Anda di halaman 1dari 151

MuslimaH

Yang
TersingkiR
2

Zahirah Zamree
AMARAN!

Ebook ini mempunyai Hak Cipta Terpelihara. Tidak


dibenarkan menerbit, mengulang cetak, mengeluar ulang
mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, fotografi dan isi
kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa
cara jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain yang direka pada masa akan datang
sebelum mendapat izin bertulis dari pengarah urusan Zharf
Press Enterprise.
Copyrights 2018 Zharf Press Enterprise
HAK CIPTA TERPELIHARA
MUSLIMAH YANG TERSINGKIR 2
Emel : puisitarbiah@gmail.com
Instagram : @puisitarbiah
Telegram : t.me/PuisiTarbiah

Penulis
Zahirah Zamree

Editor
Muhammad Arifuddin

Rekabentuk Kulit
Ubaidah Zaidi

Rekabentuk Dalaman
Zahirah Zamree

Cetakan pertama : Ogos 2018

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan menerbit, mengulang


cetak, mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi,
fotografi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk
dan dengan apa cara jua sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain yang direka pada masa akan
datang sebelum mendapat izin bertulis dari pengarah urusan
Zharf Press Enterprise.
Diterbit oleh :
Zharf Press Enterprise
A-16-11, Palm Garden Apartment, Persiaran Bukit Raja,
Bandar Baru Klang, 41150, Klang, Selangor.
Dicetak oleh :
Mihas Grafik Sdn Bhd
No.9 Jalan SR 19/4, Taman Serdang Jaya,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
Nasihat penulis sebelum memulakan bacaan,
tenangkan hati, beristighfar, dan berdoa dalam
hati agar Allah bukakan hati kita semua untuk
terus peroleh hidayah daripada Allah s.w.t.
Sungguh, semua daripada kita adalah pendosa,
dan sebaik-baik pendosa ialah yang sentiasa
melazimi taubat dan berusaha meninggalkan
dosa maksiat.
Buat
MusLimah yaNg
TerSingkiR
Anggaplah nukilan ini sebagai kata-kata nasihat
daripada diri saya yang lemah. Sungguh, terlalu
banyak yang perlu saya dan anda semua hayati
tentang erti kehidupan lebih-lebih lagi ia merupakan
hidupan yang bakal menjadi jawapan daripada kita
kepada Allah yang Maha Esa.

Menjadi seorang wanita bukanlah semudah bicara.


Bukan juga semudah bait penulisan. Tapi, bila ia
disaluti dengan rasa keimanan dan ketaqwaan kepada
Allah s.w.t, ia pasti memberi rasa izzah semangat
dalam diri kita untuk terus menjadi lebih baik untuk
hari mendatang.

Percayalah, setiap episod hidup kita pasti ada


sesuatu yang tersembunyi untuk kita sedari bahawa
bantuan Allah itu sentiasa ada dan hanya orang yang
mencari dan berusaha sahaja akan menjumpai hikmah
disebalik ujian.

Bertabah dan kuatlah dikau wahai Muslimah..


IstiMewa BuaT PeMbaca

HAYATILAH...

Untuk menghayati bait penulisan di dalam buku ini


dengan lebih mendalam, saya menyarankan untuk kalian
membaca sambil mendengar lagu terbaru daripada
suami saya Areef iaitu bertajuk SAKIT dan PENJARA.

DENGARKAN DI YOUTUBE, SPOTIFY,


JOOX DAN ITUNES
Dedikasi
Syukur ke hadrat Ilahi, Maha Suci Allah yang
mengizinkan segalanya berlaku.

Buku ini ku hadiahkan buat semua muslimah di


luar sana yang masih berada dipertengahan jalan
mencari erti muslimah yang sebenar. Aku tahu,
jalan ini bukanlah mudah untuk dipilih. Jalan
yang menjadikan diri mu kini asing dari dunia.

Buat semua yang menyokong ku, terima kasih.


Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hati
ini melihat masih ramai yang berharap ‘Muslimah
Yang Tersingkir 2’ ini untuk disiapkan.

Suami ku yang tidak putus memberi semangat


dan dorongan. Terima kasih untuk setiap usaha
untuk ku. Moga syurga buat mu, abang.

Tidak lupa anak ku, moga buku ini memberi


manfaat buatmu ketika usia dewasa mu. Ummi
sangat menyayangi mu. Terima kasih selalu
ada dengan ummi. Terima kasih tidur untuk
mudahkan ummi terus menulis.

Buat keluarga ku, mama dan abah. Moga setiap


usaha ini memberi nikmat rezeki buat keluarga
kita.

Terima kasih semua,


doa kalian sungguh bermakna untuk diri ini.

6
Pendahuluan
Pertama sekali, ingin saya ucapkan ribuan dan
jutaan terima kasih kepada anda semua yang sudi
mengorbankan sejumlah wang hanya semata untuk
memiliki sebuah buku ini. Terima kasih sangat-
sangat.. masih tidak menyangka sudah sejauh ini
saya melangkah dalam menerusi kehidupan sebagai
seorang penulis.

Buat pengetahuan semua pembaca, buku ini


merupakan sequel daripada buku pertama
‘Muslimah Yang Tersingkir’. Kelainan yang ada
dalam buku ini saya lebih menceritakan lebih dekat
khususnya topik yang berkait rapat dengan diri
seorang wanita.

Jua, saya selitkan beberapa puisi dan monolog untuk


kalian semua menghayatinya, bacalah hingga ke
akhir muka surat yang saya hadiahkan pada kalian.

Tujuan saya meneruskan penulisan buku ‘Muslimah


Yang Tersingkir 2’ ini adalah kerana buku yang
pertama telah mendapat sambutan yang cukup
meriah. Tambahan, siri yang pertama itu jua telah
mendapat tempat ‘bestseller’ pada bulan April 2018
di kedai buku MPH.
Syukur tak terkata, saya yakin ia adalah berkat doa
dari sahabat-sahabat saya.

Yang paling istimewanya, Allah mengizinkan lagi


saya untuk meneruskan hasrat menulis buku siri
kedua ini pula.

Saya yakin, saya mampu menulisnya kerana saya


lihat masalah dan gejala sosial yang kian meningkat
masih tidak dapat dibendung dek kerana kekurangan
ilmu dan fahaman oleh masyarakat sendiri terutama
anak muda yang bergelar wanita.

Dalam buku siri kedua ini, saya lebih fokuskan


tentang ‘self-worth’ seorang wanita itu sendiri. Jua
saya masih akan tetap perjuangkan nilai malu yang
sangat tinggi di sisi Islam.

Nilai itulah yang perlu ada dalam diri seorang


wanita lebih-lebih lagi kami terpaksa melalui zaman
yang penuh fitnah ini.

Oleh itu, saya amat berharap sekali agar semua wanita


untuk memiliki buku ini bertujuan untuk membina
semula sifat malu dan juga sikap memelihara diri
sendiri.
Saya percaya, tiada seorang pun wanita di muka
bumi ini mahu dirinya terus hanyut dan leka dibawa
arus duniawi. Saya yakin, ramai daripada mereka
yang pernah melakukan dosa berat itu juga turut
mahu berubah dan terus mencari cahaya ilahi.

Teruskan perjuanganmu wahai wanita, aku di sini


akan selalu ada untuk membantumu. Terimalah
‘Muslimah Yang Tersingkir 2’ ini.
Sebelum mulakan,
bacalah nukilan hati ini..

Mungkin saat ini hatimu diuji dengan cinta


yang palsu.
Mungkin saat ini hatimu diuji dengan harta
yang sedikit.
Mungkin saat ini hatimu diuji dengan pasangan
yang tidak memahami mu.
Mungkin saat ini hatimu diuji dengan
pelajaran yang merosot.
Mungkin saat ini hatimu diuji dengan dakwah
yang semakin tepu.
Mungkin saat ini hatimu diuji dengan
kemewahan yang membuatmu jauh dari Allah.
Mungkin saat ini hatimu diuji dengan derita
kehilangan ibu ayah.
Mungkin saat ini hatimu diuji dengan janji
palsu pekerjaan mu.
Mungkin saat ini hatimu diuji dengan
pengkhianatan dari sahabat mu.
Mungkin saat ini hatimu diuji dengan
permainan dunia yang tiada hentinya.
Mungkin…
Mungkin tika ini dirimu sedang
dirundung duka..

Sedang rasa sakit,


Rasa sedih,
Rasa yang ingin membawa dirimu jauh
dari dunia ini..

Tapi ingatlah wahai dirimu,


Allah itu dekat.
Allah itu ada.
Allah itu Maha Mendengar.
Allah itu Maha Melihat.
Allah yang memegang hati-hati kita.

Maka berdoalah dengan bersungguh-sungguh..


pinta pada-Nya KEKUATAN untuk kau terus
kuat harungi ujian dari-Nya.. Dia beri ujian itu
kerana Dia tahu kau mampu tempuhinya dan
disaat kau berjaya, Dia mahu kau dan aku ke
syurga-Nya.. Itu sahaja yang Dia mahu.. Baik
sungguh Allah, kan?
Kandungan Hati
TEntang Muslimah
Bab 1 : Boleh ke Mencarut? 17
Bab 2 : Boleh ke Bersolek? 25
Bab 3 : Isteri Yang Berikhtilat 31
Bab 4 : Muslimah & K-POP 39
Bab 5 : Wanita dan Diskaun 47
Bab 6 : Wanita dan Saving 53
Bab 7 : Wanita dan Solat 59
Bab 8 : Berhias Biar Berpada 65
Bab 9 : Wanita dan Media Sosial 73
Bab 10: Eksploitasi Wanita 79
Bab 11 : Sangkaan Seorang Wanita 85
Bab 12: Move On Itu Sayangkan 91
Diri Sendiri
Bab 13 : Jika Menunggu Sempurna 95
Bab 14 : Nikmat Dosa Yang 101
Memenatkan
Bab 15 : Wanita dan Nikah 105

q&A : purdah 101 110


(Soalan dan jawapan berkaitan purdah
mengikut pWWengalaman sepanjang penulis
memakainya)

Puisi Dan Monolog Hati


Aku Rasa 128
Sampai Bila Mahu Bandingkan? 129
Tak Perlu Sedih Kerana Dunia 132
Saat Kecewa Menerpa 135
Orang Lain Nikah; Jangan Gelabah 137
Realiti Jangan Disangkal 139
Kuat Ketika Diuji 141
‘Grow Yourself’ 143
Aku Bersyukur 145

Tentang Penulis 148


“Dan segala nikmat yang ada
padamu (datangnya) daripada
Allah...”

(An-Nahl : 53)
Bab 1
MUSLIMAH :
BOLEH
KE MENCARUT?
“Cukup hanya dengan lidah yang tidak
bertulang, mampu membunuh hati yang
tidak terlihat.”
BAB 1 : Boleh ke Mencarut?

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Sihat?


Harapnya semua yang bersemangat tinggi membaca
buku ni sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t.

Sebenarnya saya banyak menerima mesej melalui


laman sosial. Rata-rata yang bertanya adalah
daripada golongan wanita dan gadis remaja.
Malah, jika saya pergi ke mana-mana sekolah atau
universiti untuk memberi motivasi sekalipun, pasti
saya menerima soalan yang hampir sama.

“Akak, saya dah bertudung labuh, tapi kenapa saya


masih mencarut?”

Kawan, ketahuilah bertudung labuh ke berpurdah


ke berburqa ke tak kesah selabuh mana pun tudung
yang kita pakai tu, ia bukan jaminan untuk kita tidak
berbuat kesalahan. Namun, apa yang saya faham,
dengan menutup aurat itu mampu membawa diri
kita ke arah sesuatu tingkah laku yang baik dan
sopan.

Tapi persoalannya, mencarut itu kan suatu akhlak


yang tidak sopan. Jadi macam mana?

17
Mencarut ini sebenarnya berpunca daripada
masalah hati yang belum diselesaikan sebelum
melakukan proses berhijrah. Dalam buku
‘Muslimah Yang Tersingkir 1’ saya ada jelaskan
tentang betapa pentingnya kita mengenal sesuatu
jahiliyah itu SEBELUM kita melangkah ke arah
sesuatu perubahan diri yang lebih baik. Nak tahu
lebih lanjut kenalah baca sendiri hehe..

Juga sebenarnya andai kita sudah menutup aurat


sepenuhnya, kita kena lebih cakna dengan apa yang
kita mahu lakukan.

Contohnya jika berada di tempat awam dalam


keadaan kita sudah sedia menutup aurat sepenuhnya,
tidak wajar jika kita mencarut di khalayak umum.
Ataupun memaki hamun tidak tentu pasal. Jika
kita melakukannya, ia akan mencemarkan imej kita
sendiri dan jua imej ISLAM.

Bayangkan.. masyarakat hari ini memandang tinggi


wanita-wanita yang menutup aurat sepenuhnya,
sehinggakan pernah terjadi beberapa kali saya
diberi keutamaan oleh masyarakat seperti diberi
keutamaan untuk duduk di dalam LRT, ataupun jika
saya memasuki lif yang dipenuhi orang ramai, sampai
ada yang sanggup beri saya masuk dan dia pula yang
keluar menunggu lif yang lain! MasyaAllah.

18
Moga Allah beri syurga..

Sebenarnya banyak lagi kejadian yang membuatkan


hati saya begitu tersentuh dan terharu hanya kerana
saya menutup aurat sepenuhnya. Lihatlah, begitu
tinggi martabat seorang wanita jika dia menjaga
dirinya walau sekadar mengenakan tudung labuh.
Ia cukup mulia di sisi Islam.

Namun, sanggupkah kita menjadi punca masyarakat


memandang serong terhadap wanita muslimah yang
menjaga diri dengan tidak menjaga lidah seperti
mencarut? Sedih bukan andai kita gagal menjaga
diri.

Oleh itu, saya sediakan beberapa cara untuk atasi


masalah ini. Ya, saya tahu ia memakan masa yang
lama untuk membiasakan. Tapi, apa salahnya
mencuba kan? Jom ikuti langkah-langkahnya.

