Anda di halaman 1dari 2

BISKUT DAM

Biskut yang wajib dibuat setiap tahun walaupun leceh membuatnya. Buat dua
adunan, dapat dalam 230 biji. Menyusun je 3 jam 😅
Cara susun:-
1. Bahagikan adunan pada dua - kuning dan coklat.
2. Canaikan adunan (ikut panjang mana pun nak 😅). Ketebalan lebih
kurang dalam 1cm or kurang sikit, panjangnya saya buat dalam 15cm.
3. Dah siap canai, potong memanjang setiap satu tu, 1cm. Potong
setakat mana yang dapat. Cara yang sama untuk adunan kuning and
coklat.
4. Ambil scrapper, ambil satu² yang dah potong tadi tu, susun selang seli
coklat and kuning. Untuk 9 petak tu, 5 coklat & 4 kuning or 4 coklat or 5
kuning. Nak cantik, coklat belah luar susunannya.
5. Dah susun semua selang seli tu jadi 9 petak, balut dengan plastik
jernih. Plastik isi kuih tu. Potong plastik tu.
6. Bila dah balut dengan plastik tu, bentukkan dia betul² jadi empat segi
sama. Ulang step 2 sampailah habis.
7. Dah siap semua, masuk dalam peti ais untuk keraskan adunan tu.
Saya masuk dalam peti ais dalam 6 jam.
8. Keluarkan dari peti ais, potong setiap adunan yang dah dibalut tu,
ketebalan dalam 1cm or kurang sikit. Jangan nipis sangat. Buatlah
saaampai selesai.
9. Bakar dalam oven (saya pakai tray - 25 pcs sekali bakar) selama 10 -
15 minit suhu 170'C.

SESIAPA NAK SHARE BOLEH SHARE. SAYA HALALKAN. 😊

Anda mungkin juga menyukai