Anda di halaman 1dari 51

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN


(Profesion dan Profesionalisme
- Amalan Prefesionalisme Guru)

Dr Syed Khalid Bin Syed Idrus


IPGK Darulaman
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Profesionalisma

Ditakrifkan sebagai “tingkahlaku, kemahiran atau kualiti yang


dapat menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai pengalaman
dan standard yang tinggi yang boleh diharapkan daripada ahli
sesuatu profesion itu”

Definisi profesionalisma yang lebih mudah ialah untuk seseorang


itu mengetahui tugasnya inside-out. Oleh itu ia perlu mempunyai
kemahiran, kebijaksanaan dan kemampuan untuk menjalankan
tugas dengan penuh disiplin, komitmen dan secara yang penuh
berintegriti. Disebabkan kemahiran memerlukan pengetahuan,
maka pembelajaran berterusan adalah penting untuk menjadi
seseorang itu lebih professional dan sentiasa relevan mengikut
perubahan masa.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Profesionalisma

Lima ciri-ciri utama yang perlu ada pada golongan profesional


Muslim abad ke-21 iaitu:

(i) Ia perlu `competent' dan `well-informed', iaitu berkemampuan


mengolah maklumat dan pengetahuan yang sebegitu banyak
dengan ketajaman daya analisisnya dan kemampuannya untuk
berfikir secara integratif dan conceptual. Ini akan membolehkannya
bertindak balas dengan cepat terhadap perkembangan pesat di
sekitarnya. Dalam dunia yang penuh persaingan, ciri ini sangat
diperlukan.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Profesionalisma

ii) Ia perlu mengamalkan life-long learning iaitu terus-menerus


mencari ilmu sepanjang hayat dengan tujuan menyesuaikan diri
dengan dunia yang sememangnya sentiasa mengalami
perubahan yang dinamik;

iii) Ia perlu berupaya meramal perubahan-perubahan yang


bakal berlaku dan seterusnya berwatak kreatif inovatif dalam
menangani cabaran cabaran baru. Kreativiti itu perlu disertai
dengan keberanian untuk bertanggungjawab, yakni sanggup
membuat keputusan dan sanggup menghadapi risikonya.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Profesionalisma

iv. Di samping itu, mereka juga perlu mempunyai kepekaan


terhadap keadilan sosial, perpaduan nasional dan solidariti
kemanusiaan sejagat

v. la perlu memiliki harga diri dan kepercayaan pada diri sendiri


yang berteraskan iman yang kuat. Ini akan memungkinkannya
berdaya usaha dan berdaya saing di samping mendorongnya
bekerjasama dengan pihak lain. Pegangan pada iman dan agama
pula akan menentukan bahawa langkah-langkah yang diambilnya
atau dicadangkannya akan mengambilkira dimensi agama, moral
dan etika.
Y.Bhg. Tan Sri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, bekas Ketua
Setiausaha Negara, semasa berucap di Seminar Penafsiran
Semula Peranan Ahli Profesional Muslim Abad ke-21
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Profesionalisma Guru

1. Konsep etika
2. Kod Etika Keguruan Malaysia
3. Tonggak 12
4. Akauntabiliti guru
5. Standard Guru Malaysia (SGM)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

1. Konsep etika

Etika adalah aspek yang berkaitan dengan tingkah laku


seseorang yang diterima dan dipersetujui oleh sekumpulan
masyarakat.

Konsep Etika:

sistem tingkah laku kumpulan manusia / organisasi.


nilai moral yang baik / buruk
masyarakat menganalisis, menilai, mengikut peraturan
yang telah ditetapkan.
guru perlu menjaga kod etika demi status, akhlak dan
maruah.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

1. Konsep etika

Prinsip Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia


Sebagai seorang guru dan penjawat awam, Etika kerja
Kementerian Pelajaran Malaysia seharusnya difahami,
dihayati dan dilaksanakan di dalam semua perlakuan dan
tindakan ketika menjalankan tugas berasaskan kepada
prinsip-prinsip yang berikut:

i. Niat yang betul


ii. Perlakuan yang baik
iii. Penggerak ke arah kebaikan
iv. Memperkotakan apa yang dikata
v. Berdisiplin dan beradab.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

1. Konsep etika

Di samping itu, tujuh nilai utama turut menjadi fokus Etika Kerja
Kementerian Pendidikan Malaysia. Nilai-nilai tersebut adalah
seperti berikut:
Amanah

