Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

KEJOHANAN SILAT TEMPUR PERINGKAT


KEBANGSAAN PIALA AMINUDDIN ANUAR

ANJURAN :
PERTUBUHAN SENI GAYUNG
FATANI MALAYSIA (PSGFM)

TARIKH :
8 - 10 MEI 2015

TEMPAT :
DEWAN RAJA MUDA MUSA
SEKSYEN 7 SHAH ALAM
SELANGOR
1.0 PENGENALAN

Pertandingan Silat Tempur diamalkan oleh pesilat Tahap Dasar iaitu Peringkat Anak Gelanggang
dan Pesilat Remaja Seni Silat Malaysia. Kajian secara akademik telah dilakukan oleh Pakar Silat
Dunia iaitu Tuan Guru Dr Mohamad Nizam Bin Mohamed Shapie bagi dalam menambah baik mutu
permainan silat olahraga yang dipertandingkan.

Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bela diri atau mempertahankan diri
berdasarkan buah pukul segera kerana pelajar masih belum menguasai serang bela berangkai dan
berlapis dalam ruang gelanggang yang lebih luas. Oleh itu pertarungan Silat Tempur hanya
menggunakan asas-asas serang bela di atas gelanggang berbentuk pelantar berukuran 2 meter x 9
meter. Bermakna serang dan sambut yang disertakan dengan serang balas dilakukan pada satu
garisan lurus.

Pertandingan Silat tempur menekankan bahawa silat ialah ilmu pergaduhan atau pertempuran
secara berhadapan yang menggunakan tulang empat kerat secara tanpa senjata atau bersenjata.
Maka secara asasnya gerakan adalah di atas satu garisan lurus sama ada secara maju atau undur.
Oleh itu pesilat harus mahir melakukan serang bela yang selamat dan boleh mendatangkan hasil
atau markah. Para Jurulatih Silat mestilah memberi latihan dan kefahaman peraturan bertandingan.
Maknanya sukan silat yang diamalkan nanti harus tidak menyimpang daripada gerak, kaedah, rupa
dan bentuk silat.

Pola Bertanding ialah bermula dengan Sikap Sedia Hormat (tundukkan sedikit kepala), Sikap
Pasang, Langkah, serang bela dan kembali kepada Sikap Pasang. Bagaimana pun permainan
Tempur Silat mempunyai peraturan kusus yang telah ditetapkan bagi menentukan permainan
tersebut selamat.

Pemain atau atlit silat harus menjadikan permainan atau pertanding tersebut sebagai wadah untuk
meningkatkan kemahiran dan mutu silat yang diamalkannya. Oleh itu pesilat harus
memperkukuhkan dan mengekalkan norma dan ciri silat bagi tujuan mengekalkan keaslian silat.
Walaupun Tempur Silat merupakan bayangan ilmu pergaduhan atau pertempuran secara silat,
tetapi dalam masa yang sama silat membina nilai-nilai murni, jati diri dan seni budaya bangsa
pewarisnya.
2.0 OBJEKTIF

2.1 Melahirkan juara-juara baru yang dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi
serta menyemarakkan lagi nilai-nilai murni melalui pertandingan silat.

2.2 Melaksanakan aktiviti-aktiviti tahunan yang telah dirancang oleh pihak pertubuhan
dengan menjadikan pertandingan silat sebagai satu medium pembangunan pesilat.

2.3 Merapatkan lagi ukhuwah dan hubungan silaturrahim dalam kalangan pesilat dan
jurulatih yang terdiri dari pelbagai latar belakang.

2.4 Melahirkan pemimpin yang berkualiti melalui pengurusan sukan, pengurusan


pertandingan, pengadilan dan kejurulatihan.

2.5 Mempromosikan seni warisan silat Melayu yang diperturunkan turun–temurun di


peringkat antarabangsa.

2.6 Menjadikan silat sebagai satu wadah pembangunan negara sejajar dengan hasrat
1Malaysia.

3.0 MATLAMAT

3.1 Mewujudkan pertandingan-pertandingan silat dan aktiviti lain yang bermakna pada isi
keaslian kaedah Seni Bela Diri Melayu.

3.2 Meningkatkan kecergasan rohani dan jasmani kerana pertandingan memberi


kecergasan dan kemahiran silat iaitu bersilat yang selamat (Silat Tempur).

3.3 Memahami, mendalami, melahirkan, mengekalkan keaslian teknik dan taktik yang
terdapat di dalam seni silat secara cepat, cekap dan tepat melalui pertandingan.

