Anda di halaman 1dari 2

MUZAKARAH HAJI (1433 HIJRAH)

 PERMASALAHAN IBADAT HAJI PADA MUSIM HAJI 1432 HIJRAH


i. KAEDAH NAFAR AWAL
 Melaksanakan nafar awal dengan cara terus keluar meninggalkan Mina ke Makkah.
 Hendaklah berniat nafar awal selepas melontar Jamrah Kubra dan di dalam had Mina.
 Hendaklah kembali ke arah Jamrah Wusta sedikit untuk berniat Nafar Awal sebelum
berjalan keluar meninggalkan Mina.
 Tidak sah Nafar Awal sekiranya berniat Nafar Awal selepas melontar Jamrah Kubra pada
hari 12 Zulhijjah di Jamrah Kubra.
 Menurut Qaul Muktamad Jamrah Kubra tidak termasuk dalam kawasan Mina.
 Bagi Jemaah Haji yang tidak melakukan perkara tersebut, mereka hendaklah membayar
dam:
a. Tidak bermalam pada 13 Zulhijjah - satu malam bersamaan satu cupak.
b. Tidak melontar ketiga-tiga jamrah pada hari 13 Zulhijjah - dam Tertib dan
Taqdir.

ii. KESALAHAN MASALAH LAMPAU RUKUN HAJI DAN UMRAH


 Rukun haji atau umrah yang tidak sempurna semasa melakukan ibadat tersebut dan hanya
disedari pada masa:
a. Tidak sempurna haji dan umrah
b. Masih berada dan terikat dengan larangannya
 Melaksanakan dan ihsar bagi membebaskan diri dari larangan ihram
 Meyempurnakan rukun haji dan umrah yang belum selesai (berdasarkan kemampuan)
 Jenis larangan ihram terbahagi kepada beberapa keadaan merujuk perbincangan dalam
Kitab Bahrul Wafi:
a. Larangan yang berunsur membina. Contohnya, memburu binatang buruan.
- Dikenakan dam, tidak disyaratkan mengetahui haram dan tidak
disyaratkan sengaja.
b. Larangan yang berunsur besedap-sedap semata-mata. Contohnya, memakai bau-
bauan.
- Dikenakan dam jika dilakukannya dengan sengaja dan mengetahui
haram.
c. Larangan yang berunsur binasa dan bersedap yang mana unsur binasa melebihi
bersedap. Contohnya, memotong kuku dan rambut.
- Dikenakan dam, tidak disyaratkan mengetahui haram dan tidak
disyaratkan sengaja.
d. Jika unsur bersedap (taraffuh) melebihi binasa (itlaf). Contohnya, muqadimah
persetubuhan dan ijma’.
- Dikenakan dam dan berdosa jika dilakukan dengan mengetahui haram
dan sengaja.
 LARANGAN AL-RAFATH KETIKA MELAKSANAKAN IBADAT HAJI
i. LARANGAN AL- RIFATH KETIKA MELAKSANAKAN IBADAT HAJI
 Persentuhan dengan sengaja tanpa berlapik (Mubasyarah) antara lelaki dan wanita
yang menimbulkan syahwat ketika berihram sama ada inzal ataupun tidak, kedua-
duanya berdosa dan dikenakan Dam Takhyir Dan Taqdir ke atas lelaki sahaja.
 Persentuhan secara berlapik (Ghair Mubasyarah) antara lelaki dan wanita semasa
berihram dan bersyahwat adalah berdosa tetapi tidak dikenakan dam walaupun inzal.
 Jemaah haji wanita sesama wanita yang berada dalam keadaan berihram dn bersentuhan
tanpa berlapik dalam keadaan syahwat adalah berdosa dan dikenakan dam sama ada
inzal atau tidak inzal.

 Lelaki sesama lelaki (dalam ihram) yang mubasyarah (sentuhan tanpa berlapik) dan
timbul syahwat antara kedua berdosa dan dikenakan dam sama ada inzal atau tidak
inzal.

Anda mungkin juga menyukai