Anda di halaman 1dari 91

ZEEL PRODUCTION SDN BHD

TELEMOVIE KOMEDI KHAS AIDILFITRI

RAYA PAK PAK PONG

Lagu Tema – Wings > Joget Hari Kemenangan

Oleh – Zaharuddin Md Desa – Zeck (Vion)

“Cetusan Ilham Karya Terunggul”

1
1. INT. RUMAH MAK TEH - DAY
Telivision dibuka terbiar begitu saja. Pak salim duduk atas sofa hanya melayan tab/ipad.
Kemudian mak teh datang membawa minuman zuhairah membawa kuih.

ZUHAIRAH
Ishhh pak ngah ni. Sibuk online je. ramai awek
yang online ke. Jom minum dulu. Ni rasa kuih
zuhairah buat sedap tak. mesti pakngah suka

PAK SALIM
Awek apanya dah tua pak ngah ni tak ada sapa yang
nak lagi dah. Dah pandai buat kuih mesti sedap ni
bolehlah berniaga kat bazar bulan ramadhan nanti.
Pak ngah bagi modal

MAK TEH
Tak lulus lagi nak berniaga. Ini pun puas ajak
menolong pemalas yang amat. ikut perangai
anas,basyir,muaz la ni. Mengalir darah malas dalam
badan tu.

ZUHAIRAH
Issh apa pulak mak ni. Nak samakan zuhairah
dengan abang anas abang basyir muaz pulak. pak
ngah pinjam sekejap tab nak online

Zuhairah mengambil tab dan seronok bermainnya

PAK SALIM
Abang ingat bulan puasa ni nak bagi modal suruh
anas basyir muaz tu berniaga. Manalah tau kot
berkat ramadhan boleh dapat untung besar dan
diaorang pun berubah sikap.

MAK TEH
Haa!! Nak suruh budak bertuah tiga orang berniaga
sendiri? Abang nak suruh diaorang berniaga apa?
Perniagaan abang yang ada pun mereka malas nak
tolong uruskan. suruh jual baja tahi ayam pun
belum tentu berjaya lagi diaorang tu.

Telivision menyiarkan pengumuman tarikh melihat anak bulan

2
2. I/E. RUMAH PAK SALIM - DAY

Sedang menyediakan makan tengahari. Pak salim sedang mengacau lauk dalam periuk.
Basyir membancuh air. Anas mengangkat lauk dari dapur ke meja makan.

PAK SALIM
Adik air tu jangan manis sangat tak baik untuk
kesihatan. Abang bagi abah kain tu. Nak angkat
lauk ni.

BASYIR
Abah..takkan ini saja lauk kita hari ni?

PAK SALIM
Abang,adik. Syukur apa yang ada. Itu rezeki kita
hari ini. Rasulullah tidak pernah mencela makanan.
Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka
ditinggalkannya.

BASYIR
Bukan mencela. Tapi menu sikitlah abah kalau
tambah lagi beberapa jenis lagi bagus bertambah
selera

PAK SALIM
amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan
al-Quran bermaksud. makan dan minumlah.dan
janganlah berlebih-lebihan.

ANAS
Nabi Muhammad ada menyebut 'perut adalah
tempat bermula pelbagai penyakit'

PAK SALIM
Haa pandai pun anak-anak abah. makanan ni panas
lagi. Biarkan sejuk sikit baru kita makan sementara
tu. Abang ke adik pergi cari baby ajak balik makan

BASYIR
Alahh nanti lapar tahulah dia balik cari makan.
Abang jela pegi cari baby. Malaslah adik nak

3
keluar.

3. INT. RUMAH MAK TEH - DAY

Mak teh sedang menyiang ikan di sinki sambil membebel mengenai Pak Salim. Zuhairah
pula sedang memotong sayur cuba membela namun dibedal balik.

MAK TEH
Hai pak ngah kau ni lah mak tak faham betullah.
Macam mana dia boleh terfikir nak bagi modal
untuk anak-anak bertuah dia setiap sorang

ZUHAIRAH
Mak..semua bapa dalam dunia nak yang terbaik
untuk anak dia begitu juga pak ngah. Lagipun nak
heran apa bapa diaorang duit banyak biarlah. Harta
bapa tak sampai ke anak nak ke sape lagi

MAK TEH
Memangla semua bapa nak yang terbaik untuk
anak-anak. Tapi masalahnya mak kenal sangat
dengan perangai malas setiap seorang mereka
bertiga tu. dah tahu anak-anak tu pemalas nak
dibagi juga modal suruh berniaga. Perniagaan yang
ada pun malas nak tolong

ZUHAIRAH
Manalah tau berkat ramadan ni diaorang berubah.
Bagilah peluang untuk anak-anak yatim tu berubah

MAK TEH
Kalau nak berubah dah lama berubah tak payah
tunggu ramadan. Ramadan sebulan je habis
ramadan lepas tu malas balik confirm punya

ZUHAIRAH
Ishh mak ni tak baik cakap macam tu dengan anak
sedara sendiri. Kalau macam tu nanti zuhairah pun
malaslah nak sambung belajar nak minta modal

4
dengan pak ngah buka butik ke buat produk
kosmetik ke

MAK TEH
Malas nak sambung belajar? Malas itulah perkataan
yang jadi prinsip hidup kau orang ikut sangat
perangai budak 3 orang tu malas

4. EXT. PADANG KAMPUNG - DAY

Kelihatan ramai pemuda melepak menyaksikan permainan golf. dua orang budak dadah
bukhari dan jabar turut berada disitu sebagai keddy. Muaz tekun bermain golf dengan
rakan-rakanya. Kelihatan anas datang menunggang honda cup bapanya dengan membawa
rotan ditangan kiri. habib juga ada disitu.

MUAZ
Tak mengapa aku mulakan dulu. Bukan masalah
nak honour. Tapi aku selalu ada rekod hole in one
walaupun ada fairway, water hazard dan tak perlu
nak buat divot.

