dan
peraturan atau tatacara keselamatan bagi bahagian masing-masing.
20.5 Guru-guru dan murid-murid mesti mematuhi peraturan latihan kecemasan
dan keselamatan.

PARA 21 PENGGUNAAN TELEFON SEKOLAH.


21.1 Telefon sekolah hanya boleh digunakan untuk Urusan Pentadiran
sekolah / Urusan Rasmi sahaja.
21.2 Guru-guru dan staf sokongan sekolah tidak digalakkan menggunakan
untuk urusan peribadi.

PARA 22 KELAB GURU DAN KAKITANGAN.


Semua guru dan staf sokongan yang berkhidmat di sekolah ini secara
automatik menjadi ahli Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SMK RLKT
Lasah.

PARA 23 BILIK GURU.


23.1 Semua guru adalah bertanggungjawab menjaga susunan perabot dan
kebersihan di dalam serta sekitar bilik guru pada setiap masa.
23.2 JK Kelab Guru adalah bertanggungjawab sepanjang masa untuk
memantau dan mengurus hal ehwal bilik guru supaya sentiasa berada
dalam keadaan sempurna.
23.3 Guru yang ditugaskan menguruskan bilik-bilik khas perlu berada di bilik-
bilik khas tersebut.
23.4 Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan merokok di dalam bilik guru.
(Kawasan Sekolah adalah Kawasan Larangan Merokok).

PARA 24 ORANG LUAR BERJUMPA DENGAN GURU.


24.1 Orang luar termasuk jurujual tidak dibenarkan berjumpa dengan guru-guru
dan staf-staf sokongan tanpa kebenaran daripada pengetua terlebih
dahulu.
24.2 Oleh itu, guru-guru dan staf sokongan diingatkan supaya bertanya kepada
pihak yang hendak berjumpa itu sama ada telah mendapat kebenaran
daripada pengetua atau tidak.
24.3 Pelawat yang mendapat kebenaran untuk berjumpa guru atau murid diberi
satu “PAS PELAWAT” dari pondok pengawal keselamatan (disediakan
oleh JK Sekolah Selamat) untuk hari berkenaan sahaja. Adalah menjadi
tanggungjawab guru mengarahkan orang berkenaan melapor diri di
pondok pengawal keselamatan sekiranya “PAS PELAWAT” tidak
ditunjukkannya.
24.4 Orang luar juga DILARANG berjumpa dengan guru atau murid di bilik
darjah atau semasa guru sedang mengajar.

PARA 25 GURU-GURU PERGI KE PPD / JPN.


25.1 Guru-guru tidak dibenarkan menelefon atau pergi sendiri ke PPD / JPN
menguruskan hal-hal perkhidmatan / perjawatan tanpa kebenaran
Pengetua.
25.2 Guru-guru dan staf sokongan yang dibenarkan pergi berjumpa dengan
A-11
A- VISI DAN MISI
Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah

pegawai-pegawai di PPD / JPN mestilah berpakaian rasmi yang kemas.

PARA 26 MENULIS SURAT RASMI.


26.1 Semua surat berkenaan dengan hal sekolah atau penjawatan hendaklah
ditulis melalui dan salinan kepada Pengetua supaya surat itu dapat
dipanjangkan kepada pihak-pihak tertentu.
26.2 Semua surat rasmi sekolah hendaklah menggunakan format surat rasmi
yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

PARA 27 CUTI SAKIT.


Guru dan staf sokongan sekolah yang tidak dapat hadir bertugas kerana sakit
hendaklah memberitahu pengetua mengikut tatacara berikut:
27.1 Menelefon Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran.
27.2 Sampaikan maklumat Mesej / Telegram dengan kadar segera kepada
Pengetua.
27.3 Melaporkan diri kepada Pengetua sebaik sahaja balik bertugas.
27.4 Menyerahkan Sijil Sakit kepada Pengetua atau PKP di pejabat tanpa
GAGAL.

PARA 28 CUTI REHAT.


