Anda di halaman 1dari 33

DE WAN RAKYAT YANG K ELAPAN

MALAYSIA

PENGGAL YANG PERTAMA

ATURAN URUSAN MESYUARAT


HARI RABU, 5HB DISEMBER , 1990, PUKUL 2.30 PETANG
Bil. 3

LAPORAN TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA


SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN ALONG

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT


*1. Tuan Haji Mohd . Zihin bin Haji Mohd . Hassan minta Menteri Luar Negeri
menyatakan:
(a) apakah kejayaan yang dicapai melalui mesyuarat G-15 setakat ini dalam
semua bidang; dan
(b) adakah usaha G-15 itu untuk kepentingan negara-negara yang menjadi
anggota sahaja, dan apakah langkah-langkah G-15 untuk menolong negaranegara yang bukan ahli.
*2. Datuk Monggoh Orow minta Perdana Menteri menyatakan semenjak Petroliam
Nasional (PETRONAS), ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan, berapa banyakkah
jumlah hasil yang telah dikutip oleh PETRONAS sehingga 30hb Jun 1990.

*3.

Dr V. David minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:


(a) adakah Kerajaan ingin menyusun semula dan memperkenalkan Dasar Buruh
Baru bagi meningkatkan taraf daya pengeluaran; dan
(b) bolehkah beliau menjelaskan bilakah masanya Dasar Buruh Baru ini akan
dilaksanakan.

*4. Dato ' Dr Affifudin bin Haji Omar minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan
semenjak UDA ditubuhkan dahulu, apakah bentuk-bentuk kejayaannya di dalam
mengurbanisasikan kaum Bumiputera di kawasan-kawasan bandar seluruh negara.
*5. Tuan Ahmad bin Omar minta Menteri Kewangan menyatakan imbangan
pembayaran negara mulai bulan Januari hingga Oktober 1990 dan menerangkan
perbezaannya berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 1989. Jika terdapat
perbezaan apakah faktor-faktor yang mempengaruhinya.

*6. Tuan Chian Heng Kai minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:
(a) jumlah kes laporan polis yang dibuat oleh para pelabur Skim Cepat Kaya
setakat ini mengikut pecahan negeri;
(b) adakah benar bahawa anggota-anggota polis dan tentera termasuk para
pegawai didapati terlibat dalam Skim Cepat Kaya. Jika ya, nyatakan butirbutir berkenaan; dan.
(c) adakah benar bahawa kejadian-kejadian rusuhan dan kejadian tidak diingini
berlaku ekoran kebocoran kes penipuan dalam Skim Cepat Kaya. Jika ya,
apakah pihak Kerajaan bercadang untuk mengemukakan suatu "Kertas Putih"
mengenai skandal penipuan ini; jika tidak, mengapa.
*7. Tuan Maidom P. Pansai minta Menteri Pertahanan menyatakan sama ada
anggota-anggota tentera yang bertugas di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) dibayar
Elaun Malaysia Timur (EMT). Kalau ada, berapa dan adakah itu didapati mencukupi,
kalau tiada, .mengapa.
*8. Tuan S. S. Subramaniam minta Menteri Kesihatan menyatakan:
(a) bilakah pembinaan Hospital baru di Segamat akan bermula dan sebab-sebab
kelewatan untuk memulakan pembinaan ini; dan
(b) adakah beliau sedar kekurangan kakitangan khasnya doktor-doktor pakar
menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat yang berada di Kawasan Segamat
dan daerah-daerah berhampiran dan bilakah jawatan-jawatan yang masih
kosong akan dipenuhi oleh Kementerian.
*9. Tuan Lim Guan Eng minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Majlis
Perundingan Ekonomi Negara akan dibubarkan kerana peranannya tidak penting dan
bermakna berikutan kenyataan YAB bahawa pihak Keraj aan tidak akan akur kepada
keputusannya kerana is tidak boleh mencapai kata sepakat.
*10. Tuan Tan Kok Wai minta Menteri Kerja Raya menyatakan:
(a) atas asas apakah Syarikat Teratai K. G. Sdn. Bhd. menuntut pampasan
berjumlah 100 ribu ringgit sehari kerana kehilangan hasil pendapatan
sepanjang kutipan tol Cheras ditangguhkan; dan
(b) kenapa tidak perjanjian penswastaan untuk membina 9 persimpangan
bertingkat dalam Kuala Lumpur diumumkan kepada orang ramai untuk
makluman dan pemeriksaan oleh kerana terdapat laporan bahawa kajian
dilakukan sebelum DBKL/Syarikat Teratai K. G. Sdn. Bhd. menandatangani
perjanjian penswastaan tidak mengambil kira banyak faktor penting yang
membawa kepada kecuaian.
* 11. Dato ' K. Kumaran minta Menteri Kerj a Raya menyatakan:
(a) sama ada beliau sedar Jalan Tapah ke Cameron Highlands adalah sempit dan
merbahaya untuk lalulintas yang pesat bertambah; dan
(b) jika sedar, apakah rancangan Kementerian untuk melebarkan jalanraya
tersebut untuk menampung pertambahan kenderaan di sana.

*1^. Tuan Lim Kit Siang minta Menteri Luar Negeri menyatakan mengapa semasa
lawatan selama empat hari Nelson Mandela ke Malaysia dalam bulan Oktober lalu,
tiada aturcara bagi pemimpin Kongres Kebangsaan Afrika tersebut untuk menemui
Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, yang Nelson Mandela telah
memuji secara awam dalam satu rapat umum yang diadakan di Stadium Negara kerana
peranannya dalam menyingkirkan Afrika Selatan daripada Komanwel. *13. Tuan Gooi Hock Seng minta Menteri Pendidikan menyatakan bahawa adakah
Kerajaan akan mengemukakan cadangan Rang Undang-undang Pendidikan untuk
meminda Akta Pelajaran kepada orang awam sebelum membentangkan Rang Undangundang tersebut di mesyuarat Parlimen.
*14. Dr Tan Seng Giaw minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) tempoh masa simpanan minyak negara dalam keluaran boleh bertahan ekoran
peningkatan dalam pengeluaran daripada 595,000 tong sehari kepada 650,000
tong sehari. Berdasarkan harga semasa minyak, apakah jumlah tambahan
dalam pendapatan daripada eksport minyak berbanding dengan jumlah hasil
jika keluaran asal 595,000 dikekalkan; apakah pula jumlah hasil yang
diperolehi daripada ekspot ketika harga minyak pada tahap tertinggi sekali.
Apakah tahap ini dan pada titik masa bilakah tahap ini tercapai;
(b) bagaimana kerajaan boleh mengesyorkan dasar pemeliharaan sumbersumber (conservation policies) semulajadi dipertahankan;
(c) Kerajaan mendakwa tambahan dalam pengeluaran ialah bagi menstabilkan
harga minyak. Sejauh manakah tambahan dalam pengeluaran oleh Malaysia
boleh membawa kesan yang dikehendaki ke atas harga minyak, lebih-lebih
lagi bila tambahan ialah bagi memenuhi permintaan di Pakistan, Bangladesh,
Korea Selatan, Thailand dan Filipina; dan
(d) sebanyak manakah tambahan dalam hasil menerusi peningkatan eksport
minyak membantu meliputi kehilangan hasil daripada
(i) perdagangan lain-lain komoditi utama, dan
(ii) perdagangan luar negeri secara keseluruhannya, berikutan Krisis
Teluk.
*15. Tuan Karpal Singh minta Perdana Menteri menyatakan bila laporan oleh
Kumpulan Pemerhati Komanwel terhadap pilihanraya umum di Malaysia baru-baru ini
akan diumumkan. Adakah Kerajaan bercadang untuk menerbitkan laporan kata demi
kata. Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
*16. Tuan Haji Ibrahim bin Jendol minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:
(a) bilangan ahli pertubuhan belia yang berdaftar yang menagih dadah dan
apakah Kementerian mempunyai rancangan untuk mengawal keadaan ini;
dan
(b) adakah Kementerian mempunyai rancangan bersepadu dengan Kementerian
Dalam Negeri/PEMADAM bagi mengatasi masalah mi.

*17. Tuan Mohamad bin Sabu minta Perdana Menteri menyatakan:


(a) sejauh mana perkembangan dan kemajuan usaha carigali minyak yang
dilaporkan sedang dijalankan di sempadan Malaysia-Thailand dan setakat
mana prestasinya; dan
(b) oleh kerana kegiatan itu melibatkan sempadan, apakah ada rundingan dengan
pihak Thailand dan sila terangkan jika ada syarat dan persetujuan yang telah
dicapai.

*18. Dr Sanusi bin Daeng Mariok minta Menteri Pendidikan menyatakan:


(a) Akta Kolej dan Universiti tidak membenarkan siswa-siswi terlibat dalam
mana-mana parti politik. Apakah tindakan Kementerian Pendidikan terhadap
pentadbir dan ahli politik BN yang terang-terang (di UPM) mengajak siswasiswi (Kelantan) pulang berkempen bagi pihak BN yang secara jelas
melanggar Akta tersebut yang dibuat oleh Kerajaan;
(b) sekiranya BN memerlukan penglibatan siswa-siswi adakah Kementerian ada
rancangan untuk memansuhkan perkara tertentu dalam Akta Kolej dan
Universiti; dan
(c) adakah pihak Universiti mempunyai kuasa di bawah untuk meminda "Status"
dan dikuatkuasakan "Kebelakangan" seperti berlaku dalam kes perlantikan
Dekan dan Timbalan Dekan di UKM.
*19. Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood minta Menteri Pertahanan
menyatakan apakah langkah-langkah pencegahan yang telah diambil oleh Kerajaan
bagi mengelak pencerobohan angkasa yang sering berlaku melalui ruang angkasa
selatan Semenanjung Malaysia.
*20. Tuan Haji Nik Abdullah bin Arshad minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) benarkah Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) tidak lagi membenarkan
pihak persendirian mengendalikan pengurusan membawa jemaah haji
melalui sistem Kumpulan Perumahan Khas (KPK);
(b) jika benar, mengapa. Jika tidak, apakah untung ruginya jemaah menggunakan
khidmat KPK;
(c) sehingga tahun 1990 berapakah bilangan KPK yang didaftarkan di bawah
LUTH; dan
(d) sila nyatakan bilangan jemaah haji melalui KPK mengikut tahun sejak sistem
itu diperkenalkan.
*21. Tuan Wee Choo Keong minta Perdana Menteri menyatakan kenapa sampah
sarap di ibukota Kuala Lumpur tidak diangkut dengan baik, longkang tersumbat dan
banjir sehingga Ahli Parlimen terpaksa merayu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) untuk menjalankan tugasnya. Apakah Perdana Menteri ingin menyiasat
kelemahan DBKL bagi memberikan perkhidmatan yang lebih sempurna dan cekap
kepada rakyat di Wilayah Persekutuan..

a
r

*22. Tuan Chian Heng Kai mints Menteri Kewangan menyatakan:


(a) apakah tindakan yang telah , sedang dan akan diambil oleh pihak Kerajaan
terhadap pihak penganjur dan agen - agen Skim Cepat Kaya yang
mengakibatkan beribu-ribu pelabur tertipu;
(b) jumlah wang pelaburan yang terlibat mengikut pecahan negeri; dan
(c) apakah pihak Kerajaan bercadang untuk memberi bantuan kepada para
pelabur yang kena tipu; jika ya , nyatakan jenis bantuan yang akan diberikan;
jika tidak mengapa.

