Anda di halaman 1dari 29

BAHASA MELAYU

SEKTOR PEMBELAJARAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUBANG PASU
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN
SET 1

1. Sekiranya anda ditawarkan sebagai pengawas sekolah sedangkan anda tidak berminat, apakah
yang anda akan lakukan?

2. Apakah kebaikan makanan seimbang kepada orang tua?

3. Apakah tindakan anda dalam situasi berikut, terjumpa seekor anak kucing jalanan yang terjatuh
di dalam parit yang airnya deras?

4. Apakah maksud peribahasa masa itu emas?

5. Adakah betul perkataan menempa dalam ayat ini, Pak Daud menempa besi untuk
dibuat keris?

6. Perkataan sinonim bagi sepadan?

7. Apakah maksud perlanggaran dan pelanggaran?

8. Hendak lulus buat apa?

9. Apakah yang anda lakukan seandainya berdepan dengan masalah stres rakan?

10. Pada pendapat kamu, mengapakah kita perlu berkawan?

11. Marina yang telinga nipis tahan dengan sikap kawannya yang panas baran itu. Apakah maksud

telinga nipis?
12. Gaya hidup kini menyebabkan orang ramai semakin alpa akan kesihatan diri. Sinonim alpa?

13.Seandainya sahabat baik anda sudah lama tidak mengutus surat, apakah tindakan anda?

14. Sesi cuti persekolahan akhir tahun akan tiba tidak lama lagi,perkara pertama yang akan anda
buat?

15.Berakit-rakit dahulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang


kemudian. Maksud peribahasa ini?

16. Apakah maksud makanan seimbang?

17. Seandainya rakan anda kehilangan wang, apakah yang anda buat?

18. Apakah fungsi gigi kacip?

19. Apakah peranan anda sebagai murid cemerlang?

20. Menabung demi masa depan. Nyatakan pandangan anda?

21. Anda minat menyertai pertandingan badminton tetapi ibu anda tidak mengizinkan. Apakah
tindakan anda?

22. Tenaga elektrik paling berguna sekali kepada kita? Penggunaan kata penguat dalam ayat
betul atau salah?

23. Naufal berpaling dan mendapati seorang lelaki bertopeng berada di belakangnya, diapun
membuka langkah seribu. Maksud langkah seribu?
24. Mengubah lagu? Betul atau salah??

25. Kata panggilan dalam surat untuk abang?

27. Nyatakan dua contoh kata hubung pancangan komplemen?

28. Anda bangun lewat untuk ke sekolah? Apa yang akan anda lakukan?

29. Apakah maksud Patriotisme?

30. Farhan membantu ayahnya membersihkan longkang di halaman rumah. Apakah nilai murni
dalam pernyataan ayat ini?

31. Mengapakah kita perlu mengawal makanan yang bergula?

32. Apakah penyakit yang berkaitan dengan amalan merokok?

33. Apakah risiko kepada penunggang basikal di jalan raya?

34. Mengapakah anda perlu membuat persediaan dalam apa-apa perkara yang anda hendak
lakukan?

35. “Wah, cantiknya hiasan pada pulut kuning ini!” Apakah jenis ayat yang diberi?

36. ____________ayah kamu penternak kupang? Apakah kata pembenar yang betul dalam ayat?

37. Ibu bapa anda tidak membenarkan anda menyertai lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.
Apakah yang anda akan lakukan?

38. Berikan dua contoh kata hubung?


39. Murid yang____________itu berjaya menjawab soalan peperiksaan dengan pantas.
Apakah simpulan bahasa yang betul dalam tempat kosong yang disediakan?

40. Apakah ciri murid berwawasan?

41. Nyatakan andaian anda tentang perkembangan wabak Covid-19?

42. Anda telah menonton suatu tayangan video pendidikan yang menarik. Anda ingin berkongsi
pengalaman dengan rakan anda. Apakah aplikasi yang boleh anda gunakan untuk
menyalurkan maklumat video tersebut?

43. Berikan tiga contoh kata pangkal ayat?

44. Sahabat akrab anda tidak dapat hadir pada majlis hari jadi anda? Apakah perasaan anda?

45. Benar kata pepatah, “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri”.Berikan
contoh pepatah lain yang sama maksud yang boleh digunakan.

46. Apabila saya lapar, saya makan.


Saya makan apabila lapar.
Adakah penggunaan kata hubung dalam kedua-dua ayat ini betul?

47. Permohonanku untuk bekerja di sebuah syarikat penerbitan di ibu kota telah berjaya.
Akan kurealisasikan cita-citaku untuk berbakti kepada ibu bapaku tercinta.
Maksud kurealisasikan?

48. Berjuraian air mataku apabila melihat nenek Fatimah seorang diri hidup dalam serba
kekurangan. Apakah nilai murni yang ada pada watak aku?

49. Ayuni menegur Zarina dengan mengucapkan selamat pagi kepadanya. Apakah nilai murni?
50. Puan Rohana kreatif mereka cipta tempat meletak buku-buku di pusat sumber sekolah.
Nyatakan kata adjektif dalam ayat?