Amanah adalah sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan


tugas tanpa menyalahguna kuasa dan kedudukan. Contohnya
tidak menggunakan waktu bekerja rasmi untuk melakukan
urusan peribadi

Benar

Bercakap benar dan menepati janji. Sebagai penjawat awam


kita perlu bercakap benar dan tidak berbohong dalam urusan
seharian untuk menjaga integriti perkhidmatan.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

1. Konsep etika

Bijaksana

Penjawat awam harus menggunakan pemikiran bijaksana alam


membuat keputusan dan tidakan yang bersesuaian. Kita juga
harus mempunyai pemikiran yang rasional dan pertimbangan
yang saksama.

Bersyukur

Setiap individu tidak kira pelajar, guru, pemimpin pendidikan


mahupun penjawat awam harus mempunyai perasaan dan
perlakuan menghargai pemberian yang diterima serta
bersyukur.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

1. Konsep etika

Dedikasi

Amalan ini merujuk kepada sikap individu yang rela


mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dan
menghasilkan kerja yang berkualiti. Misalnya, bekerja dengan
tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan
tugas dan memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti.

Ikhlas

Warga Kementerian Pendidikan Malaysia harus sentiasa


menekankan nilai ikhlas sebagai amalan dan ketika
menunaikan tanggungjawab bagi menghasilkan mutu kerja
yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

1. Konsep etika

Penyayang

Sifat penyayang dan hubungan kekeluargaan harus dimiliki di


kalangan penjawat awam untuk mewujudkan permuafakatan
serta jalinan keakraban yang lebih kukuh sesama kita. Ini
penting untuk mewujudkan semangat kekitaan yang lebih jitu.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

2. Kod Etika Keguruan

Kod Etika profesion keguruan adalah sama seperti yang


diamalkan oleh profesion yang lain seperti peguam, jurutera,
perubatan dan sebagainya.

Bagi seseorang guru, mereka perlu mematuhi kod etika ini bagi
menjaga imej, status, akhlak dan keperibadian mereka ketika
menjalankan tugas. Di negara kita, ‘Tatasusila Profesion
Keguruan’ adalah merupakan garis panduan yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjaga
imej profesion guru.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

2. Kod Etika Keguruan

Tanggungjawab terhadap pelajar

mengutamakan kebajikan dan dan keselamatan pelajar


bersikap adil terhadap pelajar
merahsiakan maklumat peribadi murid.
membimbing /mengajar pelajar tanpa sebarang bayaran
menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku
memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

2. Kod Etika Keguruan

Tanggungjawab terhadap ibu bapa

Menghormati tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak


mereka.
Mewujudkan hubungan yang mesra dan kerjasama.
Mengganggap semua maklumat yang diberi ibu bapa sulit.
Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-
anak mereka.
Mengelakkan daripada menggunakan/dipengaruhi oleh
kedudukan sosial/ekonomi ibu bapa
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

2. Kod Etika Keguruan

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

Tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan pelajar,


masyarakat atau negara
Memupuk sikap dan nilai supaya menjadi warganegara yang taat
setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang lebih
tua dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan
agama.
Menghormati masyarakat tempat berkhidmat.
Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan
ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
Berpegang pada tingkah laku yang sopan dan diterima
masyarakat
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

2. Kod Etika Keguruan

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion

Mengelakkan diri daripada membuat kenyataan yang boleh


mencemarkan nama baik rakan sejawat di hadapan pelajar atau
ibu bapa.
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan
kecekapan sebagai guru.
Berusaha menunaikan tanggungjawab.
Sentiasa membantu rakan yang baru dalam profesion perguruan.
Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik
profesion perguruan.
Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

3. Tonggak 12

Tonggak 12 ialah dasar, panduan dan pokok kepercayaan yang


menjadi asas sesuatu tindakan yang perlu diamalkan oleh semua
peringkat kakitangan perkhidmatan awam di semua peringkat.
Tonggak 12 mengemukakan panduanpanduan, contoh-contoh nilai
dan etika serta amalan-amalan baik yang perlu diamalkan dan
amalan-amalan negatif yang perlu dihentikan. Tumpuan utama setiap
tonggak adalah individu. Ini didasarkan kepada kepercayaan bahawa
nilai-nilai yang penting akau membentuk peribadi yang tertentu dan
peribadi ini pula akan mempengaruhi pembentukan sesebuah
organisasi
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Elemen-elemen dalam Tonggak 12 adalah:

1. Menghargai Masa
2. Ketekunan Membawa Kejayaan
3. Keseronokan Bekerja
4. Kemuliaan Kesederhanaan
5. Ketinggian Peribadi
6. Kekuatan Sifat Baik Hati
7. Pengaruh Teladan
8. Kewajipan Menjalankan Tugas
9. Kebijaksanaan Berhemat
10. Keutamaan Kesabaran
11. Peningkatan Bakat
12. Nikmat Mencipta
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

4. Akauntabiliti guru

Konsep
Tanggungjawab kepada seseorang/sesuatu
Tanggungjawab kepada profesion perguruan
Leslie Kaplan & William Owings (2001) mendefinisikan
akauntabiliti guru sebagai;

● kualiti guru
● kualiti pengajaran
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

4. Akauntabiliti guru

Akauntabiliti terhadap diri / perlakuan

Berilmu pengetahuan dan berkemahiran menyampaikan


maklumat.
Memiliki emahiran interpersonal.
Membentuk soalan penilaian.
Mahir dalam pengurusan bilik darjah
Memotivasikan pelajar
Kemahiran dalam pengurusan disiplin
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

4. Akauntabiliti guru

Akauntabiliti terhadap murid-murid dan ibu bapa

Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.


Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid.
Bersikap adil dengan setiap murid.
Membimbing murid-murid tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Memberi contoh yang terbaik kepada murid-murid.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

4. Akauntabiliti guru

Akauntabiliti terhadap profesion

Melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.


Menjadi teladan yang baik kepada murid-murid.
Membantu rakan sejawat.
Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang mencemarkan profesion
perguruan.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

4. Akauntabiliti guru

Akauntabiliti terhadap bangsa dan negara

Menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat FPK dan


Rukun Negara.
Memupuk nilai murni yang sesuai dengan masyarakat berbilang
kaum.
Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Mengeratkan persefahaman dengan ikhlas dalam kalangan ibu
bapa.
Memberi sumbangan sukarela kepada negara.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

5. Standard Guru Malaysia(SGM)

Penggubalan Standard Guru Malaysia(SGM) adalah berlandaskan


kepada matlamat pembangunan modal insan yang berupaya
untuk memberi sumbangan ke arah mencapai status negara maju
menjelang tahun 2020. Oleh kerana, pembangunan modal insan
berkualiti adalah bergantung kepada pendidikan berkualiti, maka
Standard Guru Malaysia menggariskan kompetensi profesional
yang patut dicapai oleh guru di negara kita.

Ringkasnya, Standard Guru Malaysia boleh ditakrifkan sebagai


satu pernyataan yang patut dicapai oleh guru di Malaysia
(standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta
dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan
(keperluan).
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

5. Standard Guru Malaysia(SGM)


Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:

Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan,pengetahuan dan


kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan
mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan.

Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap
seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran,
serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan
bermutu tinggi.

KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang
dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan
diwujudkan.

Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan
Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am
pendidikan tinggi.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

5. Standard Guru Malaysia(SGM)

Tujuan Penggubalan SGM

Penggubalan Standard Guru Malaysia merangkumi dua tujuan


yang utama:

i. Mengenalpasti tahap kompetensi profesional guru dalam


aspek nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan
kefahaman; dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

ii. Mengenalpasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan


latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin
tahap kompetensi guru yang ditetapkan akan tercapai.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

5. Standard Guru Malaysia(SGM)


Kerangka SGM

Pengertian Standard Guru Malaysia


Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai
oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh
agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan).

Standard merangkumi tiga aspek berikut:

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan


Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

5. Standard Guru Malaysia(SGM)


Perincian Standard

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan


Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama
dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan Tonggak Dua Belas. Standard
ini mempunyai tiga domain utama iaitu:

S1.1 Domain diri


Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan
supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi
mencapai matlamat sistem pendidikan negara. Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini
ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil,
bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran
interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

5. Standard Guru Malaysia(SGM)

S1.2 Domain Profesion


Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru
dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang
ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti,
teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.