28.1 Guru-guru dan staf sokongan sekolah hendaklah memohon kebenaran
daripada pengetua terlebih dahulu sebelum bercuti dengan mengisi
borang permohonan cuti selewat-lewatnya 2 MINGGU sebelum bercuti.
28.2 Pengetua berhak menolak permohonan cuti tesebut atas sebab-sebab
kepentingan sekolah dan murid-murid.
Cuti untuk tujuan ini hanya dibenarkan 10 hari dalam setahun (bagi guru).
28.3 GURU-GURU DAN STAF SOKONGAN SEKOLAH TIDAK DIBENARKAN
BERCUTI ATAU MENINGGALKAN TUGAS SEKOLAH SEBELUM
PERMOHONAN CUTI DILULUSKAN OLEH PENGETUA.
PERINGATAN :
Sebarang cuti tanpa kebenaran / kelulusan daripada pihak yang
berwajib, gaji guru dan staf sokongan berkenaan DIPOTONG dan
tindakan tatatertib boleh diambil.

PARA 29 CUTI TANPA GAJI.


29.1 Guru-guru dan staf sokongan tidak digalakkan mengambil cuti tanpa gaji
kerana urusan peribadi kecuali atas perkara-perkara yang tidak dapat
dielakkan dan tidak menjejaskan pentadbiran sekolah serta kepentingan
murid-murid.

PARA 30 MEMOHON CUTI LAIN DARIPADA DI ATAS.


30.1 Sila semak dari pejabat sekolah mengenai syarat-syarat memohon
sesuatu jenis cuti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Misalnya permohonan cuti keluar negeri hendaklah dikemukakan kepada
Pengarah Pelajaran Perak melalui pengetua SEBULAN sebelum tarikh
bertolak.
30.2 Jika sebarang aktiviti dengan agensi luar dari jabatan dan memerlukan
Cuti Tanpa Rekod mestilah memaklumkan secara bertulis kepada pihak
sekolah / Pengetua. Pengetua berhak tidak membenarkan jika
mengganggu pentadbiran sekolah serta kepentingan murid-murid.
30.3 Sebarang tugasan luar kawasan sekolah di waktu sesi persekolahan
sedang berjalan mestilah dengan pengetahuan pihak sekolah.
A-12
A- VISI DAN MISI
Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah

(ada sokongan surat panggilan).


Peringatan:
Sebarang cuti tanpa kebenaran / kelulusan daripada pihak yang
berwajib, gaji guru dan staf sokongan berkenaan DIPOTONG dan
tindakan tatatertib boleh diambil.
PARA 31 PERHIMPUNAN.
31.1 Perhimpunan Rasmi adalah perhimpunan pada hari ISNIN Masa
perhimpunan tersebut pada pukul 7.40 pagi hingga 8.10 pagi (30 minit
sahaja). SEMUA GURU adalah wajib HADIR dan BERADA di tapak
perhimpunan pada waktu tersebut kecuali dengan kebenaran Pengetua.
31.2 Pakaian guru-guru semasa Perhimpunan Rasmi hendaklah kemas. Bagi
Guru Lelaki MESTI memakai tali leher. Semua guru (lelaki & perempuan)
digalakkan memakai kot / blazer.
31.3 GBM mesti mematuhi tempoh masa Perhimpunan Rasmi yang
ditetapkan supaya tidak mengganggu proses PdP. (30 minit sahaja)

PARA 32 TANDA NAMA.


32.1 Semua guru dan kakitangan hendaklah sentiasa memakai tanda nama
pada waktu persekolahan, majlis rasmi di sekolah / di luar sekolah.
32.2 Tanda nama mestilah mengikut saiz yang ditetapkan.

PARA 33 KUNCI.
33.1 Semua kunci adalah hak milik SMK RLKT Lasah dan mestilah sentiasa
disimpan di pejabat sekolah.
33.2 Kalau ada guru atau staf sokongan yang ingin menyimpan kunci pendua
bilik tertentu perlu mendapat kebenaran daripada Pengetua dengan
mengisi rekod pemegang kunci di pejabat. Walau bagaimanapun, guru /
staf sokongan tersebut bertanggungjawab terhadap bilik berkenaan
sepenuhnya.
33.3 Kunci tersebut mesti diserahkan ke Pejabat Sekolah / KPT sebelum
bercuti. Jika ada yang tidak menyerahkan kunci tersebut sebarang
kehilangan atau risiko yang berlaku terhadap bilik tersebut semasa bercuti
menjadi tanggungjawab guru / staf sokongan tersebut.

PARA 34 PENGGUNAAN INTERNET SEKOLAH.