1. Lazimi zikir. Orang yang gemar beristighfar pasti


akan berasa bersalah andai dia membazirkan
kuota zikirnya dengan mencarut. Kalau tidak
percaya, cubalah berzikir selama 5 minit
berterusan.

2. Biasakan lidah membaca al-Quran. Biasakan


diri membaca al-Quran setiap hari. Yakinlah,

19
Allah pasti akan perlihara lidah kita daripada
mencarut.
3. Bergaul sentiasa dengan orang yang soleh.
Dengan cara ini, kita pasti akan berasa malu
andai kita mencarut di hadapan orang sebegini.
Oleh itu, sentiasalah bergaul dengan mereka.
Cara ini sangat berkesan sebenarnya!

Bayangkan, bila kita berada dengan orang yang


lidahnya tidak pernah mencarut, adakah kita
berani nak mencarut depan mereka? Ikut logik
pasti kita sendiri yang akan malu. Sebab itu,
kalau nak buat dosa, kebanyakan dari kita akan
buat dosa sendiri-sendiri. Jarang nak buat dosa
bila dengan orang lain. Kan?

4. Wujudkan rasa MALU terhadap diri kita


sendiri. Benda ni sangat penting wahai kawan.
Percayalah, kalau kita rasa malu dengan diri kita
dalam erti kata membuat dosa, pasti kita akan
berhati-hati dalam setiap perbuatan. Malu ni
jangan depan orang saja, biarlah pada diri kita
sendiri kita rasa malu sebab yang lagi utama
untuk dipertanggungjawabkan nanti di akhirat
ialah dosa kita pada diri kita sendiri. Menzalimi
diri sendiri.

20
Berikut, itulah cara untuk melupuskan habit suka
mencarut. Moga dengan sedikit sebanyak nasihat ini
membantu kalian untuk sentiasa menjaga amanah
lidah yang diberikan oleh Allah s.w.t!

21
Bab 2
MUSLIMAH :
BOLEH
KE BERSOLEK?
“Things happen for some reason. Either to
change yourself or to give people lessons.”
BAB 2 : Boleh ke Bersolek?

Saban hari saya semakin sedih melihat wanita


muslimah yang semakin ramai mengenakan niqab
ataupun purdah di wajah mereka.

“Kenapa sedih, bukan ke elok ramai yang pakai


niqab?”

Ya, memang bagus. Nampak solehah. Nampak


manis. Nampak ayu. Nampak seperti menjaga
kehormatan diri!

Tapi kawan, berapa ramai yang begitu menjaga


kesucian niqab itu sendiri? Saya tertanya, adakah
mereka pernah berfikir sejenak perihal batas-
batas perhiasan diri dan juga tabarruj dalam Islam
sebelum membuat keputusan memakai niqab?

Saya pernah menerima banyak mesej melalui


laman sosial saya mengenai niqab itu sendiri. Rata-
rata yang bertanya adalah golongan remaja yang
berkeinginan untuk memakai niqab dan lebih
kepada ‘syarat-syarat’ untuk memakainya.

Bagi saya itu sudah cukup baik mereka membuat


kajian dan bertanya pada orang tertentu sebelum
mereka memakainya. Sebab apa kalian, sebelum
memakai niqab cuba berazam untuk memakainya

25
sepenuhnya. Jika anda tahu belum sesuai atau belum
tiba masanya untuk pakai, usah mulakan.

Tapi bukan isu itu yang ingin saya ketengahkan. Isu


kali ini berkenaan dengan wanita yang berniqab tapi
bermake up. Apakah? Saya menulis bukan untuk
menjatuhkan sesiapa malah saya tidak berniat untuk
menjauhkan anda daripada mereka.

Namun, andai perkara ini dibiarkan semakin lama


Islam semakin rosak dek sikap penting diri sendiri
kita sendiri.

Wahai muslimah, anda sudah berniqab. Tetapi


kenapa bermake up? Saya sedih jika ada diantara
mereka yang sudah cukup ilmu tentang hal ini
tetapi masih teruskan bermakeup. Namun, ada
yang bermakeup dek kerana tidak tahu tentang
hukumnya itu lain cerita.

Saya menegur di sini bukan kerana saya cukup


sempurna dan matang dalam hal ini, tetapi saya
menegur atas dasar kasihan kepada para niqabis
yang lain yang turut terkena tempias cacian oleh
masyarakat. Wanita berpurdah kini dikatakan sudah
terlalu murah! Allahu.

Sampaikan ada yang sanggup mengatakan tiada beza


memakai purdah dengan freehair. Allahu, sedih!

26
“Buat apa pakai purdah kalau pakai make up!”

“Baik freehair je daripada nak mengorat lelaki


disebalik purdah!”

“Gedik je aku tengok perempuan purdah zaman


sekarang. Tak habis-habis dengan posing kain
meleret!”

“Pakai contact lens berwarna? Ni mesti tak tahu


hukum hakam ni!”

Dan banyak lagi tohmahan yang saya sendiri


sedih bila mengenangkannya. Sedih.. bila pakaian
para isteri nabi ini dijadikan bahan cacian zaman
sekarang. Sedangkan tujuan asal berpurdah ini
sangat jauh dari apa yang berlaku sekarang.

Make up bahagian mata? Pelik sangat..


Mana ada orang make up bahagian mata saja..

Kalau iya pun mengidam, pakailah di rumah. Buatlah


video dan selfie lah untuk tatapan sendiri. Jika kita
tekad juga untuk tunjuk di media sosial, jelas sudah
niat kita salah dan hanya inginkan pujian manusia.

Wahai muslimah,
Jagalah diri,
Hentilah,
Usahlah pentingkan diri sendiri..

27
Masih ramai wanita berpurdah yang masih struggle
menjaga diri. Masih wujud wanita yang ingin
meraih syurga semata. Masih ada wanita yang
sanggup melepaskan nafsu dunianya semata ingin
mengelakkan diri dari terjebak dengan dosa.

Masih ada wanita seperti kamu,


Yang menangis ketika berdoa,
Memohon pertolongan dan kekuatan dari Allah..

Untuk jauhkan diri dari fitnah dunia.

28
BaB 3
ISTERI
YANG
BERIKHTILAT
“Benda yang paling aku takutkan bilamana
tulisan aku banyak mengajar orang tentang
kebaikan tapi diri aku sangat jauh untuk
berbuat seperti apa yang aku tuliskan.”
BAB 3 : ISTERI YANG BERIKHTILAT

“Abang, petang nanti jom keluar sesama dengan


Zack dengan isteri dia nak?” Kata si Teha kepada
suaminya.

“Ish awak ni.. bukan ke baru minggu lepas kita


keluar dengan diorang.. tak payah lah ea?” Bantah
Afnan kepada isterinya.

“Alaa abang ni, bukan selalu pun. Lagipun ada isteri


dia juga kan. Apa salahnya.. please?”

“Hurmm.. fine, okaylah. Awak set dengan Zack ok?


Tahulah dia tu bestfriend awak sejak sekolah..”

“Eh, awak cakap macam ni cemburu ke? Elele…”

“Ish awak ni, mana ada! Dah cepat set. Nanti saya
cancel kang..haa..”

“Yelaa, yelaa.. gurau pun tak boleh..Huh!”

Di Café Relaks Dulu | 2 petang

“Eh abang, tu diorang dah sampai! Panggil cepat..”

“Ish awak ni tak menyabar!”

31
“Zack! Salmah! Sini!”

Setelah Zack dan isterinya, Salmah menyedari nama


mereka dipanggil, mereka segera datang lalu duduk
semeja dengan mereka.

Keadaan di mana mereka sedang duduk semeja


dan saling berhadapan. Salmah duduk berhadapan
dengan Teha dan Zack berhadapan dengan Afnan.

Mereka pun saling salam bersalaman. Ops, lelaki


salam lelaki je ye.. dan perempuan salam perempuan.
Tapi.. sempat pula si Teha memberi senyuman manis
pada Zack tanpa rasa bersalah.. Aduh!

“Eh Zack dengar cerita haritu kau pergi konsert


AGVV. Best tak? Ceritalah sikit wei..”

Tiba-tiba si Teha pun menyampuk..

“Haah lah, awak pergi dengan siapa? Sombongnya


tak ajak kitorang hehe..” Teha bergurau sambil
tangannya sebelah menutup mulutnya. Konon
malu..

“Hehe.. takdelah, bukan taknak ajak.. tapi saja


nak dating dengan cik puan sebelah kita ni..” Zack
sempat bergurau dengan isterinya, Salmah.

Keadaan semakin rancak dengan perbualan antara

32
Teha dan Zack. Yelah, mereka sudah biasa sejak
dari sekolah kot. Mestilah tak awkward! Namun,
sementara itu Afnan dan Salmah pula sibuk
melayan Instagram masing-masing. Langsung tidak
mempedulikan suami dan isteri masing-masing
bersembang gelak ketawa hampir 30 minit!

“Hahaha.. kelakarlah awak ni Zack. Tak sangka


awak ingat lagi surat yang saya bagi kat awak dulu
tu..malu betul bila ingat semula..hehe..”

“Haha biasalah.. Zack kot.. semua benda antara kita


dulu still ingat..”

Tanpa menyedari, pipi Teha mula kemerah-merahan.


Dan yang paling parah.. mereka tidak sedar yang
mereka sedang berikhtilat. Sedangkan suami dan
isteri mereka masing-masing ada bersama ketika
itu.

----------------------------

Inilah ikhtilat yang tidak disedari kian hari ini…

Seolah-olah apabila sudah berkahwin tiada lagi


batas ikhtilat perlu dijaga..

Masing-masing lupa untuk menjaga ikhtilat walau


serapat mana pun kita dengan ajnabi..

33
Mereka sangka mereka sudah cukup menjaga diri
hanya dengan menutup aurat sempurna..

Tapi akhlak dan tingkah laku tidak seiring dengan


apa yang mereka ketahui..

Ya, mereka tahu apa itu ikhtilat sebenarnya.. tapi


sengaja tidak mahu ambil peduli..

Sengaja tidak mahu berusaha untuk terus menjaga..

Bagi mereka, sudah cukup baik mereka ditemani


suami isteri masing-masing..

Adakah itu menjadi dalil untuk mereka menghalalkan


ikhtilat ketika itu?

Sedangkan, mereka sepatutnya mengasingkan meja


dan duduk berasingan walau keluar bersama suami
isteri.

Bukankah lebih selamat dan selesa? Si isteri boleh


mengawal suara masing-masing.. dan lebih selesa
bercerita atau meluahkan masalah masing-masing..

Bukankah cara ini lebih sopan berbanding duduk


semeja dan bergelak ketawa terbahak-bahak tanpa
memikirkan perasaan orang sekeliling dan adab di
tempat awam?

34
Bukankah lebih mulia andai si isteri menghormati
suaminya dengan tidak menyampuk atau
bersembang berlebih-lebihan dengan kawan lelaki
suaminya?

Bukankah ini yang sepatutnya masyarakat sedar


bahawa sebenarnya selepas berkahwin pun kita
perlu jaga ikhtilat… tidak kira sudah berapa lama
kita kenal dengan ajnabi.. kita wajib menjaga diri..

Cuba kita sendiri lihat di merata-rata kedai makan,


majoriti dari kita tidak sedar pun tentang ikhtilat
ini.. Ramai yang menyangka duduk semeja dan
bersembang kencang itu menunjukkan friendship
goals ..

Bukan hanya di meja makan saja..malah di media


sosial pun sama.. Si isteri berbalas komen dengan
suami orang… si suami pula tak habis-habis stalk
gambar isteri orang..

Semua ini dilakukan tanpa rasa bersalah.. tanpa


rasa takut bahawa Allah sedang melihat.. mungkin
kita berani kerana kita memperlakukan di belakang
pasangan masing-masing. Tapi, Allah itu Maha
Melihat..

Dan.. sekali lagi, apakah semua ini? Seolah-olah isu


ikhtilat ini menjadi normal di mata masyarakat..

35
Berubahlah wahai masyarakat.. isu ini sudah terlalu
lama dibiarkan.. sudah terlalu lama tidak diambil
peduli.. takut andai sikap kita ini mengundang
murka Allah tanpa sedar..

Suami isteri masing-masing perlu memainkan


peranan masing-masing.. si suami nasihatkan si
isteri supaya menjaga kehormatan diri.. si isteri taat
dan peliharalah maruah.. InsyaAllah moga-moga
Allah meredhai setiap usaha kita dalam menjaga
kesucian agama Islam.

36
BaB 4
MUSLIMAH
DAN
K-POP
“Jangan kerana diri semakin mengejar
dunia, akhirat jauh tersasar. Kerana arah
tuju kita yang sebenar adalah syurga,
bukan dunia.”
BAB 4 : MUSLIMAH DAN K-POP

“Eh Afiqah­­, awak tak solat subuh lagi ni.. bangun,


bangun! Dah nak habis waktu ni!” Kejut si Amni
kepada roommate nya Afiqah.

“Allah! Ya Allah, macam mana aku boleh terlajak


ni.. Laaa, alarm henset aku tak hidup pun!” Keluh
Afiqah sambil bergegas ke bilik air untuk mengambil
wuduk.

Amni hanya menggelengkan kepala. Telekung


di tangannya segera disangkut di dalam almari.
Kemudian kerusi belajarnya ditarik dan segera
duduk. Jadual kelas ditelitinya.

“Yeayy, harini aku takde kelas. So bolehlah tengok


drama korea! Nak sambung episode 9 pulak.. eh,
mana pulak tisu ni, nanti kang aku nangis kantoi
pulak.”

Afiqah masuk ke bilik semula setelah selesai


menunaikan solat subuh di kawasan depan bilik.
Telekungnya masih dipakai. Lantas tangannya segera
mengambil mathurat di atas meja bersebelahan
dengan meja belajar Amni. Dia melihat Amni begitu
khusyuk menonton drama korea di laptopnya.
Afiqah hanya mampu berdiam saja..