UMAIR
Jangan yakin sangat kalah malu besar flight kita kali
ni

ABU DAUD
Handycap pun lemah. Swing entah apa-apa. baru
sekali dapat 1 atas par dah nak sembang lebat.
Habiskan dulu permainan ni aku nak tengok
kehebatan kau.

MUAZ
Haa tengok kan dah masuk. Hole in one. 1 atas par

ABU DAUD
Dah free drop bolehlah. Tengok sini taulah nasib
kau. opps draw la pula. Sini tak ada bunker bolehla
kau menang.

BASYIR
Baby abah suruh balik makan.

MUAZ

5
Aduuh tengah sedap main ni. Nantilah nak habiskan
game ni dulu

BASYIR
Baik kau ikut aku kalau tak nak kena rotan.
menyusahkan orang betul

MUAZ
O.k lah O.k Lah. Ikut balik. umair kau habiskan.
Pastikan menang kalau kalah nahas kau.

5. INT. RUMAH PAK SALIM - NIGHT

Pak salim,anas,basyir dan muaz solat isyak berjemaah. Basyir menjadi imam. Sesudah
doa diaminkan. Pak salim memberi tazkirah ramadhan.

PAK SALIM
Lagi beberapa hari kita akan bertemu lagi dengan
ramadhan. iaitu bulan yang penuh berkat. buat
apapun berkat pahala berkali ganda. Jadi abah nak
kamu mengambilnya

BASYIR
Memang kita ambik pun tiap-tiap tahun kan? kita
puasa solat terawih semua penuh kita buat.

PAK SALIM
Betul tu. Tapi kali ini abah nak abang adik baby
berniaga sebagai satu ibadah dibulan ramadhan ini
mana tahu berkat ramadhan kali ini peroleh untung
besar dan dapat belajar berniaga dari pengalaman

ANAS
Nak berniaga apa abah? Nak berniaga bazar
ramadhan? Semua tapak orang dah tempah lagi 2
bulan sebelum ramadhan. Sepatutnya bincang awal.
Esok nak tengok anak bulan malam ni nak bincang
mana sempat lagi dah

PAK SALIM

6
Berniaga ni luas skopnya tidak hanya jual makanan
di bazar saja.

BASYIR
Nak berniaga buat apa lagi abah. Kan perniagaan
batu bata abah masih ada dah kukuh cukup untuk
sara kita sekeluarga. itu semua duniawi saja abah.
Tak perlulah kita nak kejar sangat. Yang nak
dibawanya amalan

MUAZ
Betul tu abah. Kalau dah berniaga nanti mananya
nak tumpu ibadat lagi

PAK SALIM
Betul tu. Tapi kita perlu seiring berjaya dunia
akhirat. macam ni lah isnin semua masuk ofis
ambik cek.

6. EXT. RUMAH PAK SALIM - DAY

sedang berbincang mengenai jenis perniagaan di laman rumah. Anas sedang duduk atas
parkir sambil cicah biskut dengan kopi. Muaz sedang bermain ipad. Basyir sedang dengar
lagu dengan ipod. Seorang bangla sedang mesin rumput.

ANAS
Kita jual makanan jela. Lagipun bulan puasa jual
makanan apapun orang beli. Sebab nafsu tinggi

BASYIR
Makanan tak habis buang. Kita jual pakaian jela.
Baju raya,songkok

ANAS
Semua tu karut margin untung kecik penat je lebih.
Kita buka kilang?

MUAZ
Tak kisahlah meniaga apapun yang penting
berlandaskan hukum syariat

BASYIR

7
Memangla. Takkan kita nak berniaga benda haram
pulak.apa ingat aku ni jahil sangat.kat asrama dulu
aku jadi imam surau 2 tahun kau tau tak

MUAZ
Macamni kita buat dulu penjanjian pegangan saham
syarikat dan jawatan. Baby pengarah urusan 60%.
Adik 20% dan abang pun 20%.

BASYIR
Apesal kau lebih pula? nak jadi bos? modal 100%
abah yang bagi. macamni ikut syariat? kau tu baru
lepas spm keputusan belum tahu lagi macam
mana.setakat percubaan je

MUAZ
Tapi baby lagi pandai sebab percubaan dapat 16A
termasuk bahasa arab,tasawur,quran
sunnah,usuludin

BANGLA
Baya sudah siap rm20

ANAS
Nah rm10. lagi rm10 minta ini 2 orang. semua nak
tunjuk pandai.

7. EXT. MASJID - DAY

Pak salim menunggang motosikalnya berkuasa tingi keluar dari masjid. selepas keluar
pak salim tinggalkan motor untuk tutup pagar masjid. Ketika itu bukhari dan jabar lalu.

PAK SALIM
Assalamualaikum

BUKHARI/JABAR
Walaikumsalam

BUKHARI
Pak cik buat apa kat masjid siang hari ni. Zuhur
belum masuk waktu lagi. Qada subuh ke solat sunat

PAK SALIM

8
Issh taklah. Pak cik datang bersihkan kawah dengan
perkakas memasak dalam stor masjid tu

BUKHARI
Ada kenduri tahlil ke malam ni pak cik? ke majlis
ilmu ustaz sharul

PAK SALIM
Apa pulak. Issh kamu ni. Kan lusa kita dah nak
sambut ramadhan jadi macam biasalah masjid kita
buat bubur lambok untuk diagih kepada semua
penduduk kampung bila puasa.

JABAR
Masyaallah ana tak sedarlah pakcik ramadhan
datang lagi. Syukur dipertemukan lagi ramadhan
kali ini

PAK SALIM
Ketika hayat Rasulullah s.a.w, Ramadhan al-
Mubarak merupakan bulan penuh kesungguhan,
perjuangan dan pengorbanan untuk mencari
keberkatan. jadi marilah kita berusaha untuk
memperolehinya.

BUKHARI
Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan
itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh
lebih baik daripada seribu bulan.semoga kita sama-
sama memperolehinya jazakallah

8. INT. RUMAH PAK SALIM - DAY

Anas berbincang dengan basyir mengenai jenis perniagaan mereka. Muaz disingkirkan.
Mereka cuba sepakat lalu bergaduh.

