Anda di halaman 1dari 5

Di Sebalik Dinara

(Dayang Noor)

Sinopsis Keseluruhan
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA.
Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan
untuk menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki
rumahnya kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada
pintu rumahnya yang disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan
keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram
di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada mereka.
Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu.
Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di
rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa
malah pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi
menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga
kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.
Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan
Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis
sebuah rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem
Dinara. Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida
pula ialah physical backup kepada Farisha.  Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman
tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi
berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam
keadaan bawah sedar, Alia telah  berkomunikasi dengan Karl yang meminta
pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan
Alia yang menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah
hari, Shida mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri
secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah
persoalan yang besar.
       Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit
kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke
rumah. Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka
bahawa dia melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan
polis dibuat. Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya.
Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan
hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.
      Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha
namun Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B
iaitu menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti
tentang penyakit Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia
Farisha yang merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan Amin menggunakan
peranti untuk mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya. Selepas
mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu.
Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar
dan Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.
       Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan
Karl. Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida
menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi
oleh mummy melalui minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin
kehairanan melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah
dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan
mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun
gagal.
       Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah
Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai
membawa Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula,
Shida berhubung dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya
Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan
lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha
diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya.
Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan
pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita
cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina
pernah menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke
Soft Lab. Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan
lagu yang didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu
kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn
berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan perkara sebenar yang
terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang
semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk
menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan komputer table.
Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia
bahawa  Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl
(Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.
       Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk
berjumpa dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat
pada pukul 7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya
ditabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan
aneh menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri
Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida)
menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.
Novel Tingkatan 5: Silir Daksina: Sinopsis Keseluruhan
Novel Silir Daksina mengisahkan seorang remaja bernama Haiqal Haqimi yang
tinggal dengan Umi, bapa tirinya ‘walid’ dan adk tirinya, Nurul Asiyah di Kuala
Terengganu, Terengganu. Bapa Haiqal, iaitu Abdullah bin Kayan berada di
Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Johor. Haiqal terpisah dengan bapanya
apabila uminya berpisah dengan bapanya kerana mereka tidak sehaluan. Uminya
yang merupakan seorang usahawan batik dan mempunyai kedai di Pasar Payang
tidak dapat menerima hakikat bahawa suaminya seorang pencinta seni sastera dan
budaya. Akibatnya, perkhawinan antara mereka hanya mampu bertahan selama tiga
tahun.
         Sejak kecil Haiqal tidak pernah berjumpa dengan ayahnya. Ketika berusia 12
tahun, bapanya telah meninggal dunia sewaktu Haiqal menduduki Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR). Umi dan bapa tirinya pergi ke kampung arwah ayahnya
tetapi Haiqal tidak dibawa ke sana atas alasan dia sedang menduduki UPSR. Haiqal
hanya mampu menangis kerana tidak dapat melihat wajah ayahnya untuk kali
terakhir. Walaupun Haiqal berasa terkilan namun dia tetap menyayangi dan
menghormati uminya dan tidak berani membantah kata-kata uminya.
         Pada suatu hari, Haiqal menerima sebuah manuskrip yang dihantar oleh
seorang gadis berbangsa Cina melalui kiriman pos laju. Sejak itu, hati Haiqal
meronta-ronta untuk pergi ke Batu Pahat, Manuskrip yang diterima itu menceritakan
beberapa peristiwa yang berkaitan dengan kegidupan bapanya yang ingin
memperkasakan seni budaya, ternasuk tarian zapin. Justeru, Haiqal bersasa teruja
untuk menjejaki sejarah kehidupan bapanya itu bagi mengubati kerinduannya
terhadap bapanya yang ditanggung olehnya sejak kecil.
         Pada suatu malam, Haiqal telah memberitahu uminya bahawa dia ingin ke
kampung halaman bapanya. Umi Haiqal melarang Haiqal meneruskan
rancangannya itu dan memarahinya dengan alasan tiada apa-apa di kampung
tersebut memandangkan ayahnya sudah lama meninggal dunia . Haiqal yang telah
nekad tetap berkeras dengan keputusannya itu. Umi Haiqal mengugut Haiqal
bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya sekiranya dia ke kampung
arwah ayahnya itu. Walid memahami persaan Haiqal dan merestukan
pemergiannya. Walid akan menampung perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berada
di Johor Kelak.