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT


MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN
1. Menteri Sumber Manusia:
* Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan)
2. Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat:
* Rang Undang-undang Perlindungan Kanak-kanak
3. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
* Rang Undang-undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan)
4. Menteri Kewangan:
* Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1989 dan 1990)
5. Menteri Kewangan:
* Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun)
6. Menteri Kewangan:
* Rang Undang-undang Hiburan (Pindaan)

7. Menteri di Jabatan Perdana Menteri:


* Rang Undang-undang Pencen (Pindaan)
8. Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
* Rang Undang-undang Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan
(Pindaan)
9. Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman:

* Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan)

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat mi.

7
ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:
Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama
Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong
menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada
apa-apa halangan menghalang Ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan
ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan
supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan
bangunan ini; dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah
ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu.
2. Perdana Menteri akan mencadangkan:
Bahawa Yang Berhormat Tuan Ong Tee Keat dipilih menjadi Timbalan Yang
di-Pertua Dewan Rakyat.
3. Perdana Menteri akan mencadangkan:
Bahawa Yang Berhormat Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin dipilih menjadi
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
4. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Syed Hamid bin Syed Jaafar
Albar) akan mencadangkan:
Bahawa Ahli-ahli yang berikut:
(i) Yang Amat Berhormat Tuan Abdul Ghafar bin Baba,
(ii) Yang Berhormat Dato' Seri Dr Ling Liong Sik,
(iii) Yang Berhormat Dato' Seri S. Samy Vellu,
(iv) Yang Berhormat Datuk Leo Moggie anak Irok,
(v) Yang Berhormat Tan Sri Datuk Haji Sakaran bin Dandai,
(vi) Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
hendaklah menjadi Ahli-ahli Jawatankuasa Pemilih bagi Parlimen Kelapan.
5. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Syed Hamid bin Syed Jaafar
Albar) akan mencadangkan:
Bahawa Y.B. Dato' Dr Affifudin bin Haji Omar (Ahli bagi Kawasan Padang
Terap) dan Y.B. Tuan Mohd. Zihir bin Mohd. Hassan (Ahli bagi Kawasan Larut)
masing-masing dipilih menjadi Pengerusi dan Naib Pengerusi, jawatankuasa Kirakira Wang Negara bagi Parlimen Kelapan.
6. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Syed Hamid bin Syed Jaafar
Albar) akan mencadangkan:
Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan sebuah Jawatankuasa mengandungi
seorang Presiden dan 9 orang ahli Parlimen hendaklah dilantik untuk menjalankan

8
semua urusan Pertubuhan Antara Parlimen-Parlimen ASEAN (AIPO) Malaysia
bagi tempoh Parlimen Kelapan, dan untuk menjalankan segala perlantikanperlantikan wakil-wakil bagi menghadiri Mesyuarat-mesyuarat Persidangan
AIPO atau mana-mana Jawatankuasanya Presiden dan Ahli-ahli Jawatankuasa
tersebut adalah seperti berikut:
1. Y.B. Tan Sri Mohamed Zahir bin Haji Ismail (Presiden);
2. Y.B. Dato' Dr Siti Zaharah binti Sulaiman;
3. Y.B. Tuan Railey bin Haji Jeffrey;
4. Y.B. Dr Leo Michael Toyad;

5. Y.B. Dato' Ismail bin Said;


6. Y.B. Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badawi;
7. Y. B . Tuan S. S. S ubramaniam;
8. Y.B. Dr Jamaluddin Jarjis;
9. Y.B. Than Ibrahim Ali;
10. Y.B. Dr Tan Seng Giaw.
7. Tuan Mohd. Zihir bin Mohd . Hassan akan mencadangkan:
Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kebawah Duli
Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian
bunyinya:
"Ampun Tuanku,
Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam
Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan
yang zalil daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak
syukur dan menjunjung kasih Kebawah Duli kerana Titah Ucapan Kebawah
Duli pada masa membuka Penggal Pertama Parlimen Yang Kelapan".

PEMBERITAHU USUL
Menteri Kewangan akan mencadangkan:
Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang
Pembangunan 1966, membuat , ketetapan bahawa sejumlah wang tambahan
sebanyak $3,138,525,692 diperuntukkan daripada Kumpulan Wang
Pembangunan bagi tahun Kewangan 1990 untuk menampung sejumlah
$3,138,525,692 bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti
yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan
Pembangunan Tambahan Kedua 1990 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah
16 Tahun 1990 dan yang disenaraikan bersetentangan dengan Maksud-maksud
dan Butiran-butiran (projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas
penyata tersebut.

10

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM


MESYUARAT
Tahun 1990

CMD. 13

Tarikh dibentang

Laporan Tahunan Suruhanjaya


Perkhidmatan Pendidikan bagi Tahun 1988

CMD. 14 Anggaran Perbelanjaan Mengurus


Tambahan Kelima, 1989

5hb Disember, 1990


Shb Disember, 1990

DAN

f
V

CMD. 14A

Memorandum Perbendaharaan Mengenai


Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan
Kelima Tahun 1989 Bagi Kerajaan Malaysia

Shb Disember, 1990

CMD. 15

Anggaran Perbelanjaan Mengurus


Tambahan Kedua 1990

Shb Disember, 1990

DAN
CMb. 15A

Memorandum Perbendaharaan Mengenai


Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan
Kedua Tahun 1990 B agi Keraj aan Malaysia

Shb Disember, 1990

CMD. 16

Anggaran Perbelanjaan Pembangunan


(Tambahan) (Bil. 2) Tahun 1990

Shb Disember, 1990

DAN
CMD. 16A

Memorandum Perbendaharaan Mengenai


Anggaran Perbelanjaan Pembangunan
Tambahan Kedua Tahun 1990 Bagi
Kerajaan Malaysia

Shb Disember, 1990

CMD. 17 Penyata Keluaran Wang Daripada


Kumpulanwang Luar Jangka Bagi Tempoh
Dari 1 Mei 1990 Hingga 31 Ogos 1990
Menurut Peraturan 68 Di bawah
Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat
Dewan Rakyat

5hb Disember, 1990

ST. 9 Laporan Tahunan 1988 FAMA

Shb Disember, 1990

ST. 52 Laporan Tahunan 1987 Lembaga


Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)

Shb Disember, 1990

ST. 74 Laporan Tahunan 1988 Lembaga


Pendaftaran Dan Pelesenan Minyak
Kelapa Sawit

Shb Disember, 1990

ST. 65 Laporan Tahunan Dan Penyata 5hb Disember, 1990


Kewangan 1988 Lembaga Kemajuan
Wilayah Jengka

11
Tahun 1990

ST. 78 Lembaga Tahunan 1988 Institut


Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian
Malaysia (MARDI)

Tarikh dibentang
5hb Disember, 1990

133 Laporan Tahunan Perbadanan Kemajuan 5hb Disember, 1990


Filem Nasional Malaysia 1988

138 Laporan Tahunan 1989 Bagi Tahun 5hb Disember, 1990


Berakhir 31 Disember, 1989
/14O Laporan Tahunan 1987 Bagi Lembaga 5hb Disember, 1990
Penduduk Dan Pembangunan Keluaran
Negara
145 Penyata Keluaran Wang Daripada
Simpanan Luar Jangka Bagi Tempoh Dari
1 Mei 1990 Hingga 31 Ogos 1990
Menurut Seksyen 6 (3) Akta Kumpulanwang
Pembangunan 1966

5hb Disember, 1990

12
PERTANYAAN-PERTANYAAN BUKAN BAGI JAWAB MULUT
1. Tuan Haji Mohd . Zihin bin Haji Mohd . Hassan minta Menteri Kewangan
menyatakan kutipan bayaran cukai pendapatan berikut:

(a) dari gaji tetap bagi tahun-tahun 1987, 1988 dan 1989;
(b) dari syarikat-syarikat bagi tahun-tahun 1987, 1988 dan 1989; dan
(c) apakah langkah-langkah yang sedang diambil bagi orang-orang syarikat
yang mengelak dari membayar cukai.
2. Tuan Haji Zihin bin Haji Mohd . Hassan minta Menteri Pendidikan menyatakan
seperti berikut:
(a) (i) berapa buahkah sekolah Rendah Kebangsaan seluruh Malaysia;
(ii) berapa buahkah sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) seluruh Malaysia;
(iii) berapa buahkah sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) dan lain-lainnya
seluruh Malaysia;
(b) (i) berapa ramaikah jumlah guru-guru yang mengajar di semua sekolah
rendah;
(ii) berapa banyakkah bantuan-bantuan yang diberi kepada sekolah ugama/
Arab bagi tahun-tahun 1987, 1988 dan 1989 dan dalam bentuk apakah
bantuan itu diberi; dan
(c) berapa ramaikah guru-guru sekolah Rendah/Menengah dikehendaki sampai
tahun 2000.
3. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang minta Perdana Menteri menyatakan
adakah Kerajaan akan meletakkan satu tarikh baru bagi menutup Pulau Bidong di
Terengganu dari pendatang haram Vietnam setelah tarikh awal yang diisytiharkan oleh
Keraj aan iaitu pada bulan April 1990 gagal dilaksanakan. Apakah faktor-faktor utama
yang menyebabkan kegagalan tersebut. Adakah sikap tidak bertanggungjawab negaranegara ketiga dan negara Vietnam sendiri adalah di antara sebab-sebab kenapa
penutupan Pulau Bidong ini tidak dapat dilakukan. Berapa banyakkah beban
perbelanjaan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung yang terpaksa
ditanggung oleh Malaysia sepanjang tempoh Pulau Bidoong dijadikan tempat
perlindongan pendatang haram Vietnam.
4. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang minta Menteri Luar Negeri menyatakan
sejauh manakah berkesannya OIC dalam menyatukan tindakan negara-negara anggota
dalam menghadapi isu beraama antarabangsa khususnya yang mengenai ummat Islam.
Adakah OIC pernah melakukan apa-apa usaha untuk mencegah berlakunya
pembunuhan beramai -ramai ummat Islam di India oleh orang-orang Hindu khususnya
pencabulan terhadap Masjid Babri di Ayodya India . Adakah OIC yang Malaysia adalah
dikatakan anggota penting telah kehilangan punca dalam mencari jalan menyelesaikan
krisis Teluk.

