Anda di halaman 1dari 3

800 patah perkataan

Saya telah memilih satu video pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Murid dan Pembelajaran
EDUP 3033. Dengan ini, saya telah membuat analisis mengenai teori-teori pembelajaran,
pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran yang digunakan.

Berdasarkan pemerhatian dan analisis yang telah dibuat, saya mendapati proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) yang dilaksanakan lebih menekankan strategi berpusatkan murid. Jelas
dapat dilihat bahawa kerja kumpulan digalakkan dan murid belajar berkolaborasi dan berkomunikasi
antara satu sama lain (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed ahmad, 2012).
Contohnya, dalam video murid-murid membincangkan soalan yang diberi oleh guru. Hal ini dapat
meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan berkolaborasi melalui kerja kumpulan. Murid juga
dapat mengarah pembelajaran sendiri, menyoal dan menyempurnakan tugasan sacara berdikari.
Dalam video, murid-murid berdikari membuat latihan membina ayat dengan menggunakan kata
sendi nama. Selain itu, strategi pemusatan murid juga menggalakkan murid meyertai aktiviti
pembelajaran secara aktif . Komunikasi juga berbentuk dua hala serta bberlaku soal jawab antara
murid dengan guru. Dalam video, guru meminta murid mengenal pasti kata sendi nama yang
terdapat dalam ayat. Tambahan pula, aktiviti lakonan juga dijalankan oleh guru dalam video. Dua
orang murid yang sukarela berlakon sebagai “spongebod” dan “squidward”. Aktiviti lakonan
menekankan pembelajaran kendiri.

Selain itu, strategi berasaskan


bahan atau sumber juga
diaplikasikan oleh guru
terdsebut dalam pengajaran.
Contohnya, guru telah
menggunakan slaid dan
transparensi. Hal ini dapat
membantu murid memahami
kata sendi nama dengan lebih
mudah, cepat dan tepat.
Pengajaran menggunakan
perisoan powerpoint juga dapat
membolehkan pembelajaran
lebih bermakna dan
menyeronokkan.
Antara kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan oleh guru ialah kaedah belajar sambil
main. Dalam video, masa penutup, guru menyuruh murid-murid menyanyi lagu “rasa sayang”
bersama-sama. Aktiviti menyanyi juga dapat memperkembangkan aspek kognitif seseorang murid.
Hal ini kerana aktiviti menyanyi akan mempercepat penguasaan bahasa melalui apa-apa yang
dinyanyi daripada lirik lagu. Selain itu, aktiviti mencari kad tersembunyi juga dilakukan oleh duru.
Aktiviti ini melibatkan pergerakan fizikal murid-murid apabila mereka berjalan dan berlari untuk
mencari kad yang tersembunyi. Belajar sambil main sangat penting kerana dapat memenuhi
perasaan ingin tahu melalui penerokaan dan mempelajari bahasa (Linah Summase, 2009). Menurut
Dunn dan Dunn(1978) dalam Meor Ibrahim dan Assaadah (2011) menyatakan seseorang individu
tersebut dapat disesuaikan mengikut gaya pembelajarann mereka dapat membantu merek untuk
memahami pelajaran yang diajar oleh guru.

Pendekatan yang digunakan oleh guru tersebut ialah pendekatan tematik. Pengajaran
menggunakan tema merupakan pengajaran yang disampikan melalui konsep atau idea yang besar.
Unit-unit tematik merentasi disipiln, iaitu aktiviti aktiviti pembelajaran terbit daripada temaDalam
video, guru tersebut memiliki tajuk kata sendi nama. Seterusnya, guru telah merancang beberapa
aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Antaranya ialah mencari kad tersembunyi,
lakonan, gerak kerja kumpulan dan nyanyian. Kesemua aktiviti ini berkaitan dengan objektif
pembelajaran.

Teori-teori pembelajaran yang DIGUNAKAN IALAH TEORI BEHAAVIOURISME EL THORNDIKE


DAN TEORI HUMANISTIK ABRAHAM MASLOW. E.L Thorndike telah mengemukakan tiga prinsip atau
hukum pembelajaran iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Dalam hukum
kesediaan, guru telah menjelaskan objektif pembelajaran yang harus dicapai pada hari terbut.
Selepas itu, guru itu telah merancang beberapa aktiviti untuk mengukuhkan kefahaman murid-murid
tentang kata sendi nama. Contohnya, lakonan, gerak kerja kumpulan, latihan membina ayat
nyanyian. Kesemua aktiviti yang dilakukan berkaitan dengan objektif pembelajaran. Akhirnya,
apabila pada peringkat hukum kesan, murid-murid dapat menguasai kata sendi nama dengan
menyeluruh.

Selain itu, teori pembelajaran yang digunakan dalam video ini ialah teori humanistik
Abraham Maslaw. Maslow telah membahagikan keperluan manusia kepada dua bahagian iaitu
keperluan kekurangan dam keperluan perkembangan. Dalam video ini, guru dtelah menyediakan
keadaan fizikal bilik darjah yang selamat seperti susun atur meja dan kerusi, saiz meja dan kerusi
sesuai dengan saiz murid dan wujudkan semangat setiakawan dan kerja kumpulan. Guru tersebut
jyga dapat mengenali nama setiap murid. Guru itu juga memberi tugasan seperti latihan membina
ayat yang sesuai dengan keupayaan murid supaya murid dapat membuatnya. Tambahan pula, guru
juga sentiasa memberi pujian dan motivasi apabila murid-murid dapat menjawab soalan dengna
betul . Hal ini selaras dengan pendapat tokoh Sharifah Akmam Syed Zakaria. (2005).
Beliau berpendapat bahawa motivasi yang diberi dapat menyedarkan mereka untuk berusaha
bersungguh-sungguh menimba ilmu.

Rujukan

Linah Summase. (2009). Belajar sambil bermain. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan
IPGM KBLTahun 2009, ms. 92-201.

Meor Ibrahim Kamaruddin & Assaadah Mahamad. (2011). Kajian Gaya Pembelajaran
DAlamKAlangan Oelajar UTM. Jurnal Psikologi Pendidikan dan KAunseling, vol.2, pp. 51-77

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed ahmad. (2012). Murid dan pembelajaran.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sharifah Akmam Syed Zakaria. (2005). Panduan Dan Strategi Motivasi Diri.
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai