Anda di halaman 1dari 2

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH REMBAU

Teks Doa Majlis Rasmi - Sambutan Hari Guru 2020

‫رب العالمين‬ ‫بسم ﷲ الرحمن الرحيم الحمد‬


‫والصﻼة والسﻼم على أشرف المرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين‬
Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Rabbal ‘Alamin,
Kami memanjatkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan
Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Rembau Tahun 2020 pada pagi yang berbahagia ini
yang akan disempurnakan oleh Yang berbahgia Tuan Haji Md Fiah Bin Md Jamin, Pengarah
Pendidikan Negeri Sembilan dengan tema “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”.

Allahumma Ya Rafi’a al Darajaat, Wa Qadhiaal Hajat,


Sesungguhnya kami sedar dan faham, bahawa pengorbanan dan sumbangan bakti para guru,
amat besar ertinya buat pendidikan negara. Kegigihan, kesabaran dan komitmen yang tinggi,
dengan roh dan semangat kependidikan, mendidik anak bangsa supaya berbudi dan berjasa,
tanpa mengira tempat dan masa, amat mulia dan disanjungi. Justeru,berkatilah perhimpunan ini.
Rahmatilah jua usaha-usaha para guru. Satukanlah hati-hati mereka, eratkanlah silatur Rahimi di
kalangan mereka. Padukanlah tenaga dan usaha mereka untuk menggempur anjakan sikap dan
pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada
mereka kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana
kecemerlangan pendidikan, di alam persada.

Ya Allah, Ya Mudabbiral Amr,


Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah
kami, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan,
kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan
generasi yang beriman serta anugerahkanlah kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Alllahu Ya Lathif,
Lembutkanlah hati kami, sehingga menjadi lembut pula setiap tindakan yang kami lakukan.
Lembutkanla hati kami untuk mudah menerima setiap ketetapan-Mu, lembutkanlah hati kami
untuk mudah menerima segala perintah-Mu, sehinggga ia dapat kami jadikan sebagai penerang
dalam hidup, sebagai pembimbing dalam langkah kami. Ya Lathif, lembutkanlah hati kami, agar
kami dapat memahami dan menjalani takdirmu dengan keikhlasan dan kelapangan Karena tiada
yang dapat membuatnya menjadi lapang selain Engkau wahai Penguasa ALam Jagat.
Allahu Ya Ghofar,
Ampunilah segala dosa kami dan kedua orang tua kami, ampunilah segala keKhilafan dan
kemarahan yang pernah kami lakukan, kemarahan yang pernah kami keluarkan pada kedua orang
tua kami, kemarahan yang pernah kami luahkan pada suami atau isteri kami, anak-anak tak
berdosa kami, teman-teman kami, tetangga-tetangga kami, guru-guru kami, murid-murid kami
dan yang lainnya.

Ya Muqalibal Qulub,
tetapkanlah hati kami, tetapkan ia dalam ikatanMu, tetapkan ia untuk terus mencari ridhaMu,
tetapkanlah hati kami, pada jalan yang telah kau gariskan, sehingga kami tidak akan sesat pada
jalan yang salah.

َ‫ َوﻻَ َﲡْ َﻌ ِﻞ اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ِﻓ ْﻴـﻨَﺎ َوﻻ‬، ‫ﺼ ْﻮًﻣﺎ‬ ِِ ِ


ُ ‫ َوﺗَـ َﻔ ﱡﺮﻗَـَﻨَﺎ ﻣ ْﻦ ﺑَـ ْﻌﺪﻩ ﺗَـ َﻔ ﱡﺮﻗﺎً َﻣ ْﻌ‬، ‫ﲨ َﻌﻨَﺎ َﻫ َﺬا َﲨْ ًﻌﺎ َﻣ ْﺮ ُﺣ ْﻮًﻣﺎ‬ ْ ‫اَﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ‬
َْ ‫اﺟ َﻌ ْﻞ‬
. ‫ﳏ ُﺮْوًﻣﺎ‬َْ َ‫َﻣ َﻌﻨَﺎ َوﻻَ َﻣ ْﻦ يَـ ْتـبَـ ُﻌﻨَﺎ َش ِقﻴﺎ َوﻻَ َﻣط ُْﺮْو ًدا َوﻻ‬
ِ ِ ِ ِ
ِ‫اب اﻟﻨﱠﺎر‬
َ ‫ﺴﻨَﺔً َوﻗﻨَﺎ َﻋ َﺬ‬ َ ‫ﺴﻨَﺔً َوِﰲ اﻷﺧ َﺮة َﺣ‬
َ ‫َرﺑﱠـﻨَﺎ َءاﺗﻨَﺎ ِﰲ اﻟ ﱡﺪﻧْـﻴَﺎ َﺣ‬
‫اﻟﻌﺎﻟَ ِم ْﲔ‬ ِِ ِ ‫وصﻠﱠى ﷲ َﻋﻠَى ُﳏَ ﱠم ٍﺪ و َﻋﻠَى ءاﻟِ ِه و‬
َ ‫ب‬ ِّ ‫ َوا ْﳊَ ْم ُﺪ ﱠ َر‬، ‫ص ْحبِه َو َسﻠﱠ َﻢ‬
َ َ َ َ ُ َ َ

Anda mungkin juga menyukai