Anda di halaman 1dari 2

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

Bahagian A

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan
tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Contoh:

Tiap hari, Pak Abu akan menghantar anaknya ke sekolah.

Tiap  Setiap/Tiap-tiap

1. Kakak Rihanah menghidangkan goreng keledek untuk tetamu yang datang ke rumahnya pada
petang tadi.
______________________________________

2. En Salman membeli hasil pertanian dari penduduk kampung dan menjualnya di pasar malam.
______________________________________

3. Keempat orang pemuda kampung itu ingin belajar bersilat daripada Wak Kassim.
______________________________________

4. Para peserta-peserta kursus memasak itu diminta memasukkan setengah sudu garam ke dalam
adunan tepung yang akan diuli.
______________________________________

5. Senarai barang-barang keperluan yang dikuatkuasakan harganya telah dikeluarkan oleh pihak
berkuasa.
______________________________________

6. Baginda menitahkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di dalam melaksanakan


tanggungjawab.
______________________________________

7. Mesyuarat pengurusan syarikat itu turut membincangkan lain-lain hal yang dibangkitkan oleh
pengarah syarikat.
______________________________________

8. "Saya akan memastikan negeri Melaka ini akan terus aman dan makmur, " titah Sultan Melaka
kepada rakyat jelata.
______________________________________

9. Ibu terkejut bila berita itu saya sampaikan kepadanya.


______________________________________

10. Beberapa buah rumah-rumah setinggan di kawasan itu telah dirobohkan oleh pihak berkuasa.
______________________________________

11. "Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat," kata ketua kampung kepada
wartawan itu.
______________________________________
12. Cuaca buruk di malam itu menyukarkan pihak polis untuk memburu banduan yang bersembunyi
di dalam hutan.
______________________________________

13. Kemerosotan akhlak di kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu
memanjakan anak-anak mereka.
______________________________________

14. Firdaus dan rakan-rakannya menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia di Hakeem
Restoran.
______________________________________

15. Pemandangan di Pulau Bali itu nian indah terutama apabila tiba waktu senja.
______________________________________

16. Adik menghempaskan mainan yang baru dibeli oleh ayah kepada lantai.
______________________________________

17. Sudah berpuluh-puluh tahun keluarga itu mendiamkan kawasan luar bandar yang akan
dibangunkan oleh pemaju perumahan.
______________________________________

18. Adli menjadi kebanggaan guru-gurunya kerana dia merupakan murid yang terpandai sekali di
sekolah.
______________________________________

19.Sejak pembangunan dilaksanakan di kawasan itu, hampir semua anak-anak sungai telah tercemar.
______________________________________

20. "Beta berharap agar tuanku dapat memaafkan kesalahan anakanda Raja Ahmad kerana baginda
masih mentah lagi," sembah Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.
______________________________________

21. Sejak tadi lagi pemuda itu asyik pandang Farhana.


______________________________________

22. Rahimah dilantik sebagai ketua kelas lantas dia mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.
______________________________________

23. Jamilah memperolehi tempat pertama dalam pertandingan bercerita yang diadakan di
sekolahnya.
______________________________________

24. Setiap murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza dan mereka memerlukan masa untuk
menguasai perkara yang mereka pelajari.
______________________________________

25. Landskap di sekitar kawasan Menara Kuala Lumpur memang amat indah sekali.
______________________________________

26. Para peserta kursus kepimpinan itu mengajukan pelbagai soalan-soalan kepada penceramah.
______________________________________

Anda mungkin juga menyukai