Anda di halaman 1dari 9

Teks Khutbah Jumaat Hikmah Di Sebalik Kesempitan

1





HIKMAH DI SEBALIK KESEMPITAN
20 Jun 2014M / 22 Syaaban 1435H

:



Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita sucikan hati untuk mencapai ketinggian taqwa. Taqwa kepada Allah
tidak akan terhasil dengan hanya duduk berpeluk tubuh sahaja. Bersabarlah dengan
patuh kepada perintah dan tegahan Allah SWT. Semoga kesabaran menerima ujian
hidup, akan meningkatkan taqwa kita kepadaNya dan mendapat perlindungan Allah
SWT, merasai nikmat syurga dan menyelamatkan kita dari azab api neraka.

Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk HIKMAH DI
SEBALIK KESEMPITAN.

Saudara-Saudaraku Yang Dikasihi Allah,

Ujian Allah SWT merupakan jalan menghapuskan dosa atau meningkatkan darjat
seseorang hamba. Setiap orang pasti diuji termasuk para nabi dan salafussoleh.
Teks Khutbah Jumaat Hikmah Di Sebalik Kesempitan

2

Bezanya, ujian yang Allah turunkan mengikut tahap keimanan hamba-hambanya.
Allah tidak membebankan kita dengan perkara-perkara di luar kemampuan kita.
Tetapi kita sering mengeluh apabila diduga kerana kita belum dapat memahami
tujuan sesuatu ujian ditimpakan ke atas kita. Sebenarnya apabila kita faham tujuan
Allah menurunkan ujian, kita akan mampu menghadapinya dengan tenang.

Jika kita amati, perjuangan dakwah para anbiya juga sarat dengan ujian dan
dugaan. Inilah kunci kejayaan yang melahirkan contoh tauladan di kalangan para
sahabat Rasulullah SAW. Meskipun mereka adalah yang taat dalam beragama,
ujian tetap menimpa mereka, bahkan lebih berat lagi.

Imam al-Tirmizi meriwayatkan hadis daripada Musab bin Saad apabila bertanya
kepada Rasulullah SAW, siapakah manusia yang paling hebat dugaannya? Baginda
menjawab;


.

Maksudnya: "para nabi, kemudian golongan sedarjat mereka, kemudian golongan
sedarjat mereka. Seseorang itu diuji berdasarkan agamanya, bila agamanya kuat,
ujiannya pun berat. Sebaliknya bila agamanya lemah, dia diuji berdasarkan
agamanya, ujian tidak akan berhenti menimpa seorang hamba hingga dia berjalan di
muka bumi dengan tidak mempunyai kesalahan.

Tetamu Allah yang dikasihi,
Apakah yang kita rasa apabila ditimpa kesempitan hidup? Adakah Allah sengaja
membebankan hidup tanpa ada tujuan? Setiap perkara pasti ada sebab atau tujuan.
Cuba dengarkan jawapan Allah SWT dalam surah al-Anam ayat 165;


Teks Khutbah Jumaat Hikmah Di Sebalik Kesempitan

3


Maksudnya: Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan
setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat. Kerana Dia hendak
menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya
Tuhanmu amat cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.

Dugaan juga diberi dalam pelbagai bentuk. Kadangkala Allah menguji manusia
dengan kesenangan harta kekayaan, pangkat mahupun anak pinak. Kadangkala ia
hadir berbentuk musibah dalam hidup.Sepertimana Firman Allah di dalam surah Al-
Anbiya, Ayat 35:

Maksudnya; Tiap-tiap diri akan merasai mati. Dan Kami menguji kamu dengan
kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua
akan dikembalikan.

Mengapa kita sukar untuk menerima dugaan Allah SWT?. Ingatlah, ketika kita rasa
diri tidak dihargai, kita sebenarnya sedang diuji. Andainya usaha sudah dilakukan
tetapi tidak dihargai manusia, ingatlah kita sedang belajar erti kesabaran. Maka kita
perlu terus bermujahadah dengan melafazkan istighfar dan zikir. Ketika mana doa
kita belum dimakbulkan, ingatlah Allah mahu mendengar lagi rayuan dan rintihan
suara kita. Maka teruskan berdoa tanpa henti dan putus asa.

Selain itu, kita sukar menerima ujian Allah kerana kita masih belum menyumbang
nilai tambah kepada agama. Sebagai contoh, kita gagal melihat usaha para anbiya.
Kita anggap usaha mereka hanya kisah-kisah sejarah masa lalu. Kita bukan sahaja
kurang menyelami dugaan hidup mereka bahkan ada dikalangan kita yang sanggup
menuduh para nabi sebagai golongan sihir dan sesat. Nauzubillah min zalik.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Teks Khutbah Jumaat Hikmah Di Sebalik Kesempitan

4

Kesempitan atau ujian mesti diterima dengan sabar dan redha. Jangan sampai
kecundang akibat jahil dan gagal mengawal emosi. Dibimbangi kita menyalahkan
Allah dan bertindak di luar kawalan.