51. Apakah yang perlu anda lakukan sebelum melayari internet?

52. Mengapakah kita perlu menyiasat terlebih dahulu kawan baharu?

53. Apakah kriteria yang perlu ada pada ketua kelas?

54. Apakah sarapan pagi yang sesuai untuk seorang pelajar?

55. Terdapat dua jenis ragam ayat,

56. Sekiranya anda menyedari bakat anda dalam seni lukis, apakah yang anda buat?

57. Apakah kesannya jika kita bijak mengatasi stres?

58. Nyatakan dua contoh kata gelaran?

59. Sekiranya anda berasa resah, apakah yang anda buat?

60. Penyakit tidak dapat tidur malam anda semakin menjadi-menjadi. Apakah tindakan yang
anda ambil?

61. Seandainya anda diberi tugas oleh guru tentang subjek yang anda kurang berminat. Apakah
cara mengatasinya?

62. Pada pendapat kamu, perlukah kamu memarahi adik kamu yang berusia 5 tahun jika dia
menconteng buku latihan kamu?

63. Sebagai murid yang bijak, apakah yang perlu kita lakukan semasa mengulang kaji?
64. Nyakan sikap dan sifat yang perlu ada pada pegawai bank?

65. Cadangkan cara belajar yang berkesan?

66. Mengapakah perlu menjadi pengguna yang bijak?

67. Apakah kata kerja dalam ayat Puan Suzie menerima bantuan kewangan daripada pejabat
Zakat?

68. Menebas rumput di kebun sayur itu Puan Hasnah, apakah jenis ayat ini?

69. Mengapakah kita perlu ditemani orang dewasa apabila keluar ke mana-mana?

70. Apakah peribahasa yang sesuai untuk ayat ini, Penduduk Taman Seroja juga turut menggalas
tanggungjawab memupuk semangat muhibah, bekerjasama dan bersatu padu?

71. Seandainya kita menghadapi masalah kemurungan, kita perlu berjumpa dengan siapa?

72. Mengapakah aktiviti bersenam perlu dilakukan bersama-sama dengan keluarga?

73. Jika kamu gagal, apakah yang perlu kamu buat?

74. Apakah jenis golongan kata bagi berjoging, berkelah, beriadah, menonton, dan mengembara?

75. Jelaskan kata bantu dalam ayat ini, kami sekeluarga hendak menziarahi nenek di kampung?

76. Anda diberi dua pilihan berikut, jalan pintas ke sekolah atau jalan biasa? Pilihan anda apa
dan mengapa?

77. Sekiranya anda dipanggil oleh guru subjek Matematik di bilik guru, apakah perasaan anda?
78. Apakah imbuhan pinjaman dalam ayat ini, masyarakat yang proaktif menjamin masa depan
negara?

79. Apakah tujuan Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah?

80. Anda berjaya mengharumkan nama sekolah dalam akademik, apakah perasaan yang tepat
untuk digambarkan?

81. Mengapakah kita mesti menggunakan jejantas untuk menyeberangi jalan?

82. Anda berkunjung ke taman permainan, anda melihat banyak kemudahan dirosakkan. Apakah
yang anda buat?

83. Jelaskan kesan jika anda tidak memutuskan talian daripada orang yang tidak dikenali?

84. Apakah Operasi Selamat yang dikenali juga sebagai “Ops Selamat”?

85. Jika kamu sampai di sekolah lebih awal, apakah yang patut kamu lakukan?

86. Jelaskan kebaikan lampu isyarat kepada murid sekolah?

87. Anda datang ke sekolah dengan bas, apakah faktor keselamatan yang patut dilakukan semasa
menaiki bas?

88. Jika anda berkumpulan dalam sesuatu pertandingan, apakah peraturan yang harus anda
turuti?

89. Anda menyertai majlis Hari Keluarga di tempat anda, apakah yang patut anda buat?

90. Senaraikan empat jenis kata ganda berentak?


91. Terdapat empat jenis imbuhan dalam Bahasa Melayu, iaitu awalan, akhiran, sisipan, dan
_____________ .

92. Amboi, sungguh cantik sekali baju kebaya yang dipakainya itu?
Apakah kesalahan dalam ayat yang diberi?

93. Bahasa istana titah bermaksud _________________

94. Bahasa istana, kalau sultan murka, rakyat?

95. Apakah kata hubung yang sesuai digunakan bagi ayat-ayat di bawah?
a. Warung itu menyediakan ulam-ulam.
Ulam itu segar-segar.

96. Anda bercadang untuk makan di restoran bersama-sama keluarga, apakah langkah bijak
anda lakukan sebelum makan di restoran pilihan anda?