13
5. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang minta Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Perindustrian menyatakan jumlah (Volume) imbangan dagangan
untuk 2 tahun yang terakhir 1988 dan 1989 antara Malaysia dan negara-negara berikut:
(a) U.S.A.;
(b) Britain;
(c) Perancis;
(d) German;
(e) Jepun;
(f) U.S.S.R.;
(g) Korea Selatan;
(h) Singapore;
(i) Thailand;
(j) Saudi Arabia;
(k) Iraq;
(l) Iran;
(m) Papua New Guinea.
6. Dato K. Kumaran minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:
(a) jumlah warga asing mengikut negara yang ditangkap di negara ini yang
terlibat dalam pemilikan dan pengedaran dadah;
(b) jumlah wang asing, mengikut negara yang telah dihukum mati semenjak
tahun 1985, atas tuduhan pemilikan dadah; dan
(c) langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengelak warga asing
terlibat dengan aktiviti dadah di negara mi.
7. Dato K. Kumaran minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:
(a) matlamat Kerajaan membina rumah kos rendah, rumah murah dalam
Rancangan Malaysia Kelima, bersama-sama dengan sektor swasta;
(b) sama ada matlamatnya telah dicapai atau tidak. Jika tidak, kenapa; dan
(c) peranan yang dimainkan oleh sektor swasta dalam pembinaan rumah kos
rendah membantu Kerajaan mencapai matlamatnya.
$. Dato K. Kumaran minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan sama ada
Kerajaan akan menimbangkan kemungkinan memberi perkhidmatan Pos Bergerak
kepada setiap ladang di negara mi. Jika ya, bilakah ianya akan dilaksanaan dan jika
tidak, kenapa.
9. Dato K. Kumaran minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian
menyatakan dasar Kerajaan untuk menarik koperat teknologi tinggi, luar negeri untuk
melabur di negara ini. Nyatakan juga kejayaan yang dicapai dalam aspek pelaburan
seperti mi.

14
10. Dato K. Kumaran minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
menyatakan:
(a) kejayaan, kegagalan dan kekurangan dalam rancangan "Tahun Melawat
Malaysia 1990" ini; dan
(b) sama ada Kerajaan akan memperkenalkan sesuatu program untuk menarik
pelancongan ke negara ini pada tahun hadapan.
11. Dr Kua Kia Soong minta Menteri Kewangan menyatakan:
(a) jumlah mesin "one-armed bandit" yang sedia ada di negara;
(b) tempat-tempat ianya diletakkan;
(c) bilangan dan nama kelab-kelab berkenaan (dan nama tuanpunyanya) dan
tempat ianya ditempatkan;
(d) berapa daripada kelab ini yang mempunyai hubungan secara langsung atau
tidak langsung dengan kawan-kawan yang rapat dengan pemimpin-pemimpin
Barisan Nasional, misalnya Dato Vincent Tan;
(e) berapa daripada kelab-kelab ini yang mempunyai kemudahan-kemudahan
perjudian juga mempunyai kemudahan-kemudahan sukanan seperti
dikehendaki oleh undang-undang; dan
(f) fakta-fakta dan angka-angka mengenai bagaimana industri perjudian telah
berkembang sejak kebelakangan ini di bawah Kerajaan Barisan Nasional dan
bagaimanakah is telah secara langsung memanfaatkan Kerajaan dan reguregu Barisan Nasional.
12. Dr Kua Kia Soong minta Menteri Pendidikan menyatakan:
(a) data berhubung dengan kekurangan guru-guru, buku-buku teks dan bilikbilik darj ah untuk berbagai tahun dari 1980-1990; dan
(b) peruntukan kewangan untuk sekolah-sekolah SRJK berbanding dengan
jumlah peruntukan untuk semua sekolah rendah untuk tempoh yang sama.
13. Dr Tan Seng Giaw minta Perdana Menteri menyatakan sejak penubuhan
Petronas, hasil (atau kerugian) yang diperolehi setiap tahun dan dalam tempoh sembilan
bulan pertama 1990. Apakah jumlah hasil yang diperolehi daripada penjualan minyak
berbanding dengan perolehan daripada gas asli bagi setiap tahun berkenaan dan di
antara bulan Januari hingga Oktober, 1990. Berapa tong minyakkah yang telah dijual
untuk memperolehi hasil tahunan ini. Apakah isipadu gas asli yang dijual untuk
perolehan hasil gas pada tahun-tahun berkenaan. Sekiranya ada hasil daripada sumbersumber lain, sebutkan sumber-sumber ini, jumlah perolehan hasil lahunan daripada
setiap satu dan saiz, di segi wang serta lain-lain bentuk pelaburan kepentingan Petronas
dalam setiap satu sumber berkenaan.
Apakah jumlah telaga minyak yang:
(a) sudah dijumpai;

15
(b) sudah haus diusahakan;
(c) masih diusahakan;
(d) masih diterokai;
(e) baru dijumpai;
(f) telah dijumpai tetapi masih belum diusahakan oleh Petronas di sekitar
Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak atau jika ada, di luar negeri;
semenjak ditubuhkan.
Semenjak ditubuhkan, apakah jumlah wang yang telah dilaburkan oleh Petronas ke
dalam:
(a) penerokaan telaga minyak baru;
(b) pengusahaan telaga minyak;
(c) pengusahaan "upstream" industri minyak;
(d) pengusahaan hiliran industri minyak;
(e) pengusahaan bukan industri minyak.
Bagi kedua-dua kategori (c) (d) dan (e), sila nyatakan jenis industri yang terlibat,
jumlah pelaburan dalam setiap industri, sama ada sebagai kerjasama dengan pelabur
tempatan atau pelabur asing, tanggungan tahunan Petronas dalam setiap industri, cara
pembahagian keuntungan (jika ada), dan sebab-sebab yang memerangsangkan Petronas
untuk menceburi bidang berkenaan.
14. Dr Tan Seng Giaw minta Perdana Menteri menyatakan bagi HICOM:
(a) jenis-jenis industri yang diceburi;
(b) perolehan hasil/kerugian daripada setiap jenis industri pada tahun kewangan
yang terbaru (sila nyatakan tahun kewangan yang dirujukkan) dengan
perolehan-perolehan berselang-seli tempoh masa lima tahun, bermula
daripada tahun industri mina-mula beroperasi;
(c) jumlah modal asal yang dilaburkan dalam setiap industri ketika ditubuhkan
berbanding dengan tanaman modal seterusnya sehingga menjelang bulan
Oktober, 1990 yang dibuat oleh keraj aan, dan j ika ada, berbanding dengan
pelaburan yang dibuat oleh pelabur asing atau pelabur tempatan yang
bekerjasama dalam projek; sila nyatakan identiti serta latar belakang
keusahawanan pelabur asing atau pelabur tempatan yang bekerjasama dalam
projek;
(d) jumlah hutang terkumpul dalam negeri setiap industri menjelang bulan
Oktober 1990;
(e) jumlah hutang dalam negeri yang baru setiap industri, iaitu di antara tahun
1989 hingga menjelang bulan Oktober 1990; sila nyatakan syarat-syarat
pinjaman, tarikh pinjaman dibuat serta konsortium atau bank perdagangan
yang memberi pinjaman;
(f) jumlah hutang terkumpul dalam negeri setiap industri yang dijaminkan oleh
Keraj aan berbanding dengan yang tidak dij amin oleh Keraj aan;

16
(g) jumlah hutang terkumpul luar negeri setiap industri menjelang bulan Oktober,
1990; sila nyatakan secara berasingan nilai pinjaman dalam matawang asing
(dan juga dalam nilai ringgit), sejak berapa lamakah pinjaman dibuat, jumlah
yang telah dibayar balik, jumlah yang masih tinggal, bilangan tahun lagi
sebelum hutang dibayar balik sepenuhnya; dan
(h) jumlah hutang luar negeri yang baru setiap industri, iaitu di antara tahun 1989
hingga menjelang bulan Oktober, dengan memberi butir-butir seperti nilai
dalam matawang asing dan matawang ringgit, konsortium. yang memberi
pinjaman s-yarat-syarat pinjaman, tarikh pinjaman dibuat, bahagian yang
dijamin oleh Kerajaan.
15. Dr Tan Seng Giaw minta Perdana Menteri menyatakan senarai projek yang telah
ditawarkan kepada United Engineers Malaysia Bhd., (UEM), termasuk seluruh
kandungan Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (Gas, petroleum dan lain-lain), sama ada
secara terus-menerus atau sebagai sebahagian daripada satu konsortium atau menerusi
anak syarikatnya. Bila Penglibatan UEM adalah menerusi anak syarikat atau sebagai
sebahagian konsortium, sila nyatakan identiti serta latar belakang keusahawanan anak
syarikat atau kongsi-kongsi dalam konsortium.
Apakah nilai jangkaan setiap projek ini berbanding dengan nilai tawaran yang
dikemukakan oleh UEM.
Apakah pula nilai sub-kontrak yang telah ditawarkan oleh UEM kepada syarikatsyarikat lain dalam setiap projek. Sila nyatakan identiti serta latar belakang keusahawan
setiap syarikat yang terlibat, nilai kontrak yang diterima, dan kandungan "package"
kerja kontrak termasuk jenis kerja, tempoh masa menyiapkan kerja, "quantum" kerana
(misalan, jika pembinaan lebuh raya, berapa panjangnya, bilangan "lanes" dan
sebagainya.
Termasuk Lebuh Raya Utara Selatan, apakah bilangan cadangan (proposal) yang
telah dikemukakan oleh UEM atau mana-mana pihaknya kepada Kerajaan. Projekprojek manakah yang terlibat dalam cadangan-cadangan ini. Cadangan yang manakah
diterima oleh Kerajaan. Cadangan manakah yang ditolak oleh Kerajaan. Apakah sebabsebabnya Kerajaan menolak cadangan-cadangan berkenaan. Apakah yang terjadi
kepada projek-projek di mana cadangan ditolak.
Adakah syarikat-syarikat lain juga dipelawa untuk memberi cadangan bagi projekprojek yang sama. Jika ada, siapakah syarikat-syarikat ini dan secara perbandingan
dengan cadangan UEM, apakah tawaran di segi wang, tempoh masa menyiapkan
projek, kandungan kerja dan sebagainya yang dikemukakan oleh syarikat-syarikat ini,
termasuk sama ada cadangan UEM atau syarikat diterima oleh Kerajaan serta sebabsebab bagi pilihan Keraj aan. Jika tidak, ada syarikat lain, mengapa. Mengapakah UEM
dipilih untuk mengemukakan cadangan.
Berapakah lamakah masanya Kerajaan memerlukan untuk mengkaji sesuatu
cadangan sebegini pada biasanya. Apakah pula tempoh masa yang diambil oleh
Kerajaan untuk mengkaji cadangan yang dikemukakan oleh UEM (sebaik-baiknya, sila
nyatakan tarikh cadangan dikemukakan oleh UEM kepada Kerajaan dan tarikh
cadangan diterima/ditolak oleh Keraj aan.

