Anda di halaman 1dari 1

NAMA:______________________________________________

KELAS:__________________

SIMPULAN BAHASA

- Simpulan Bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada


dua atau tiga perkara dan mempunyai makna yang berlainan
sama sekali dengan makna asal perkataan.
- Simpulan Bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.

Baca petikan. Kemudian, senaraikan simpulan Bahasa yang terdapat dalam petikan tersebut.

Li Yin: Siapakah yang membuat bakul itu, Zara?

Zara: Oh, bakul itu dihasilkan oleh kakak saya! Kakak saya juara pertandingan kraf tangan peringkat
daerah pada tahun lepas. Ibu saya memberikan buah fikiran supaya bakul itu dijadikan hiasan rumah
kami.

Li Yin: Bakul yang dihasilkan oleh kakak kamu sungguh cantik dan kemas. Kakak kamu sungguh
berbakat.

Zara: Kakak saya memang sungguh berbakat. Selain itu, kakak saya ringan tulang juga. Setiap hujung
minggu, dia akan membantu ibu saya menyiapkan kerja-kerja rumah. Di sekolah pula, dia disenangi
oleh rakan-rakannya kerana dia tidak bersikap hidung tinggi walaupun dia otak cair.

Li Yin: Hebat sungguh kakak kamu. Siapakah yang mengajar kakak kamu menghasilkan bakul yang
cantik ini?

Zara: Ibu sayalah yang mengajar kakak saya.

Li Yin: Bolehlah kamu megasah bakat kamu untuk menghasilkan kraf tangan lain pula, Zara.

Zara: Sudah tentu Li Yin. Saya mahu mengikut jejak langkah kakak dan ibu saya.

1._______________________________

2._______________________________

3._______________________________

4._______________________________

5._______________________________

Anda mungkin juga menyukai