97. Seandainya anda tersesat di bandar raya Kuala Lumpur, apakah yang anda buat?

98. Apakah tugas setiausaha?

99. Apakah kebaikan air hujan kepada kita?

100. Namakan pusat agro pelancongan yang sesuai untuk berekreasi?

101. Pepatah Melayu ada menyebut, “kalau hendak melentur buluh biarlah daripada
rebungnya”. Oleh yang demikian, kita haruslah menanamkan tabiat membaca dalam
kalangan kanak-kanak.
a. Bagaimanakah ibu bapa dapat memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak?
102. Kita perlu menjaga kebersihan tempat tinggal. Kebersihan dapat menghindari penyakit.
a. Nyatakan amalan baik dalam petikan?

103. Guru Besar juga berjaya meningkatkan prestasi kokurikulum sekolah. Pasukan kawad kaki
telah berjaya menjuarai pertandingan kawad kaki di peringkat negeri dan kebangsaan.
a. Apakah unit beruniform yang berkaitan dengan aktiviti kawad kaki?

104. Keluarga sangat penting dalam kehidupan kita. Jelaskan ciri-ciri keluarga bahagia?

105. Buluh ialah sejenis tumbuhan pelbagai guna, berikan tiga kegunaan pokok buluh?

106. Padi merupakan sumber pendapatan penduduk Kampung Kenanga. Perkataan sumber
pendapatan boleh digantikan dengan perkataan?

107. Pada pendapat kamu, apakah langkah yang perlu diambil untuk mengekang penularan
wabak Covid-19?

108. Gariskan kata ganda dalam petikan.


Mak Cik Minah duduk di atas bangku di tepi tangga. Dia melepaskan lelah selepas
menyapu daun-daun kering di halaman rumah, Dia terkenangkan anaknya yang berada di
luar negara, Hatinya gundah-gulana dan bimbang jika Amir melupakan tanah air.

109. Petang itu Irfan duduk termenung di belakang rumahnya. Dia mengenangkan nasibnya yang
gagal dalam ujian Bahasa Melayu. Masih terngiang-ngiang Irfan kemarahan guru subjeknya
itu. Cikgu Maznah memberi nasihat kepada Irfan untuk lebih berusaha bagi mengatasi
kegagalannya itu dan memberikan fokus terhadap pengajaran guru. Tiba-tiba Irfan
terpandang sekumpulan anai-anai yang sedang membina busut di belakang rumahnya itu.
Kelihatan sekumpulan anai-anai bertungkus lumus bekerjasama dan rajin membina busut.
Irfanpun ………
a. Pada pendapat kamu, apakah yang berlaku seterusnya?
110. Anda ingin mendapatkan maklumat destinasi pelancongan, apakah yang anda buat?

111. Sebagai seorang murid kita perlu tidur sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari, jelaskan
mengapa?

112. Huraikan tentang cita-cita?

113. Sekolah anda mempunyai guru bimbingan dan kaunseling, berikan rumusan pentingnya
guru bimbingan dan kaunseling di sekolah?

114. Huraikan cara kita membina kepercayaan diri apabila gagal dalam sesuatu tindakan?

115. Pada pendapat kamu, mengapakah peraturan setiap bilik darjah di sekolah perlu ditampal
di pintu?

116. Mengapakah pentingnya hubungan guru dan ibu bapa?

117. Jelaskan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani aktiviti Pendidikan


Jasmani?

118. Jika kamu datang awal ke sekolah, apakah perkara yang kamu akan buat?

119. Sebagai seorang murid,apakah perkara yang harus kamu lakukan sebelum menulis
karangan?

120. Kamu mendapat soalan Bahasa Melayu yang sukar, siapakah yang harus kamu minta
pertolongan?

121. Ada berapa jenis peta i-Think yang kamu tahu?

122. Mengapakah peta i-Think penting dalam pembelajaran?


123. Sekiranya ada orang asing datang menghampiri kamu, apakah tindakan kamu?

124. Senaraikan lima kata kerja yang kamu tahu?

125. Kamu mengikuti perkhemahan dan diberikan tugasan secara berkumpulan, apakah amalan
baik yang perlu kamu buat?

126. Pada pendapat kamu, adakah penting kita tidur awal? Jelaskan?

127. Apakah buku skrap?

128. Mengapakah kita perlu mengamalkan sikap menyayangi alam sekitar?

129. Pada pendapat kamu, apakah sebab berlakunya banjir?

Soalan 130 berdasarkan pantun di bawah.

Burung kenek-kenek,
Hinggap di pohon sena;
Pesan datuk nenek,
Jadi orang berguna.

130. Apakah pengajaran dalam pantun ini?

131. Berikan faedah yang diperoleh jika kita suka menanam pokok bunga?
132. Kita hendaklah prihatin terhadap penjagaan pokok-pokok bunga. Sekiranya kekurangan air
menjadi punca pokok tidak subur. Apakah maksud prihatin dalam ayat? .

Soalan 133 berdasarkan petikan di bawah.


Izuni terpandang sekeping nota pesanan daripada ibunya. Izuni membaca kandungan nota
tersebut. Ada tetamu yang akan datang. Kebetulan perut izuni berkeroncong. Dia mahu
makan. Namun belum sempat Izuni melayan seleranya, kedengaran loceng berbunyi dan
telefon berdering.