17
16. Dr Tan Seng Giaw minta Menteri Kerja Raya menyatakan senarai lebuh-lebuh
raya atau "expressway" yang telah atau akan dibina di Lembah Kiang di kebelakangan
lima tahun ini dan pada tahun-tahun akan datang. Bagi setiap projek, sila nyatakan
butir-butir seperti:
(a) ciri -ciri fizikal projek
(i) panjangnya lebuh raya/expressway yang dibina;
(ii) bilangan "lane" yang dibina;
(iii) bilangan plaza tol serta lokasinya;
(iv) "route" yang ditempoh;
(v) isipadu laluan trafik;
(vi) jangkaan kos asal;
(vii) kos setelah dikaji semula;
(viii) tempoh masa projek dijangka dapat disiap sediakan; dan
(ix) tempoh masa sebenarnya yang diambil untuk menyiapkan projek;
jika melebihi tempoh, apakah sebab-sebab bagi kelengahan serta
apakah nilai pampasan atau ganti rugi yang dibuat oleh pemaju;
(b) (i) identiti dan latar belakang keusahawanan syarikat berbanding dengan
syarikat-syarikat lain yang juga membuat tawaran;
(ii) nilai tawaran yang dibuat berbanding dengan tawaran syarikat lain;
(iii) sebab-sebab mengapa tawarannya diterima oleh Kerajaan;
(iv) syarat-syarat kontrak, khususnya , jika ada kutipan to!, bilangan tahun
dibenarkan membuat kutipan, kadar tol serta kadar tol akan dinaikkan
dalam tempoh masa itu pampasan atau gantirugi sama ada oleh pihak
syarikat atau Kerajaan bagi apa -apa kemusykilan yang mungkin timbul;
(v) pinjaman dalam negeri atau luar negeri yang dibuat untuk membiayai
kos pembinaan projek; sila nyatakan pihak yang memberi pinjaman
serta syarat-syarat pinjaman; dan
(vi) apa - apa bentuk bantuan , sama ada Wang , pelepasan cukai,
perkhidmatan percuma atau barangan yang diterima daripada Kerajaan.
17. Dr Tan Seng Giaw minta Menteri Tenaga , Telekom dan Pos menyatakan secara
berasingan jumlah mel surat serta dokumen darat , laut dan udara yang dikendalikan
oleh Pejabat Pos pada tahun -tahun 1985, 1986, 1987 , 1988 , 1989 dan menjelang
Oktober, 1990. Bagaimana pula dengan jumlah pengendalian surat di bawah kategori
yang sama oleh perkhidmatan "courier" swasta.
Apakah jumlah kiriman bungkusan, juga secara berasingan , melalui darat, laut dan
udara yang dikendalikan oleh Pejabat Pos pada tahun-tahun yang sama berbanding
dengan jumlah yang dikendalikan oleh perkhidmatan "courier" swasta.
Apakah bilangan perkhidmatan "courier" swasta yang telah ditubuhkan dalam
negara pada masa ini. Sejauh manakah wujudnya perkhidmatan ini telah mengurangkan
aktiviti Pejabat Pos di segi:
(a) pengendalian surat/dokumen;

18
(b) bungkusan;
(c) bilangan kakitangan Jabatan Pos; dan
(d) bilangan "postmaster",
berbanding dengan masa sebelum adanya perkhidmatan "courier" dan rancanganrancangan untuk memperkembangkan aktiviti-aktiviti ini pada masa akan datang.
Sejauh manakah pula perkhidmatan "courier" swasta telah mempengaruhi lain-lain
perancangan pembangunan atau pembelbagaian aktiviti Pejabat Pos di segi kepesatan
mempelbagaikan aktiviti, pengalihan tumpuan perhatian serta pelaburan pembangunan,
pengambilan kakitangan baru, atau latihan semula kakitangan.
Bolehkah perkhidmatan Pos Laju yang serupa dengan perkhidmatan "courier" itu
menandingi mutu perkhidmatan serta sambutan orang ramai, khasnya di bidang
perniagaan, terhadap perkhidmatan "courier" swasta. Jika ya, apakah angka-angka
yang boleh dikemukakan untuk menyokong pandangan Kerajaan. Jika tidak, apakah
sebab-sebab kelemahan perkhidmatan Pejabat Pos dalam bidang ini dan apakah
langkah-langkah yang sedang diambil untuk mengesyorkan Pos Laju dapat bertanding
dengan perkhidmatan "courier" swasta.
Difahamkan bahawa ada sesetengah syarikat "courier" yang didakwa "palsu"
(bogus) memperalatkan perkhidmatan Pos Laju sebagai "courier" bagi pelanggan
mereka. Sejauh manakah meluasnya kejadian-kejadian seperti ini berlaku. Apakah
tindakan yang boleh serta telah diambil oleh pihak Pejabat Pos terhadap syarikat
"courier".
Apakah anggaran jumlah keuntungan/kerugian aktiviti-aktiviti Pejabat Pos pada
tahun 1989 dan menjelang bulan Oktober 1990. Apakah sebab-sebab bagi perbezaan
dalam hasil tahunan bagi setiap jenis aktiviti dalam tempoh masa 1985 hingga
menjelang bulan Oktober 1990. Apakah perancangan jangka panjang yang khusus bagi
setiap satu aktiviti berasaskan angka-angka pendapatan, perbelanjaan operasi dan
keuntungan/kerugian bersih, terutama sekali bagi perkhidmatan pengiriman Wang.
Memandangkan Ketua Setiausaha Kerajaan baru-baru ini mengumumkan
pengenalan perkhidmatan "Electronic Data Interchange" yang membolehkan
penghantaran dokumen secara elektronik dalam masa setahun atau dua apakah
perancangan Kontinjen yang sedang dibuat oleh Pejabat Pos untuk menghadapi
kemungkinan berkurangnya lagi aktiviti pengendalian mel atau pos Laju. Apakah kesan
teknologi sedemikian akan ada ke atas perkembangan perkhidmatan Pejabat Pos.
18. Tuan Mohamad bin Sabu minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan menyatakan berapa jenis dan bilangan perayaan (pesta) yang diadakan di
Kuala Lumpur sepanjang tahun 1990 dan berapakah peruntukan Kerajaan bagi
menjayakan setiap perayaan itu.
19. Tuan Mohamad bin Sabu minta Menteri Kewangan menyatakan:
(a) berapa banyak syarikat yang menjalankan perniagaan judi sekarang dan
berapakah modal berbayar bagi setiap syarikat tersebut; dan
(b) apakah bentuk judi yang dijalankan.

19
20. Tuan Mohamad bin Sabu minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
menyatakan berapakah lesen-lesen berikut telah dikeluarkan:
(a) Kelab Malam;
(b) Disko;
(c) Rumah Urut;
(d) Pusat Snooker; dan
(e) Karaoke Lounge.
21. Tuan Mohamad bin Sabu minta Menteri Kewangan menyatakan:
(a) jumlah penduduk mengikut statistik terakhir bagi Malaysia dan Kelantan;
(b) hasil yang dipungut oleh Kerajaan Pusat dari negeri Kelantan;
(c) kadar kemiskinan, jumlah keluarga miskin dan kawasan-kawasan termiskin
di Kelantan;
(d) jumlah pemberian terus (grant) yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat
kepada Kelantan setiap tahun; dan
(e) jumlah hutang Kerajaan negeri Kelantan sebelum pilihanraya 21 Oktober,
1990.
22. Tuan Mohamad bin Sabu minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) kadar jenayah di peringkat kebangsaan dan Kelantan;
(b) jumlah penagih dadah di seluruh negara mengikut negeri-negeri;
(c) jumlah pengangguran mengikut negeri-negeri; dan
(d) jumlah setinggan mengikut negeri -negeri.

23.

Tuan Harrison Ngau Laing minta Menteri Pengangkutan menyatakan:


(a) bilakah kerja-kerja untuk memperbaiki Landasan (lapangan) terbang di Long
Akah akan dimulakan; dan
(b) apakah jumlah peruntukan bagi tiap-tiap dan semua projek yang tersebut di
atas.