3.4 Memberi peluang membina sifat kepimpinan dan kreatif dalam kalangan pesilat,
mengikut kebolehan dan mutu serta pengetahuan dalam ilmu persilatan.

3.5 Mewujudkan perhubungan yang berharmoni untuk mengeratkan perpaduan dalam


kalangan pesilat dalam menuju Wawasan 2020.

4.0 AKTIVITI

Aktiviti yang akan dijalankan ialah pertandingan Silat Tempur terbuka kepada semua yang
berumur 7 hingga 12 tahun.
5.0 BUTIRAN PERTANDINGAN SILAT TEMPUR

5.1 Medan Laga Tempur Silat

Tatacara Tempur Silat berasaskan gelanggang berbentuk pelantar satu garisan lurus
berasal daripada kaedah latihan tempur silat pada amali secara berpasangan.
Pertandingan ini sesuai kepada pesilat Tahap Dasar di peringkat Anak Gelanggang dan
Pesilat Remaja. Pertandingan ini mudah, pesilat akan bertarung dengan lawan secara
berhadapan dengan menggunakan gerakan serang bela di atas pelantar satu garisan
lurus. Oleh itu gerakan pesilat terkawal dan terhad bagi mengelakkan kecederaan.

5.2 Bentuk Gelanggang dan Medan Laga

Gelanggang Pelantar berbentuk empat persegi bujur berukuran 4 x 9 meter dan di alas
dengan tikar gelanggang 5 cm. Tikar gelanggang daripada getah kenyal adalah lebih
selamat. Di atas gelanggang terdapat Medan Laga berbentuk pelantar berukuran 2 x 7
meter yang digaris dengan warna kontras. Di tengah Medan Laga terdapat Garis
Pemisah berukuran 2 meter. Lihat rajah berikut.

9 meter

2 meter

4m

BIRU MERAH 2m

7 meter

Berpandukan ruang pelantar Medan Laga berbentuk empat persegi bujur yang terhad
yang dapat mengawal dan mencabar memahirkan pesilat dalam melakukan serang bela.
Di atas Medan laga terdapat 2 Garis Pemisah selebar 5 cm pada jarak 2 meter yang
memisahkan kedua pesilat dari pelantar Merah dan pelantar Biru.

5.3 Waktu Bertanding

5.3.1 Pertandingan dijalankan sebanyak 3 babak.


5.3.2 Masa pertandingan bersih pada satu babak 1 minit.
5.3.3 Rehat antara babak 1 minit.
5.4 Kelengkapan Gelanggang

Gelanggang berukuran 7 meter x 2 meter, wisel, jam randik, bengkung merah dan biru,
peralatan pembantu pesilat, borang dan buku peraturan pertandingan.

5.5 Pegawai Teknik Pertandingan

Ketua Pertandingan, Setiausaha Pertandingan, Dewan Wasit Juri, Wasit dan Juri, Penjaga
Masa dan pembantu gelanggang.

5.6 Kelengkapan Pesilat

Memakai pakaian silat hitam, alat pelindung kemaluan dan pelindung badan. Untuk seni
mempertahankan diri yang lain dikehendaki memakai baju t-shirt rasmi kejohanan
berserta seluar hitam semasa pertandingan dijalankan.

5.7 Penyertaan

5.7.1 Terbuka kepada para pelajar yang berdaftar dengan pertubuhan silat dan
seni mempertahankan diri (umur: 7 - 12 tahun).
5.7.2 Setiap pasukan hanya dibenarkan menghantar peserta yang terdiri
daripada: pegawai/pengurus pasukan : 1 orang
Jurulatih pasukan : 1 orang
pesilat putera : 10 orang
pesilat puteri : 10 orang
jumlah : 22 orang

5.8 Pemeriksaan Perubatan

5.8.1 Semua pesilat mestilah disahkan sihat dan layak bertanding oleh Pegawai
Perubatan. Sijil akuan layak bertanding hendaklah diperolehi daripada
Pegawai Perubatan masing-masing. Urusetia Kejohanan tidak menyediakan
Pegawai Perubatan bagi tujuan tersebut.