ANAS
Perniagaan adalah perkara yang penting dalam
Islam, malah menjadi satu terminologi yang sering
disebut dalam al-Quran. Yang margin untung besar.
risiko dan saingan kurang. itu yang aku nak

BASYIR

9
Memangla..Semua perniagaan dalam dunia ni baik
halal atau haram ada untung rugi risiko saingan. tapi
berapa banyak untung kau nak kaut? permulaan
dapat sikit jadilah

ANAS
Dalam alquran surah an nisa ayat 29 lebih kurang
macam ni maksudnya. Jangan guna harta sesama
kamu dengan jalan yang salah seperti menipu
melainkan melalui perniagaan suka sama suka. jadi
tak salah kaut untung lebih

BASYIR
Dalam ekonomi Islam, keuntungan ada dua bentuk.
Satu adalah keuntungan maknawi dan satu lagi
keuntungan maddi. Islam mengajar ahli ekonomi
dan peniaganya untuk mengutamakan untung
maknawi daripada untung material.

ANAS
Ada Hadis yang maksudnya: Orang yang
berekonomi mengikut syariat itu satu jihad seperti
berjihad fisabilillah."

BASYIR
Ekonomi itu jihad dan ibadah. Oleh itu tidak boleh
terkeluar dari konsep dan syarat-syarat ibadah.
Niatnya, perlaksanaannya dan natijahnya kena
betul.

ANAS
Apa yang tak betulnya!! Sudahlah!!!

9. INT. PEJABAT PAK SALIM - DAY

Pak salim sedang memberi sekepuk wang modal perniagaan kepada anas dan basyir
secara tunai. Kemudian muaz datang.

PAK SALIM
Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah
untuk memperbesarkan, memperpanjangkan dan
memperluaskan aktiviti syariat dan dengan tujuan
beribadah dan mendapat pahala yang banyak. bukan

10
untung semata-mata. Nah ambik cash seorang
seratus ribu buat modal

ANAS
Abah. Abang nak kereta bmw sebiji boleh tak

BASYIR
Adik pun nak mercedes sebiji boleh tak

PAK SALIM
Permulaan pakai dulu mana yang ada. Dah maju
nanti belilah apapun

ANAS
Abah. Kita orang bisnes kena pakai kereta mewah
baru orang yakin nak bagi projek tender besar.
Kalau pakai kancil viva mana orang yakin nak bagi
projek berjuta

BASYIR
Sakit badanlah abah pakai kancil viva

Muaz tiba terus masuk dan duduk sebelah abahnya dengan manja

PAK SALIM
Baby abah ni nak berniaga apa pula? Abang dengan
adik abah dah bagi modal untuk berniaga ramadan
nanti.

MUAZ
Baby ingat nanti lepas rayalah baru berniaga.
Ramadhan ni baby nak fokus ibadah saja. Boleh ye
abah.

PAK SALIM
Alhamdulillah. boleh. Abah tak marah kalau betul
itulah nawaitu baby. Abah syukur sangat-sangat.

10. EXT. RUMAH PAK SALIM - MORNING

11
Zuhairah sedang menjemur kain di ampaian. Mak teh sedang memotong serai/lengkuas.
Kemudian pak salim datang dengan motor coopernya memberi ikan dan sayur kepada
zuhairah.

MAK TEH
Pergi bank ambik duit bayar gaji pekerja ke

PAK SALIM
Tak lah. Gaji pekerja dah autodebit sekarang. Pergi
bank in cash modal niaga untuk muaz dia tak nak
berniaga.bagi modal niaga untuk anas dengan basyir
je la

ZUHAIRAH
Wow modal berniaga. Diaorang nak berniaga apa
pak ngah jual dodol ekpres ke? Ke jual kain sampin

PAK SALIM
Entahlah

MAK TEH
Entahla? Tak tahu lagi nak berniaga apa dah nak
bagi modal?

PAK SALIM
Tak kisahlah diaorang nak berniaga apa janji halal.
Taknaklah tetapkan itu ini nanti kata mengongkong
pula

ZUHAIRAH
Pak ngah nanti belikan zuhairah ipad satu boleh ya
pak ngah

PAK SALIM
Nanti kalau dapat keputusan spm bagus pak ngah
belikan

MAK TEH
Ipad nak buat apa? komputer dah ada

ZUHAIRAH
Komoputer asyik mak je online. Ipad nak online la
nak buat apa lagi. Tak payah tunggu keputusan spm
pak ngah beli jelah minggu depan ye

MAK TEH
Amboi lemak berkati kau ye dah pergi beres kerja
kat dapur cepat. banyak cekadak ipad la tab la apala

12
11. INT. RUMAH PAK SALIM - NIGHT

Pak salim sedang duduk sofa ruang tamu bermain tab. Anas tekun menulis rancangan
perniagaan.

PAK SALIM
Menarik betul fesyen baju raya yang diaorang
upload promote kat facebook ni. Tahun ni kita nak
pakai baju warna tema apa abang?

ANAS
Itu nantilah cerita abah. Ni macam mana ni abah.
Semua imbang duga kos dengan untung berterabur

PAK SALIM
Kalau sekiranya kita berekonomi atau berniaga
sebagai satu ibadah yang kita buat untuk Tuhan,
sudah tentu kita tidak akan mementingkan
keuntungan. Yang penting Tuhan redha dan terima
perniagaan kita itu sebagai satu ibadah.

ANAS
Kalau macam tu baik kita tubuh badan amal
kebajikan je. Sah-sah memang ibadah dapat pahala
tak payah fikir untung.

PAK SALIM
Abang..Bukan macam tu yang abah maksudkan.

Pengumuman tarikh ramadhan di tv adalah esok. Basyir keluar dari bilik. Muaz datang
dari dapur.

PAK SALIM (CONT'D)


Haa tunggu apa lagi esok dah puasa

MUAZ
Yela esok puasa dah tu nak buat apa? nak masak
untuk sahur nanti?

BASYIR
Apa pulak. Niat dulu itu yang wajib

PAK SALIM
Niat tu dah betul. Jadi jomla kita pergi masjid solat
terawih.

ANAS
Ada moreh tak malam ni abah?.

13
12. EXT. BALAI RAYA KAMPUNG - NIGHT

Anas balik terawih menunggang motosikal berkuasa tinggi bapanya. anas berhenti depan
balai raya bila nampak Habib

ANAS
Habib! Macam mana wei. Abah aku dah bagi duit
modal untuk berniaga ni.

HABIB
Macam mana apanya? Dah bagi modal niaga jela
apa susah. Orang lain sampai berdarah hidung cari
modal. Buat proposal tebal macam kamus bagi bank
rejek. Kau bapa dah bagi modal pun tak reti lagi

ANAS
Aku nak perniagaan yang boleh sapu untung lebat
gila dalam bulan ramadhan ni. Tak payah tunggu
bertahun. Tapi bukan jual makanan di bazar. Jual
baju raya songkok lemang kuih raya semua tu

HABIB
Haa aku dah dah idea. confirm cukup sebulan puasa
untung lebat siap marketing strategi lagi

ANAS
Bisnes apa tu? MLM?

HABIB
Apa barang MLM.

Mereka berbisik. habib tersenyum anas terkejut melopong

ANAS
Issh tu subahat namanya. kena makan tak habis
nanti

HABIB
Apa pulak. kita tolong orang sepatutnya. tu fardu
kifayah atau sunat muakad. nanti aku buat proposal
present kat kau.

ANAS

14
Kalau macamtu kau join aku jela. Aku lantik kau
jadi executive director pegangan saham aku bagi
30% cukup?

13. EXT. PERPUSTAKAAN DESA - NIGHT

Basyir balik terawih menunggang motor honda cup bapanya dan berhenti depan
perpustakaan lalu memerhati sekeliling. Kemudian Umair datang.

UMAIR
Assalamualaikum ya sahabatku basyir. Maaf ana
lambat sikit

BASYIR
Walaikumsalam. Modal dah dapat esok dah puasa
kita nak berniaga apa ni?

UMAIR
Jangan risau. Aku dah buat marketing research.
Hasilnya aku dah nampak bisnes apa yang
berpontensi untung besar buat sekali dua ja lepastu
buat francais

BASYIR
Buat forex ke?

UMAIR
Forex apa pulak? Kita buat trading. Import secara
pukal dari oversea lepastu oferlah siapa nak jadi
francaisi kita. dan dia kenalah Keluar modal sikit
untuk set up. Stok kita suply. Kira kita ni francaisor
la

BASYIR
Apa jenis produknya

Mereka berbisik basyir terkejut

UMAIR
Bukannya haram pun. Habis raya dapat pulangan
kita stopla buka bisnes lain pula. Masa dah suntuk
ini je peluang yang kita ada.

BASYIR

15
Dari segi hukum memang tak haram. Kalau kena
macam mana?

UMAIR
Usaha sudah. Selebihnya sama-samalah kita berdoa
dan tawakal moga semuanya dipermudahkan.

14. INT. RUMAH PAK SALIM - NIGHT

Di bilik anas dan basyir. Basyir baring atas katil pak salim duduk sebelah bercerita kisah
nabi. Anas duduk bersila di lantai mendengar.

PAK SALIM
Kisah-kisah yang terjadi di bulan Ramadhan
Pembukaan Kota Makkah 10 Ramadhan 8 Hijrah.
Rasulullah SAW keluar bersama 10 ribu pasukan
perang dari kaum Ansar dan Muhajirin menuju
Makkah bagi membebaskannya dari kemusyrikan.
Usaha ini berhasil dengan gemilang tanpa
menitiskan darah ke bumi walau setitik.

BASYIR
Uish dasyatnya. Banyak juga peristiwa dibulan
ramadhan ni ya abah.

PAK SALIM
Kita juga dituntut menghidupkan ramadhan dengan
bersedekah membaca quran qiamulai.

ANAS
Itu memang kita buat pun.

PAK SALIM
Dah tidur abang. Adik esok nak bangun sahur. Niat
puasa dulu sebelum tidur

Anas bangun tidur dikatilnya. Pak salim melangkah keluar menuju ke biliknya bersama
muaz. Kelihatan muaz tidur atas katil nyenyak berdengur. Pak salim baring sebelah muaz

PAK SALIM (CONT'D)


Baby esok puasa dah niat puasa belum

MUAZ

16
Haa niat apa pulak abah

PAK SALIM
Niat puasalah. Esok kan dah nak puasa.

MUAZ
Ohh esok puasa ya abah baby lupalah

15. INT. RUMAH PAK SALIM - NIGHT

Pak salim bangun untuk bersahur. Dia mengejutkan muaz yang tidur sebelahnya. Muaz
begitu liat. Kemudian pak salim pergi mengejutkan anas dan basyir.

PAK SALIM
Baby jom bangun sahur.

MUAZ
Haa sahur?

PAK SALIM
Ye la esok kan puasa

MUAZ
Esok puasa esokla sahur

PAK SALIM
Hissh esok puasa sekarangla kena bangun sahur.
Jom bangun makan sikit pun jadilah sahurkan sunat.
Nabi kan pesan sahurlah walaupun segelas air dan
sebiji kurma

MUAZ
Baby tak laratlah abah. Abah bawa jelah air dengan
kurma masuk bilik

PAK SALIM
Ishh tak mahulah macam tu baby kan dah besar dah
pandai tak mahu buat perangai macam ni. Cepat
bangun. Abah nak kejutkan abang dengan adik

Pak salim keluar lalu masuk bilik anas dan basyir

PAK SALIM (CONT'D)


Abang..adik..cepat bangun sahur.

