Imbuhan Kata Nama Bahasa Melayu
Imbuhan Kata Nama Bahasa Melayu
Kata Nama menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang
berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar
dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan pula tersisip di tengah perkataan.
Awalan
ke-
Awalan "ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal
biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan "ke-".
Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan yang tepat. Awalan "ke-" boleh membawa
maksud berikut kepada kata dasar:
penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama): kekasih,
ketua, kemudi
pe(n)-
Imbuhan awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang
diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
Awalan "pe(n)-" berubah bentuk mengikut fonem pertama dalam kata dasar:
Fonem
Bentuk imbuhan pertama Gugurkan? Contoh Huraian
kata dasar
/b/ Tidak baris → pembaris
mem- Kecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati
/p/ Ya panah → pemanah
Cth: pempamer
curi → pencuri
/c/
datang →
/d/
Tidak pendatang
/j/
men- jahat → penjahat
/sy/
syarah → pensyarah
Kecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati
/t/ Ya tari → penari
Cth: pentadbir
(vokal) Tidak arah → pengarah
/g/ Tidak ganti → pengganti
meng-
Kecuali kata pinjaman dan sebilangan kecil kata jati
/k/ Ya karat → pengarat
Cth: pengkaji
meny- /s/ Ya sakit → penyakit Kecuali sesetengah kata pinjaman dan sebilangan
kecil kata jati
Cth: penstabil
/l/
/m/ lambung →
/n/ pelampung
/ng/ makan → pemakan
me- Tidak
/ny/ nyanyi → penyanyi
/r/ rasa → perasa
/w/ wangi → pewangi
/y/
menge- - Tidak sah → pengesah Untuk kata dasar satu suku kata sahaja.
Bagi perkataan yang bermula dengan huruf vokal, sebutan perkataan berubah misalnya pengambil (ambil) akan
disebut sebagai pe-ngam-bil dan penguji (uji) disebut pe-ngu-ji. Berbeza dengan huruf yang bermula dengan konsonan
(kecuali k, s, t dan p) bunyi perkataan asal akan dikekalkan seperti penggosok disebut peng-go-sok.
Imbuhan "pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja.
pe-
Imbuhan awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam "pe(n)-") menerbitkan kata nama memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Berbeza dengan imbuhan "pe(n)-", imbuhan "pe-" hanya boleh
digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut:
per-
Imbuhan awalan "per-" digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang sering dijadikan kata kerja dengan
berimbuhkan awalan "ber-".
juru-
Awalan "juru-" digunakan untuk mendukung penanda makna ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan
maksud pekerjaan kata dasar dan boleh bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, dan
akar. Contoh-contohnya adalah seperti berikut:
Akhiran
-an
Imbuhan akhiran "-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang
diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut.
Apitan
ke-…-an
Imbuhan apitan "ke-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang
diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
pe(n)-…-an
Imbuhan apitan "pe(n)-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang
diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja.
per-…-an
Imbuhan apitan "per-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang
diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "ber-" untuk kata kerja.