39
Setelah selesai membaca mathurat, Afiqah bangun
dari katilnya dan segera mendekati Amni yang
masih lagi menonton drama.

‘Nak tegur ke tak ea?’ Getus Afiqah dalam hatinya.


Sebenarnya dia sudah lama ingin menegur
sahabatnya itu yang terlalu taksub dengan drama
korea. Sehinggakan skrin di telefon bimbitnya pun
terpampang gambar seorang lelaki korea. Barangkali
artis kegemarannya.

“Amni..” Afiqah mula bersuara sambil menyentuh


bahu sahabatnya.

“Eh, haa.. Afiqah. Ada apa? Kacaulah kau ni.. aku


tengah khusyuk kot tengok part ni. Best pulak wei.
Eh jomlah duduk sekali tengok. Rugi wei..” Kata
Amni kepada Afiqah.

“Err.. takpe.. sebenarnya aku nak cakap something


ni.”

“Apa dia? Cakap jelah, macam tak biasa dengan aku.”

“Sebenarnya aku kagum dengan kau Amni. Yelah,


solat lima waktu semua kau jaga.. Al-Quran pun kau
tak pernah miss baca.. Tambah lagi kau ni hafizah..
kadang-kadang aku malu dengan kau sebab
walaupun duduk sebilik dengan kau pun, aku still tak

40
boleh jadi hebat macam kau…” Afiqah memulakan
bicara dengan cara memuji rakan sebiliknya. Ya,
inilah cara yang sebaiknya iaitu dengan memulakan
pujian.

“Allah.. apa ni Afiqah. Tetiba je puji aku.. Well,


Alhamdulillah aku bersyukur atas nikmat yang
Allah beri ni.. takpe kau pun boleh jadi macam aku
nanti one day. Okay? Jangan sedih-sedih hehe..”
Amni membalas pujian Afiqah tadi sambil jarinya
menekan kekunci enter untuk sambung semula
menonton drama.

“Betul tu.. Emm.. Amni..” Afiqah masih berhajat


untuk teruskan bertanya.

“Yee.. ada apa lagi, cepatlah wei aku tak sabar nak
sambung tengok ni!”

“Sebenarnya aku dah lama nak tegur kau tentang….”


Suara Afiqah terberhenti di situ ketika Amni
memotong ayatnya.

“Tentang drama kpop semua ni?” Amni mempersoal.

“Macam mana kau tahu aku nak tegur pasal ni?”


Afiqah tertanya-tanya.

“Alah.. macam aku tak baca caption-caption dakwah


kau dekat Instagram tu. Kau kan suka cakap pasal

41
berhentilah tengok kpop apa semua ni.. mestilah
aku tahu..”

“Tapi at least aku solat lima waktu Afiqah.. macam


kau cakap tadi, aku ni tak pernah miss baca al-
Quran.. solat pun on time, tak macam kau.. sorry ek
aku cakap, kau pun selalu je subuh gajah..” Sambung
Amni.

“Emm, betul tu.. aku memang tak sebaik kau.. tapi


aku cuba jauhi sekecil-kecil kemungkaran.. Kau
tahu kan drama-drama kpop ni semua tak elok.
Hampir setiap episode ada dedahkan aurat, ada
unsur ikhtilat, unsur lucah.. takkan kau tak sedar
Amni?”

Amni tersentak. Dia seolah baru tersedar tentang


semua itu. Dia baru tahu rupanya melihat aurat
orang lain, melihat sesuatu yang berunsurkan
ikhtilat dan lucah itu suatu DOSA!

“Amni.. aku tegur ni bukan sebab aku ni lebih baik


dari kau, aku akui ibadah kau jauh lebih tip top
dari aku. Aku tak mahu kau jauh leka dari Allah
hanya sebab kau layan drama semua ni. Memang
kau tak nampak kesannya sekarang.. tapi generasi
kita akan datang nanti.. Macam mana kalau diorang
rasa melihat aurat orang lain, support ikhtilat ini
semua suatu benda yang tak salah dan berdosa? Tak
takut ke murka Allah terpalit pada generasi akan

42
datang nanti?” Panjang lebar Afiqah bersuara. Dia
sangat mengharapkan teguran dan nasihatnya pada
sahabatnya itu berhasil.

“Allah, kenapa aku baru sedar ni? Aku.. aku ingatkan


tak berdosa layan drama yang ada unsur macam kau
cakap tu.. sebab selama ni family aku pun layan.. jadi
aku ingat boleh je.. Ya Allah…” Tanpa sedar air mata
Amni bercucuran.

Afiqah segera memeluk sahabatnya. Dia


mengusap-usap belakang Amni dengan lembut.

“Amni, masih belum terlambat untuk ubah semua


ni. Aku taknak aku sorang je yang tahu pasal ni dan
aku tak nak biarkan kau terus hanyut dengan dosa
ni.. Aku dah lama nak kau sedar pasal ni tapi aku tak
kuat..Aku takut kau semakin menjauh dari aku, tapi
ternyata aku salah. Kau baik orangnya. Kau orang
yang senang terima teguran. Amni, jom sama-sama
berubah? Masih ada harapan untuk kau tinggalkan
sisa jahiliyah ni.” Pujuk Afiqah kepada sahabatnya.

“Afiqah, terima kasih tegur aku.. susah nak jumpa


sahabat macam kau..”

“Sama-sama Amni. Dah jom..”

“Jom ke mana?” Tanya Amni.

43
“Jom delete semua drama dalam laptop kau tu.
Hehe..”

“Sekarang ke?” Tanya Amni.

“Yelah, jangan tangguh-tangguhkan. Risau nanti


terjebak lagi.. susah lagi nak memujuk kau hehe..”

“Haha kau ni Afiqah.. Dah jom tolong aku delete


sekali. Banyak ni haha!”

44
BaB 5
WANITA
DAN
DISKAUN
“Yang lama tak semestinya dilupakan. Yang
retak tak semestinya rosak. Yang rapuh tak
semestinya tiada harapan. Indah hidup jika
‘bertuhan’.”
BAB 5 : WANITA DAN DISKAUN

Kali ini saya ingin menulis tentang sebuah topik


yang bagi saya sudah ditelan zaman. Rata-rata
wanita yang saya lihat hari ini sangat cenderung ke
arah dunia kecantikan dan membeli-belah. Pantang
ada ‘sale’ pasti ingin dibelanjanya. Sedangkan barang
yang dibeli itu belum tentu diguna pakai.

Saya tahu ramai di antara kita pasti menggunakan


alasan, “duit aku, suka hati aku nak beli apa” ataupun
“ini hasil dari titik peluh aku berkerja, biarlah nak
merasa membeli belah!”. Wow.. dahsyat.

Betul tu sis, betul akak, betul puan.

Saya tak kata salah. Nak membeli silakan. Tapi bila


ia dijadikan habit seakan gian dan menggeletar jika
tidak membeli-belah, itu sudah parah. Sedangkan
dalam Islam sendiri mengajar kita untuk tidak
boros.

Apa itu boros?

Ini definisi saya tentang boros; Bila berbelanja


secara berlebihan terhadap barang yang melebihi
kemampuan asal dan barang tersebut tidak
digunakan dan tidak memberi manfaat.

47
Itu boros.

Beli semata-mata untuk kumpul. Sedangkan jika


kita beli barang yang boleh digunapakai dalam
jangka masa yang lama, itukan jauh lebih baik? Tapi
apa yang saya lihat sekarang, ada yang setiap hari
hidupnya membeli belah sahaja. Iya, tahu hidupnya
bagai permaisuri yang diberi nafkah beribu-riban,
tapi berpada-pada.

Sangat tak logik jika hari ini beli sepasang kasut,


esoknya beli lagi. Sedangkan sepasang kasut boleh
diguna sehingga 3 tahun! Malah lebih! Ada lagi
yang gemar berbelanja duit untuk membeli barang
make up. Jika make up untuk tatapan suami saja
tidak mengapa, kerana ia membuahkan hasil pahala
kepada kita, tapi ini membeli make up untuk tatapan
lelaki.

Ya, memang bukan niat asal untuk ditatap lelaki,


mungkin ada yang kata “saya make up untuk
tingkatkan my self-esteem”. Okay. Tapi tidak kah
anda rugi dengan berbelanja bulanan sehingga
beribu ringgit semata-mata untuk self confident
anda?

Sedangkan orang yang pakai pakaian biasa dan


muka natural pun boleh confident saja. Jimat dan
beza banyak tu!

48
Ini semua sebenarnya berkaitan hati kita. Jika kita
sudah terbiasa dididik atau melatih diri untuk
demand dalam barang peribadi, maka kita pun akan
berasa tidak selesa dengan kehidupan yang simple.
Bila nafsu kita membuak-buak, mulalah demand
tinggi nak beli itu dan ini.

Setiap bulan ada saja ingin dibelinya. Allahu..

Cuba belajar untuk jadi sederhana.

Bagaimana wanita yang bersederhana itu? Dan saya


sertakan sekali tips untuk tidak boros :

1. Dia bersyukur dengan apa yang dia miliki.


Maka, Allah tambahkan nikmat pada dia.

2. Pakailah pakaian yang mudah dipakai dan


tidak keterlaluan perhiasannya. Banyak
saja baju yang murah dan berkualiti malah
coraknya pun boleh tahan cantik. Kena bijak
mencari dan memilih. Bukan nampak cantik
saja terus beli!

3. Berfikiran rasional. Ambil lah masa 5


minit untuk membuat keputusan sebelum
membelinya. Usah jika sekali pandang terus
ingin beli. Itu sah-sah mengikut nafsu.

49
4. Cari tempat membeli-belah yang mengikut
kemampuan kita. Jangan buang masa
‘window shopping’ di pusat membeli-belah
yang melebihi batas kemampuan kita.

5. Pastikan anda membeli apa yang dihajati saja.


Misalnya, sudah lama anda mencari blouse
labuh berwarna putih dan material kainnya
sejenis ‘ironless’ dan harga dibawah RM50.
Dengan cara ini, anda sudah pun meletakkan
bajet dan anda sudah ada bayangan tentang
baju yang ingin dicari.

Mudah kan kalau kita bijak berbelanja? Jadilah


seorang wanita yang tidak mudah terpengaruh
dengan ‘sale’ dan ‘discount’ terhadap barang yang
tidak terfikir untuk membeli. Bijaklah berbelanja.
Walaupun ia duit anda sepenuhnya, fikirkan ke
mana sepatutnya duit itu wajar disalurkan.

Mungkin masih ramai orang yang memerlukan


simpati dan sedekah dari kita, apa salahnya setiap
bulan dengan gaji itu kita sedekah kepada orang
yang memerlukan.

Sedikit pun tidak apa, asalkan ada sesuatu yang kita


belanjakan dari wang poket itu ke arah kebaikan.
Wallahu a’lam.

50
Bab 6
WANITA
DAN
SAVING
“Jadilah seorang manusia yang tidak
meletakkan harapan dan pergantungan
terhadap manusia, walau dalam urusan
dunia sekalipun.”
BAB 6 : WANITA DAN SAVING

Wanita dan saving. Berapa ramai di antara kita


yang mempunyai kesedaran terhadap saving
untuk masa depan. Hari ini, rata-rata wanita yang
bujang mahupun yang sudah bernikah terlalu sibuk
membina kehidupan masing-masing.

Dengan hasil gaji dan wang pekerjaan yang dimiliki


mereka menyangka ia perlu dibelanja sepenuhnya.
Walhal, tidak! Anda perlu fikirkan untuk masa
depan anda. Ya, masa depan!

Walaupun ada sesetengah individu tidak bersetuju


dengan konsep ‘saving’ kerana berpegang kepada
‘rezeki tetap ada’. Bagi mereka, apa perlu dirisaukan,
Allah kan ada?

Ya betul. Orang yang mempunyai ‘saving’


juga berpegang pada rezeki Allah. Cuma
bezanya, orang yang saving ini lagi besar
jaminannya untuk ‘selamat’ di waktu kecemasan.

Ada dapat sesuatu? Jika ya, saya teruskan.

Apa pentingnya saving? Saya sudah jumpa ramai


wanita yang mempunyai masalah kewangan
terutama wanita yang sudah bercerai. Senang kata,

53
janda. Dan paling kasihannya, dia mempunyai
anak untuk ditanggung. Yelah, tak semua lelaki
mempunyai kesedaran tentang nafkah walaupun
sudah bercerai. Bagi mereka, jika sudah dilepaskan
tuannya, lepaskan saja semua. Allahu...

Jadi, boleh bayangkan kehidupan wanita itu bersama


anaknya dengan keadaan yang kosong tanpa saving?
Mulalah dia kena berkerja keras mencari rezeki
untuk tanggung makan minum pakai anaknya.
Belum lagi perlu dibayar sewa rumah. Aduh!

Adik-adik, kakak-kakak yang belum berkahwin..


ketahuilah, hidup di alam dewasa ini sungguh
mencabar!

Mungkin adik yang belum berkahwin belum


pernah rasa perit mencari duit, sebab masih di
bawah tanggungan ibu bapa. Tapi cubalah ambil
pengajaran dari wanita itu. Anda semua kena ada
sekurang-kurangnya 2 angka saving dalam akaun
bank. Biarlah sikit, asalkan ada. Jangan dibiar
berhabuk saja akaun bank itu.

Kelak anda sudah dewasa dan perlu hidup berdikari,


anda akan mula rasa hidup sebenar. Anda perlu
tanggung diri sendiri.

Ok tolak tepi orang yang mak ayah dia kaya raya


duit sampai tujuh keturunan pun tak habis. Itu

54
lain cerita, mungkin dah rezeki dia Allah letakkan
kelebihan dia pada harta.

Tapi ini cerita tentang kita. Kita, masyarakat marhaen


yang hidup perlu ditanggung sendiri. Walaupun
sudah berkahwin, si isteri wajib ada saving.. biarlah
suami anda sebaik mana pun atau sekaya mana pun
boleh bagi nafkah ataupun tidak, tapi anda perlu
tetap ada saving. Untuk elak benda yang tak diingini
berlaku di masa hadapan…

Jadi, janganlah terlalu mahu hidup mewah sehingga


sanggup melabur wang harta kepada benda yang
tidak memberi pulangan untung. Kalau anda
melabur untuk bisnes anda, tidak mengapa. Kerana
akan ada pulangan berganda jika anda pandai
berbisnes.