5.8.2 Surat akuan sihat, cergas dan layak bertanding bagi tiap-tiap pesilat
hendaklah dikemukakan kepada Urusetia Kejohanan semasa mendaftar
pesilat. Pesilat yang tidak mengemukakan surat akuan sihat, cergas untuk
masuk bertanding daripada Pegawai Perubatan tidak layak menyertai
pertandingan ini.
Kategori Pertandingan (8 – 12 tahun)

5.9.1 Putera 5.9.2 Puteri


Kelas A: 20kg – 22kg Kelas A: 20kg – 22kg
Kelas B: 23kg – 25kg Kelas B: 23kg – 25kg
Kelas C: 26kg – 28kg Kelas C: 26kg – 28kg
Kelas D: 29kg – 31kg Kelas D: 29kg – 31kg
Kelas E: 32kg – 34kg Kelas E: 32kg – 34kg
Kelas F: 35kg – 37kg Kelas F: 35kg – 37kg
Kelas G: 38kg – 40kg Kelas G: 38kg – 40kg
Kelas H: 41kg – 43kg Kelas H: 41kg – 43kg
Kelas I: 44kg – 46kg Kelas I: 44kg – 46kg
Kelas J: 47kg – 49kg Kelas J: 47kg – 49kg

5.9 Timbang dan Ulang Timbang

5.9.1 Semua Peserta Silat Tempur akan ditimbang dan direkodkan berat
badannya bagi menentukan Kelas Pertandingan.

5.9.2 Pada penimbangan yang pertama (rasmi) berat badan pesilat berkenaan
mesti berada di dalam kelasnya yang telah didaftarkan dengan memakai
pakaian silat potongan Melayu tanpa pelindungan badan dan pelindungan
kemaluan.

5.9.3 Semua Peserta Silat Tempur mestilah menjalani Timbang Ulang iaitu lima
belas minit sebelum sesuatu pertandingan dimulai. Pada penimbangan
ulangan ini pesilat dibenarkan memakai pakaian silat tanpa pelindungan
badan.

5.9.4 Tolarensi berat badannya adalah seperti berikut : Minimum -0.9 kg


Maksimum +0.9 kg.

5.9.5 Peserta Silat Tempur yang gagal mengekalkan berat badannya dalam kelas
yang didaftarkan semasa ditimbang ulang akan dibatalkan untuk bertanding
seterusnya.
5.10 Bantahan/Tatatertib

5.10.1 Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan sahaja
dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuatsecara bertulis
dengan disertakan Wang Pertaruhan sebanyak RM 5000.00 (RINGGIT
MALAYSIA: Lima Ribu Sahaja).

5.10.2 Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Ketua Pertandingan dalam


masa sepuluh (10) minit selepas keputusan diumumkan.

5.10.3 Wang Pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati
tidak wajar.

5.10.4 Keputusan Dewan Hakim terhadap sesuatu bantahan itu adalah muktamad.

5.11 Ganti Rugi

5.11.1 Jawatankuasa Pengelola, Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal serta


pegawai-pegawai yang dilantik tidak bertanggungjawab atas sebarang
kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku ke atas mana-mana
peserta atau pegawai-pegawai di sepanjang berlansungnya kejuaraan ini
atau dalam perjalanan pergi dan balik dari rumah/pusat pasukan dan ke
tempat pertandingan.

5.11.2 Semua pegawai dan peserta dari setiap pasukan dikehendaki mengambil
insuran perlindungan masing-masing.

5.12 Penangguhan

Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah


sesuatu pertandingan tanpa terlebih dahulu diberitahu kepada pengurus-pengurus
pasukan.
5.13 Peraturan Am

5.13.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini


akan dijalankan mengikut Undang-Undang dan Peraturan Pertandingan Silat
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM).

5.13.2 Semua peserta hendaklah melaporkan diri di gelanggang pertandingan 30


minit sebelum pertandingan dimulakan. Jika gagal hadir selepas panggilan
yang ketiga oleh Ketua Pertandingan, peserta yang berkenaan akan dikira
undur diri/kalah.

5.13.3 Pihak Urusetia tidak akan menyediakan sebarang kemudahan atau


bertanggungjawab kepada penyokong atau orang persendirian yang tidak
tersenarai di dalam pasukan.

5.14 Perubahan Peraturan

Pihak penganjur berhak mengubah, meminda, memotong sebarang peraturan silat


tempur dan peraturan am yang terkandung dalam peraturan pertandingan.
Sebarang perubahan dan penambahan boleh diberitahu kepada para pegawai
pasukan yang bertanding sebelum, semasa atau selepas pertandingan berlangsung.

5.15 Pembayaran

Setiap pasukan (semua peserta) dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM2000


bagi setiap pasukan. Bayaran hendaklah diakaunkan kepada pihak Bendahari
Kejohanan sebelum tarikh tutup permohonan: 15 April 2015.

Disediakan oleh:

NUR AZIZAH BINTI YOP @ ABDUL AZIZ


Setiausaha Pertandingan Silat Tempur
Peringkat Kebangsaan Piala Aminuddin Anuar

Anda mungkin juga menyukai