17
BASYIR
Takpelah abah sahur sunat je. Yang wajib tu
penting

PAK SALIM
Mana boleh macamtu sunat pun dituntut. Dah cepat
bangun

ANAS
Abah rasa macam tak sihatla

PAK SALIM
Mana tak panas pun dah bangun cepat

16. EXT. JALAN KAMPUNG - DAY

Pak salim pulang dari masjid lepas solat zuhur menunggang motosikal honda cup melalui
jalan kampung. Ketika melalui titi. Pak salim terlihat muaz sedang berendam dalam
sungai bersama rakan-rakannya. Pak salim berhenti.

PAK SALIM
Masyaallah budak-budak ni. Baby!! Baby!!. Baby
buat apa tu

MUAZ
Tak ada buat apa berendam beriadah je abah.

PAK SALIM
Masyaalaah. Mana boleh baby. Makruh hukumnya
berendam dalam air lama-lama bulan puasa ni.
Bimbang jika masuk air melalui rongga atau
tertelan. Boleh batal puasa.

MUAZ
Setakat ni belum lagi abah. Alahh abah kami semua
puasa tak buat apapun cuma berendam kat sini je
tempat terbuka semua orang lalu nampak.

ABU DAUD
Betul tu pak cik kami bukannya menyorok makan
dalam hutan

PAK SALIM

18
Memangla tapi hukumnya makruh. Baik duduk
rumah beribadah cari peluang tambah pahala

ABU DAUD
Saya cuma bangun beribadah tengah malam ja pak
cik

PAK SALIM
Siang pun boleh juga seperti berzikir. Dah solat
zuhur ke belum?

ABU DAUD
Laa dah masuk waktu ke? astagfirullahalazim

PAK SALIM
Dah baby naik jom ikut abah balik

Muaz naik ke tebing dan membonceng dengan abahnya basah kuyup

17. EXT. MASJID - DAY

Pak salim dengan beberapa orang ajk masid sedang masak bubur lambok.

PAK SALIM
Mana bukhari dengan jabar kata nak datang tolong
kita masak bubur.

PAK CIK MUBARAK


Budak bertuah dua orang tu? Apalah sangat yang
boleh diharapkan.

PAK SALIM
Budak dua orang tu baik sebenarnya. dulu sekolah
agama sama anak aku si anas tu cuma lepas spm
dieorang terjebak dengan benda haram tu. Anak aku
Dapat sambung lagi tapi tak nak.sama dengan
basyir tu

PAK CIK MUBARAK


Laa kenapa tak mahu sambung pula?

PAK SALIM
Katanya nak belajar cara tak formal macam nabi.
Nabi dulu mana ada ijazah master phd semua tu.

19
PAK CIK LATIF
Haa sebut pasal anak kau baru teringat aku. Buat
apa dieorang sekarang? lama tak nampak

PAK SALIM
Alhamdulillah anas dengan basyir aku dah bagi
modal untuk diaorang berniaga sendiri ramadhan ni.

PAK CIK LATIF


Yang lagi seorang tu pula

PAK SALIM
Yang bongsu tu tengah tungu keputusan spm
percubaan haritu dapat 16A. Suruh berniaga tak nak
katanya nanti lepas raya sebab nak fokus ibadah
sepanjang ramadhan ni

PAK CIK MUBARAK


Syukur semua anak kau jadi insan yang soleh
tawaduk belaka.itulah kelebihan sekolah agama
boleh juga jadi imam solat jenazah kita nanti

18. EXT. HUTAN - DAY

Gerai anas kelihatan begitu sibuk sekali dengan pelanggan yang ramai menjamu selera
dan membungkus. anas dan Habib sibuk mengira duit. kemudian bukhari dengan jabar
datang.

HABIB
Zaman dah canggih marketing online jela. Aku buat
fan page kat facebook dengan twitter. Dah beratus
like dan follow. Setiap hari aku update menu kita

ANAS
Patutlah melonjak untung kita. Tapi tegaskan yang
semua menu kita mengikut amalan pemakanan
rasulullah bukan main bedal ja. Nah ambik ni
untung rolling esok ini pula masuk bank.

BUKHARI
Halaamak geng cayalah dah maju kau orang ye.
Alhamdulillah

HABIB

20
Issh apa kau orang dua buat kat sini? Tau jee. Nak
makan pergi order kat depan waiter ada

JABAR
Sebenarnya kitaorang ni lapar tapi takda duit jadi
nak minta ehsan kaula lagipun kitakan satu bilik
asrama masa sekolah agama dulu

ANAS
Arggh nak free mengarut ja. Kau ingat pusat amal
kebajikan. Nak free pergi masjid jumpa bapa aku
minta bubur.dua periuk dia bagi

BUKHARI
Alahh alang-alang dah bisnes haram nak berkira apa
sangat

ANAS
Haram apa pulak.memandai je nak jatuh
hukum.Kami jual nasi.nasi halal dan tak perlu sijil
halal.Ni untuk orang yang tak boleh puasa
bukannya malas puasa macam kau orang.Seperti
uzur kerja berat gastrik ada surat sakit.kau orang
ada surat doktor? Dah pergi balik

19. INT. LOT KEDAI - DAY

Umair sibuk mengira merekod stok. Basyir sibuk menyemak tempahan stok.

BASYIR
Syukran-syukran untung kita pun berganda-ganda.
Itulah berkat muamalat dibulan ramadhan. dengan
doa bapa aku lagi alhamdulillah

UMAIR
Francaisi kita semua bagitau jualan melonjak bagus
untuk suku pertama. Stok sentiasa habis asyik cal
order keperluan seiring kehendak pasaran

BASYIR
Tu lah aku dah cakap. Kita amalkan konsep
berniaga cara islamik dengan meletakkan matlamat
untung soal kedua. Berniaga dengan niat jihad
ekonomi. Tanpa penipuan riba judi rasuah semua tu
yang haram.

21
UMAIR
Berdasarkan Al-Quran, Hadis dan sirah Rasulullah
s.a.w jelas bahawa Islam menggalakkan perniagaan.

BASYIR
Falsafah perniagaan Islam lahir daripada falsafah
kehidupan yang telah ditentukan oleh Islam.
Berbeza dengan barat dimana falsafah perniagaan
mereka bertukar atau berubah berdasarkan
pengalaman mereka.