Nasihat saya kepada semua tidak kira yang sudah


berkahwin atau belum, pastikan anda mulakan
saving. Tolonglah, ia untuk masa depan anda juga.
Kita hidup biarlah tidak menyusahkan orang. Minta
tolong itu dan ini, hutang sana hutang sini.

Bila berhutang ni, belum tentu kita dapat bayar on


time bila oramh itu tuntut. Bila sebut pasal hutang
ni saya jadi gerun. Gerun sebab risau tidak dapat
bayar balik hutang sebelum dijemput ajal.

Nauzubillah min zalik.

55
Sebagai penutup untuk topik ini, teringat pepatah
yang popular dahulu, “sediakan payung sebelum
hujan”.

Jadilah wanita berkerjaya yang bijak menyusun


wang. Berharaplah pada diri anda selagi masih
bernyawa.

56
Bab 7
WANITA
DAN
SOLAT
“Usah terlalu taksub dengan material,
kecantikan, fesyen sehingga sanggup
menggadaikan solat yang merupakan tiang
agama. Berkorbanlah demi sebuah syurga.”
BAB 7 : WANITA DAN SOLAT

Untuk topik ini saya tidak mahu letakkan expectation


bahawa semua orang tahu solat itu wajib.

Sekarang, saya ingin yakin bahawa ramai lagi yang


tidak tahu bahawa solat itu tiang agama dan wajib
dilaksanakan.

Kalau semua tahu solat itu wajib dan balasan orang


yang tidak solat ialah akan dimasukkan ke dalam
neraka saqar.

“Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk


neraka Saqar ini? Mereka menjawab : Dahulu
kami tidak termasuk golongan orang-orang yang
melaksanakan solat.”

(Surah al-Mudathsir ayat 42-43)

Wanita, sudah dijelaskan dalam al-Quran tentang


kewajiban menunaikan solat. Tentang solat ini
bukanlah isu untuk dipermainkan.

Saya tahu, saya faham memang jika tiada biasa itu


akan susah. Tapi, hanya diri kalian saja yang mampu
mengubah diri sendiri.

59
Firman Allah;

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah


apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri
mereka sendiri.”

(Surah ar-Rad ayat 13)

Betul. Kalau bukan kita yang nak ubah, siapa lagi?


Sebab tu, malas mana pun, susah mana pun, orang
yang pertama sekali kena hadap sifat malas dan
susah tu adalah diri kita juga. Bukan orang lain.

Saya pernah mendengar luahan dari seorang hamba


Allah. Katanya dia pernah meninggalkan solat ketika
berjalan di sebuah shopping mall hanya semata-
mata tidak mahu menanggalkan tudung, stokin dan
handsock.

Dia rasa amat leceh dan akan mengambil masa yang


lama untuk membuka dan memakainya semula.
Allahu. Terkedu saya..

Adakah sampai macam tu sekali sanggup memelihara


fesyen berbanding solat? Di mana letaknya Allah
jika hati kita sudah berasa lesu dan malas untuk
menyembah Dia?

60
Adakah kita mencintai Allah hanya sekadar
melafazkan kata-kata dari lidah? Adakah semudah
itu saja bukti kita cintakan Allah? Sedangkan Allah
telah beri kita pelbagai nikmat tanpa HENTI!

Tapi.. dengan solat saja pun kita tak mampu tunjuk


pada Allah betapa kita mencintaiNya.

Wanita, usahlah kerana fesyen atau apa-apa saja


membuatmu berasa malas untuk solat. Sungguh,
solat itulah satu-satunya cara untuk kita berhubung
dengan Allah.

Kerana dalam solat, kita akan menyebut nama-Nya,


kita akan merasakan bahawa Allah itu dekat, kita
akan rasa saat itu Allah sedang melihat kita!

Indah! Indah sangat solat!

Dekatnya Allah ketika itu dengan kita.. Sungguh,


hebat cinta Allah pada kita.

Tapi kenapa susah sangat kita nak solat? Sampaikan


sanggup beri alasan ‘datang bulan’ sedangkan dirinya
suci dan boleh tunaikan solat. Allahu.. sedih sangat.

Wanita, dirimu itu sangat bernilai dan jagalah


dirimu dengan melaksanakan suruhan Dia.

61
Dia itu lebih penting dari fesyenmu.
Dia itu yang menjadikan yang sekarang.
Semua kerana Dia, Allah.

Berubahlah, penuhkanlah solatmu. Usah


dikenang dosa lalu, tapi teruslah memohon taubat
pengampunan dari Dia. Pasti dia akan mengampuni
dirimu.

--------------------------------------

Tips untuk mudah solat (bagi wanita) :

1. Pakai pakaian yang boleh terus dibawa solat.


2. Sebaik-baik pakaian adalah pakaian yang
boleh dibawa solat.
3. Pakai pakaian yang labuh. Tudung yang
labuh. Baju labuh.
4. Elakkan pakai seluar skinny ketika berada di
luar.
5. Pakai stokin sentiasa jika berjalan ke mana-
mana.
6. Biasakan memakain kain berbanding seluar.
Kalau seluar, saya sarankan seluar jenis
palazzo. Boleh google.

62
Bab 8
BERHIAS
BIAR
BERPADA
“Akhirnya kita perlu sedar untuk siapa
selama ini kita berhias. Adakah untuk
mendapat redha Allah atau hanya pujian
manusia semata?”
BAB 8 : BERHIAS BIAR BERPADA

Alhamdulillah dah jauh korang baca. Jom kali


ini saya nak kupaskan tentang ‘Berhias Untuk
Siapa?’. Kali ini saya ingin fokuskan kepada gadis
yang belum bernikah. Yang sudah bernikah
nanti-nanti saya fokus ya?

Baik, sebelum itu cuba bayangkan umur korang


yang sekarang ni. 13 tahun? 15 tahun? 17 tahun?
20 tahun? 24 tahun? Ikutlah berapa-berapa pun,
asalkan korang jangan lupa tarikh lahir sudah
lah hehe.

Okay, umur sudah tahu dan cuba bayangkan


pula selama korang hidup tu, pernah tak korang
terfikir nak berhias lawa-lawa, cantik-cantik?
Pernah? Tak pernah? Baik, terpulang pada
jawapan korang.

Kalau jawapan majoriti ialah ‘pernah’, maka


untuk siapakah korang berhias itu? Saya tak
mahu buat tuduhan apa-apa. Ini mungkin hanya
“survey” semata. Jadi, korang yang tentukan
jawapan sendiri.

Jika sudah ada jawapan, jom teruskan membaca.


Dapatkan sesuatu dari topik ini okay?

Kita sebenarnya berhias untuk siapa? Untuk diri

65
sendiri? Untuk orang lain? Saya tahu majoriti
pasti akan jawab untuk diri sendiri. Atau untuk
self-confident diri sendiri. Tapi.. sebenarnya
jawapan seperti itu hanyalah alasan untuk diri
kita saja.

Well, saya sendiri pernah. Konon nak berhias


lawa-lawa untuk diri sendiri. Wait, what? Diri
sendiri? Kita pakai lawa-lawa, lepas tu keluar
jalan-jalan dekat mall dan semua orang tengok
kita. Sangat tidak tally!

Kalau betul untuk diri sendiri, pakai kat rumah


saja. Ini berlawa, berhias BERLEBIH-LEBIHAN
hanya ketika keluar rumah saja itu sudah jauh
dari niat asal. Kalau nak berhias sedikit boleh.

Point saya di sini ialah, nak berhias biarlah


berpada-pada. Jangan berlebihan. Janganlah
sampai pakai lipstick yang jauh dari warna
asal bibir. Jangan lah sampai pakai kain singkat
sampaikan nampak buku lali semata nak jadi
hipster. Jangan juga berhias sehingga jatuh
hukum haram.

Sepertimana Imam Muqatil bin Hayyan berkata,

“Tabarruj berlaku apabila wanita menutup


kepala mereka dengan kain tudung tetapi masih
mendedahkan leher, rantai dan subang mereka.”

66
Bukankah realiti ini sudah terjadi? Ramai di
luar sana wanita menggayakan tudung seperti
yang disebut Imam Muqatil tadi. Semakin ramai
memakainya seolah ia bukan suatu kesalahan.
Malah berdosa kerana telah mendedahkan aurat.

Wanita, jika mahu berhias, berpada-pada saja.


Macam saya kata tadi, tidaklah sampai pakai
lipstick merah menyala. Biarlah kita keluar
rumah tu tak pakai make up tebal-tebal. Tak
pakai pakaian ketat sehingga nampak bentuk
badan.

Kalau simple-simple sudah lah. Cantik sudah.


Lawa pun lawa. Nampak ayu lagi. Nampak manis.

Kalau berat sangat make up tu kan sudah


menyusahkan ketika solat. Nak pakai make up
remover lagi dah ambil masa 3 minit. Nak cabut
segala pin tudung sebab buat style tudung pelik-
pelik lagi dah 3 minit.

Belum lagi kira nak pakai make up semula tu


lepas selesai solat. Belum lagi nak pakai semula
tudung style pelik-pelik tu. Kan dah drag banyak
masa?

Kalau yang reti jaga wuduk tidak mengapa juga.


Tapi yakin ke wuduk kita tak perlu renew? Eh,
kita wanita, sebelum ambil wuduk kita wajib ke
toilet! Faham kan isu kebersihan untuk sah solat?

67
Jadi, di mana jaminan kita wuduk sentiasa ada?
Paling tidak pun tahan 2 waktu solat. Solat asar
dah kena renew wuduk dah. Bayangkan berapa
banyak kali nak kena remove make up tu? Ya
rabbi, pening lah!

See, Islam ni mudah sebenarnya. Kita ni yang


susahkan. Sampaikan ada yang sanggup tinggal
solat sebab nak jaga make up. Allahu..

Ini soal make up, belum lagi soal pakaian,


tudungnya..

Alahai..

Pakaian pun kena titikberatkan. Nak berhias


boleh, tapi cubalah “minimize” kan pakaian
kita. Cuba kurangkan benda yang leceh-leceh.
Kita keluar rumah sepatutnya niat bukan untuk
menunjuk. Tapi untuk menyelesaikan tugas yang
ada di luar rumah.

Tapi remaja zaman sekarang dah lain.. makin


ramai yang nak berOOTD (outfit of the day).
Dengan harapan, pakaian lawa-lawa tu boleh
menjana followers dan income mereka. Semakin
cantik, semakin banyak followers, semakin
banyak orang bayar untuk pengiklanan.

68
Well, itulah hakikatya. I’ve been there. Maybe
tak semua orang. Saya tak pukul rata. But this
is the majority. Dah lama hal ni berlaku but
disenyapkan saja dan lama-lama benda ni jadi
normal.

Tambahan lagi, perempuan semakin ramai buat


make up tutorial. Dari natural make up sampai
lah ke heavy make up. Semua ada. Belum lagi
part yang conteng-conteng muka. Ah peliknya!

“Eh, seni okay i adjust-adjust muka ni. Conteng-


conteng ni semua ada hidden message tau. You
apa tau?”

Hmm.. Apa-apa jelah.

So wanita, jom jaga diri. Senang saja sebenarnya.


Kalau mission kita jelas pada akhirat, kita tahu
apa yang perlu kita kejar. Syurga, itu tempat
selayaknya kita berhias. Nak berhias bila-bila
pun silakan. Nak make up macam mana pun
silakan.

Semua boleh.. cuma sabar sikit saja. Dunia ni


memang tempat kita tuang segala nafsu. Tempat
kita curah segala kehendak kita.

Dan semakin itulah kita tidak akan jumpa


kepuasannya. Sebab puas itu tiada pada nafsu.
Nafsu tidak akan pernah puas..

69
So, apa yang boleh saya simpulkan. Be moderate.
Sederhanalah. Lihatlah wanita-wanita yang
mengorbankan kecantikannya hanya untuk
suami. Yang belum nikah, sabarlah. Pakai saja
yang biasa-biasa. Cukup syarat ini :

1. Menutup aurat sempurna.


2. Tudung melabuhi dada.
3. Pakaian tidak ketat, tidak menonjol, tidak
nipis.
4. Pakai stokin.
5. Warna pakaian yang tidak terlalu striking.
Pilihan warna pastel dan bold sangat
sesuai. Cantik pun cantik. (tips)

Yang paling penting, setiap kali kita berpakaian


biarlah niat kita untuk beribadah. Biarlah
pakaian yang dipakai itu memudahkan kita
untuk solat. Itu lah tujuan berpakaian selain
daripada menutup aurat kita.

Simple kan? Islam itu mudah. Sangat mudah.


Islam bukan sekadar memelihara diri kita, tapi
Islam membantu kita untuk berjimat dan tidak
terlalu penat memikirkan soal fesyen yang
melanggar syariat. Wallahu a’lam.

70
Bab 9
WANITA
DAN
MEDIA SOSIAL
“Media sosial terkadang bisa memerangkap
kita ke medan dosa, terkadang mampu
menjadi medan dakwah dan saham untuk
ke syurga. Pilihlah yang mana kamu mahu.”
BAB 9 : WANITA DAN MEDIA SOSIAL

Bila sebut tentang media sosial, perhatikan saja


berapa ramai manusia yang tidak lari dari memiliki
sosial media masing-masing. Sebut saja aplikasi apa,
semua pasti didaftarinya.

Tidak terlepas juga golongan yang berumur,


malah golongan kanak-kanak. Jika dahulu hanya
difokuskan golongan remaja, kini tidak lagi. Semua
tidak terlepas dari mengejar teknologi canggih ini.