133. Apakah yang harus Izuni buat? Berikan pendapat kamu?

134. Sekiranya anda ingin menunjukkan prosedur sesuatu maklumat untuk memudahkan
pemahaman apabila membacanya, Apakah jenis peta i-Think yang sesuai digunakan?

135. Seandainya kawasan tempat tinggal kamu terancam dengan gangguan anjing liar, apakah
jenis surat yang patut kamu buat?
SET 2

Soalan Bahasa Melayu

Jawab soalan di bawah.

1. Ibu bapa Azimi sangat bangga akan kejayaannya dalam pertandingan nyanyian itu.
Apakah perkataan sama erti dengan bangga?
2. Adik kamu mengalami keracunan makanan semasa ibu bapa kamu tiada. Apakah
tindakan kamu?
3. Tarian tradisional masyarakat Cina ialah Tarian Singa? Apakah perkataan yang sama
maksud dengan perkataan masyarakat?
4. Wau ialah permainan tradisional yang dimainkan selepas musim menuai. Di manakah
tempat yang paling sesuai untuk menaikkan wau?
5. Nama Indera Kayangan sinonim dengan negeri mana?
6. Apakah peribahasa yang sama maksudnya dengan “sehari selembar benang, lama-lama
menjadi kain”?
7. Jika kamu menghadapi masalah dalam keluarga kamu, siapakah orang yang paling
dipercayai untuk berkongsi masalah tersebut?
8. Keunikan negara kita yang dikagumi oleh negara luar ialah hidup aman walaupun
berbilang bangsa. Apakah maksud yang sinonim dengan berbilang bangsa?
9. Siapakah yang layak memberikan kebenaran kepada pihak sekolah untuk mengadakan
lawatan sambil belajar?
10. Mengapakah peserta lawatan mesti berjalan secara berkumpulan?
11. Apakah nama bendera Malaysia?
12. Apakah maksud bulan sabit dalam bendera Jalur Gemilang?
13. Kaum wanita masyarakat India memakai sari. Apakah nama pakaian tradisonal bagi
kaum lelaki India?
14. Pada pendapat kamu, wajarkah bendera Jalur Gemilang dihias pada kenderaan.
15. Berikan satu contoh peribahasa yang berlawanan maksud dengan peribahasa Seikat Bagai
Sirih, Serumpun Bagai Serai.
16. Baru-baru ini kawan ibu kamu bertandang ke rumah kamu. Anaknya telah bermain
barang mainan yang kamu sayang tanpa meminta izin. Apakah tindakan kamu?
17. Kawan-kawan kamu memberikan hadiah semasa menyambut hari lahir kamu.Bagaimana
cara kamu menghargai mereka?
18. Semasa pulang ke kampung, kamu memberikan ole-ole kepada nenek kamu. Apakah
simpulan bahasa yang sesuai dengan perkataan ole-ole.
19. Apakah langkah-langkah yang perlu kamu lakukan supaya selamat ketika melintas jalan
raya.
20. Apakah maksud lampu isyarat berwarna kuning. Adakah kita akan selamat untuk
melintas jalan raya ketika lampu isyarat berwarna kuning. Berikan alasan kamu.
21. Masyarakat kini lebih berminat menggunakan perkhidmatan internet untuk urusan jual
beli. Apakah istilah yang digunakan untuk urusan jual beli tersebut.
22. Sering kedengaran jenayah internet yang melibatkan penipuan yang mengakibatkan
pengguna kehilangan ribuan ringgit. Nyatakan langkah-langkah keselamatan semasa
melayari media sosial.
23. Setiap tahun pihak sekolah akan mengadakan latihan kebakaran. Pada pendapat kamu
apakah kesannya jika sesebuah sekolah tidak mengadakan latihan kebakaran ini.
24. Semasa nyanyian lagu Negaraku, kita akan berdiri tegak. Pada pendapat kamu,
mengapakah kita mesti berdiri tegak semasa lagu “Negaraku” dinyanyikan.
25. Kamu bercadang untuk pulang ke kampung semasa musim perayaan. Kamu dan keluarga
mempunyai pilihan sama ada menggunakan kenderaan awam seperti bas, kereta api,
kapal terbang atau kenderaan sendiri. Bagaimanakah cara yang kamu pilih untuk pulang
ke kampung. Mengapa?
26. Sesetengah murid tidak gemar bersarapan sebelum ke sekolah. Adakah kamu bersarapan
sebelum ke sekolah. Mengapa?
27. Kitar semula sangat baik untuk kelestarian alam. Mengapakah kita digalakkan
mengamalkan program kitar semula dalam kehidupan seharian kita.
28. Alat pemadam api berfungsi mengawal dan memadamkan kebakaran pada peringkat
awal. Alat pemadam api perlu ada di setiap rumah di Malaysia.Mengapa?
29. Beberapa orang murid berebut-rebut dan bertolak-tolakkan semasa menaiki bas. Adakah
ini amalan yang patut diamalkan. Mengapa?
30. Amalan melancong dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Selain itu, banyak kebaikan
yang dapat kita peroleh. Nyatakan dua kelebihan melancong.
31. Kain batik dikenali juga sebagai kain basahan. Apakah maksud kain basahan.
32. Kain batik merupakan kain yang sangat popular dalam masyarakat Melayu.
Bagaimanakah cara untuk menarik minat pelancong membeli kain batik?
33. Pasukan sekolah kamu akan menyertai pertandingan bola sepak. Pertandingan akan
bermula pada pukul 8:00 pagi. Pihak menganjur mengarahkan setiap pasukan hadir 30
minit lebih awal. Mengapakah pasukan yang terlibat perlu hadir awal?
34. Menabung adalah amalan yang baik. Apakah yang akan kamu lakukan dengan wang
tabungan tersebut. Mengapa?
35. Mengapakah penunggang basikal digalakkan memakail jaket pemantul cahaya?
36. Mengapa pejalan kaki mesti berjalan menghadap trafik?
37. Apakah risiko jika kita tidak memakai topi keledar ketika menunggang dan membonceng
motosikal?
38. Zalia menadah air hujan untuk menyiram pokok bunga. Adakah tindakannya patut
dicontohi? Berikan sebab dan alasannya.
39. Mengapa kita harus meminta izin daripada ibu bapa sebelum keluar rumah. Berikan
sebab dan alasannya.
40. Kita hendaklah menziarahi jiran yang sakit atau ditimpa musibah. Mengapa?
41. Semasa musim perayaan terdapat banyak tawaran jualan murah. Adakah kita patut
membeli barangan semasa jualan murah tersebut. Mengapa. Berikan sebab dan
alasannya.
42. Pada pendapat kamu , wajarkah kita memeriksa kenderaan sebelum memandu. Mengapa?
43. Apakah risiko jika kita tidak mematuhi peraturan semasa menggunakan lampu isyarat
seperti melanggar lampu isyarat berwarna merah?
44. Sebelum menunggang kita hendaklah memastikan brek basikal berfungsi dengan baik.
Mengapa?
45. Penggunaan basikal lajak boleh mengundang bahaya. Mengapa?
46. Kita tidak digalakkan melancong semasa wabak covid-19 sedang merebak. Mengapa?
47. Nyatakan tindakan yang patut diambil jika seseorang yang bergejala dan merupakan
kontek rapat dengan pesakit yang positif covid-19. Berikan sebab dan alasannya.
48. Semasa penularan wabak Covid-19, kita diwajibkan memakai pelitup muka di tempat
awam. Mengapa?
49. Mengapakah kita dikehendaki memilih pelitup muka perubatan 3 lapis dan pelitup muka
fabrik sahaja untuk digunakan. Berikan sebab dan alasannya.
50. Nyatakan cara yang betul untuk memakai pelitup muka. Mengapakah kita tidak boleh
berkongsi pelitup muka dengan orang lain.