S1.3 Domain Sosial


Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-
nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat
bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

5. Standard Guru Malaysia(SGM)


Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman

Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme
keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan
inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut:

S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran.
S2.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan
keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.
S2.3 Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.
S2.4 Kandungan Ilmu Pendidikan
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

5. Standard Guru Malaysia(SGM)


Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman

Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme
keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan
inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut:

S2.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan
dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.
S2.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
S2.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik
amalan pengajaran dan pembelajaran.
S2.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

5. Standard Guru Malaysia(SGM)


Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran . Standard ini memfokuskan
kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan
pembelajaran akademik dan kokurikulum. Kemahiran yang patut ada pada semua guru
adalah seperti yang berikut:

S3.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan


Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan
sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid.

S3.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan


pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir,
kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah
cara dan kemahiran mentaksir dan menilai.

S3.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan


pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian
murid.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

5. Standard Guru Malaysia(SGM)


S3.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan,
masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

5. Standard Guru Malaysia(SGM)


Perincian Keperluan
Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan
latihan dengan mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan kewangan,
pekeliling am dan arahan pentadbiran, tuntutan serta perkembangan
semasa.

Lima keperluan penting latihan perguruan telah dikenalpasti bagi


memastikan guru mencapai tahap kompetensi yang diharapkan iaitu:

Keperluan 1: Kelayakan Masuk dan Prosedur Kemasukan Program


Latihan
Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian Perguruan
Keperluan 3: Kolaborasi
Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur
Keperluan 5: Jaminan Kualiti
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

5. Standard Guru Malaysia(SGM)


Perincian Keperluan
Keperluan 1: Kelayakan Masuk dan Prosedur Kemasukan Program
Latihan
Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja ditawarkan
mengikuti program latihan perguruan, agensi dan institusi latihan
perguruan patut mematuhi syarat dan prosedur berikut:

1. Mengiklankan permohonan
2. Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak
untuk menduduki Ujian kelayakan (U. Fizikal/ Temuduga)
3. Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap
yang ditetapkan untuk menghadiri temu duga
4. Melaksanakan sesi temu duga calon guru
5. Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya
6. Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran
7. Menandatangani perjanjian latihan perguruan
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

5. Standard Guru Malaysia(SGM)


Perincian Keperluan
Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian
Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan
perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan
perkara berikut:

1. Kurikulum latihan
2. Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi
3. Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan
pengalaman di sekolah
4. Sumber pengajaran dan pembelajaran
5. Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan
penilaianyang sedang berkuatkuasa.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

5. Standard Guru Malaysia(SGM)


Perincian Keperluan

Keperluan 3: Kolaborasi
Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi
latihan perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai
pihak seperti yang berikut:

1 . Sekolah
2. Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar Negara
3. Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform serta
sukan dan permainan.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

5. Standard Guru Malaysia(SGM)


Perincian Keperluan

Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur

Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang


berkesan, bermakna dan menyeronokkan, agensi dan institusi latihan
perguruan patut menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan
terkini seperti yang berikut:

1. Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi


memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan
pentadbiran, serta kebajikan pelajar dan staf berdasarkan
spesifikasi standard dan kos yang sedang berkuatkuasa.
2. Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk
menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
dan pentadbiran.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

5. Standard Guru Malaysia(SGM)


Perincian Keperluan

Keperluan 5: Jaminan Kualiti


Mekanisme jaminan kualiti merupakan aspek penting bagi memastikan
latihan perguruan yang dilaksanakan kekal bermutu tinggi. Pemantauan,
penilaian, dan pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut
bagi menjamin kualiti latihan perguruan:

1. Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard


2. Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan
3. Penandaarasan latihan perguruan
4. Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN


(Peningkatan profesional kendiri)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Peningkatan Profesionalisme Guru

1. Peningkatan Profesionalisme Guru


Peningkatan Kendiri * Penyelidikan Tindakan * Muhasabah/Refleksi
* Budaya Ilmu * e-pembelajaran
Latihan Dalam Perkhidmatan
Kolaborasi

Peningkatan Profesionalisme Guru

Salah satu usaha utama ialah meningkatkan teknik pengajaran


dalam bilik darjah
Dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti
menjalankan kajian atas keberkesanan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mereka di dalam bilik darjah, menggunakan teknik
refleksi dengan kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan
kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Peningkatan Profesionalisme Guru

Peningkatan kendiri

Penyelidikan –tinjauan/ ekspemerintal


Konsep Penyelidikan tindakan Tindakan Mengikut Kurt Lewin (1952),
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Peningkatan Profesionalisme Guru