Cuma, kegunaan sosial media ini menjadi


tanggungjawab kita sendiri. Sama ada ingin
menggunakan untuk tujuan yang baik seperti
menyebar maklumat dan ilmu sahih, ataupun
bertujuan untuk berdakwah atau sebaliknya hanya
menggunakan untuk membuang masa sahaja.

Percayalah, zaman hari ini kita lebih memerlukan


sosial media untuk mengumpul pahala dosa kita.
Bayangkan masa kita lebih banyak digunakan untuk
sosial media.

Di situlah tempat kita melihat apa yang manusia


lain lakukan. Di situlah kita melihat kebaikan orang
yang menderma.

73
Di situlah kita melihat aib dan aurat orang.
Di situlah kita mengata di dalam hati.
Di situlah kita memuji manusia lain.
Di situlah kita mengagungkan manusia lain.
Di situlah kita membawang (gossip)
Di situlah kita sebarkan pemikiran kita.
Di situlah kita menyokong tindakan orang lain.
Tidak kira baik atau buruk.
Di situlah tempat kita mencurahkan segala idea dan
penulisan kita.
Di situlah kita berdakwah.

Banyak sebenarnya tujuan kita. Jika peratusan tujuan


kita itu lebih cenderung terhadap perkara-perkara
yang mendatangkan manfaat itu cukup baik.

Namun yang menakutkan saya sekarang, apabila


kita menggunakan media sosial ini ke arah yang
tidak baik.

Di situlah kita berasa dengki dengan hidup orang


lain, berasa tidak cukup dengan apa yang ada,
berasa orang lain jauh lebih cantik dari diri sendiri,
dan berasa tidak syukur dengan apa yang Allah dah
berikan.

Memang bahaya dan kita tak mampu elak perasaan


sebegini melainkan kita berusaha menjauhkan diri

74
kita melihat manusia yang kita tidak gemari.

Dan sebenarnya apa yang saya ingin bicarakan


adalah mengenai perubahan seseorang hanya
kerana media sosial.

Dahulu kita melihat dia jauh lebih menjaga dirinya.


Sekarang sudah lain. Jauh berbeza dari dirinya yang
tidak mempunyai laman sosial dengan dirinya yang
sekarang.

Perubahan yang tidak baik inilah yang perlu


dielakkan. Janganlah dahulu kita tidak berani
dedahkan diri kita dikhalayak umum, tiba-tiba
menjadi berani untuk menari tarian pelik-pelik!

Korang tak rasa ini suatu perubahan yang dahsyat


ke?

Sebab apa, sebab bagi saya seorang wanita yang telah


menonjolkan dirinya dengan cara menari-nari ini
seolah telah menonjolkan tubuhnya sepenuhnya.

Allah..

Bila terlihat saja, saya rasa sedih.. Saya rasa kenapa


semua ini berlaku.. kenapa berubah.. kenapa ..
kenapa..

75
Sedangkan diri mu jauh lebih baik dan menjaga jika
sebelum ini. Takkan lah hanya kerana media sosial
kita berubah?

Jadi orang lain hanya untuk orang lain suka kita?


Sanggup buat sesuatu demi duit?

Adakah itu sebenarnya tujuan kita?

Percayalah, semua keseronokkan yang anda lakukan


di media sosial sama sekali tidak memberi manfaat
jika ia berlanggar dengan syariat Islam.

Sebagaimana anda boleh berubah dahulu kala,


Masih ada masa lagi untuk anda berubah sekarang.

Better late than never, change.

76
Bab 10
EKSPLOITASI
WANITA
“Jangan kerana kerana harta dunia, kau
pergadaikan dirimu demi peroleh wang
harta. Jagalah dirimu, kelak di syurga kau
pasti miliki segalanya. Sabarlah..”
BAB 10 : EKSPLOITASI WANITA

Bila masuk topik ni, ada sesuatu yang saya nak


bagitahu korang..

Hmm..

Korang perasan tak, bila lalu dekat highway banyak


sangat iklan perniagaan kan? Tak kesah lah produk
kecantikan ke, kuruskan badan ke, jual supplement
ke, alat solek ke, majoritinya menggunakan gambar
atau model wanita. Tidak asing juga dengan iklan
perniagaan seperti servis kereta atau tayar, turut
menggunakan model wanita!

Korang perasan tak ni?

Tak rasa pelik ke dengan iklan kereta tapi


menggunakan model wanita?

Kalau model tu menutup aurat, lain kisahnya. Tapi


berpakaian mencolok mata. Allahu..

Kesian para lelaki yang memandu sepanjang


highway, pasti tidak terlepas pandang dari terlihat
iklan tersebut..

Saya menyuarakan isu ini kerana saya risau andai


masyarakat memandang semua ini sebagai perkara

79
normal. Sangat bahaya bila sesuatu dosa dan
kemungkaran itu semakin dianggap normal. Ya,
normalisasi.

Ia mengaburi mata hati kita dari mempedulikan


soal akhirat. Soal dosa pahala.

“Alah, tengok aurat pun berdosa ke? Bukannya


berzina!”

Yes. Tengok aurat pun berdosa. Spesis manusia yang


membanding-bandingkan dosa A dengan dosa B
inilah yang sepatutnya kita beri kesedaran. Sama
je, kalau namanya dosa, kecil mana pun atau besar
mana pun tetap dicatit malaikat.

Bila terlalu banyak berlakunya eksploitasi wanita,


semakin rosak hati manusia. Hampir kesemua
produk perniagaan ingin menggunakan model
wanita.

Kenapa wanita?

Mungkin tarikan insan bernama wanita itu jauh


lebih mantap. Jauh lebih memberi kesan positif
terhadap perniagaan.
Lagi ramai pelanggan yang akan beli atau guna
servis kita.

Ataupun sesetengah pihak yang mengambil

80
kesempatan terhadap wanita lalu menggunakan
alasan “wanita ini perhiasan yang indah” lalu
disalahgunakan untuk kepentingan sendiri.

Untuk puaskan nafsu.


Untuk puaskan diri sendiri.

Allah..

Yang paling menyedihkan bila wanita itu sendiri


yang membolehkan atau bersetuju untuk teruskan
eksploitasi wanita ini. Hanya kerana apa?
Kepentingan diri sendiri.

Berhentilah menjual nama wanita.


Berhentilah menjual diri seorang wanita.

Nilai seorang wanita itu jauh lebih mahal berbanding


bayaran iklan yang anda pasarkan.

Darjat seorang wanita itu sangat tinggi di sisi Islam


sehinggakan ia termaktub menjadi salah satu nama
surah di dalam al-Quran.

Usah jatuhkan harga diri seorang wanita itu dengan


tawaran dunia. Berhentilah mengeksploitasi wanita.

81
Bab 11
SANGKAAN
SEORANG
WANITA
“Wahai wanita, jagalah lidahmu, akalmu,
fikiranmu, akhlakmu, pakaianmu,
maruahmu, suaramu, ikhtilatmu, halal
haram mu, sosialmu, ibadahmu, dan
agamamu. Kelihatan banyak dan sukar, tapi
ganjarannya sudah semestinya yang hebat,
iaitu syurga.
BAB 11 : SANGKAAN SEORANG WANITA

Selama ni saya hanya berpengalaman menjual buku


hasil terbitan sendiri di media sosial sahaja (online),
tapi pernah sekali saya turun padang (offline)
bersama rakan saya.

Ketika sedang khusyuk menyusun buku-buku di


atas meja jualan, tiba-tiba datang seorang wanita
bersama anak lelakinya, usia lingkungan 1 tahun.

Kebetulan, nama anaknya sama dengan nama anak


saya. Jadi bertambah teruja untuk berkenalan.
Perbualan kami pun bermula :

“Assalamualaikum kak, jemput baca buku penulisan


saya ini.” Kata saya kepada dia sambil memberi
buku Muslimah Yang Tersingkir kepadanya.

Jika dilihat dari pemakaiannya. Dia berseluar


jeans ketat, bertudung jenis shawl yang dililit rapi
di kepala, di tangannya memegang belon milik
anaknya.

“Waalaikumsalam. Awak tulis? Waahh.” Ringkas


responnya. Tapi sudah tentu buat hati seorang
penulis teruja melihat respon pelanggan yang
sebegitu.

85
Sekitar 10 minit juga saya cuba menerangkan
kepadanya sedikit demi sedikit mengenai buku
tersebut. Dia kelihatan berminat kerana dari
kerancakkan jarinya membelek-belek buku tersebut.

“Akak beli satu ya.” Kata wanita tersebut kepada saya.


Laju saja saya respon dan bergegas ke meja bahagian
dalam sedikit untuk mengambil plastik beg.

Dia menghulur 2 keping not merah kemudian


bakinya saya beri kepada dia.

“Terima kasih akak. Moga Allah rahmati dan moga


buku tu beri manfaat buat akak.”

“Sama-sama dik. Assalamualaikum”. Sempat dia


memberi senyuman sebelum beredar pergi bersama
anaknya.

Ya. Pembeli itu seorang wanita yang berseluar jeans


ketat. Bertudung paras dada dan bergincu merah
serta bermake-up.

Tanggapan saya ketika dia lalu di hadapan meja


jualan, dia pasti tidak berminat dengan buku islamik
sebegini. Mesti bukan ini minatnya.

Tapi ternyata saya silap. Rupanya insan sebegitulah


insan yang Allah pilih untuk menjadi buku
islamik. Insan sebegitulah yang rupanya mencari-

86
cari hidayah Allah. Insan sebegitulah yang masih
berharap untuk sentiasa menjadi lebih baik.

Walaupun pakaian dia dan aku berbeza, rupanya


itu bukan nilaian iman seseorang. Dia juga manusia
yang ingin menggapai syurga Allah.

Allah..

Rasa berdosa sangat bersangka buruk pada orang


sebegitu. Sedangkan dalam hatinya pasti ada
sekelumit perasaan ingin berubah. Ingin berpakaian
seperti muslimah lain. Labuh tudungnya, labuh
bajunya..

Tapi mungkin itu ujian baginya..

Dan saya berharap dengan buku yang dibelinya itu


memberi sedikit sebanyak kekuatan dan semangat
untuknya menjadi lebih baik.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah


kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu
tidak menyangka sangkaan yang dilarang)
kerana sesungguhnya sebahagian dari
sangkaan itu adalah dosa..”

(Surah al-Hujurat ayat 12)

87
Bab 12
MOVE ON
ITU
SAYANGKAN
DIRI SENDIRI
“Move on memang memakan masa, sebab
itu namanya move on. Kalau senang, tak
payah susah-susah buat istilah apa semua.
Yang penting, aku yakin setiap orang yang
kecewa dan berharap untuk move on dia
perlu lalui satu perjalanan iaitu cintai diri
sendiri.”
BAB 12 : MOVE ON ITU SAYANGKAN DIRI

Berapa juta manusia di dunia ini pernah terluka


dan memilih untuk terus berduka atas kekecewaan
dalam percintaan?

Mungkin dipermulaan memilih jalan untuk terus


berhadapan dengan kesedihan yang dialami,
kemudian barulah terbit rasa insaf dalam hati lalu
menanam azam untuk ‘move on’.

Ada orang akui dirinya masih belum move on


walaupun setelah bertahun lamanya sudah berpisah.
Sebab kenapa dia gagal?

Kerana mungkin hari-harinya dihiasi dengan


kenangan bersama dahulu, mungkin dia masih
belum buang lagi semua barang yang diberi yang
menjadi punca dia mengingati setiap detik momen.

Mungkin juga dia terlalu asyik mendengar lagu-lagu


cinta yang menjadikan dirinya semakin hanyut dan
hanyut..

Move on yang sebenar-benarnya ialah bila kita sudah


buang dirinya dalam hidup kita. Sudah tidak mahu
ingat satu hal sekalipun walaupun indah. Move on

91
adalah tanda seseorang itu sayang akan dirinya.
Bukankah meratapi nasib dan menangis berlebihan
itu hanya melukakan hati sendiri?

Mengapa memilih jalan untuk menyeksa hati


sendiri? Sedangkan kita masih banyak harapan
untuk teruskan hidup ini.

Ingat, hidup akan terus merana andai cinta manusia


itu semakin hari menjadikan kita buta untuk melihat
kewujudan Allah yang Maha Esa.

Dia yang selayaknya kita berikan seluruh rasa cinta


dalam hati. Kerana Dia yang menghidupkan kita,
memberi kita cinta, dan memberi kita harapan
untuk terus hidup dalam keadaan diri yang lebih
baik.

Move on lah jika sayang akan diri sendiri. Cuba


dekati diri dengan beribadah kepada Allah. Usah
lagi berdiri di hadapan pintu yang sudah lama
terkunci buatmu.

92
Bab 13
JIKA
MENUNGGU
SEMPURNA
“Kalau kita tak suka cara dakwah seseorang
itu, tak perlu bash, tak perlu bagitahu dia
kau tak suka cara dia. Perbuatan tu hanya
mematikan semangat para pendakwah.
Yang kau perlu buat ialah, cari pendakwah
lain yang kau minat. That’s all. Mudah dan
tidak menyakitkan hati siapa-siapa.
BAB 13 : JIKA MENUNGGU SEMPURNA

“Jika menunggu sempurna, nescaya tiada dakwah


akan berjalan”

Inilah hakikat dakwah;

1. Dakwah kita tak semestinya akan diterima oleh


SEMUA orang. Akan ada yang kata dakwah kita
tak kena dengan hati mereka, ada yang akan kata
dakwah kita tak sesuai untuk masyarakat.

Hakikatnya memang begitu lah. Hati manusia


dicipta berlainan. Citarasa pun pasti berlainan. Ada
yang suka cara lembut, cara berterus terang, cara
lawak, cara spontan.

Setiap orang ada seni dakwahnya. Kita saja yang


perlu cari dan pilih mana yang kita senang untuk
terima.

2. Tak perlu hentam cara dakwah orang. Dakwah ni


berseni. Ada hari mungkin dia terus terang dengan
tegas, ada hari mungkin dia lembut.