Bundarkan jawapan yang paling tepat

51. Apakah yang kamu perlu lakukan semasa membonceng motosikal.

A Memakai tali pinggang keledar

B Menunggang dengan cermat agar selamat

C Berhenti semasa lampu isyarat berwarna merah

D Memakai topi keledar dengan ikatan yang betul.

52. Tindakan yang betul sebagai pemandu kenderaan yang berhemah di jalan raya.

A Memandu kenderaan walaupun lesen memandu tamat tempoh

B Menggunakan telefon bimbit semasa memandu

C Melanggar lampu isyarat berwarna kuning

D Memandu mengikut had laju yang dibenarkan

53. Sebelum memilih makanan yang ingin dibeli kita hendaklah


A memastikan peniaga tidak meletakkan tanda harga

B memastikan pekerja tidak memakai apron semasa memasak

C makanan tidak ditutup untuk memudahkan pembeli memilih makanan

D memastikan premis sentiasa bersih agar kesihatan tidak terjejas.


54. Nilai murni yang perlu menjadi amalan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa ialah
A mementingkan diri sendiri
B hormat menghormati antara satu sama lain
C tidak berkunjung semasa kaum lain merayakan perayaan mereka
D hidup dalam kelompok dan etnik sendiri dan tidak menghiraukan orang lain
55. Seorang murid dibenarkan untuk
A menggunakan peralatan sukan tanpa kebenaran guru
B mengambil peralatan sukan untuk digunakan di rumah
C meminjam dan memulangkan semula buku di perpustakaan
D memasuki makmal sains semasa ketiadaan guru

56. Padankan pertalian dalam hubungan keluarga di bawah.

Hamidun Murni Ahmad Azilah

Marlia Arni Azli Azima

i. Hamidun dan Ahmad Sepupu

ii. Azima dan Marlia ipar

anak saudara
iii. Murni dan Azli

ibu saudara
iv. Arni dan Ahmad
Tandakan (√ ) pada jawapan yang paling tepat.

