Anda di halaman 1dari 3

LMCR 1582 TEKNOLOGI ANGKASA

TAJUK:

REFLEKSI FILEM SAINS ANGKASA


(INTERSTELLAR)

NAMA:
NOOR AFYZA EMYSHA BINTI CHE ABD HALIM
(A167679)

NAMA PENSYARAH:
Dr. AFIFUDDIN HUSAIRI
Filem ini mengisahkan tentang pada masa hadapan, bumi tidak lagi sesuai untuk menjadi tempat
tinggal habitat manusia. Tanaman tidak mampu hidup dengan subur dan tanaman yang hidup
hanyalah tanaman jagung. Kebuluran berlaku merata temat kerana kekurangan sumber makanan.

Cooper yang merupakan watak utama filem ini merupakan seorang saintis dan
juruterbang NASA yang sudah bersara dan menyara keluarganya dengan tanaman jagung.
Namun dia diminta oleh Profesor Brand untuk mengetuai sekumpulan saintis dalam ekspedisi
pencarian planet baru yang sesuai untuk habitat manusia. 10 tahun yang lalu, beberapa orang
saintis telah dihantar ke angkasa untuk mencari planet yang sesuai bagi meneruskan
kesinambungan sepsis manusia, namun hanya tiga saintis sahaja yang memberi maklum balas
positif. Oleh sebab itu, sekumpulan saintis baru yang diketuai oleh Cooper hendaklah
memastikan dan mengumpul maklumat planet manakah yang paling sesuai untuk habitat
manusia. Mereka memulakan pengembaraan melalui “wormhole” yang dapat memendekkan
perjalanan angkasawan di galaksi dalam misi pencarian planet mereka. Profesor Brand
mempunyai dua cadangan iaitu plan A membawa semua manusia ke planet baru dan plan B
mereka membawa 5000 embrio untuk memulakan semua pembiakan habitat manusia di planet
baru.

Planet yang pertama merupakan planet hasil penemuan Dr. Miller. Planet itu diliputi air
sepenuhnya dan masa di planet itu berjalan sangat lambat, mengikut hipotesis yang dikeluarkan
oleh NASA iaitu masa akan berjalan semakin lambat jika semakin dekat dengan blackhole.
Mereka meluangkan masa selama 3 jam di planet itu, namun tanpa disedari masa di bumi telah
berlalu selama 24 tahun. Pada masa yang sama, Murph yang merupakan anak perempuan Cooper
kian dewasa dan bekerja dengan Profesor Brand di bumi. Pada waktu ini Profesor Brand
memberitahu Murph bahawa kemungkinan plan A untuk berjaya sangatlah mustahil dan hal ini
mengecewakan Murph.

Planet yang kedua pula hasil penemuan Dr. Mann, planet ini diliputi ais dan sangat sejuk
serta tidak sesuai untuk habitat manusia. Dr. Mann mempunyai niat jahat untuk meninggalkan
mereka di situ dengan merampas kapal mereka yang digelar Endurance. Namun disebabkan
kurang kemahiran mengendalikan kapal angkasa, Dr Mann terkorban akibat letupan kapal
terhasil daripada tekanak udara. Kini kapal angkasa mereka tidak sempurna seperti asalnya kerna
sebahagian kapal tersebut telah termusnah. Bahan api juga tidak mencukupi untuk pulang ke
bumi jadi mereka tiada pilihan lain selain daripada pergi ke planet ke tiga iaitu, planet Dr.
Edmund. Namun disebabkan kekurangan bekalan makanan serta ingin mengurangkan beban
kapal angkasa, Cooper bercadang untuk membiarkan Amelia yang merupakan anak Dr. Brand
pergi ke planet ketiga berseorangan dan dia akan melompat ke dalam “black hole” untuk
membantu endurance mencapai kelajuan yang diperlukan untuk keluar dari orbit black hole.

Namun, kejadian yang pelik berlaku apabila Cooper tersesat di terowong masa
“tesseract” yang memaparkan keadaan seperti bilik tidur Murph. Di terowong masa ini, Cooper
dapat berinteraksi dengan Murph dan membantunya untuk melengkapkan pengiraan yang
dihasilkan oleh Profesor Brand. Akhir sekali, Murph berjaya menyelesaikan pengiraan itu
dengan bantuan Cooper sekaligus dapat menjayakan plan A yang dirancang oleh professor Brand
pada mulanya. Cooper pula berjaya diselamatkan oleh polis angkasa dan akhirnya dapat bertemu
dengan anak perempuannya, Murph, namun pada waktu itu Murph terlantar di katil dan bakal
menemui ajalnya akibat sakit tua. Semua penduduk bumi telah berjaya dipindahkan ke planet
baru, dan Cooper berazam untuk mencari Amelia yang masih berada di planet Dr. Edmund.

Pada pendapat saya, filem ini merupakan filem sains fiksyen yang banyak memberi saya
pengetahuan tentang sains angkasa, serta penggunaan teori sebenar dalam filem ini sangat
mengagumkan saya. Filem ini membuatkan saya terfikir tentang perkara yang mustahil berlaku
boleh berlaku dengan kewujudan teori sains. Filem ini mungkin filem sains fiksyen namun
sedikit sebanyak mampu mendidik penonton tentang pengetahuan ilmu sains tentang planet,
black hole dan sebagainya. Filem ini juga membuatkan saya terfikir, benar-benar wujudkah
planet yang sesuai untuk hidupan manusia di angkasa selain planet bumi? Dan bolehkah manusia
diselamatkan oleh pengiraan(equation) sains? Dan ada kemungkinankah black hole boleh
menggangu planet bumi dan menjejaskan tarikan graviti bumi atau mungkin menelan planet
bumi sehingga hilang dari angkasa tanpa meninggalkan identiti?

Anda mungkin juga menyukai