        Haiqal ke selatan tanpa diiringi oleh uminya. Di halaman rumah, Walid dan adik
tirinya sahaja mengiringi Haiqal hingga ke muka pintu. Haiqal dihantar oleh Ratna ke
stesen bas. Haiqal sampai di stesen bas Batu Pahat pada waktu subuh. Selesai
menunaikan solat subuh di surau, Haiqal menaiki sebuah teksi untuk ke Parit Raja,
iaitu kampung halaman bapanya.
             Di sebuah warung, Haiqal bertanya kepada pemilik warung tersebut tentang
rumah arwah ayahnya. Pemilik warung tersebut, iaitu Wak Sakimin menyuruhnya
menunggu Tauke Ong untuk membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya. Tidak
lama kemudian, Tauke Ong tiba di warung Wak Min. Tauke Ong menghantar Haiqal
makan tengah hari di bandar. Di rumah arwah ayahnya, Haiqal melihat beberapa sijil
dan gambar yang ada.Haiqal mendapati arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan Haiqal
lebih hebat daripada sangkaannya.
        Tepat jam 12:30 tengah hari, Tauke Ong dan anaknya, See Hwa datang untuk
membawa Haiqal makan tengah hari. Sewaktu di dalam kereta, Tauke Ong
memberitahu bahawa banyak kerja Haiqal perlu uruskan. Tauke Ong memegang
amanah untuk menguruskan ladang kelapa sawit dan kebun getah milik arwah
ayahnya dan dia akan menyerahkan semua urusan itu kepada Haiqal.
        Setibanya di pekan Parit Raja, Tauke Ong memberitahu Haiqal bahawa dia ada
urusan di bank dan meminta anaknya, Seh Hwa Haiqal makan di sebuah makan di
sebuah restoran. Di restroan itu, Seh hwa berbual-bual dengan Haiqal tentang
Ratna. Semasa makan, Seh Hwa memberitahu bahawa ayahnya  pandai memasak
cili padi ikan haruan. Haiqal meraskan bahawan Seh Hwa beruntung kerana dapat
merasa kasih sayang arwah dan dapat mengisi kekosogan jiwa arwah ayahnya itu.
Haiqal ingin mendekati See Hwa kerana dia yakin bahawa See Hwa banyak
menyimpan rahasia hidup ayahna Dia juga membuat telahan bahawa watak Ai Ling
dalam manuskrip yang ditulis oleh arwah ayahnya itu ialah See Hwa.
           See Hwa membawa Haiqal berjalan-jalan disekitar pekan Parit Raja dan
mereka berhenti di sebuah kedai buku. See Hwa memilih-milih novel yang hendak
dibelinya manakala Haiqal membeli yang berkaitan dengan bahasa dan satera.
Ketika itu, mereka mendapati bahawa mereka meminati penulis yang sama.
Pertemuan itu telah menimbulakan kemesraaan anatara mereka berdua . Pada
petang itu, Haiqal tersedar dari tidurnya. Haiqal Membaca SMS yang dihantar dari
Nurul Aisyah dan membalasnya.
            Haiqal menziarahi pusara ayahnya dengan menaiki motosikal yang
dipinjamkan oleh Tauke Ong. Haiqal membaca surah al-fatiah dan berselawat ke
atas nabi, seterusnya membaca surah Yasin. Semasa Haiqal menunggang
motosikal, hatinya tergerak untuk memberhentikan motosikal berhampiran dengan
sekumpulan remaja yang memancing ikan. Haiqal berbual-bual dengan Pak Cik
Bakar. Pak cik Bakar mempelawa Haiqal ke rumahnya untuk bercerita lebih lanjut
tentang arwah.Selepas menunaikan solat maghrib dan isyak di masjid, Haiqal ke
warung Wak Min untuk mengisi perut. Haiqal, Pak Cik Bakar, Wak Arif, dan Haji
Salim berbual-bual mengenai tarian zapin.
             Pada suatu hari, Haiqal telah dibawa ke balai raya Kampung Seri Purnama.