UMAIR
Dah masuk waktu solat asar jom solat jemaah kau
imam. Bisnes kena stop bila masuk watu solat.

BASYIR
Bagus macamtulah saudagar muslim. Lepas solat
kita terus ke bazar. Tempahan esok jela urus. Nak
solat kat sini ke masjid?

UMAIR
Solat kat sini jela masjid jauh tak sempat rasanya.
Janji jemaah betul?

20. INT. RUMAH PAK SALIM - NIGHT

Pak salim sedang bersahur bersama anas dan basyir. Kemudian muaz pulang.

PAK SALIM
Laa baby baru balik. Mari duduk sahur sekali.

Muaz duduk terus makan

PAK SALIM (CONT'D)


Baby pergi mana ni? Setiap hari petang lepas asar
keluar dekat subuh baru balik. Baby tak pergi
terawih ke? tade pun kat masjid

MUAZ
Issh apa pulak. Terawih mana-mana masjid pun
boleh. Baby ikut kawan-kawan masa kat asrama
dulu buat program imarah masjid sepanjang bulan
ramadhan ni kat merata masjid luar daerah.

22
BASYIR
Imarah masjid?

MUAZ
Ye la berbuka di masjid terus terawih dan qiamulai.
Lepastu sahur dengan solat subuh baliklah. Esok tu
masjid lainla pulak setiap hari masjid yang berbeza.
Tapi baby terus balik lepas qiamulai sebab nak
sahur dengan abah

ANAS
Imarah masjid pakai macam ni?

MUAZ
Laa kenapa? Pergi masjid tak semestinya jubah
serban. Islam tidak terletak pada pakaian imej
luaran tetapi pada iman taqwa. Pakaian asalkan
menutup aurat. Lagipun aurat kita lelaki dari pusat
sampai lutut. Ni tutup semua apa. sahlah solat kan?

PAK SALIM
Alhamdulillah anak-anak abah semua benar-benar
memahami ajaran islam.

21. INT. RUMAH PAK SALIM - MORNING

Pak salim sedang duduk diruang tamu melayan ipad. Muaz sedang menonton television
sambil baring diriba bapanya. anas dan basyir datang memberi sekepuk wang kepada pak
salim dan muaz. Ianya dimulai oleh basyir

MUAZ
Abah tengah online dengan sapa tu?

PAK SALIM
Tak online pun. Tengah tengok fesyen baju raya
untuk tahun ni

Basyir bergaya membuka brief case kelihatan wang bersusun

BASYIR
Abah..ni ada untung sikit abah ambiklah buat
belanja. Nah ni untuk baby buat duit poket untuk
program imarah masjid.

23
PAK SALIM
Wahh banyaknya syukur alhamdulillah

MUAZ
Duit belanja? Woww very amazing

BASYIR
Baby kan pergi merata masjid mestilah guna banyak
belanja. Lebih tu sedekahlah dalam tabung masjid
niat untuk kami sekali

ANAS
Baby nah ambik ni. Ada sikit duit poket untuk kau
belanja. Ni pula untuk abah buat belanja dapur ke
persiapan raya ke

MUAZ
Wah ada lagi perrgh baru nikmat hidup

PAK SALIM
Abang pun banyak juga untung berniaga? Syukur
alhamdulillah berkat ramadhan terbuka luas pintu
rezeki keluarga kita

ANAS
Baby nanti bolehla kau buat moreh.
Kat mana-mana masjid niat untuk kita sekeluarga
dapat juga pahala

22. INT. lOT KEDAI - DAY

Basyir sedang membuat kira-kira. Kemudian Umair datang membawa projek besar.
Basyir terkejut melopong.

UMAIR
Ya sahabat syukran syukran. Kita dapat tender besar
kali ni basyir

BASYIR
Tender apa dapat?

UMAIR
Ada seorang dato ni. Dia nak buat rumah terbuka
raya nanti dan program sambutan raya bersama

24
penduduk. Jadi nak meriahkan majlis dia nak
tempah mercun dengan bunga api banyak gila
dengan kita

BASYIR
Perrrgh boleh angkat lambogini cash lepas raya
nanti

UMAIR
Ada lagi. Dia rekemen dengan semua rakan-rakan
dia orang kenamaan orang kaya.Untuk tempah stok
mercun dengan kita untuk sambutan raya

BASYIR
Kiranya kita kena order stok berskala besarlah kali
ni. Mana nak dapat stok banyak sampai macam tu

UMAIR
Kita terus angkat dari pelabuhanlah 3 kontena apa
susah. Yang best member-member dia cina tokey
besar pun nak ambik stok dengan kita untuk raya
cina nanti.gempak Punya

BASYIR
Kalau macam tu jangan buang masa lagi. Keluarkan
semua duit dalam akaun kita untuk borong stok 3
kontena. call tanya semua suplyer

UMAIR
Mana boleh aku keluar seorang. Kan kena ada sign
kau sama. Lupa ke?

BASYIR
Oh akaun semasa kita buka.lupa Aku.

23. EXT. HUTAN - DAY

Suasana gerai anas yang begitu sibuk. Habib sedang mengira rekod jualan. Anas datang

ANAS
Habib kita dapat job besar kali ni confirm lepas raya
boleh buka restoran 10 cawangan setiap daerah

HABIB

25
Kau dapat projek apa?

ANAS
Tadi aku terjumpa tuan jabar

HABIB
Jabar?

ANAS
Tuan jabar kontraktor besar dalam daerah ni. Bukan
jabar bertuah tu. Dia bagi kita job suply makanan
untuk 300 orang pekerja dia buruh binaan sarapan
pagi dengan makan tengahhari sepanjang ramadhan.
1 kepala aku caj rm20 o.k tak?

