Anda di halaman 1dari 8

Tanda Baca

Huruf besar

* Penggunaan:
a) Pada huruf awal perkataan dalam
ayat.
b) Pada huruf awal bagi semua kata
nama khas.

* Ayat contoh :
a) Dr. Azmi bekerja di Hospital Alor Setar.

b) Sekolah saya terletak di kawasan


kampung.
Tanda noktah ( . )

*Penggunaan:
a)Ditulis di akhir ayat.
b)Digunakan untuk singkatan nama.

*Ayat contoh:
a)Kereta itu kepunyaan bapa saya.
b)Penulis buku itu ialah C.W.Lee.
Tanda koma ( , )
*Penggunaan:
a)Untuk memisahkan benda-benda yang
sama jenis.
b)Untuk menyambung ayat.

*Ayat contoh:
a)Saya suka menonton rancangan kartun,
Majalah 3, berita, sukan dan lain-lain.
b)Tambahan pula, hujan masih lebat.
Tanda soal ( ? )

*Penggunaan:
a)Digunakan dalam ayat tanya.

*Ayat contoh:
a)Bagaimanakah keadaan datuk kamu?
b)Benarkah dia yang melakukannya?
Tanda seru ( ! )

*Penggunaan:
a)Digunakan dalam ayat seru.

*Ayat contoh:
a)Wah, bagusnya nyanyian penyanyi
baharu itu!
b)Amboi, comelnya bayi kamu!
Tanda petik (“…” )

*Penggunaan:
a)Digunakan untuk petikan langsung.

*Ayat contoh:
a) “Mari kita ke padang,” kata Aini kepada
Salmah.
b) “Apa khabar, murid-murid?” tanya Cikgu
Rohani.
Tanda sepang ( - )

*Penggunaan:
a)Digunakan dalam kata ganda.

*Ayat contoh:
a)Rumah-rumah itu besar belaka.
b)Layang-layang kepunyaan Awang naik
tinggi di udara.