Di situ, Haiqal dapat melihat hasil kegiatan ayahnya. Beberapa buah album,
majalah, dan buku-buku milik arwah ayah benar-benar seorang pencinta tarian
zapin. Di warung, Haiqal bertanya tentang Aksara kepada See Hwa dan
memberitahu bahawa Aksara merupakan satu-satunya pekara pekara yang tidak
dapat dilaksanakan oleh arwah ayah Haiqal sebelum dia meninggal dunia. See Hwa
juga menjelaskan bahawa Aksara ialah singkatan kepada Akedemi Sastera Rakyat
dan arwah ayah Haiqal bercita-cita untuk menjadikan Kampung Seri Purnama
sebagai pusat pengembangan sastera di daerah itu. Arwah ayah Haiqal amat
mencintai bidang sastera rakyat dan menganggap bahawa tugas itu sebagai satu
tanggungjawab sosial yang mesti dilaksanakan untuk mendekatkan masyarakat
dengan sastera.
            Haiqal telah mencadangkan kepada Pak Cik Bakar untuk mengadakan tarian
zapin. Cadangan Haiqal itu dikemukakan kepada ketua kampung. Mesyuarat untuk
membincangkan cadangan Haiqal telah diadakan di balai raya dan cadangan Haiqal
telah diterima sebulat suara oleh penduduk kampung. Pembahagian tugas sempena
majlis yang bakal diadakan pada malam tersebut. Tauke Ong menawarkan diri untuk
menaja jamuan semasa majlis itu berlangsung kelak. Haiqal juga turut serta dalam
membuat tarian zapin. Tauke Ong mencadakan agar Haiqal mempelajari tarian
zapin. Haiqal akur apabila Pak Cik Bakar, Haji Selamat, Waparmin, Abang Ramlan,
dan Wak Seman bersugguh-sungguh mahu mengajarkan tarian zapin.
           Seminggu sebelum persembahan itu, Haiqal telah memaklumkan kepada
Walidnya tentang tarian zapin jincat itu. Dia meminta walid, umi, dan nurul
mendoakannya agar dapat mempersembahkan tarian itu dengan baik. Pada hari
majlis tersebut, mereka mendapat berita bahawa Lazim tidak dapat menjadi
pasangan Haiqal untuk persembahan tarian tersebut. Haji Salim menyuruh Haiaql
memujuk See Hwa menari dengannya.
           Selepas solat maghrib, Haiqal ke rumah Tauke Ong. dia memberitahu Tauke
Ong tentang tujuanya untuk memujuk See Hwa  apabila sedang menggosok kostum
untuk tarian zapin. See Hwa berterus terang kepada Haiqal bahawa dia dan Lazim
sudah berpakat untuk membuat kejutan kepada Haiqal. Haiqal meminta See Hwa
menari bersamanya.
         Akhirnya, malam itu menjadi kenyataan apabila Haiqal dapat
mempersembahkan tarian zapinnya dengan baik. YB Datuk Syaiful Azizi terposona
oleh kelembutan gerak tari See Hwa dan Haiqal. Ketika asyik menari, Haiqal
terpandang uminya, walid dan Nurul Aisyah yang sedang berdiri di belakang balai
raya sambil melihatnya menari di atas pentas. Haiqal berasa amat terharu dan
bersyukur kepada Tuhan apabila melihat mereka datang untuk melihatnya menari.
         Haiqal membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya di Unimas.
sebuah universiti di Bumi Kenyalang. Haiqal percaya bahawa dendam umi terhadap
ayahnya sudah terlerai apabila uminya datang untuk melihatnya menari tarian zapin.
Dalam hatinya, Umi mengakui bahawa darah seni yang mengalir di dalam tubuh
Haiqal merupakan darah seni Abdullah bin Kayan yang tidak boleh dinafikan.
Sahabat Haiqal, iaitu Ratna telah bertunang dengan seorang ushawan. Ketika
Haiqal meninggalkan kampung Seri Purnama, See Hwa menangis. Haiqal sedar
bahawa dia perlu menjadi ayahnya untuk mewujudkan Aksara semula. Hasrat itu
masih jauh daripada jangkauannya kerana dia masih belum layak untuk memimpin
Aksara. Haiqal merasakan bahawa silir diksina benar-benar mendamaikan.

Anda mungkin juga menyukai