HABIB
Wow 1 kepala rm20 untuk 300 orang selama
sebulan. Wahh memang lebat kita kali ni.
Nampaknya esok kita kena keluar duit beli van cash
untuk hantar makanan ke tapak binaan dan cari
pekerja lagi.

ANAS
Nanti kau bagi aku kita punya company profile dia
nak tengok. Menu mesti ikut amalan permakann
rasulullah jangan buat menu lain.

HABIB
Dah masuk waktu solat zuhur. Kau pergi solat dulu
nanti aku pula

ANAS
Ha yelah aku pergi masjid jap

HABIB
Solat kat sini ja la. Tengah sibuk ni. pergi solat kat
belakang tu.nah ambik ni kompas arah kiblat.
Sejadah ada kat tepi tu.

24. I/E. RUMAH PAK SALIM - NIGHT

Mereka pulang dari terawih. Kereta volvo pak salim masuk parking rumah. mereka
keluar dari kereta dan masuk rumah.

26
BASYIR
Ahh lega boleh juga buat 20 rakaat hari ni bajet nak
buat 8 ja

PAK SALIM
Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang tarawih
dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja. supaya tidak
menimbulkan sesuatu keberatan. Walau
bagaimanapun terdapat juga. hadith yang
meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad
s.a.w. pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.

ANAS
Pada zaman Khalifah Omar bin al-
Khattab r.a. pula beliau melaksanakannya sebanyak
20 rakaat. kerana beliau berpendapat bahawa orang
orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi
menunaikan sembahyang sebanyak itu

PAK SALIM
Betul tu. Macam mana perniagaan hari ini
perkembangan cukup modal

ANAS
Inilah yang abang tak sabar nak cerita dengan abah.
Abang dapat tender besar mungkin lepas ni boleh
buka cawangan baru merata tempat

BASYIR
Adik pun dapat tender besar juga abah. Mungkin
sambung kontrak sampai raya cina.

PAK SALIM
Alhamdulillah syukur abah. Abang dengan adik
buat bisnes apa?

ANAS
Abang jual makanan halal tapi luar daerah.

BASYIR
Adik buat trading je abah.

25. EXT. PUSAT SNOKER - NIGHT

27
Muaz sedang bermain snoker bersama 3 orang rakan-rakanya. Masing-masing diapit
teman wanita yang bertudung .

MUAZ
Alzubair kau lepas ni dapat result pergi sambung
belajar kat mana?

ALZUBAIR
Aku bajet nak belajar dalam negara ja atau ambik
stam. Kau muaz

MUAZ
Bapa aku nak hantar pergi sambung kat mesir atau
lubnan. Itu kalau cemerlang kalau corot mungkin
pergi belajar ilmu hadith kat pondok di indonesia
atau thailand

ZAID
O.k Lah tu janji tingkatkan ilmu. Islam amat
memandang tinggi golongan berilmu.

ALZUBAIR
Zaid aku rasa inilah nikmat hidup dapat bersuka ria.
Dulu kat asrama asyik terperuk je. Lepas ni kalau
sambung study kena terperuk lagi jadi peluang yang
ada kita bedallah

ZAID
Apa yang kita buat ni o.k Lagi kan?

MUAZ
Apa yang tak o.k Nya? Kita tak minum arak berjudi
berzina maksiat. Dalam islam dibolehkan berhibur
asalkan tidak melalaikan. Kita jaga solat. duduk
ditempat awam terbuka bukan tempat gelap. Tak
gitu sayang

ZAID
Betul la tu. Macam biasa nanti dekat sahur kita
baliklah bersahur baca quran satu muka pun jadila.
Janji baca solat subuh lepas tu tidurla sampai zuhur
kan sayang?

MUAZ
Kita berhibur berlandaskan syariat lepas asar kita
keluar rumah buka puasa singgah masjid solat
magrib isyak lepastu karaoke main snoker

28
26. INT. RUMAH MAK TEH - DAY

Zuhairah sedang mengemas ruang tamu. Pak salim datang menghadiahkan ipad untuk
Zuhairah. Kemudian mak teh datang membawa sebakul kain diberi kepada zuhairah
untuk dijemur.

ZUHAIRAH
Ehh pak ngah datang pak ngah datang bawa apa
untuk zuhairah kali ni

PAK SALIM
Inilah yang pak ngah nak bagi kat sayang pak ngah
ni nah ambik

ZUHAIRAH
Wow ipad yeaahhh terima kasih pak ngah sayang
pak ngah bestnya tak payahlah berebut komputer
dengan mak lagi nak online. Mak bukannya reti
guna ipad ni

MAK TEH
Amboi seronok kau ya dapat ipad lepas ni telan
benda tu je satu kerja apa tak jadi langsung. Aduh
yang pergi beli benda tu kat dia buat apa nanti lagi
sakanla merapu

PAK SALIM
Alahhh tak mengapalah berapa je tu dengan anak
sedara sendiri apa salahnya bukan dengan orang
lain

MAK TEH
Dah simpan benda tu ambik sebakul ni pergi jemur.
Kalau tak mak ambik jual je kat cina besi buruk
nanti

Zuhairah meletak ipad kemudian ambik bakul kain pergi jemur

MAK TEH (CONT'D)


Ha macam mana budak bertuah 3 orang berniaga.
Tercalon dapat anugerah tokoh usahawan muslim
ke

PAK SALIM

29
Inilah yang abang datang nak bagi tahu. Tercalon
dapat anugerah tu takla. Anas dengan basyir je yang
berniaga dapat projek besar pulak tu. Muaz tak
berniaga dia nak fokus ibadah buat program jelajah
masjid untuk mengimarahkan ramadan

27. EXT. TAPAK BINAAN - DAY

Sebuah van memasuki kawasan tapak binaan. sebaik van berhenti driver anas keluar
membuka pintu belakang. Beberapa orang buruh binaan datang mengambil makanan
bungkusan besar. Seorang berurusan dengan driver anas sambil menandatangani resit.