Jangan hanya lihat cara dia berdakwah itu salah bila


perasaan dia ingin berdakwah adalah dengan cara

95
terus terang. Berdosakah berdakwah secara berterus
terang? Selagi tidak menggunakan ayat mencarut
atau kesat, biarkan mereka.

Kalau kita tak suka, pergilah cari pendakwah yang


kita suka. Bukan kerja kita untuk perbaiki cara
dakwah orang tersebut. Hati orang kalau kita nak
perbaiki memang memakan masa lagi-lagi kalau
prinsip dia memang seperti itu, lagi susah nak ubah.
Jadi, terima saja dengan hati terbuka.

3. Ramai pendakwah dalam dunia ni. Sangat-sangat


ramai. Kita ada hak nak pilih pendakwah mana yang
kita minat, yang kena dengan hati kita. Kalau kita
suka cara lembut, carilah orang yang menepati jiwa
dan citarasa kita.

Begitu juga kalau suka pendakwah yang sebaliknya.


Kalau kita jumpa pendakwah yang kerap bercakap
secara tegas saja, lihat pula pada pendakwah yang
lain.

Tak perlu kita kutuk dia, tak perlu suruh dia berhenti
berdakwah cara dia tu, tak perlu suruh dia jadi orang
lain. Sebab kita tiada hak untuk suruh dia jadi orang
lain. Biarlah dia dengan cara dia selagi tak langgar
syariat. Itu yang perlu diraikan.

96
Hakikatnya setiap apa pun cara kita berdakwah, apa
pun yang kita cuba sampaikan, pasti akan berlaku
perselisihan pendapat. Itu kan normal?

Manusia pun diciptakan berlainan hati, perasaan,


jantina, untuk saling melengkapi.

Akhir kalam, raikan dakwah orang lain, bersyukurlah


masih ramai yang berani menyebarkan berdakwah
di tengah-tengah dunia yang penuh pancaroba.

97
Bab 14
NIKMAT
DOSA YANG
MEMENATKAN
“Buat dosa ni penat sebenarnya, lagi penat
daripada bersenam. Sebab kalau bersenam
at least 2-3 bulan lagi baru buat comeback,
tapi dosa once ketagih kita akan ulang dan
ulang. Sebab tu penat sebenarnya.”
BAB 14 : NIKMAT DOSA YANG MEMENATKAN

Buat dosa ni memang penat. Tapi kita akan rasa


seronok dulu then menyesal lepas dah buat dosa.
Time tu baru ingat Tuhan. Masa buat dosa kalau
ingat Tuhan memang tak jadi lah buat dosa.

Bila asyik buat dosa yang sama berulang kali, kita


akan sampai satu tahap limitasi yang mana kita akan
rasa penat gila.

Serius penat.
Kau pun tahu kan perit dia macam mana?

Penat sebab diri sendiri terseksa. Orang tak perlu


zalimi diri kita, kita sendiri zalimi diri kita memang
akan lagi sakit.

Ingat, kita yang menzalimi diri kita sendiri!

Sebab dosa tu kita tahu satu dosa, dan hukuman


Allah akan bagi setimpal di akhirat nanti. Mungkin
kita tak rasa lagi ‘gerun’ tu sebab orang yang banyak
baca Al-Quran dan mengaji bersungguh je akan
rasa gerun tu.

Tapi, itu pun bukan jaminan sepenuhnya.

101
Nak rasa gerun bila buat dosa tu memang susah. Ia
ibarat hidayah Allah nak bagi kat kita sama ada nak
bagi rasa gerun ke tak.

Sebab tu kena jaga hubungan dengan Allah. Nak


Allah pelihara diri kita, nak Allah sayang kita, nak
Allah bantu kita jauhi dari dosa berulang, satu saja
kena buat selain mantapkan ibadah,

jaga hubungan dengan Allah.

Bila kau jaga hubungan kau dengan Allah, kau akan


rasa nikmat dia. Seolah kau rasa sentiasa diperhati.
Itulah timing Allah jaga kau.
Kau rasa macam takut-takut nak buat dosa.
Itulah hidayah.

Bila teringat saat buat dosa, lagilah akan menyesal.


Menyesal sangat kenapa masa tu tak ingat dosa.
Bayangkan kalau masa tu malaikat tarik nyawa masa
kita buat dosa, pengakhiran hidup kita bergelumang
dengan dosa. Sedih sangat.

Masa hidup lama-lama banyak buat dakwah, tapi


harapnya kita mati nanti time kita tengah buat
dakwah jugak, bukan syok buat dosa.

102
Bab 15
WANITA
DAN
NIKAH
“Hidup ni jangan hanya habiskan masa
dengan nak fikir pasal nikah, nikah, nikah.
Di usia muda macam inilah sebenarnya
peluang untuk anda berbakti pada diri
anda sendiri.”
BAB 15 : WANITA DAN NIKAH

Bila berbicara tentang nikah, tidak kisah nikah


muda, nikah tua, nikah on time, nikah time study,
yang pasti ramai yang meletakkan pernikahan itu
sebagai target dan misi hidup masing-masing.

Saya berjumpa dengan ramai manusia yang rata-


rata suka mendengar isu berkaitan perkahwinan
dan sebagainya. Jika di universiti, berlambak
ceramah-ceramah yang diadakan dan pastinya topik
berkaitan cinta dan nikah itulah menjadi tumpuan
dan pilihan para penuntut universiti.

Begitu juga saya dahulu, tidak terlepas untuk turut


terjebak dalam kegilaan topik berkaitan cinta dan
pernikahan.

Cuma bila saya sudah bernikah di usia 19 tahun,


usia yang begitu muda untuk melangkah ke alam
rumah tangga, saya mula menyedari sesuatu yang
saya pasti rata-rata anak muda tidak terfikir untuk
mengambil ‘port’.

Mahu tahu tentang apa?

Ia berkaitan tanggungjawab. Ya, tanggungjawab.

105
Itulah sebenarnya ‘benda’ yang tersembunyi di
sebalik perkahwinan. Sebelum berkahwin, majoriti
akan membayangkan bahawa perkahwinan itu
hanya dihiasi dengan bunga sakura, indah-indah
belaka, sweet memanjang, pegang pipi suami isteri
dapat pahala dan sebagainya. Ya, itulah juga apa
yang saya anggap pada erti sebuah perkahwinan.

Rupanya bila sudah melangkah ke alam rumah


tangga, sungguh.. bukanlah tiada langsung semua
drama yang saya bayangkan dahulu, tetapi ia LEBIH
kepada tanggungjawab..

Di situlah bermulanya diri kita dan pasangan


kita memberi komitmen dan menunaikan
tanggungjawab masing-masing. Perkara inilah yang
saya ingin anak muda sedari. Janganlah kalian hanya
membayangi yang indah belaka, risau bila ia tidak
mencapai tanggapan kalian selepas nikah, kalian
akan kecewa dan menyesal.

Sebaliknya, persiapkan emosi dengan ilmu tentang


perkahwinan. Tanggungjawab itulah yang akan
membentuk sesebuah keluarga itu bercorak
bagaimana.

Jika si suami tidak tahu peranannya, pasti runtuh


institusi keluarga itu.

106
Begitu juga si isteri, jika tidak tahu apa peranannya
sebagai isteri, pasti bergaduh saja.

Untuk elakkan hal yang tidak diingini, perlulah


kalian persiapkan diri dengan ilmu. Ya, ilmu tentang
perkahwinan bukanlah perlu dituntut selepas
kahwin, malah sebelum kahwin pun kalian harus
ambil tahu.

Anak muda, ubahlah mindset anda hari ini tentang


perkahwinan. Semua drama yang kalian lihat di kaca
TV itu semua lakonan semata-mata. Tiada langsung
perkahwinan yang hanya sweet 24 jam saja dengan
pasangan. Setiap pasangan pasti diuji dengan ujian
masing-masing. Yang penting perlubersedia dengan
ilmu tentang perkahwinan.

Maka, berhentilah terlalu taksub dengan


nikah muda dan apa yang berkait dengannya.
Bernikahlah bila anda sudah bersedia. Banyak
aspek yang perlu dipelajari sebelum bernikah, dari
soal tanggungjawab dan peranan suami isteri, soal
agama, toleransi, komunikasi, kewangan, masa,
kerjaya dan sebagainya.

Semuanya akan dikumpulkan dan membentuk


sebuah keluarga yang harmoni andai kita menjaga
dengan sebaiknya.

107
Mulai saat ini, rasionalkan diri anda. Jika ingin
bernikah, biarlah dalam keadaan anda benar-benar
bersedia dan stabil. Ya, benar rezeki selepas nikah
itu ada, tapi nikah bukan sekadar soal wang harta,
tapi ia lebih kepada tanggungjawab.

Allah pasti akan berikan waktu dan keadaan


yang baik dan tepat buat anda untuk bernikah.
Doa jangan pernah putus. Doa juga supaya Allah
memelihara diri dan menuntun hati kita untuk
membuat keputusan yang baik.

108
Q&A
PuRdah
(Pengalaman penulis sendiri)
Di bahagian ini, saya akan fokuskan pada sesi
menjawab soalan yang kerap dan biasa ditanya
di laman sosial seperti Instagram. Sekadar
peringatan semua, setiap apa yang saya
tuliskan ini adalah berdasarkan pendapat dan
pengalaman saya tersendiri. Jika ia berbeza
dengan pandangan anda, terimalah pandangan
ini dengan hati terbuka selagi ia tidak
melanggar syariat.
Soalan 1 : Apa yang perlu diubah dahulu
sebelum buat keputusan untuk pakai purdah?

Jawapan :

Alhamdulillah, soalan yang cukup baik. Begini, saya


akan kongsikan beberapa tips untuk bakal pemakai
purdah.

1. Benda yang paling asas kita perlu perbaiki ialah


lengkapkan solat lima waktu. Biarlah akhlak
kita selari dengan apa yang kita pakaikan. Tak
mahulah pakai purdah tapi solat pun masih
berlubang. Sedangkan solat lima waktu itu
kan WAJIB. Jadi amatlah penting untuk kita
perbaiki dahulu yang wajib.

2. Yang kedua, pastikan adab dan percakapan


kita turut terjaga. Bayangkan kalau diri sudah
terbiasa dengan berkata kesat atau mencarut,
sangat tidak baik untuk dijadikan perkara
yang normal walaupun telah berpurdah.
Ini sangat berkait rapat dengan akhlak.
Berkatalah yang baik kerana dari kata-kata
itu mampu membentuk peribadi yang baik.

3. Kena tahu apa tujuan kalian ingin berpurdah.


Janganlah berpurdah kerana ikut-ikutan

110
semata. Ataupun janganlah kerana ia menjadi
perkara yang diangkat oleh masyarakat atau
ia kian menjadi tren, kita pun terikut untuk
berpurdah. Sebab saya tak mahu akhirnya
nanti bila masyarakat memandang serong
pada pemakai purdah, kalian akan mudah
putus asa dengan prinsip pemakaian purdah.

Cukup tiga tips dahulu untuk soalan ini. Saya


rasa banyak lagi soalan yang saya akan jawab
nanti. Teruskan membaca!

111
Soalan 2 : Boleh tak pakai purdah yang
berwarna-warni atau design yang
bermacam-macam (mungkin design yang
dimaksudkan itu seperti manik atau glitter
di bahagian purdah)?

Jawapan :

Sebelum menjawab soalan di atas, ingin saya


jelaskan tentang warna yang menjadi perkara biasa
dalam masyarakat di negara kita, Malaysia. Sebagai
contoh, bila kita memakai pakaian seperti tudung
yang berwarna, adakah ia menjadi satu pakaian yang
pelik untuk dipandang masyarakat? Tidak bukan.

Aishah binti Sa’d, beliau menyebut, “Aku melihat


enam dari isteri-isteri memakai pakaian mu’asfar
(berwarna merah) - Riwayat al-Baghawi dalam
kitab Syarh al-Sunnah.

Jadi, sebenarnya tidak ada masalah dalam pemakaian


berwarna ini hatta berpurdah sekalipun selagi kita
berpegang kepada motif berpakaian itu lebih kepada
menutup aurat dengan sempurna. Pakailah warna
apa sekalipun asalkan kamu tahu batasnya .

112
Soalan 3 : Apa syarat untuk pakai purdah?

Jawapan :

Syarat untuk pakai purdah mestilah sempurnakan


dahulu syarat menutup aurat. Tutup dahulu aurat
anda dengan sempurna, barulah anda fikirkan
untuk buat keputusan memakai purdah.

Lagi satu, ingin saya jelaskan dan perbetulkan


persepsi masyarakat. Sebenarnya, tidak semestinya
yang cantik menawan saja perlu memakai purdah.

Jika begitu, pasti yang tidak cantik rupanya akan


terasa hati dan merasakan mereka tidak layak
memakainya.

Hatta, yang merasakan wajahnya perlu ditutup


kerana risau mengundang fitnah dan aib juga wajar
ditutup. Ia lebih memelihara kehormatan diri dan
menjadikan diri lebih aman dari fitnah manusia.

Jadi, saya ulang semua syarat memakai purdah ialah


hendaklah kita sempurnakan dahulu dalam menjaga
dan menutup aurat kita. Wallahu a’lam.

113
Soalan 4 : Macam mana nak dapat keizinan
ibu ayah untuk berpurdah?

Jawapan :

Untuk soalan ini, saya akan jawab berdasarkan


pengalaman saya. Pertama sekali, saya merupakan
seorang anak bongsu. Jua keluarga saya bukanlah
dari golongan alim. Hanya biasa sahaja.

Namun saya mempunyai semangat yang tinggi


untuk terus memakai purdah semenjak saya telah
tamat belajar di sebuah pondok yang bertempat di
Kelantan.

Sejak dari situ, saya bertekad untuk tetap memakai


purdah. Namun, di awal kisah saya memakai purdah,
ibu bapa saya tidak bersetuju. Lama kelamaan, ibu
saya sahaja mula terbuka hati untuk izinkan.

Sejujurnya saya dahulu bukanlah seorang yang


alim. Saya pernah tinggal solat waktu. Dan mungkin
disebabkan setelah saya pulang dari pondok itu
saya mula menjaga solat lima waktu, ibu saya
mengizinkan.