24. Tuan Harrison Ngau Laing minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah
sebab-sebab untuk berikut:
(a) Klinik Desa di Long Bedian, Baram tidak ada Jururawat Desa dan Attendan;
(b) Klinik Desa di Long Na'ah tidak ada Jururawat Desa, Attendan dan OBD
(Pemandu B ot);
(c) Klinik desa di Long Loyang tidak ada Attendan; dan
(d) Klinik Desa Long Jeeh tidak ada pemandu motobot.
25. Tuan Harrison Ngau Laing minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
menyatakan sama ada Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (Environnmental Impact

20
Assessment) semestinya dibuat dan adakah sudah di buat oleh Kompeni-kompeni yang
tertentu berhubung dengan kegiatan-kegiatan seperti berikut di negeri Sarawak:
(a) Aktiviti-aktiviti Pembalakan di bahagian Lundu (Kuching) Serian (Kota
Samarahan), Ulu Rejang (Kapit), Bintulu, Baram (Bahagian Miri) dan
Limbang;
(b) cadangan membina Loji Melebur Aluminium di Bintulu. Apakah nama
Syarikat/badan Penasihaf dan nama negara yang terlibat dalam pemerosesan
ini; Adakah pandangan masyarakat tempatan di Bintulu diambil kira juga
dalam proses ini;
(c) Perlombongan Emas di Daerah Bau dalam Bahagian Kuching; dan
(d) Perlombongan B atu Arang di kawasan Merit di Bahagian Kapit.
jikalau kajian-kajian seperti di atas sudah dibuat, apakah keputusannya dan bilakah
ianya akan diumumkan kepada Masyarakat Umum jika tidak/belum dibuat, kenapa
tidak. Jikalau syarikat-syarikat yang terlibat telah menjalankan Operasi sebelum
kajian-kajian ini dibuat, adakah mereka melakukan kesalahan-kesalahan di bawah
Seksyen 34 (a) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Apakah tindakan Kementerian Sains,
Teknologi dan Alam Sekitar terhadap perkara mi.
26. Tuan Harrison Ngau Laing minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan sama
ada unit penglibatan Bumiputera (Bumiputera Participation Unit) di Pejabat Perdana
Menteri telah membuat kajian tentang penglibatan Bumiputera tempatan di bahagian
Baram dalam Industri Pembalakan di Kawasan Baram. Apakah peraturan penglibatan
dan hasil keuntungan yang diperolehi oleh golongan Bumiputera tempatan di Baram
dari aspek pemberian Saham dan equiti dalam lesen-lesen pembalakan dan juga dari
Syarikat yang menjalankan Operasi membalak yang sebenarnya.
27. Tuan Harrison Ngau Laing minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
menyatakan apakah kewajipan yang telah dibuat dan yang akan diambil oleh Kerajaan
Malaysia terhadap pelaksanaan "Deklarasi Langkawi" atas Alam Sekitar yang telah
dibuat semasa CHOGM di Kuala Lumpur dulu di dalam dan di Luar Malaysia.
28. Dr V. David minta Menteri Pendidikan menyatakan:
(a) adakah beliau sedar bahawa Dekan Fakulti Kejuruteraan di Universiti
Malaya, Profesor Madya Dr Arichandran, telah dipecat dari jawatannya oleh
Pemandu Naib Cancelor, Prof. Taib Osman;
(b) apakah sebabnya, jika ada, seorang pensyarah kanan kejuruteraan seperti
Prof. Madya Dr Arichandran yang telah berkhidmat selama 24 tahun dipecat
dari jawatan Dekan walaupun beliau ditetapkan pangkat sebagai Dekan oleh
Naib Cancelor Universiti Malaya pada lhb April, 1990 sahaja;
(c) adakah Menteri sedar bahawa tindakan ini diambil oleh Pemangku Naib
Cancelor tanpa mendapat kebenaran atau merunding dengan Naib Canselor
Universiti Malaya, yang telah mengambil cuti penyelidikan baru-baru ini;
(d) adakah betul bahawa pihak-pihak tertentu telah memaksa Pemangku Naib
Cancelor mengambil tindakan yang sama atas beberapa orang Profesor dan

21
Profesor Madya yang lain, dengan menyuruh mereka menandatangani suratsurat meletakkan j awatan masing-masing;
(e) apakah kriteria-kriteria untuk naik pangkat seseorang pensyarah Universiti
ke j awatan- j awatan atas;
(f) adakah Menteri ingin melantik suatu jawatankuasa siasatan yang bebas untuk
mengkaji dengan teliti segala isu-isu yang berkenaan dan mengambil
tindakan sewajarnya atas pihak-pihak yang bersalah; dan
(g) bagaimanakah beliau ingin meningkatkan mutu pengajaran dan penyelidikan
di Universiti-Universiti tempatan jika peranan pendidikan institusi ini
diganggu oleh isu-isu pilih kasih dan perasaan perkauman.
29. Dr V. David minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) adakah beliau sedar bahawa jurang perbezaan antara yang berada dan yang
kurang berada belum lagi dikurangkan, walaupun tujuan asas Dasar Ekonomi
Baru ialah untuk menghapuskan kemiskinan;
(b) bolehkah beliau memberi sedikit penjelasan bagaimana is ingin
meningkatkan pendapatan golongan rakyat miskin di negara ini; dan
(c) bolehkah Kerajaan mencapai kejayaan dalam usaha meningkatkan taraf
perpaduan negara kita jurang perbezaan antara rakyat kaya dan miskin kian
bertambah dari masa ke semasa.
30. Dr V. David minta . Menteri Pengangkutan menyatakan:
(a) bila pengswastaan perkhidmatan keretapi akan diadakan;
(b) jumlah kerugian berkumpul yang telah dihadapi oieh Keretapi Tanah Melayu
hingga sekarang;
(c) mengapa pembaharuan landasan dan pemasangan landasan kedua dibuat
sekarang walaupun suatu laporan telah pun dibuat dalam tahun 1969 oleh
Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan pada masa itu, mencadangkan
pembaharuan landasan, memodenkan sistem isyarat lalulintas keretapi dan
sebagainya;
(d) adakah beliau sedar bahawa jika syor-syor laporan tersebut dapat
dilaksanakan dua puluh tahun dahulu, kos pemasangan dan pengurusannya
akan jadi lebih rendah; dan
(e) adakah Kerajaan ingin memberi 30% saham daripada jumlah ekuiti syarikat
swasta perkhidmatan keretapi ini kepada pekerja-pekerjanya.
31. Dr V. David minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan:
(a) bolehkah beliau memberitahu Dewan ini apakah jumlah tabung awam yang
telah diperuntukkan bagi menggalakkan pelancongan dalam tempoh "Tabun
Melawat Malaysia";
(b) apakah bilangan pelancong asing yang telah datang melawat ke Malaysia
mulai dari masa promosi pelancongan ini dimulakan; dan

22
(c) bolehkah beliau memberitahu Dewan ini apakah jumlah hasil luar negeri
usaha- usaha ini telah berjaya mendapat masuk ke dalam Malaysia;
Betul atau tidak bahawa tabung awam begitu besar yang sedang dibelanjakan bagi
mengadakan pesta- pesta pelancongan boleh digunakan untuk memberi kemudahankemudahan asas seperti rumah kos rendah , hospital, bekalan air paip, dan kemudahan
pembuangan najis.

32. Dr V. David minta Perdana Menteri menyatakan:


(a) adakah beliau sedar atas kekurangan tanah perkuburan bagi kaum-kaum
bukan Islam di Kuala Lumpur; dan
(b) bolehkah beliau memberi jaminan bahawa tanah perkuburan yang mencukupi
akan diperuntukkan bagi kaum -kaum bukan Islam mengikut agama dan
tradisi masing-masing.
33. Tuan Haji Wan Mohd . Jamil bin Wan Mahmood minta Perdana Menteri
menyatakan:
(a) apakah kriteria dan kelayakan pengambilan tenaga -tenaga pengkursus bagi
aktiviti Biro Tatanegara; dan
(b) sila senaraikan tenaga- tenaga pengkursus Biro Tatanegara bagi tempoh lima
tahun yang lalu.
34. Tuan Joseph Voon minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah jumlah
hasil pendapatan yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan dari Sabah sejak tahun 1963
dan berapakah pula peruntukan dari Kerajaan Persekutuan yang diberi kepada Sabah
dalam tempoh yang sama.
35. Tuan Lim Guan Eng minta Perdana Menteri menyatakan sama ada pihak BN
mengamalkan dasar diskriminasi ke atas kawasan-kawasan pembangkang dari segi
pembangunan dan peruntukan wang. Sila nyatakan jumlah wang yang dibelanjakan
untuk pembangunan bagi setiap 5 Kawasan Parlimen di negeri Melaka iaitu Selandar,
Jasin , Alor Gajah , Batu Berendam dan Kota Melaka pada tempoh masa 1986-1990.
36. Tuan Liew Ah Kim minta Menteri Kewangan menyatakan sejauhmana
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah membantu pekerja dalam skim
pembelian rumah dalam tempoh 1985 , 1986 , 1987 , 1988 , 1989 hingga Oktober 1990.
Nyatakan:
(a) jumlah pemohon yang sudah diluluskan permohonan dalam skim pembelian
rumah; dan
(b) jumlah rumah mengikut pecahan negeri-negeri yang telah diluluskan
permohonan kepada pemohon. ''^ ' x

DEWAN RAKYAT YANG KELA PAN


MALAYSIA

PENGGAL YANG PERTAMA

KERTAS PEMBERITAHU
Bil.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT


HARI KHAMIS, 6HB DISEMBER, 1990 PUKUL 2.30 PETANG
*1. Dato' Haji Abu Bakar bin Rautin Ibrahim minta Menteri Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan:
(a) berapakah peningkatan pendapatan dari hasil eksport minyak kesan dari
Krisis Telok; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang memberi subsidi bagi mengekalkan harga
minyak.
*2. Tuan Ghazali bin Ahmad minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) apakah hasil dari penggerudian di telaga-telaga minyak di perairan Kedah
kawasan PM 1; dan
(b) bilakah penggerudian sepenuhnya bagi semua telaga-telaga minyak dalam
kawasan tersebut selesai dan bilakah mula beroperasi.
*3. Dr Kua Kia Soong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilakah "Persatuan
Hak-Hak Manusia Kebangsaan" yang memohon untuk didaftarkan dalam bulan Ogos
1989 akan didaftarkan.
*4. Dr Tan Seng Giaw minta Menteri Kewangan menyatakan:
(a) mengapakah ketika Nippon Steel mengendalikan loji "Direct Reduction
Iron" di Kemaman, Terengganu tidak menguntungkan, malah terpaksa
ditutup, tetapi kini pula boleh diguna semula setelah Perwaja memeterai
perjanjian dengan konsortium Jerman-Mexico;
(b) berapa besarkah pasaran dalam negara dan di dunia untuk bilet DRI. Berapa
besar pula bahagian daripada pasaran, masing-masing di dalam negara dan di
dunia, yang dijangka berdaya dikawal oleh Perwaja. Dalam tempoh masa
berapa tahunkah modal asal yang ditanamkan di dalam kedua-dua loji DRI ini
boleh diperolehi kembali. Apakah andaian-andaian yang dibuat; dan
(c) menjelang September 1990, apakah jumlah hutang luar negeri Perwaja yang
masih belum dibereskan berbanding dengan jumlah asal.