341 Guru-guru dan staf sokongan digalakkan menggunakan kemudahan
internet untuk mendapatkan maklumat terkini perkhidmatan dan bahan
bantu mengajar.
34.2 Guru dan staf sokongan sama sekali DILARANG menyalahgunakan
kemudahan internet sekolah dengan melayari laman-laman web yang
tidak dibenarkan

OBJEKTIF WAWASAN 2020

A-13
A- VISI DAN MISI
Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah

Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan


menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikat cara dan corak negara
maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang
sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal,
semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna
dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.

CABARAN 2020

1. Mewujudkan Negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi


bersama.
2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan
keyakinan terhadap diri sendiri, bangsa dengan apa yang dicapai serta gagah
menghadapi pelbagai masalah.
3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.
4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur.
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.
7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.
8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, giat dan
kental.

Bidang Keberhasilan Utama Negara


( NKRA = National Key Result Area )

A-14
A- VISI DAN MISI
Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah

1. Mengurangkan Kadar Jenayah.


2. Memerangi Rasuah.
3. Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan.
4. Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat yang Berpendapatan Rendah.
5. Memperkasakan Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman.
6. Menambah Baik Pengangkutan Awam Dalam Jangka Masa Sederhana.

  
 
MATLAMAT
 
SEKOLAH
 
“PENGURUSAN BERKUALITI
DAN PRESTASI KERJA
CEMERLANG BERDASARKAN
STANDARD KUALITI
PENDIDIKAN MALAYSIA”
GELOMBANG 2(SKPMg2).
 

ASPIRASI   SEKOLAH
 

A-15
A- VISI DAN MISI
Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah

1. Menghayati Visi dan Misi sekolah bagi mencapai kecemerlangan


akademik, kokurikulum dan sahsiah berteraskan Pembelajaran Abad
ke-21.
2. Guru melaksanakan PdPc yang berkualiti dan berimpak tinggi di dalam
atau luar bilik darjah untuk pencapaian akademik yang optimum
berasaskan teknologi dan inovasi Pembelajaran Abad ke- 21.
3. Memperkasa sumber manusia untuk membangunkan potensi murid
secara seimbang bagi mencapai kesejahteraan diri berpaksikan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
4. Melestarikan iklim dan budaya sekolah cemerlang bagi mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang dapat merangsang kejayaan aspirasi
PPPM.
5.  Memupuk budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah, ibu bapa
dan komuniti.
6. Melaksanakan arahan kementerian dan menjadi perantara yang berkesan
antara ‘stake holder’, ibu bapa dan komuniti.

LAGU SEKOLAH

MARILAH KITA SEMUA


BERIKRAR DAN BERJANJI
MAJUKAN SEKOLAH KITA
SEKOLAH RLKT

LAMBANGNYA DI UTAMA
BENDERA DIPELIHARA
BERSUKAN SERTA BELAJAR KITA
CITA TEKUN JAYA

(KORUS)
ALLAH PELIHARA
KITA SEMUA
DI BAWAH NAUNGANNYA KITA
USAHA CITA TEKUN JAYA (2 X)

A-16
A- VISI DAN MISI
Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah

BUDAYA SEKOLAH
S = Sayangi Sekolah
M = Menghormati Warga Sekolah
K = Kaya Jiwa
R = Rajin Berusaha
L = Lekas dan Cekap
K = Kritis dan Kreatif
T = Tingkatkan Kecemerlangan
L = Legalisme
A = Amanah
S = Sedia Membantu
A = Ambil berat
H = Hindari Vandalisme

Rasulullah s.a.w. bersabda:


“ Barang siapa yang menghendaki dunia, hendaklah dengan ilmu, barangsiapa yang menghendaki Akhirat,
hendaklah juga dengan ilmu dan barang siapa yang menghendaki kedua-duanya
hendaklah dengan ilmu ”

ooo ooo ooo ooo ooo ooo ooo ooo ooo ooo ooo ooo ooo ooo ooo ooo ooo

“ ... BAGI ORANG YANG RIAK ADA TIGA TANDANYA IAITU RAJIN APABILA DIA BERADA DI HADAPAN MATA
ORANG RAMAI, MALAS APABILA BERSENDIRIAN DAN INGIN DIPUJI UNTUK SEMUA PERKARA”