Tapi belum lagi pada pihak ayah saya. Dia masih


berkeras tidak izinkan bukanlah kerana akhlak saya

114
tidak baik, tapi kerana persepsinya tentang purdah.
Dia amat risau andai setelah saya memakai purdah
nanti masyarakat akan menganggap saya ini ajaran
sesat. Itulah stigma yang perlu saya hapuskan!

Jadi, apa yang lakukan ia saya menjelaskan kepada


dia tentang purdah.

Apa sebenarnya realiti orang yang berpurdah,


kehidupan orang yang berpurdah, pandangan orang
ulama, pandangan dan persepsi sebenar masyarakat
dan lain-lain. Saya menjelaskan kepadanya bukan
melalui percakapan tetapi melalui perbuatan saya
sendiri.

Alhamdulillah, sekarang sudah masuk tahun


keempat saya berpurdah. Sebenarnya, untuk
meminta izin ibu bapa, perkara paling wajib kita
buktikan pada mereka ialah kita mampu menjaga
solat lima waktu, menjaga akhlak peribadi dan
menjadi solehah di mata mereka.

Bagi mereka nampak yang anda adalah saham


akhirat mereka. Biarkan mereka melihat anda
seperti seorang yang bersemangat untuk membantu
mereka masuk ke syurga.

115
Dan insyaAllah dengan usaha anda memperbaiki
diri sendiri, mereka pasti akan terbuka hati untuk
izinkan anda berpurdah. Yakinlah, dan paling
utama sentiasa berdoa pada Allah. Itu kan senjata
orang mukmin?

116
Soalan 5 : Boleh kupaskan sedikit tentang
berpurdah tapi tak jaga ikhtilat?

Jawapan :

Saya kupaskan isu ini secara umum. Maksudnya


tidak tertumpu kepada yang berpurdah saja, malah
yang bertudung labuh jua ataupun lebih senang
kategori orang-yang-sudah-faham-agama.

Rata-rata masyarakat akan memandang wanita yang


bertudung labuh dan berpurdah ini seorang yang
alim dalam hal-hal agama.

Mungkin ada yang bertudung labuh kerana


terpaksa, tapi itu lain ceritanya. Yang saya ingin
jelaskan tentang isu ini ialah golongan yang sudah
ada asas agama seperti pengetahuan tentang rukun
iman dan islam. Itu sudah cukup asas rasanya.

Isu berpurdah tapi tidak menjaga ikhtilat ini adalah


suatu isu yang perlu dititikberatkan? Mengapa?
Kerana ia sangat memberi kesan yang besar kepada
agama Islam itu sendiri.

Sebagai contoh, bayangkan anda melihat seorang


wanita berpurdah itu sedang berikhtilat dengan
ajnabi sambil bergelak ketawa dan bertepuk-tampar,

117
anda rasa apa yang masyarakat akan meletakkan
persepsi terhadap golongan wanita yang berpurdah?

“Wahh, walaupun berpurdah boleh rupanya


berikhtilat!”

“So, tak salah lah ye nak bergaul dengan lelaki even


dah pakai tudung labuh?”

“Islam macam ni rupanya boleh bergelak tawa


dengan lelaki.”

“Teruknya SEMUA niqabis sekarang... mesti pakai


sebab nak lawa je ni.”

Nampak tak? Inilah realiti yang saya sangat takutkan


dan risaukan. Tak sanggup saya melihat masyarakat
menganggap golongan berpurdah ini adalah
golongan yang mencemarkan agama Islam.

Ataupun golongan yang ‘membolehkan’ dalam


segenap hal termasuk hal agama. Bukankah ia tidak
sihat untuk kita?

Walaupun hanya beberapa niqabis sahaja yang


berbuat masalah, tapi masyarakat akan tetap pukul
rata bahawa niqabis semuanya ‘teruk’.

118
Perkara ini perlulah dibedung sebelum pemikiran
liberal meresap masuk dalam minda masyarakat
kita. Saya sendiri sebagai pemakai purdah akan
berasa sedih jika golongan wanita yang berpurdah
tidak menitikberatkan isu ikhtilat ini, sedangkan
isu ini sangat memberi impak yang besar terhadap
agama Islam itu sendiri.

Jadi, nasihat saya sebelum anda ingin berpurdah,


perbaiki dahulu akhlak. Ia bukan saja memberi
kesan pada diri kita, tapi kepada agama kita sendiri.
Mahukah kita melihat agama kita dipandang serong?
Tidak kan?

Jadi, jagalah ikhtilat walau ia susah manapun.

119
Soalan 6 : Macam mana nak tepis persepsi
masyarakat yang menganggap golongan
memakai purdah ini adalah golongan yang
tinggi ilmu agamanya sedangkan kita tidak
seperti apa yang disangkakan?

Jawapan :

Pada pandangan saya, ia cukup mulia jika dipandang


sebegitu oleh masyarakat sekeliling berbanding
dipandang serong.

Namun, saya faham ada segelintir yang tidak selesa


jika terlalu dianggap sebagai golongan yang mahir
tentang ilmu agama walhal hakikatnya mereka
hanya biasa sahaja.

Dan disebabkan persepsi itulah membuatkan si


pemakai berasa seolah dipandang rendah andai
tidak berjaya memenuhi ‘expectation’ masyarakat.

Baiklah, sebenarnya anda perlu menganggap


bahawa setiap ‘expectation’ manusia itu sebagai batu
lonjakan anda untuk terus menuntut ilmu agama.

Bayangkan andai tidak ada yang mencabar anda


dengan memberi persepsi tersebut, pasti anda
akan rasa selesa dengan hanya menjadi orang biasa

120
tanpa rasa ingin menuntut ilmu agama dengan
lebih mendalam. Sepatutnya anda perlu rasa izzah
(bangga) dengan sehelai purdah itu saja mampu
menjadikan anda seorang yang berbeza dari
sebelumnya.

Pandang saja dari sudut positif. Anda pasti akan rasa


bersemangat untuk terus mengejar ilmu akhirat.

Kerana anda yang memilih untuk menjadi berbeza,


maka jadilah yang berbeza jua semangatnya dalam
menuntut ilmu. Yakinlah dengan diri anda.

121
Soalan 7 : Macam mana nak istiqomah pakai
purdah dan apa jawapan yang terbaik kalau
ditanya oleh orang berkenaan niat kita
memakai purdah?

Jawapan :

Untuk menjawab soalan mengenai isu istiqomah


ini, sebenarnya perlu berbalik pada niat asal kita
tersendiri. Usah rumitkan diri anda dengan soalan
yang dilontarkan oleh masyarakat. Cukup anda
tahu mengapa anda membuat keputusan untuk
memakainya.

Jika ingin istiqomah, pastikan anda meletakkan diri


anda dalam keadaan yang benar-benar berazam
tinggi untuk kekal berpurdah.

Tidak kisah sementara atau tidak, yang penting niat


permulaan memakai purdah pastikan jelas.

Dengan niat yang jelas itulah yang akan mendorong


anda untuk belajar erti istiqomah yang sebenar.
Tidak semua orang niatnya memakai purdah
sama. Ada yang berpurdah kerana ingin menjaga
kehormatan diri.

122
Ada yang memakai purdah kerana ingin menutup
sesuatu yang mengaibkan dirinya di bahagian wajah.
Ada yang memakai purdah kerana baginya ia sangat
selesa jika wajahnya tidak dilihat oleh orang lain.

Setiap orang yang berpurdah pasti berbeza niatnya,


asalkan ia jelas dan tidak melanggar hukum syarak.

123
Soalan 8 : Boleh atau tidak pakai purdah tetapi
berhias sehingga tabarruj atau pun membuat
video tutorial?

Isu tabarruj ni terlalu luas untuk dibincangkan. Ada


sesetengah masyarakat menganggap jika berhias
sedemikian ia tidak tabarruj, selainnya ada yang
kata tabarruj.

Semuanya bergantung kepada apa yang kita


p egangkan.

Berkaitan video tutorial pula, bagi saya golongan


yang memakai purdah tidak sepatutnya terjebak
dalam membuat video seperti make up tutorial atau
tutorial hijab.

Kerana terlalu banyak lubang fitnah yang akan


dikesan oleh masyarakat. Mudaratnya lebih banyak
berbanding maslahatnya. Sebagai contoh, dengan
video yang bergerak itulah segala aksi dan gerak geri
kita dilihat oleh mata pandangan seorang ajnabi.
Bayangkan apa yang mereka perhatikan.

Sudah pasti setiap inci tubuh badan ditatap begitu


saja. Jadi, lebih baik ia dielakkan berbanding kita
membuka pintu-pintu fitnah itu sendiri. Wallahu
a’lam.

124
Soalan 9 : Boleh ke orang yang pakai purdah
minat KPOP?

Jawapan :

Isu ini sudah lama dibangkitkan. Bukan setakat


wanita berpurdah saja tidak boleh meminati KPOP,
malah orang Islam itu sendiri tidak sepatutnya.
Apatah lagi yang berpurdah.

Sebenarnya isu ini saya selalu sebutkan di mana-


mana ceramah motivasi saya. Menurut apa yang
saya pelajari, hukum meminati artis yang bukan
beragama Islam seperti KPOP tersebut bergantung
pada isi yang ada di dalamnya.

Sebagai contoh, dalam banyak-banyak drama KPOP


atau lagu dan video, pasti akan ada beberapa unsur
yang saya sebutkan ini.

1. Unsur tidak menutup aurat.


2. Unsur ikhtilat.
3. Unsur lucah.

Cukup 3 kuota unsur ini, ia menjadikan KPOP atau


mana-mana saja drama yang mempunyai unsur
tersebut ia menjadi berdosa untuk kita lihat atau
tonton ataupun minati. Wallahu a’lam.

125
Soalan 10 : Boleh ke berpurdah tapi memakai
contact lens?

Jawapan :

Contact lens yang berwarna termasuk dalam


bahagian lebih cenderung kepada perhiasan dan
mempunyai unsur penipuan daripada warna
mata yang asal. Jika seorang isteri ingin memakai
di hadapan suaminya dan atas keizinan, maka
dibolehkan. Jika memakainya di khalayak ramai,
tidak harus memakaiannya jika bertujuan untuk
kelihatan cantik semata.

Jika contact lens tersebut tidak berwarna, maka


ia dibolehkan asalkan ia BERTUJUAN untuk
membantu si pemakai untuk melihat dengan lebih
jelas tanpa mengenakan cermin mata. Sebaliknya,
jika dipakai sebagai perhiasan, ia tidak sewajarnya
dilakukan. Lebih baik elakkan. Pilihlah dan
berkorbanlah demi sebuah keredhaan Allah.

126
PuiSi DaN
MoNolog HaTi
Aku Rasa…
Yang paling menakutkan, bila aku berasa
selesa dengan diri aku yang sekarang. Aku
rasa diri aku betul sahaja. Aku rasa aku sudah
kaya dan tak perlu lagi solat. Aku rasa aku
sudah miliki segala harta dunia. Aku rasa aku
sudah cukup cantik dan tak perlu tutup aurat.

Aku rasa aku ada banyak masa lalu aku


lengah-lengahkan dan buat hal yang tidak
bermanfaat. Aku rasa aku sentiasa berada
dalam zon yang tiada siapa boleh menegur
aku.

Aku rasa ilmu aku sudah cukup tinggi tiada


siapa boleh merendahkan aku. Aku rasa
aku berada di jalan yang betul sedangkan
hari-hari aku tidak dihiasi dengan zikir dan
mengingati Allah. Aku rasa aku banyak duit
kerana hasil usaha aku seorang.

Aku rasa adab aku sudah cukup baik sehingga


aku malas menuntut ilmu. Aku rasa aku sudah
cukup bersedia untuk mati, sedangkan aku
sebenarnya masih berada di jalan kosong.

128
Sampai Bila Mahu
Bandingkan?
Pernah tak kau habiskan hidup dengan
memerhati hidup orang lain?

Kau rasa hidup dia seronok.


Sebab dia dapat segalanya.

Kau rasa dia bahagia.


Dia dapat pasangan yang baik dan soleh.

Kau rasa dia beruntung.


Sebab dia lahir dari keluarga yang dipandang
tinggi.

Kau rasa hidup dia mewah.


Sebab dia miliki harta kekayaan yang
banyak.

Kau rasa sentiasa tenang.


Sebab ramai orang disekeliling sentiasa
menyokongnya.

Kau rasa dia jauh lebih baik dari kau.


Jauh lebih kaya.
Lebih cantik.
Lebih beruntung.

129
Lebih tenang.

Lalu kau rasa Tuhan itu tidak adil?

Salah.

Percaturan hidup dia dan kau memang


berbeza. Tapi bukan bermakna kau perlu
membanding-bandingkan ia.

Kau kena pandang setiap inci nikmat kau


ada itu semuanya cukup dan lengkap. uat
diri kau.

Mungkin sebab kau terlalu memandang


nikmat orang lain sampaikan kau terlupa
memandang hadiah dari Allah buat kau.

Percayalah, disaat kau meletakkan diri kau


pada situasi yang mana kau rasa kau adalah
manusia yang sangat beruntung, hati kau
pasti akan tertutup untuk melihat kelebihan
orang lain.

Kau akan mula bersyukur.


Kau akan mula rasa Allah dah bagi lebih
baik daripada mereka.
Kau akan mula hargai kehidupan kau.

130
dan paling penting, kau akan mula memberi
yang terbaik untuk diri kau.

Percaya pada rezeki Allah.


Berhenti membandingkan hidup.
Hargai dan berasa seronoklah dengan
kehidupan yang kau ada sekarang.

Kerana disaat kau cemburu akan


kehidupan orang lain, ada orang yang lebih
menginginkan kehidupan seperti mu.

“Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu,


padahal Allah menjadikan padanya
kebaikan yang banyak.”