57. Antara yang berikut yag manakah bukan

keluarga asas.

Adik Abang Datuk Ayah

58. Amalan baik yang perlu diterapkan dalam sesebuah keluarga KECUALI.

Tolong-menolong

Kasih mengasihi

Mementingkan diri

Hormat menghormati

59. Kawan baik kamu tidak menyiaplan kerja yang diberikan oleh guru. Apakah tindakan yang
kamu pilih untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Memberikan buku kamu untuk ditirunya.

Mengajarkan cara untuk menyiapkan latihan tersebut.

Memberikan jawapan untuk ditulisnya

Membiarkan sahaja rakan tersebut didenda oleh guru

60. Jika kamu melihat seekor kucing terjatuh dan cedera di dalam longkang di hadapan rumah
kamu, tindakan kamu yang paling tepat ialah

Meminta bantuan adik kamu untuk menyelamatkan kucing itu


Memberitahu ibu bapa agar mereka dapat menyelamatkan kucing itu

Turun ke dalam longkang untuk menyelamatkan kucing itu

Menelefon ambulans untuk menyelamatkan kucing itu.

Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan jawapan yang betul.

61. Nyatakan konsep 3R dalam proses kitar semula bahan terbuang berserta dengan maksudnya

i. ____________________________________________________________

ii.____________________________________________________________

iii.____________________________________________________________

62. Seorang pengguna yang bijak akan memastikan barangan yang dibeli mestilah

i. ___________________________________________________________

ii.___________________________________________________________

iii.___________________________________________________________

63. Langkah-langkah keselamatan ketika bermain di Taman Permainan ialah

i. ___________________________________________________________

ii.___________________________________________________________

iii.___________________________________________________________

64. Langkah-langkah pencegahan Covid-19 yang mesti dilakukan sebelum ke sekolah ialah

i. ___________________________________________________________

ii.___________________________________________________________

iii.___________________________________________________________

65. Nyatakan maksud 3S yang harus dielakkan dalam menangani penularan Covid-19.
i. ___________________________________________________________

ii.___________________________________________________________

iii.___________________________________________________________

Baca maklumat di bawah. Kemudian, Tandakan ( B ) pada pernyataan yang betul dan ( S ) pada
pernyataan yang salah.

66.Penunggang basikal tidak perlu menggunakan isyarat tangan ketika membelok. ( )

67. Kita hendaklah menunggu bas beredar sepenuhnya sebelum melintas jalan raya. ( )

68. Penunggang basikal mesti memakai pakaian yang cerah pada waktu malam. ( )

69. Pemakaian topi keledar dapat mengelakkan cedera parah pada bahagian kepala. ( )

70. Mematuhi peraturan jalan raya bukanlah tanggungjawab kita. ( )

71. Sisa toksik boleh dibuang ke dalam sungai. ( )

72. Pembakaran secara terbuka boleh dilakukan di mana-mana sahaja. ( )

73. Sampah sarap yang dibuang ke laut akan menyebabkan sumber protein pupus. ( )

74. Penebangan hutan yang berleluasa boleh menyebabkan hakisan dan banjir. ( )

75. Taman permainan adalah kemudahan awam yang perlu dijaga dengan baik. ( )

Susun semula pernyataan di bawah mengikut urutan nombor. Tulis nombor mengikut urutan di
dalam kotak yang disediakan.

76.Cara-cara minum susu kotak yang betul.

Pastikan susu masih elok dengan melihat bentuk kotak dan menghidu bau susu.

Susu perlu diminum hingga habis dan bakinya tidak boleh disimpan.

Basuh tangan supaya bakteria di tangan tidak terkena susu yang hendak diminum.

Pastikan susu tidak melepasi tarikh luput kerana boleh memudaratkan kesihatan.
77. Susun semula langkah-langkah menangani stress dengan latihan pernafasan berikut mengikut
urutan.

Satu latihan bernafas secara mendalam dapat meningkatkan pertukaran oksigen dan
karbon dioksida di dalam sel tubuh.

Anda boleh melegakan stress dengan melakukan langkah-langkah berikut:

Susun semula ikut urutan.

Hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut. Terapkan perasaan lega pada setiap kali
hembusan nafas.

Akhirnya, buka mata anda perlahan-lahan. Anda akan rasa tenang.

Berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan tangan di sisi.

Ulangi langkah di atas sebanyak lima kali sehingga anda berasa tenang dan lega.

Pejamkan mata dan biarkan kepala tunduk ke hadapan.

Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung sedalam-dalamnya dengan kiraan sepuluh.

Tuliskan jawapan kamu pada tempat kosong yang disediakan.

78. Kamu ke kedai untuk membeli barang-barang yang dipesan oleh ibu kamu. Apakah
tindakan yang harus kamu lakukan sebelum membeli barangan tersebut. Nyatakan empat
langkah yang perlu kamu lakukan sebelum membuat keputusan untuk membeli barangan yang
dipesan oleh ibu kamu.

