Anda di halaman 1dari 4

INPUT TAMBAHAN TALKING POINTS

YBHG. DATUK SERI KETUA SETIAUSAHA NEGARA


MESYUARAT KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DAN KETUA
PERKHIDMATAN KHAS
17 MAC 2020

1. PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN


a) Kerajaan telah mengisytiharkan perintah kawalan
pergerakan kepada semua rakyat Malaysia bermula 18
Mac hingga 31 Mac 2020. Perintah ini bertujuan untuk
mengurangkan perhubungan individu secara bersemuka
bagi mengelakkan penularan wabak Pandemik COVID-19.

b) Perintah ini terpakai untuk semua penduduk di Malaysia


termasuk Penjawat Awam dan akan dikuatkuasakan oleh
Majlis Keselamatan Negara (MKN). Semua kenyataan
umum hanya boleh dibuat oleh MKN dan Kementerian
Kesihatan sahaja. Segala isu berbangkit juga perlu
dirujuk dengan MKN.

2. PERKARA PENTING YANG PERLU DIAMBIL TINDAKAN OLEH


KETUA SETIAUSAHA DAN PERKHIDMATAN

a) Kawalan Premis Kerajaan


i. Secara amnya, semua premis Kerajaan perlu
ditutup. Penjawat Awam termasuk pegawai-
pegawai kanan dibenarkan untuk bekerja dari
rumah. Bagi tujuan ini, Pegawai-Pegawai
dibenarkan untuk membawa pulang aset keperluan
seperti laptop dan dokumen-dokumen yang bukan
dikategorikan sebagai rahsia. Kehadiran di Pejabat
hanya dibenarkan bagi tujuan-tujuan tertentu yang
kritikal untuk masa-masa tertentu sahaja dan
digalakkan dibuat secara penggiliran;

ii. Aspek keselamatan bangunan harus dikekalkan.


Pegawai Keselamatan harus sentiasa berada di
pejabat bagi mengelakkan pencerobohan, kecurian
dan sebagainya. Namun bilangan mereka ini perlu
dihadkan serta dibuat penggiliran sewajarnya;

iii. MKN akan mewujudkan Bilik Gerakan Khas di Pusat


Pengurusan Operasi Negara, Bangunan MKN. Bagi
tujuan ini, MKN akan memohon wakil dari
Kementerian tertentu untuk turut membantu yang
antara lainnya bertanggungjawab menyediakan
penjelasan kepada pihak awam. Sehubungan itu,
Kementerian dipohon untuk memberi komitmen yang
sewajarnya; dan

iv. Kementerian juga dipohon memanjangkan pelan


operasi dan persoalan berbangkit masing-masing
kepada MKN sebelum jam 12.00 tengahari ini.

b) Perlaksanaan program-program khas CONVID-19 perlu


diteruskan sewajarnya seperti pemberian bantuan
bulanan, bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH)
sebagaimana yang diumumkan oleh YAB PM semalam. Ini
bagi memastikan rakyat yang terjejas dapat menerima
bantuan asas dalam membeli keperluan peribadi.
c) Bayaran tuntutan yang telah dikemukakan kepada
Kementerian sebelum ini dan telah lengkap invoisnya perlu
dibuat sewajarnya. Ini bagi mengelakkan syarikat-syarikat
pembekal/kontraktor tidak terjejas terutamanya dalam
Pembayaran gaji kepada pekerja mereka. Unit kewangan
yang menguruskan pembayaran dibenarkan untuk ke
pejabat menyelesaikan Pembayaran dan pulang
setelah selesai tugas.

d) Semua projek-projek fizikal yang tidak kritikal juga perlu


ditangguhkan sehingga perintah ini terbatal. Perancangan
dan urusan perolehan juga ditangguhkan.

e) Mesyuarat-mesyuarat yang tidak penting juga perlu


ditangguhkan.

f) KSUKP harus memberi peringatan kepada penjawat awam


supaya meneruskan tugas dan kekal berada dirumah.
Tiada program-program lawatan atau program-program
peribadi (seperti main golf, etc) dibenarkan. Hanya Ketua
Keluarga sahaja dibenarkan untuk keluar bagi
mendapatkan keperluan asas seperti makanan dan
perubatan dan terus pulang kerumah selepas selesai
urusan. Penjawat awam yang didapati engkar akan
dikenakan tindakan tatatertib.

g) Pejabat Menteri akan beroperasi seperti biasa. Mesyuarat


Jemaah Menteri juga akan diadakan mengikut jadual dan
arahan dari semasa ke semasa oleh YAB PM.
Sehubungan itu, Pegawai yang berkenaan perlu bersedia
untuk mengemukakan input kepada Menteri sekiranya
diperlukan.

h) KSUKP juga boleh mengeluarkan surat kepada pegawai


yang perlu hadir ke Pejabat sekiranya ada keperluan.

Pejabat KSN
17 Mac 2020

Anda mungkin juga menyukai