Anda di halaman 1dari 2

Alat Permainan Kanak-kanak Yang

Berbahaya
Kanak-kanak dan alat permainan adalah dua perkara yang tidak dapat
dipisahkan sama sekali. Ia bukan sahaja merupakan sumber hiburan bagi
mereka, malah ia merupakan teman sejati dalam kehidupan seorang kanak-
kanak.

Persoalannya, adakah alat permainan yang dimainkan oleh si manja anda


selamat untuk mereka? Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui
beberapa tip keselamatan alat permainan anak anda.

Alat permainan & kanak-kanak


Sebelum pergi lebih mendalam, ada beberapa perkara yang perlu ibu bapa
beri perhatian tentang permainan si manja. Ini antara perkara yang
diperkatakan:

Kesesuaian umur
Pertama sekali, ibu bapa perlu memastikan bahawa alat permainan tersebut
sesuai dengan usia anak anda. Caranya adalah periksa pada
labelnya! Kebiasaannya, mainan kanak-kanak akan mempunyai klasifikasi
umur sesuai untuk bermain dengannya.

Selain itu, pastikan juga bahawa ia sesuai atau tidak dengan keupayaan


fizikal dan mental mereka. Jangan sesekali menganggap bahawa anak anda
akan lebih cepat matang jika bermain mainan yang diperbuat untuk kanak-
kanak yang lebih dewasa.

Sebaiknya, ikut saranan klasifikasi umur untuk alat permainan yang telah
ditetapkan oleh pengeluar.

Saiz dan berat alat permainan


Ibu bapa juga perlu mengambil berat mengenai saiz dan berat alat permainan
yang anda ingin berikan kepada si manja anda terutamanya jika mereka
masih berusia bawah tiga tahun.

Sebaiknya, anda perlu membeli mainan yang besar untuk anak kecil anda
bagi mengelakkan mereka tertelan atau tercedera akibat bahagian kecil
permainan yang boleh mengundang bahaya.
Dalam pada itu, pastikan juga berat mainan itu adalah sesuai untuk anak kecil
anda. Periksa sama ia boleh mencederakan anak anda jika ia terjatuh ke
atasnya atau tidak. Jika ya, cuba cari permainan yang lain.

Kualiti alat permainan


Selain saiz dan berat alat permainan, ibu bapa juga perlu lebih peka terhadap
kualiti permainan anak anda.

Pastikan anda memilih permainan yang diperbuat dengan elok. Teliti setiap
bahagian kecil mainan bagi memastikannya tidak mempunyai bahagian yang
longgar atau rosak. Sebaiknya, beli permainan yang diperbuat daripada
pengeluar terkemuka dan boleh dipercayai.

Pastikan juga ia mempunyai sijil keselamatan seperti simbol European


Community (CE) pada labelnya. Ia menunjukkan bahawa permainan tersebut
telah menepati garis panduan arahan Keselamatan Mainan Komuniti Eropah.
Jika tidak, periksa sendiri jika ia adalah selamat atau tidak dimainkan oleh si
manja anda.

Anda mungkin juga menyukai