1 ____________________________________________________________________

2
____________________________________________________________________

3 ____________________________________________________________________

4 ____________________________________________________________________

79. Semasa cuti sekolah kamu mempunyai banyak masa terluang. Nyatakan empat aktiviti yang
kamu lakukan sepanjang cuti sekolah yang lalu.

1 _________________________________________________________________

2 _________________________________________________________________

3 _________________________________________________________________

4 _________________________________________________________________

80. Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga keselamatan ketika berada di padang sekolah.
Nyatakan 4 langkah yang perlu diambil ketika bermain di padang sekolah.

1 _________________________________________________________________

2 _________________________________________________________________

3 _________________________________________________________________

4 _________________________________________________________________

PENULISAN
81. Pada cuti sekolah yang lalu kamu berpeluang pulang ke kampung. Ceritakan pengalaman
yang kamu lalui semasa berada di kampung.

82. Kamu dan keluarga bercadang untuk makan angin. Di manakah tempat yang akan kamu pilih
untuk melancong bersama-sama keluarga.

83. Kamu telah menyertai pertandingan Mengarang Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan.
Ceritakan persediaan yang kamu lakukan sebelum menyertai pertandingan tersebut.

84. Kamu memenangi hadiah tempat pertama dan memperoleh wang sebanyak RM 500.00
dalam pertandingan mengarang. Ceritakan cara-cara kamu membelanjakan wang tersebut.

85. Sekolah kamu akan mengadakan lawatan sambil belajar. Kamu ingin meminta izin daripada
ibu bapa kamu untuk menyertai lawatan tersebut. Berikan alasan-alasan yang kukuh agar ibu
bapa kamu mengizinkan kamu menyertai lawatan tersebut.

86. Kamu berminat untuk tinggal di asrama. Nyatakan langkah-langkah yang kamu lakukan
sebelum tinggal di asrama.

87. Alam sekitar semakin tercemar. Nyatakan langkah-langkah yang harus dilakukan untuk
menjaga alam sekitar agar tidak tercemar.

88. Kamu akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Apakah persediaan-persediaan yang patut
kamu lakukan untuk memperoleh keputusan yang cemerlang.

89. Seorang anak bertanggungjawab menggembirakan ibu bapa. Nyatakan cara-cara yang akan
kamu lakukan untuk menggembirakan ibu bapa kamu.

90. Kamu terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan pidato. Nyatakan perasaan dan
harapan kamu setelah terpilih untuk menyertai pertandingan tersebut.

91. Semasa pulang dari sekolah kamu terjumpa sebuah beg yang berisi sejumlah wang dan
beberapa dokumen penting. Apakah tindakan yang kamu lakukan.

92. Ibu bapa kamu tiada di rumah. Seorang pemuda yang tidak dikenali datang dan memberitahu
ibu bapa kamu kemalangan. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan.
93.Semasa menunggu ibu bapa kamu menjemput kamu di perhentian bas, sebuah kereta berhenti
dan mempelawa kamu menaiki kereta untuk dihantar pulang ke rumah. Apakah yang akan kamu
lakukan.

94. Kemalangan jalan raya berlaku setiap hari. Ada yang kehilangan orang tersayang kerana
kemalangan. Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya di negara kita.

95. Adik kamu sering gagal dalam mata pelajaran Matematik. Kamu ingin membantunya.
Terangkan langkah-langkah yang akan kamu lakukan untuk membantu adik kamu untuk lulus
cemerlang dalam mata pelajaran Matematik.

96. Kamu bercita-cita untuk dianugerahkan sebagai murid cemerlang di sekolah kamu.
Terangkan cara-cara yang seharusnya kamu lakukan untuk mencapai impian kamu itu.

97. Belajar secara berkumpulan lebih baik berbanding belajar sendiri. Setujukah kamu dengan
pernyataan ini. Nyatakan sebab-sebab dan alasan yang kukuh untuk menyokong pendapat kamu
itu.

98. Setiap orang mempunyai hobi untuk mengisi masa lapang. Apakah hobi yang kamu lakukan
pada masa lapang.

99. Kamu mempunyai jiran yang baik dan sering membantu keluarga kamu jika menghadapi
masalah. Bagaimanakah cara kamu menghargai pertolongan jiran kamu itu.

100. Rakan merupakan orang yang rapat dengan kita. Nyatakan ciri-ciri rakan yang menjadi
pilihan sebagai rakan karib kamu.
SET 3

1. Mengamalkan tahap kebersihan diri adalah antara langkah perlindungan yang boleh
dilakukan untuk mencegah jangkitan Coronavirus.

Huraikan tiga langkah amalan kebersihan tersebut.

2. Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia telah dilancarkan pada tahun 1998.

Nyatakan tiga tujuan kempen ini diperkenalkan.

3. Kemalangan jalan raya telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa. Oleh itu kita
perlulah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengurangkan kadar
kematian akibat kemalangan tersebut.

Nayatakan tiga langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan kadar


kemalangan di negara kita.