(surah an-Nisa ayat 19)

131
Tak Perlu Sedih
Kerana Dunia
Kau tak perlu rasa sedih bila nampak orang
lain lagi cantik dari kau.
Kau tak perlu rasa miskin bila nampak orang
lain jauh lagi kaya dari kau.
Kau tak perlu struggle jadi kurus semata nak
jadi model pakai baju ketat macam orang lain.
Kau tak perlu dengki dengan orang yang ada
handbag LV semata-mata nak tayang dan
tunjuk pada orang yang kau mampu.

Kau tak perlu semua itu.


Tak perlu.
Tak perlu.

Aku tahu kau nak merasa, tapi tak perlu.


Semua yang ada di dunia bukan untuk dirasa
dan dimiliki.

Adakala kau hanya perlu lihat dan selami ia,


kenapa Tuhan tak beri saja semua pada kau?

Pasti ada sebab,


Ada sebabnya.

132
Kalau sekarang pun kau sudah berimpian
mahu menayang pada orang lain, Allah sudah
tahu niat kau. Dan Allah halang kau sebab
Dia sayang kau, tak mahu kau buat dosa lagi.

Dia tahu kau akan salahgunakan apa yang


Dia beri, sebab tu dia halang.

Dia tahu segala apa yang kau niatkan, di hati


kau. Sebab Dia pemegang hati-hati manusia.

Kau tak perlu berdusta semata-mata mahu


kejar dunia. Semakin kau kejar dunia, semakin
dunia menjauh.

Semakin kau dahaga.


Semakin kau penat.
Lelah.
Kecewa.

“Maka jangan sekali-kali membiarkan


kehidupan dunia ini memperdayakan
kamu.”
(Surah Fatir ayat 5)

Sebab itu bukanlah tujuan hidup kita.


Dunia bukan matlamat kita.
Akhirat itu.

133
Yang kita selalu lupakan.
Kita lupa ada nikmat Allah yang jauh lebih
mahal dari seisi dunia ini. Kita tahu tapi lupa.
Kita lupa syurga itu semua ada.

Kau nak LV, ada.


Kau nak make up, ada.
Kau nak kereta mewah, ada.
Kau nak segala yang ada di dunia ni, pun ada.

Sabarlah, tahanlah sikit, korbanlah.

Tak mati pun kalau tak putih melepak.


Tak mati pun kalau miskin.
Tak mati pun kalau tak beli handbag mahal.
Tak mati pun pakai kereta murah.
Tak mati pun kalau tak kurus.

Sabar saja. Semua ada hikmah Allah nak


berikan.
Ujian itu tanda Allah sayang kau, percayalah.

Hadapilah dunia ini dengan penuh kesabaran.


Syurga sedang menanti di sana.

“Dan bersabarlah kamu, sesungguhnya


janji Allah adalah benar.”
(Ar-Rum : 60)

134
Saat Kecewa Menerpa
Siapa yang tidak pernah kecewa? Aku, kau,
dia, mereka? Semua yang bernama manusia
pasti pernah merasainya.

Dan aku, paling aku kecewa bilamana aku


sudah menghabiskan masa dan kudrat hidup
aku semata-mata untuk seseorang itu, tetapi
dia tidak nampak walau seinci usaha aku.

Dalam aku berusaha untuk membina


hidupnya, dia sedang berusaha untuk
membahagiakan orang lain. Itu sangat parah.
Saat itu, hati pasti terpujuk dengan semangat
membina kekuatan diri sendiri.

“Tak perlukan pun manusia yang tak reti


menghargai.”

Orang yang tak tahu menghargai orang lain


adalah orang yang selalu lupa menghargai
dirinya. Percayalah, memang ada orang begini.
Sebab itu bila kita sudah biasa menghargai
diri kita, kita akan terbiasa untuk meraikan
orang lain.

135
Walau sekecil-kecil ucapan ‘terima kasih’,
cukup memadai. Jika ucapan pun sukar
dikeluarkan dari mulut, apatah lagi mahu
berkorban untuk orang lain.

Kuatlah wahai diri. Jika tiada siapa sudi


menghargai dirimu lagi, pujuklah dirimu
untuk kau sendiri menghargai diri kau. Kau
tak perlukan manusia untuk bahagiakan kau
sebenarnya.

Cukuplah hanya diri kau yang tahu penat


lelah kau, dah kau kena hargai diri kau. Learn
how to love yourself.

“Orang yang tidak menghargai


orang lain adalah orang yang jarang
menghargai dirinya sendiri.”

136
Orang Lain Nikah; Jangan
Gelabah
Bila orang kawin, itu bukan hidayah untuk
kita pun kena kawin ya kawan-kawan. Boleh
jadi itu petunjuk untuk kau refleks sama ada
diri kau sudah bersedia atau belum.

Tak perlu pun kejar sangat bila waktu kau


perlu kawin. Rileks sudah. Nanti kau akan
kawin jugak. Kau tahulah tanggungjawab
tu besar mana. Kau tahulah sacrifices lepas
kawin lagi mencabar.

Kau tahulah handle kewangan solo-solo


tanpa parents tu macam mana. Kau sabar saja.
Adalah tu sebab kenapa kawan kau lagi awal
kawin berbanding kau walaupun dulu kau
rasa kau lagi pandai masak dari dia. Adalah
tu sebabnya.

Yang paling penting sekarang, kau bina


dulu hidup kau sekarang elok-elok. Agak-
agak banyak wishlist yang tertangguh tu kau
capaikan dulu.

137
Sepatutnya kau perlu bahagia Allah masih
bagi kau masa untuk diri kau sendiri, untuk
parents kau. Sebab nilai bahagia tak kira
waktu bila pun kau patut hargai.

Bukannya kau perlu appreciate salah satu


kebahagiaan either sebelum kawin or selepas
kawin.

Yang penting, kau kena belajar bahagiakan


diri kau. Hargai diri kau. Penat lelah diri kau
dok hadap sedih gembira kau selama usia kau
tu—ingat mudah?

Talk to yourself, you’re happy than what


people think about you. Biarlah orang nak
pandang kau ni macam mana hanya semata
kau single lagi, yang penting kau tahu macam
mana nak cipta bahagia kau sendiri.

138
Realiti Jangan Disangkal

Belajarlah sesuatu dari pengalaman hidup


orang lain tetapi jangan sesekali ignore dan
rasa takut terutama dalam hal perkahwinan.
Jangan kerana selalu nampak kawan kita
hidup susah lepas kahwin kita rasa kita pun
akan jadi macam tu nanti.

Jangan rasa nampak kawan kita ada anak and


susah handle anak kita pun rasa tak nak mcm
tu risau tak puas lagi enjoy. Jangan sebab
nampak kawan selalu tersekat tak boleh buat
sesuatu kita pun rasa tak nak kahwin.

Jangan sebab selalu dengar kawan luah


masalah rumahtangga kita pun jadi seram tak
nak kawin. Jangan sebab nampak kawan kita
selalu hadapi masalah kewangan kita pun rasa
tak suka kawin sebab nanti kena tanggung
byk komitmen.

JANGAN. JANGAN. JANGAN.

139
Kerana itulah hakikat sebuah perkahwinan.
Ia mengubah kita.

Mengubah keadaan.
Mengubah suasana.
Mengubah situasi.

Memang hakikat perkahwinan ada pasang


surut, angin ribut, musim bunga, kemarau
semua ada. Jangan risau.

Conflict, salah faham, misunderstanding itu


semua yang sebenarnya pengalaman yang
lama kita cari dan perlukan. Itulah yang akan
mencorakkan diri kita sebenar. Itulah yang
akan didik hati kita.

140
Kuat Ketika Diuji

Manusia boleh memberi ketika dia kaya,


Manusia boleh menyayangi ketika
dia tenang,
Manusia boleh menasihat ketika dia waras,
Manusia boleh menghulur ketika
duitnya cukup.
Manusia boleh rasa beruntung ketika kurang
ujian menerpa,
Manusia boleh bersyukur ketika rezeki
berlipat ganda..

Itu manusia yang biasa kita nampak..

Tapi ada manusia yang jauh lebih hebat


kerana dia seorang..

Manusia yang boleh memberi ketika


dia kekurangan,
Manusia yang boleh menyayangi ketika dia
kehilangan insan tersayang,
Manusia yang boleh menasihat walau
hatinya sudah punah,
Manusia yang boleh menghulur ketika tiada
sedikit pun baki untuk dirinya,

141
Manusia yang rasa beruntung ketika Allah
masih mengujinya,
Manusia yang boleh bersyukur ketika dia
dalam kesusahan..

Inilah manusia yang jarang dijumpai dan dia


memang wujud, tapi wujudnya lebih selesa
tidak diketahui manusia lain.

Nabi s.a.w bersabda, “Sungguh pahala besar


bersama ujian yang besar. Apabila Allah
mencintai seseorang, Dia memberi ujian
kepadanya, siapa yang redha maka Allah
redha padanya, dan siapa yang murka maka
Allah murka padanya.”

(Sahih riwayat At-Tirmidzi)

142
“GROW YOURSELF”
Walaupun keluarga awak tak sebaik keluarga
orang lain, atau keluarga awak berpisah, tak
jaga agama—itu tidak bermakna hidup awak
pun akan gelap. Tidak. Tidak. Tidak.

Awak perlu bertanggungjawab pada


kehidupan awak. Saya tahu awak tak ada
kekuatan, tapi percayalah jika awak mampu
ubah diri awak dalam keadaan keluarga awak
huru hara macam mana sekalipun, awak
akan mencipta sebuah kebahagiaan baru
dalam generasi awak. Awaklah penyambung
kebahagiaan dalam kehidupan awak.

Jika awak pilih untuk terus berduka dan rasa


tak selesa tak suka dengan keluarga awak
sekarang tanpa berbuat apa-apa perubahan,
awak akan terus merana.

Tapi kalau awak tekad untuk ubah hidup


awak sendiri, awak perlu mulakan semangat
hidup baru walau keluarga awak macam tu.

143
Common! Hidup awak sangat berharga. Allah
beri kita sorang satu kehidupan. Kita perlu
corakkan kehidupan macam mana yang kita
mahukan.

Believe yourself. Awak mampu ubah


kehidupan awak untuk jadi lebih baik.

Mempunyai keluarga yang tidak sempurna


bukan bermakna itulah garisan penamat
kehidupan awak, sebaliknya itu adalah
‘notification’ untuk awak sedar bahawa awak
adalah manusia gifted untuk mengubah nasib
kehidupan keluarga awak.

Starts from now, kuatkan hati untuk


mengubah keluarga awak. Orang yang kuat
ialah orang yang menganggap ujian itu hadiah
daripada Allah, bukan musibah.

144
Aku bersyukur..
Alhamdulillah.. syukur ya Allah.. kalian
semua mampu menghabiskan bacaan buku
‘Muslimah Yang Tersingkir 2’ ini. Sungguh,
inilah hadiah yang bermakna bagi saya sendiri
dan sejujurnya saya menulisnya untuk diri
saya sendiri dan juga kalian semua.

Kerana saya masih menulis lah tanda saya


sayangkan wanita dan muslimah sekalian.
Saya mahu nanti kita semua akan bertemu
disyurga Allah. Saya mahu, asbab kalian
membaca buku menjadi pembakar semangat
untuk kalian terus berusaha menjadi
muslimah yang memelihara diri dan agama.

Jika ditanya bagaimana saya mengumpul


kekuatan untuk berterusan memberi semangat
kepada manusia lain, dalam keadaan saya
juga terus diuji dan diuji. Jawapannya, kerana
kalian ada saham saya untuk ke syurga.

145
Kalian yang akan bantu memperbanyakkan
pahala saya jika saya tiada nanti. Kalian
yang akan menjadi asbab dakwah saya terus
berkembang dan tersebar ke seluruh alam.

Kerana itulah, saya tekad untuk menyiapkan


buku ini hanya untuk kalian. Terima kasih
semua, terima kasih.

Saya amat berharap buku ini tidak disimpan


di dalam almari menjadi hiasan semata, atau
dibiarkan ia berhabuk begitu saja. Berilah
pada siapa-siapa untuk dipinjam baca,
berilah. Moga dari situ juga kalian peroleh
pahalanya. Paling penting, berusahalah untuk
mengulang dan ulang lagi membaca buku ini..

Kata terakhir dari saya, maafkan saya jika


penulisan ini tidak memenuhi citarasa kalian,
atau jika terdapat kesalahan penggunaan
ayat atau makna, sungguh seorang penulis
itu juga masih seorang manusia yang penuh
kekhilafan. Maafkan saya.

146
TentaNg
PeNuliS
Nur Zahirah Zamree, anak kelahiran
Selangor namun pernah membesar di
negeri di bawah bayu selama 15 tahun.
Mendapat pendidikan dari sekolah
menengah di negeri Sabah dan pernah
melanjutkan pelajaran di sebuah universiti
di sekita semenanjung.

Seorang ibu kepada seorang anak.


Seorang isteri kepada seorang suami.
Beliau bersyukur kerana waktu kerjanya
dan kehidupannya sangat fleksibel. Hanya
bekerja melalui media sosial dan juga
sekarang sedang bekerja sebagai designer
buku. Pun begitu beliau tidak terikat
dengan waktu dan pekerjaannya. Baginya,
inilah nikmat terbesar selepas iman.

Telah menulis 5 buah buku termasuk


‘Muslimah Yang Tersingkir 2’. Beliau
meneruskan penulisan berkonsepkan
dakwah motivasi kerana baginya inilah
saja caranya untuk terus refleksi diri.
Menulis adalah salah satu cara beliau untuk
menasihat dan menguatkan diri.

148
IKuTi PeNuliS
Instagram | Twitter : @zhrhs / @puisitarbiah
Telegram channel : t.me/PuisiTarbiah
Facebook : Zahirah (zhrhs)
Email : zahirrahs@gmail.com

Sebarang komentar dan penambahbaikan


boleh hantarkan di email tertera.

Jazakumullahu khairan kathiran. Terima


kasih sudi meluangkan masa anda
menghabiskan pembacaan!
150

Anda mungkin juga menyukai