A-17
T T T
5 4 A A A
T T T
P P N N N
A A A
V V D D D
N N N
S S T T A A A
B. W D D D
S SB S
Bengkel

UP U3 A A AR A A A
PVMA
Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah

SP S& S
S5 SFI BI
N N RO G
RE R UB S
2019

B D D UK O
U A S SZI SO
AR A RS M
S A A R
SU R L T UK UL
A
UP UU SE SM
S RA
A A E S
R RO
U U1 UB BI S
R R A U U RI U
A A
GI
BENGKEL RBT

ST 3 K
R
M G LI U
5P R
U U
A T A -P S S
A P M K R A
S S
U U A U
Bengkel PVMA

K SU 2 E G U U
A R A
S R
A U S L
R K A R R
A
3 E P U
U A A
AP. U U U
PELAN KEDUDUKAN KELAS TAHUN

R
D 2 M M EJ R5 U U
N
AKS A
E RE SM A 4 KI
SES A U S P AK S M
W
U R A B
U
U RK U U U1 K IA
R A T A A
N
A
M R3 T S 3
S
A 1 U
A N U
-LELAKI
K
U2 S A D S U5 S
4 R
O S U
S
BG
P U L U U
R U A
S
PE
R U 1 R K S
S R R A2 R U
A R S A A K R
U A
U U U A
A U U S 2 A
KELAS

SI
PVMA

R SU U R U
B. SU
S. U
S.
A
A- VISI DAN MISI

RA A
U U R
B U
S S
U O U U
A R
S
U K
A K
KELAS S A A

KANTIN
U

A-18
B.
S S
N S
N
PEND. P
U P
S P
S
GARAJ A

KHAS E
R T
U T
U
SURAU A
P S
R S
R
U
S A
S A
S 4S
U U U K
R R R 1
A A A S
ST T U U U U
O A R4
R N AS
D UT
A

M
G
Y
S E
2 1 M
M P S

KN
I U
U

LK
I A
BS
R
A
2 1 U
B B

PADANG
2 1
D D

KOMPUTER
MAKMAL
A- VISI DAN MISI
Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah

KPI (Key Perfomance Indicator)

PENGURUSAN
SASARAN
BIL PERKARA
PENCAPAIAN
1 SKPMg2 98%
2 Prestasi PBPPP 95%
3 Pematuhan tarikh on/off e-sistem 100%
4 Pengurusan Kewangan Cemerlang

KURIKULUM
SASARAN
BIL PERKARA PERINCIAN
PENCAPAIAN
TP 3 100%
1 PBD
TP 6 5% (4 Orang)
GPS 3.51
3 PT3 Straight A 3 orang
% Lulus 50%
GPS 4.99
4 SPM % Lulus 96 %
Straight A 2 orang
NILAM Ke 3 Daerah
Pusat Sumber
5 Budaya 3B 100%
Sekolah
Kolaborasi Rangkaian PSS 100%
Penghantaran Rancangan
6 e-RPH 100%
Persediaan Harian

A-19
A- VISI DAN MISI
Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah

HAL EHWAL MURID


BIL
PERINCIAN SASARAN PENCAPAIAN

1 Kehadiran murid T3 dan T5 100%


Tingkatan Pendidikan Khas, Tingkatan 1, 2 dan 4. 95%
2 Penurunan kadar ponteng sekolah 2%
3 Kes Rokok 0%
4 Kes Dadah 0%
5 3K (KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KESELAMATAN) 90%
6 Solat Zohor Berjemaah 100%
7 Perkhidmatan Kaunseling & Kerjaya—1Murid 1Kerjaya 100%
8 Keciciran Murid 0%
9 Bantuan KWAPM/ Anak –anak yatim 100%

KOKURIKULUM
BIL PERKARA PERINCIAN SASARAN
PENCAPAIAN

1 Buku/Fail Ada dan lengkap 100%


Kokurikulum
2 Anugerah Kecemerlangan KOKU Peringkat Negeri Johan
3 Pengakap Raja (Pengakap) 2 orang
PBB Pegawai Waran 1 (KRS) 2 orang
Puteri Sulong (Puteri Islam) 3 orang
4 Sukan MSSD (Balapan) 7 Emas
5 Sofbol Johan Daerah
Bola Jaring Johan Daerah
Permainan
Sepak Takraw Johan Daerah

6 PAJSK Minimum C 100%


7 1M1S Penglibatan semua murid 100%
8 Kebitaraan Pengakap, Pantun dan Syair Johan Daerah
Sekolah

A-20

Anda mungkin juga menyukai