4. Terdapat pelbagai cara untuk menjaga keselamatan diri ketika berada di jalan raya.
Nyatakan tiga cara yang perlu kamu lakukan agar sentiasa selamat ketika berada di
jalan raya.

5. Nyatakan dua ciri keluarga mithali.

6. Nyatakan perasaan kamu sekiranya keluarga kamu dianugerahi Tokoh Keluarga


Mithali. Mengapa ?

7. Aktiviti riadah biasanya dilakukan pada waktu senggang.

Nyatakan tiga kepentingan aktiviti riadah.


8. Apakah tindakan yang akan kamu ambil sekiranya terdapat lekuk pada bucu tin
biskut yang hendak dibeli?
9. Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat. Nyatakan tiga gaya hidup sihat yang
perlu kita amalkan.

10. Apakah yang perlu kita lakukan sebelum tidur?

11. Penjagaan gigi yang sempurna amat penting bagi menghindari kerosakan gigi.
Nyatakan empat cara penjagaan gigi supaya gigi kita sihat.

12. Berikan tiga contoh ayat yang mengandungi kata adjektif.

13. Kita disarankan agar tidak mudah panik apabila berlaku kebakaran. Nyatakan tiga
langkah yang perlu diambil sekiranya belaku kebakaran.

14. Ketika berjalan pulang dari sekolah hujan turun dengan lebatnya. Apakah tindakan
yang akan kamu lakukan?

15. Nyatakan empat langkah keselamatan ketika menaiki tangga.

16. Bagaimanakah stres dapat diatasi?

17. Cara yang paling mudah untuk mengeluarkan peluh ialah bersenam.

Huraikan tiga kebaikan melakukan senaman.

18. Keluarga bahagia membantu kecemerlangan murid dalam pelajaran. Kemukakan


pendapat kamu.

19. Nyatakan dan huraikan dua cara untuk membina keyakinan diri semula apabila kita
gagal dalam sesuatu tindakan.

20. Pergi ke pantai mencari kara,


Simpan kara di dalam raga;
Kalau tuan pandai berbicara,
Bagaimana kita sayangi keluarga?

21. Kemudahan awam ialah perkhidmatan atau peralatan yang disediakan untuk
kegunaan orang ramai. Nyatakan empat cara menjaga kemudahan awam.

22. Jelaskan kepentingan menjaga keselamatan ketika di padang.

23. Terumbu karang di perairan negara semakin pupus. Nyatakan cara-cara melindungi
terumbu karang tersebut.

24. Nyatakan cara kita memelihara hutan.

25. Pemanasan global ialah peningkatan suhu purata atmosfera bumi yang boleh
menyebabkan perubahan cuaca seperti banjir, kemarau dan lain-lain. Nyatakan dua
cara mengatasi pemanasan global.

26. Wajarkah ibu bapa menemani kamu semasa melayari Internet? Berikan pendapat.

27. Kamu dan kawan-kawan baru selesai menjalani aktiviti bersukan di sekolah. Semasa
hendak menyimpan alatan, kamu dan kawan-kawan melihat stor sukan itu tidak
terurus. Sebagai murid yang bertanggungjawab, nyatakan cara untuk mengemas stor
sukan itu agar mesra murid.

28. Pada pendapat kamu, mengapakah pesta buku sesuai diadakan pada musim cuti
sekolah?

29. Nyatakan tiga aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan.

30. Cara-cara menjaga kebersihan tandas.

31. Tuliskan cara-cara memupuk semangat cinta akan negara.


32. Sebagai pengguna yang bijak, apakah yang perlu kita lakukan semasa berbelanja
dengan menggunakan kad kredit?

33. Berikan faedah yang diperoleh jika seseorang suka menanam pokok bunga.

34. Tum…tam… bunyi guruh yang amat kuat berdentum-dentam. Serentak dengan itu
suasana di dalam bilik menjadi gelap-gelita. “Aduhai, bekalan elektrik terputus
pula!” rungutku sambil meraba-raba dalam kegelapan. Aku berasa sungguh cemas
…_______________________________________________.

35. Kamu menyertai aktiviti membersihkan sungai. Nyatakan tindakan yang akan kamu
lakukan untuk menceriakan sungai tersebut.

36. Hafiz mula resah dan gelisah. Jam di dinding rumahnya menunjukkan pukul
sembilan malam. Sudah hampir sejam rumahnya gelap-gelita kerana bekalan
elektrik terputus. Dia mempunyai banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan.
Sekiranya kamu berada di tempat Hafiz, apakah tindakan yang akan kamu lakukan?

37. Petugas barisan hadapan merupakan individu yang bertungkus-lumus membantu


masyarakat menangani penyakit Covid-19. Tuliskan penghargaan kamu terhadap
mereka.

38. Kamu bercadang untuk melawat ke tempat-tempat menarik di sebuah negeri.


Nyatakan negeri tersebut dan mengapakah kamu memilihnya untuk dilawati.

Anda mungkin juga menyukai