2
*5.

Tuan Mohamad bin Sabu mints Perdana Menteri menyatakan:


(a) sudahkah beliau menerima laporan penuh dari pemerhati pilihanraya
Komanwel. Jika sudah, apakah kandungan laporan itu;
(b) adakah Perdana Menteri puashati dengannya. Jika tidak sila huraikan
mengapa.

*6. Tuan Haji Ibrahim bin Jendol minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:
(a) kedudukan rancangan sudut Belia yang dikelolakan untuk mengatasi masalah
Belia berpeleseran; dan
(b) bagaimanakah sambutan yang diterima dan nyatakan bilangan Belia yang
mengambil bahagian di dalam program mi.
*7. Tuan Haji Buniyamin bin Yaakub minta Perdana Menteri menyatakan apakah
maksud sebenar langkah Kerajaan mengenepikan Menteri Besar Kelantan dan Ketua
Menteri Sabah daripada dijemput menghadiri mesyuarat bersama Kerajaan Pusat dan
Kerajaan Negeri-negeri.
*8. Tuan Haji Nik Abdullah bin Arshad minta Menteri Kemajuan Tanah dan
Pembangunan Koperasi menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meminda Akta
Koperasi 1948 yang sedia ada ke arah mengujudkan gerakan koperasi yang lebih
mantap dan lebih berkesan.

*9.

Tuan Haji Mahbud bin Haji Kassim minta Menteri Luar Negeri menyatakan:
(a) apakah peranan yang dimainkan oleh Malaysia di dalam membantu
menyelesaikan krisis Teluk yang berlarutan melebihi empat (4) bulan;
(b) adakah Malaysia bercadang menghantar satu pasukan tentera pengaman
untuk menyertai lain-lain negara ke Teluk; dan
(c) sejauh manakah kesan krisis Teluk menjejaskan keadaan ekonomi Malaysia.

*10. Tuan Wee Choo Keong minta Perdana Menteri menyatakan kenapa begitu
banyak projek Kondominium diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) di Kuala Lumpur sejak akhir-akhir ini Berapa banyakkah projek Kondominium
telah diluluskan oleh DBKL dan berapa banyakkah "squatters" telah dihalaukan
daripada kawasankelulusan ini. Harga projek Kondominium yang diluluskan barubaru ini adalah lebih dari $150,000.00 satu unit dan ada yang lebih dari $300,000 satu
unit. Harga ini adalah di luar kemampuan kepada kebanyakan orang di Malaysia, yang
mengalami masalah kewangan sekarang. Kadar harga yang diluluskan oleh DBKL
adalah tidak berasas memandangkan kadar perkahwinan di Kuala Lumpur, rancangan
Kotaraya, kemudahan asas dalam pembangunan (lalulintas, sekolah, kemudahan
awam). Perdana Menteri diminta menjelaskan apakah asas yang digunakan dalam
meluluskan projek Kondominium di Kuala Lumpur oleh DBKL atas perkara yang
disebutkan di atas.

3
*11. Tuan Haji Ibrahim bin Mahmood minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) adakah beiiau sedar tentang ramainya orang Islam menjadi pelanggan kepada
sistem pajak gadai dan ramai pula mereka yang terpedaya oleh peniaga pajak
gadai yang sengaja menyusutkan mutu barang yang mereka gadai;
(b) apakah langkah yang diambil oleh B ahagian Agama di Jabatan Perdana
Menteri bagi menyelamatkan umat Islam dari belenggu sistem pajak gadai
ini; dan
(c) jika ada, bagaimana dan bila hendak dilaksanakan.
*12. Tuan Kerk Kim Hock minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
menyatakan, berikutan keputusan Kerajaan untuk memansuhkan perkataan "baru" bagi
semua kampung baru, apakah manfaat yang akan dinikmati oleh penduduk-penduduk
di kampung-kampung berkenaan.
*13. Tuan Taimin Lumaing minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) berapakah biiangan pegawai-pegawai Kerajaan dari Sabah yang berkhidmat
di Jabatan jabatan Persekutuan di Sarawak dan Semenanjung sejak tahun
1986 hingga sekarang mengikut kategori kumpulan gaji; dan
(b) apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk memestikan
agar pegawai-pegawai Kerajaan dari Sabah dan Sarawak boleh menjawat
jawatan Persekutuan Ketua Setiausaha Kementerian Persekutuan.
*14. Dr V. David mints Menteri Sumber Manusia menyatakan:
(a) adakah dasar rasmi Kerajaan membekalkan air bertapis kepada semua ladangladang, sepertimana diumumkan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia;
dan
(b) jika ianya betul, apakah sebabnya berkalan air paip tidak dilanjutkan ke
Ladang Bukit Hitam, Batu 14, Jalan Puchong, walaupun perkara ini telahpun
dibangkitkan beberapa kali kepada pihak pengurusan ladang-ladang ini dan
badan-badan awam.
*15. Tuan Chian Heng Kai minta Menteri Pendidikan menyatakan perkembangan
terbaru dengan pengiktirafan yang diberikan kepada sijil-sijil dan diploma-diploma
Kolej Tunku Abdul Rahman dan sama ada pihak Kolej itu sudah menerima tawaran
pengiktirafan Kerajaan ini. Jika tidak, mengapa.
*16. Tuan Maidom P. Pansai minta Menteri Pertahanan menyatakan sama ada benar
atau tidak bahawa anggota-anggota tentera terutama sekali yang bertugas di Sabah
menghadapi masalah segi perumahan kerana ketidakcukupan perumahan yang
disediakan oleh pihak berkuasa tentera. Mereka terpaksa menyewa rumah dengan
menggunakan elaun perumahan mereka yang dikatakan tidak mencukupi itu (anggota
tentera yang berpangkat Sergeant baru dibayar elaun perumahan sebanyak $200.00
sebulan, lebih rendah pangkatnya maka lebih rendah lagi kadar elaunnya). Jika cedar,
apakah tindakan Kerajaan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh anggotaanggota tentera kita.

4
*17. Tuan S. S. Subramaniam minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan
adakah beliau sedar beberapa projek-projek bahan api kepada kampung-kampung
terjejas dengan ketidak-adaan beberapa jenis "spares" untuk kerja-kerja pembekalan
tersebut. Siapakah pembekal-pembekal berkenaan yang tidak memenuhi peranan
mereka dalam kerja-kerja ini. Apakah sebabnya pihak TEN tidak boleh mendapatkan
pembekalan ini dari luar negeri dalam keadaan yang tidak memuaskan,seperti mi.
*18. Tuan Abdol Mulok bin Awang Damit minta Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri menyatakan:
(a) apakah langkah-langkah khusus dan persediaan yang dijalankan oleh
Kerajaan dalam usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan Syarikat
Berbilang Negara (MNC) ke negeri-negeri yang kurang mendapat perhatian
pelabur; dan
(b) apakah usaha-usaha dan penglibatan Kerajaan untuk menarik pelaburan
syarikat-syarikat dari negara-negara maju seperti Jepun ke kawasan
pertumbuhan "segi tiga" yang melibatkan singapura, Johor dan Bantam.
*19. Tuan Lim Kit Siang minta Perdana Menteri menyatakan memandangkan
Skandal Kewangan Bumiputra Malaysia Finance bernilai $2.5 bilion telah dibuka
semula, sama ada Kerajaan akan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Penyiasatan di Raja
yang mempunyai kuasa penuh untuk menjalankan satu penyiasatan yang menyeluruh
ke dalam peranan yang dimainkan oleh Menteri-menteri UMNO di dalam skandal
tersebut termasuk Perdana Menteri sendiri.
*20. Dato ' K. Kumaran minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) sama ada kebenaran diperolehi oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk
menubuhkan "Institusi Ekonomi Politik" (Institute of Political Economy) di
negara itu; dan
(b) jika ya, apakah objektif dan fungsi institusi itu. Jika kebenaran tidak
diperolehi, apakah tindakan Kerajaan Pusat untuk membatalkan
penubuhannya.

HARI JUMAAT, 7HB DISEMBER, 1990, PUKUL 3.00 PETANG


*1. Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman minta Menteri Dalam Negeri menyatakan
apakah tindakan yang diambil terhadap setengah-setengah akhbar yang tidak
mengamalkan kebebasan akhbar bahkan mengamalkan kebebasan `berbohong' yang
bukan sahaja merosakkan nama baik Kerajaan yang memerintah bahkan orang-orang
Perseorangan yang tertentu.
*2. Tuan Karpal Singh minta Menteri Luar Negeri menyatakan reaksf Kerajaan
Malaysia terhadap pakatan tandatangani pada 13 November, 1990 di Tokyo antara
Amerika Syarikat dan Singapura untuk membenarkan Amerika Syarikat diberi lebih
kemudahan tentera Singapura.

