Anda di halaman 1dari 1

TUTORIAL 3

Arahan:

1. Pilih satu pendekatan


2. Rancang aktiviti PdP Bahasa Melayu berdasarkan pendekatan tersebut.

Perkara yang perlu ditulis:

1. Pendekatan: Induktif
2. SK : Mempelajari imbuhan “ter”
SP: Dapat menyatakan fungsi imbuhan “ter” dan memberi beberapa contoh dengan
menggunakan imbuhan “ter”.
3. Objektif pembelajaran:
-Murid-murid dapat menyatakan fungsi imbuhan “ter” yang membawa maksud tidak sengaja.
-Murid-murid dapat memberi beberapa contoh dengan menggunakan imbuhan “ter”.
4. Tahun: 4
5. Tema: Tatabahasa
6. Tajuk: Imbuhan :”ter”
7. Aktiviti PdP: Penggunaan kad-kad ayat untuk membantu murid-murid mempelajari imbuhan
“ter”.
a) Guru meletakkan kad-kad ayat satu demi satu pada carta poket.
b) Murid-murid membaca ayat-ayat daripada kad yang ditunjukkan.
c) Guru mengemukakan soalan-soalan . Murid-murid menjawab soalan.
d) Murid-murid telah faham maksud perkataan berimbuhan “ter” seperti “termakan” dan
sebagainya.
e) Guru mempamerkan kad kenyataan yang menerangkan maksud imbuhan “ter”. Kemudian, guru
menyuruh murid membacanya dengan memberi beberapa contoh ayat yang mengandungi
imbuhan “ter”.

Anda mungkin juga menyukai