Sebelum melampaui batas, marilah kita menyedari betapa tinggi nilai kesempitan
dan dugaan Allah SWT. Hayati keteguhan hati dan pegangan akidah para anbiya
dalam mempertahankan kesucian Islam. Sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW
sendiri pernah dihina malah difitnah oleh kaumnya. Malah tidak cukup dengan itu,
baginda pernah ditawarkan harta kekayaan oleh kafir Quraisy dan pernah diancam
bunuh supaya tidak menyebarkan ajaran Islam.

Begitulah payahnya Rasulullah SAW memperjuangkan akidah. Hasilnya kita dapat
mengecapi nikmat Islam pada hari ini. Menyedari hakikat tersebut, Islam telah
mengariskan beberapa panduan kepada kita untuk menghadapi ujian dan dugaan
Allah SWT.

Pertama: Meyakini kesempitan hidup adalah proses tarbiyah.
Bermula saat ini yakinlah bahawa setiap ujian itu adalah proses tarbiyah serta
lambang kasih Allah kepada para hambanya. Hanya Allah sahaja dapat
membimbing kita mencapai kemanisan taqwa. Paling penting bersabarlah dan redha
menghadapi ujian tersebut. Berbeza dengan orang yang kufur, mereka bertindak
luar kawalan bila diuji, lupa dan sombong dengan nikmat Allah. Kita perlu sedar
setiap dugaan merupakan terapi jiwa untuk menghapuskan sifat mazmumah dari
mencapai keberkatan Allah SWT. Antaranya penyakit hati yang mengharapkan
balasan dunia semata-mata. Malah Allah akan menambah lagi penyakit hati kepada
orang yang tidak bermujahadah membuang ciri-ciri penyakit seperti golongan
munafik.

Kedua: Istiqamah dalam beriman dan bertawakal kepada Allah.
Menjauhi kemungkaran akan melatih hati supaya memahami hakikat kesempitan
dan ujian Allah. Umpamanya, menjauhi amalan yang membawa syirik-
mempersekutukan Allah seperti mendapatkan rawatan daripada bomoh dan pawang
yang terpesong. Sekiranya ujian yang datang itu membawa kepada kematian,
redhalah itu adalah ketentuan yang Allah tetapkan yang pasti ada hikmahnya.
Teks Khutbah Jumaat Hikmah Di Sebalik Kesempitan

5


Apabila diuji dengan musibah atau kesusahan, janganlah mengeluh. Teruskan
berdoa. Ada kala, apa yang diminta tidak dimakbulkan. Tetapi yang tidak diminta
pula yang datang. Jangan mengeluh. Contohi para anbiya yang menerima hakikat
ujian dan kesempitan hidup. Sedangkan Rasulullah SAW sentiasa diuji dengan
hebat ketika berdakwah selama 23 tahun sepanjang hayat baginda. Baginda tidak
pernah mengeluh.

Ketiga : Mengikhlaskan diri.
Keredaan Allah sangat penting dalam hidup kita. Namun kita perlu berusaha untuk
mendapat nikmatNya. Untuk mendapatkan reda Allah, ikhlaskan diri pada Allah,
teruskan beribadat dan jangan mensyirikkanNya. Keadaan ini dapat difahami
berdasarkan sebuah hadis dari Ibnu Majah yang meriwayatkan Anas bin Malik
bahawa Rasulullah SAW bersabda;


Maksudnya : Siapa meninggal dunia dalam keadaan ikhlas kepada Allah, beribadah
kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya, menegakkan solat dan menunaikan
zakat, maka ia meninggal dalam keredaan Allah.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Kesimpulan yang dapat diambil melalui khutbah pada hari ini adalah:

Pertama: Terimalah setiap dugaan dengan reda, jangan mengeluh dan teruskan
berdoa. Tanggungjawab kita ialah mencari reda Allah dan jauhi kemurkaan-Nya.

Kedua: Dugaan dan ujian akan sentiasa diberi oleh Allah. Apabila diuji, tingkatkan
amal ibadat agar kita dapat mengawal emosi. Syaitan akan mempengaruhi manusia
jika tidak mengawal emosi dengan kekuatan amal ibadat.
Teks Khutbah Jumaat Hikmah Di Sebalik Kesempitan

6


Ketiga: Yakinlah bahawa setiap ujian yang datang adalah di tahap kemampuan
setiap hambaNya.

Firman Allah SWT surah al-Fajr ayat 15 dan 16.




Maksudnya ; Maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan
dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, berkata dengan sombongnya: "Tuhanku
telah memuliakan aku. Sebaliknya apabila ia diuji dengan disempitkan rezekinya,
katanya: "Tuhanku telah menghinakan aku!















Teks Khutbah Jumaat Hikmah Di Sebalik Kesempitan

7





.

.

.
. :



Teks Khutbah Jumaat Hikmah Di Sebalik Kesempitan

8


.


. .
.



.

.
.
Teks Khutbah Jumaat Hikmah Di Sebalik Kesempitan

9


.
.
.




.

Anda mungkin juga menyukai