*3. Tuan Harisson Ngau Laing minta Perdana Menteri menyatakan sama ada boleh
dan bilakah Kerajaan Persekutuan ingin berbincang tentang kemungkinan royalti
Minyak dan Gas bagi Negeri Sarawak. Berapa peratus dalam kenaikan dapat diberi oleh
Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sarawak.
*4. Tuan Haji Ibrahim bin Jendol minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sama
ada Kementerian bercadang untuk menyediakan kemudahan riadah dan bersukan yang
lengkap di kampung-kampung sebagai sistem sokongan bagi melahirkan lebih banyak
peminat yang secara langsung akan menambah bilangan bakat di bidang sukan,
sekiranya ada, apakah bentuk rancangan tersebut.
*5. Tuan Haji Wan Mohd . Jamil bin Wan Mahmood minta Menteri Pembangunan
Luar Bandar menyatakan dengan perubahan Kerajaan di Kelantan Darul Naim, apakah
bantuan dan peruntukan pembangunan luar bandar untuk negeri tersebut akan
dikurangkan.
*6. Puan Hajjah Ilani binti Dato ' Haji Isahak minta Perdana Menteri menyatakan
mengapakah di dalam Persidangan Menteri-menteri Besar yang bertujuan menyelaras
pembangunan antara Kerajaan Pusat dan negeri-negeri, Kelantan diwakili oleh seorang
yang kalah dalam pilihanraya yang lalu dan tidak mempunyai kuasa sah atau mandat
rakyat untuk mewakili Kerajaan Negeri.
*7. Tuan Wee Choo Keong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kenyataan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Haniff Omar bahawa penglibatan pegawai polis termasuk
Timbalan Pesuruhjaya dalam operasi pelacuran, perjudian, peras ugut dan loteri empat
nombor ekor haram.
(a) beritahu berapa banyakkah pegawai polis daripada pangkat ASP ke atas telah
disoal-siasat dalam kes rasuah. Dan berapakah antara mereka yang didakwa
dan didapati bersalah dalam tempoh 5 tahun lalu, sila berikan perangkaannya;
(b) kenapa selepas peringkat betapa seriusnya kelakuan rasuah oleh Ketua Polis
Negara, Menteri Dalam Negeri (yang juga Perdana Menteri) tidak dengan
serta-merta menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes rasuah
dalam pasukan polis. Sila beritahu sama ada perlukah menubuhkan
Suruhanjaya Diraja mi.
*8. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Kewangan menyatakan mengapa tindakan
tidak diambil oleh Bank Negara terhadap kegiatan Skim Cepat Kaya supaya pelaburpelabur tidak menghadapi kerugian yang terus atas penyelewengan dan penipuan skim
tersebut.
*9. Tuan Kerk Kim Hock minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah
pelanggaran prosedur pentadbiran yang telah dilakukan oleh Naib Canselor Universiti
Malaya seperti tercatat di dalam laporan Badan Pencegahan Rasuah bertajuk "Laporan
Tatatertib Terhadap Dr Syed Hussein Alatas, Naib Canselor Universiti Malaya" dan
apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan terhadap Dr Syed
Hussein Alatas berkaitan dengan perbuatannya melanggar prosedur pentadbiran.

6
*10. Tuan Haji Mohd . Zihin bin Haji Mohd. Hassan minta Menteri Pendidikan
menyatakan apakah usaha-usaha meningkatkan tulisan dan bacaan huruf jawi dalam
pelaksanaan dasar membentuk insan kamil melalui Quran dan Hadith.

*11. Dr V. David minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:


(a) bolehkah beliau menerangkan atas kenaikan kegiatan jenayah di kawasan
Sungei Way, terutamanya di bandar Sunway;
(b) adakah betul bahawa kenaikan perlakuan jenayah disebabkan atas
ketidakbolehan pihak polis menguruskan keadaan ini; dan
(c) bilangan kegiatan jenayah menurut pecahan jenis kegiatan jenayah di
kawasan mi.
*12. Tuan Chian Heng Kai minta Perdana Menteri menyatakan pendirian rasmi
Kerajaan terhadap laporan Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) dan bilakah
laporan ini dijangka siap dan apakah sebab mengapa laporan ini belum disiapkan
mengikut j adual.
*13. Dato' Dr Affifudin bin Haji Omar minta Menteri Pengangkutan menyatakan
apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian untuk mempastikan bahawa ioni
dan trak serta bas mini di negara ini memasang bahagian-bahagian keselamatan seperti
front dan rear fender dan lain-lain. Berapa banyakkah kematian di dalam kemalangan
jalanraya yang disebabkan oleh ketiadaan alat-alat mi.

*14. Tuan Ahmad bin Omar minta Perdana Menteri menyatakan berikutan Krisis
Teluk, berapakah j angkaan Petronas untuk pengeluaran minyak bagi memenuhi
keperluan bertambah di dunia. Apakah Dasar Petronas dari segi harga dan pertambahan
pengeluaran jika keperluan dunia terus menerus bertambah.
*15. Tuan Lim Guan Eng minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
menyatakan:
(a) mengapa beliau menyokong tindakan untuk menggugurkan istilah "buru"
dari kampung baru dan pemansuhan peruntukan projek khas, dengan
menyatakan kebaikan-kebaikannya;
(b) sama ada tindakan ini adalah satu usaha untuk menganaktirikan penduduk
kampung baru dengan mengabaikan kebajikan mereka serta mengurangkan
peruntukan yang diperolehi oleh kampung-kampung "baru" dan kalau tidak
sila nyatakan jumlahnya untuk tahun ini dan depan;
(c) sama ada beliau berpuas hati dengan jumah peruntukan sebanyak $8 juta di
bawah Rancangan Malaysia Ke 5 dan kalau is mengapa dan apakah jumlah
peruntukan yang akan diminta di bawah Rancangan Malaysia Ke 6; dan
(d) sebab mengapa beliau enggan menyokong usaha untuk mendirikan satu
Tabung Membasmi Kemiskinan Kampung Baru $1,500 juta.

*16. Tuan S. S. Subramaniam minta Menteri Kerjaraya menyatakan:


(a) apakah sebabnya projek baru untuk membekal air kepada Kawasan Segamat
masih tidak dapat disempurnakan. Bilakah projek ini akan disempurnakan;
dan
(b) adakah beliau sedar beberapa kampung tradisional dan skim-skim Felda di
Kawasan Segamat masih tidak mendapat kemudahan air ini dan apakah
tindakan khas yang akan diambil oleh Kerajaan untuk membekalkan kesemua
kampung yang berada di sekitar luar bandar yang meliputi estet-estet juga dan
bilakah kesemua kampung tersebut akan dapat menikmati kemudahan ini dan
berapakah jumlah belanjawan untuk pembiayaan kerja-kerja tersebut.
*17. Tuan Lim Hock Seng minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan
apakah janji-janji yang telah dibuat oleh Y.B. Menteri semasa melawat Chai Leng Park,
Seberang Perai pada 4hb September, 1990. Sehingga kini, janji-janji apakah telah
ditunaikan dan apa yang akan dibuat pada janji-janji yang belum ditunaikan.
*18. Tuan Lim Kit Siang minta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa
Kerajaan dan pihak Polis cuba menjadikan isu bantahan tol di Cheras sebagai satu isu
perkauman dalam bulan September lalu sedangkan is merupakan satu protes oleh
penduduk-penduduk Cheras dari semua kaum; dan apakah tindakan yang Kerajaan
bercadangmengambil untuk memastikan is tidak menjadi penyebab utama yang
menyebabkan perkauman di negara.

*19. Dr Othman Minudin minta Menteri Pendidikan menyatakan:


(a) bilangan dan peratus orang-orang Sabah yang diterima masuk ke setiap
universiti tempatan untuk setiap tahun sejak pembentukan negara Malaysia
27 tahun yang lalu;
(b) bilangan dan peratusan pelajar-pelajar Sabah berbanding dengan negerinegeri lain yang telah dibiayai melalui biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) sejak pembentukan Malaysia 27 tahun yang lalu; dan
(c) bilangan dan peratusan pelajar-pelajar Sabah yang diterima untuk mengikuti
Diploma Pendidikan di universiti-universiti tempatan.
*20. Tuan Ghazali bin Ahmad minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat menyatakan:
(a) berapa ramai orang tua yang ditempatkan di rumah-rumah Kebajikan
Kementerian dan swasta;
(b) bagaimana bentuk yang disumbangkan oleh Kementerian bagi membantu
orang-orang tua di rumah Kebajikan tersebut; dan
(c) apakah cadangan baru Kementerian dalam usaha memperbaiki keadaan
kebajikan orang tua di Rumah Kebajikan.
*21. Tuan Billy Abit Joo minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah kedudukan
semasa (Current status) jalanraya Bintulu, Tubau, Belaga yang telah dicadangkan,
sudahkah kajian konsultant dibuat dan jika sudah, sama ada cadangan pembinaan
jalanraya tersebut akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Keenam (RME).

8
HARI ISNIN, IOHB DISEMBER, 1990 PUKUL 2.30 PETANG
*1. Puan Hajah Rakibah binti Haji Abd. Manap minta Menteri Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan menyatakan apakah usaha-usaha susulan untuk jangka
pendek dan panjang ekoran dari program Tahun Melawat Malaysia.
*2. Dr Othman Minudin minta Menteri Pendidikan menyatakan perkara-perkara
berikut:
(a) apakah rasionalnya menempatkan semua universiti di Semenanjung Malaysia
sahaja;
(b) apakah justifikasi penubuhan Universiti Utara Malaysia di kawasan Parlimen
Kubang Pasu, Kedah sedangkan Universiti Sains Malaysia sudah ada di
Pulau Pinang. Dan kenapakah is tidak ditubuhkan di negeri-negeri lain yang
jauh dari pusat pengajian tinggi;
(c) mengapakah tidak ada universiti penuh di Sabah ataupun Sarawak
memandangkan kedua-dua negeri tersebut adalah jauh dari pusat pengajian
tinggi dan tambahan pula perlaksanaan pengajian tinggi adalah termaktub di
dalam Laporan jawatankuasa Antara Kerajaan (Inter-Governmental
Committee Report). Dan apakah tujuan disebalik kenyataan akhbat Menteri
Pendidikan pada 13 November, 1990 yang menyatakan bahawa penubuhan
universiti di Sabah tidak perlu kerana tidak ramai pelajar-pelajar Sabah yang
layak masuk universiti. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa universiti itu
kelak hanya untuk orang Sabah sahaja, sedangkan matlamat penubuhannya
adalah untuk semua rakyat Malaysia dan untuk mempercepatkan lagi proses
integrasi nasional di antara Sabah, Sarawak dengan Semenanjung Malaysia;
dan
(d) mengapakah Kementerian Pendidikan tidak menubuhkan kampus tetap
Universiti Kebangsaan di Sabah, sedangkan pada tahun 1980 Kerajaan
Negeri telah pun mendermakan tanah seluas 304 hektar dan peruntukan
sebanyak $5 juta. Tapi dalam masa yang sama satu universiti baru ditubuhkan
di Kedah.
*3. Tuan Ghazali bin Ahmad minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat menyatakan:
(a) berapa bilangan kanak-kanak yang disiksa oleh ibubapa atau penjaga dari
tahun 1986-1990;
(b) apakah tindakan Kementerian yang telah berkesan dalam melindungi
kebajikan kanak-kanak tersebut; dan
(c) apakah tindakan Kementerian bagi kanak-kanak hanyut yang terumbangambing di Bandar-bandar atau desa-desa dan berapa banyak bilangan mereka
yang dibantu oleh Kementerian dan berapa banyak lagi yang ketinggalan
yang tidak mendapat bantuan.
*4. Tuan Nurnikman Abdullah minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah
kesan dan juga faedah (jika ada) dengan lawatan Dr Nelson Mandela ke Malaysia barubaru mi. Apakah rasional terhadap sumbangan bantuan kewangan sejumlah US$5 juta
kepada Afrika Selatan dan ANC yang dipimpin oleh Dr Mandela.