Pemikiran Reflektif

Menurut Birchall(1992), pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman sedia ada


untuk menimbang segala kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai
objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.
Seseorang yang dikatakan berfikiran reflektif boleh dilihat daripada tindakan seperti berikut:
Mengaitkan sesuatu idea dengan pengalaman yang sedia ada
Mengemukakan soalan kendiri
Mengusulkan hipotesis dan andaian
Mengemukakan pelbagai kemugkinan penyelesaian yang wajar
Menilai kemungkinan penyelesaian secara kritis dan kreatif
PenyelesaianPemikiran kritis dan kreatifRenungan kembali refleksi (Pemikiran
Metakognitif)Pemikiran ReflektifPerkaitan dengan pengalaman sedia ada
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Peningkatan Profesionalisme Guru

Pembelajaran Seumur Hidup: Budaya Ilmu Budaya ini boleh dioperasikan dalam enam
jenis bidang, iaitu: Budaya membaca: iaitu sentiasa memperolehi minat dan rajin membaca
dengan tujuan menambah ilmu pengetahuan serta mengembangkan daya fikir sendiri.
Budaya berfikir: iaitu sentiasa berusaha meningkatkan dan memperkayakan pemikiran sendiri
melalui proses analisis, sintesis dan kritis. Budaya belajar: iaitu sentiasa berusaha menambah
dan mengembangkan ilmu pengetauan dan kemahiran melalui berbagai proses pembelajaran.
Budaya berkarya: iaitu sentiasa berusaha menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran
dengan lisan ataupun secara bertulis sebagai sumbangan untuk dimanfaatkan oleh ahli-ahli
masyarakatnya. Bermusyawarah: iaitu pengurusan dan proses membuat keputusan tentang
hal pendidikan dijalankan secara muafakat atau musyawarah dalam semangat berpasukan.
Refleksi: iaitu proses penilaian kendiri, menimbangkan hasil dapatan daripada kajian kes
pendidikan dengan tujuan menyedari dan memahami kekuatan dan kelemahannya, dan mencari
ikhtiar untuk mengatasi bidang kelemahan tersebut.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Peningkatan Profesionalisme Guru

E – Pembelajaran Sejak dekad 70-an, oleh kerana perkembangan sains dan teknologi dengan
pesat serta canggih, khasnya penciptaan alat media elektronik dan komputer, pelbagai jenis
pendidikan telah diikhtiar dan diperkenalkan untuk kegunaan di institusi pendidikan demi
menangani tuntutan semasa serta cabaran masa depan. Diantara jenis pendidikan baru
diperkenalkan ialah Pendidikan Jarak Jauh, Pendidikan Komputer, Pendidikan Terbuka,
pendidikan Radio dan Televisyen, On-Line Tutorial dan sebagainya.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Peningkatan Profesionalisme Guru

Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan Kursus Dalam perkhidmatan dan Kursus


Dalaman Perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan menjadikan tugas guru
semakin mencabar dan berbeza. Penguasaan ICT serta memiliki sifat-sifat yang berakhlak
mulia dan berani akan meningkatkan lagi tahap profesionalisme seorang guru. Jadi, kursus-
kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan Negeri haruslah
dihadiri oleh guru. Contohnya ialah Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Peningkatan
Profesionalime Keguruan. Kursus seperti ini sudah tentunya akan membantu guru
meningkatkan prestasi dalam tugasan yang semakin canggih dan mencabar. Secara tidak
langsung juga, peningkatan kmahiran itu akan bertambah lagi apabila guru berkenaan
berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan yang tidak berkesempatan dan berpeluang
menghadiri kursus seperti ini
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Peningkatan Profesionalisme Guru

Kerjasama Profesional: Kolaborasi Peningkatan Kendiri seseorang guru dapat dibuat melalui
usaha kerjasama dengan guru-guru lain yang memiliki kelayakan akademik serta latihan ikhtisas
yang sama. Kerjasama ialah sikap saling membantu atau tolong- menolong. Jadi,
kolaborasi berbentuk profesional yang dibuat mestilah mencapai matlamat-matlamat
pendidikan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Dalam pentadbiran itu juga, ciri-ciri seperti
kolaboratif, koperatif dan kesejawatan mestilah dimiliki oleh guru untuk kemajuan sekolah.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN


(Pembelajaran Sepanjang Hayat)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Anda mungkin juga menyukai