9
*5. Tuan George Sangkin minta Menteri Dalam Negeri menyatakan dakwaan yang
menyatakan bahawa terdapat sebilangan besar pendatang-pendatang haram di Sabah
telah berjaya mendapat kad pengenalan biru dan seterusnya menjadi warganegara
Malaysia dalam masa yang singkat sahaja. Dan juga benarkah dakwaan yang
menyatakan bahawa masih terdapat penduduk watan Sabah yang sudah bertahun-tahun
memegang kad pengenalan merah masih belum memperolehi kad pengenalan biru.
Apakah sebab-sebab perkara ini terjadi dan apakah langkah-langkah Kerajaan Pusat
untuk mengatasinya.
*6. Dr Kua Kia Soong minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) apakah satu penyiasatan yang menyeluruh akan dijalankan ke dalam
penggunaan kakitangan-kakitangan dan jentera Kerajaan di dalam
pilihanraya umum yang lain;
(b) apakah Kerajaan akan menjalankan satu penyiasatan penuh ke dalam
ketidakcekapan dan kelam-kabut yang amat sangat yang berlaku di tempattempat mengundi di seluruh negara khasnya di kawasan-kawasan yang
dimenangi oleh pembangkang semasa pilihanraya umum 1990; dan
(c) apakah langkah langkah yang akan diambil untuk memastikan bahawa
pengundian dalam pilihanraya umum akan datang akan dijalankan dengan
cekap dan sempurna iaitu semua daftar pemilih adalah konsisten; pemilihpemilih diberi kad mengundi oleh SPR sendiri yang memberitahukan mereka
tempat dan saluran mengundi; pentadbiran di semua tempat mengundi
dijalankan dengan cekap dan sebagainya.
. Tuan Michael Asang minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan:
(a) jumlah keluarga mengikut negeri yang telah pun mendapat bantuan melalui
Program Pembangunan Rakyat Termiskin sehingga 30 November, 1990;
(b) apakah masalah-masalah yang menghalang kelicinan perlaksanaan program
ini; dan
(c) adakah program ini akan diteruskan khususnya di Sabah dan Sarawak.
*8. Tuan Philip Yong Chiew Lip minta Perdana Menteri menyatakan apakah
pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap konsep "Borneonisation" seperti mana yang
dikemukakan dan seterusnya dipersetujui dalam beberapa mesyuarat Jawatankuasa
Antara Kerajaan semasa pembentukan Persekutuan Malaysia pada awal tahun 1960an.
*9. Tuan Karpal Singh minta Perdana Menteri menyatakan sebab-sebab yang
berlakunya kejadian di Lebuhraya Tol Cheras baru-baru mi.
* 10. Tuan Harisson Ngau Laing minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan:
(a) apakah hasil dari Perbincangan antara Kerajaan Persekutuan yang diketuai
oleh beliau dengan Kerajaan Sabah dan Sarawak mengenai Pampasan yang
akan dan patut diberi oleh Kerajaan Persekutuan akibat kehilangan
pendapatan sekiranya eksport kayu balak dihentikan di kedua-dua negeri
tersebut;

10
(b) berapakah pampasan yang akan diberi; secara manakah is diberi; bilakah is
akan diberi; dan
(c) jikalau perlu dan selain dari pampasan dari Kerajaan Persekutuan, bolehkah
Kerajaan Persekutuan menimbang untuk mendapatkan peruntukan juga dari
agensi-agensi di Luar Malaysia untuk kedua-dua buah negeri ini sebagai
pampasan untuk mereka sekiranya penjualan kayu balak dihentikan di keduadua Negeri mi.
*11. Tuan Wee Choo Keong minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
menyatakan kedudukan "Kampung" dan apakah dengan "Kampung Baru" yang telah
ditukar kepada "Kampung" baru-baru ini mempunyai kedudukan yang sama sepertinya.
Dan apakah akan terima peruntukan seperti dulu ketika yang pernah dikenali sebagai
"Kampung Baru".
*12. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Kewangan menyatakan bahawa Kerajaan
terpaksa membelanjakan sebanyak lapan billion ringgit untuk menyokong nilai ringgit
supaya kedudukan ringgit $1.10 sama dengan satu dollar Singapura sebelum dasar baru
ditetapkan. Oleh yang demikian , minta Menteri Kewangan menyatakan:
(a) apakah asasnya kabinet ketika itu perlu menyokong nilai ringgit di pasaran
mata wang dunia;
(b) dalam tempoh tersebut, beberapa kali Kerajaan melibatkan diri untuk
menyokong nilai ringgit dan jumlah kerugian Negara bagi setiap tahun;
(c) adakah Kerajaan menyokong nilai ringgit selepas tempoh tersebut itu. Jika
ada, sebutkan kerugiannya. Jika tidak, mengapa; dan
(d) apakah kesan baik dan buruk bagi Kerajaan menyokong nilai ringgit naik
turun mengikut keadaan pasaran yang menentukan nilai sebenar.
*13. Tuan Haji Mohd . Zihin bin Haji Hassan minta Menteri Pendidikan
menyatakan berapa banyakkah asrama-asrama desa didirikan dan di mana.
*14. Datuk Monggoh Orow minta Perdana Menteri menyatakan perbelanjaan
PETRONAS bagi berikut sehingga 30hb Jun, 1990:
(a) Pengurusan dan Pentadbiran; dan
(b) Pembangunan.
*15. Dr V. David minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:
(a) adakah pihak polis bantuan mempunyai kuasa menyimpan Kad Pengenalan
seseorang penduduk; dan
(b) bolehkah beliau menjelaskan kepada Dewan ini tentang kuasa yang diberi
kepada mereka.
*16. Dato ' Dr Affifudin bin Haji Omar minta Perdana Menteri menyatakan berapa
banyakkah keuntungan PETRONAS sehingga kini, hasil dari peningkatan harga minyak
dan penambahan pengeluaran ekoran dari krisis di Timur Tengah. Dan berapakah pula
kerugian kepada negara akibat kehilangan pasaran kelapa sawit dan barang-barang siap
Malaysia, di Timur Tengah.

11
*17. Tuan Maidom P. Pansai minta Menteri Kesihatan menyatakan bilakah
Kerajaan akan mengujudkan unit rawatan penyakit Barah di Kota Kinabalu, Sabah
kerana pada masa sekarang pesakit-pesakit "Barak" di Sabah terpaksa dihantar sama
ada ke Kuching, Sarawak atau ke Hospital Besar Kuala Lumpur.
*18. Tuan S. S. Subramaniam minta Perdana Menteri menyatakan adakah Y.A.B.
sedar kekecewaan beberapa ahli-ahli Majlis Perunding Ekonomi Negara (MAPEN)
berhubung dengan pengumuman YAB iaitu Laporan Mapen tidak akan diterima dengan
sepenuhnya oleh kerana wakil-wakil dari parti DAP telah menarik diri dari Majlis
tersebut. Adakah ini bermakna lain-lain pihak yang mewakili kaum Cina, India dan
lain-lain kaum tidak boleh menyuarakan masalah-masalah mereka dalam Mapen. Jika
perkara ini menjadi satu syarat penting, sebab apakah Mapen dibenarkan mula kerja
pada awalnya.
*19. Tuan Ahmad bin Nor minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:
(a) sebab-sebab Kerajaan menolak permohonan dari gabungan kesatuankesatuan sekerja dari Badan-badan Berkanun pada tahun 1982 yang mewakili
145,000 pekerja untuk menubuhkan sebuah Federasi Kesatuan Pekerjapekerja Badan Berkanun di bawah Akta Kesatuan Sekerja, sedangkan
Kerajaan dengan mudah telah meluluskan pendaftaran Pertubuhan Buruh
Malaysia (MLO) sebagai alternatif kepada Kongres Kesatuan Sekerja
Malaysia (MTUC); dan
(b) tidakkah boleh Kementerian menimbang semula permohonan Kesatuankesatuan dari Badan-badan Berkanun supaya mereka dapat menubuhkan
sebuah Federasi untuk memelihara kepentingan mereka.
*20. Tuan Ahmad bin Nor minta Menteri Sumber Manusia menyatakan sama ada
Kerajaan sedar bahawa pekerja-pekerja kilang yang berpendapatan rendah sedang
menghadapi masalah tempat tinggal berdekatan dengan tempat kerja mereka dan
kebanyakan mereka tinggal berkongsi rumah seramai antara dua puluh ke tiga puluh
arang dalam sebuah rumah biasa (tiga atau empat bilik), dan adakah Kerajaan bercadang
untuk memastikan semua kilang-kilang menyediakan kemudahan perumahan yang
sesuai bagi pekerj a-pekerj a mereka atau sekurang-kurangnya membayar elaun
perumahan yang sewajarnya kepada pekerja-pekerja berkenaan.
*21. Tuan Ahmad bin Nor minta Menteri Kewangan menyatakan:
(a) berapakah jumlah kerugian yang menimpa Malaysia setelah nilai mata wang
yen melambung naik akibat dari pinjaman yang terlalu banyak dibuat oleh
Malaysia dari Negara Jepun;
(b) sewaktu pinjaman dibuat dari Jepun tidakkah ada sebarang proviso yang
membolehkan negara peminjam (Malaysia) menukar pinjaman berkenaan
dari yen kepada mata wang lain untuk meneruskan bayaran ke atas pinjaman
yang dibuat; dan
(c) kalau ada proviso yang membolehkan pertukaran dari yen kepada mata wang
lain mengapakah tindakan yang segera tidak diambil untuk menyelamatkan
Malaysia dari ditimpa kerugian yang besar, atau sebaliknya berusaha untuk
mendapatkan pinjaman yang baru dari matawang lain supaya dapat
menjelaskan beban hutang dari Jepun apabila nilai yen meningkat tinggi.

Anda mungkin juga menyukai