SOLEH
Wak kertu macam mana juadah semalam dengan
sarapan pagi tadi

WAK KERTU
Juadah semalam enak saja pak soleh. Cumanya
sarapan pagi tadi ngak lazat udah tu sakit perut
pulak

SOLEH
Laa kenapa macam tu pula. Nanti saya tanya tukang
masak. Memang nak kena ni. Wak kertu sign dulu
resit ni sekali dengan resit saya hantar sarapan pagi
tadi dengan makan tengahhari semalam. Terlupa
nak bagi wak kertu sign mujur bos saya tak cek
kalau tak jenuh menjawab

WAK KERTU
Itulah kamu buat kerja leka. Juadah pun tak sedap
buat kerja tak iklas

SOLEH
Tak sedap apa pulak. Itu juadah ikut amalan cara
islam kerja berat kat padang pasir macam zaman
nabi

WAK KERTU
Diberinya sarapan roti besar dengan susu. tengahari
pun susu dengan daging sama kurma.kasilah Nasi

SOLEH

30
Kenalah tu. Kurma sempena ramadhan untuk
tambah tenaga kerja berat pahala pun dapat.nasi
Nanti ngantuk

Ketika asyik bertekak jabatan agama islam menyerbu. Semua bertempiaran lari ada yang
berja ditangkap termasuk wak kertu dan soleh. Ada yang terlepas. Soleh menangis
ketakutan

WAK KERTU
Wak ngak salah wak ada permit wak pendatang
halal bukan haram. pak saya mohon ampun
kasihanilah saya.

28. EXT. HUTAN - DAY

Suasana sibuk di gerai anas dengan ramai pelangan menjamu selera. Habib sedang
mencatat rekod jualan. anas sedang solat zuhur belakang gerai. Kemudian jabatan agama
islam serbu. Semua bertempiaran lari ada yang berjaya ditangkap.

PEGAWAI JABATAN AGAMA ISLAM 1


Jangan lari semua!!!

Habib yang terkejut terus lari sambil melaung allahuakbar. Habib tersandung akar kayu
tersungkur dan berjaya ditangkap

HABIB
Allahhuakbar allahhuakbar allahhuakbar

PEGAWAI JABATAN AGAMA ISLAM 1


Amboi bukan main kuat lagi kau melaungkan takbir
ya.

HABIB
Ya allah. Saya tak salah encik. Kami jual makanan
halal cuma tak ada sijil halal je encik

PEGAWAI JABATAN AGAMA ISLAM 1


Kami tak pernah keluar sijil halal untuk jual kepada
orang tak berpuasa. Mana lagi?

HABIB
Bos besar kat belakang tengah solat

PEGAWAI JABATAN AGAMA ISLAM 1

31
Ustaz ajak pegawai kita pergi ambik bos besar
tengah solat kat belakang

Anas selesai solat selepas berdoa semasa melipat sejadah anas ditangkap oleh dua
pegawai jabatan agama islam.

ANAS
Encik apa ni saya tak salah. Kami tak buat maksiat
kat sini. Encik

PEGAWAI JABATAN AGAMA ISLAM 1


Tak buat maksiat jamu orang tak puasa tu apa

ANAS
Encik! Kami cuma tolong orang yang betul-betul
tak boleh puasa.

29. I/E. PEKAN - DAY

Van jenazah berlegar keliling pekan membawa anas,Habib,soleh dan wak kertu. Mereka
duduk dibelakang menangis merayu kepada 2 orang pegawai jabatan agama yang duduk
di depan.

PEGAWAI JABATAN AGAMA ISLAM 1


Tak payah nak menangis melolong. Kita pusing
bandar dulu riadah ramadhan. Nanti sampai pejabat
dengar tazkirah lepas tu suruh keluarga datang
jamin. Lepas raya hadir perbicaraan. jangan risau
kes ni tak kena hukum mati atau sebat

HABIB
Subhanallah subhanallah subhanallah

WAK KERTU
Pak. Wak mohon ampun dilepaskan dan tidak
dikenakan apa-apa tindakan. Wak kerja berat. Nak
keluar beli tak ada orang jual. Nak bawa bekal malu
sama anak isteri

ANAS
Encik tolonglah saya merayu. Lepas ni janji tak
buat lagi dah. saya taubat nasuha duduk masjid je.
Nawaitu kami baik encik.

32
HABIB
Perniagaan kami ikut syariat encik masuk waktu
solat kami berhenti.

Soleh hanya menangis tersedu-sedu tanpa bersuara

ANAS
Encik kalau tutup kes boleh tak? Bukan apa sebab
bapa saya orang masjid nanti malu besar encik

PEGAWAI JABATAN AGAMA ISLAM 1


Orang masjid ke orang surau ke orang madrasah ke
masa buat tak nak fikir panjang. sekarang rasalah

HABIB
Encik kami manusia biasa tak lepas dari melakukan
kesilapan. Kami takda sifat maksom terpelihara dari
dosa. Kami lemah dengan tipu daya syaitan yang
direjam tolonglah encik. saya cuma nak cari duit
raya saja. Mesti jabar dengan bukhari yang report
confirm.binawe betul

30. I/E. RUMAH PAK SALIM - NIGHT

Kereta volvo pak salim masuk kawasan rumah. Sebaik berhenti pak salim keluar dari
kereta tempat pemandu dengan muram terus masuk rumah. Anas mengejar sambil
menangis. Basyir sedang bersiap untuk pergi masjid solat terawih.

ANAS
Abah..abah..maafkanlah abang abah. Abang
mengaku abang salah bukan niat abang nak menipu
abah

BASYIR
Abah..abah kenapa ni abah. Abah o.k Ke?

ANAS
Abah..abang betul-betul minta maaf janji tak buat
lagi

PAK SALIM
Buat malu bangsa agama keturunan saja. Entahla
dimana silap abah selama ni. Tak sangka abang
sanggup buat abah macam ni ya

ANAS

33
Bukan macam tu abah. Semua salah faham. Niat
abang baik buat semuanya ikut syariat tapi disalah
erti

BASYIR
Abah..abah bawa bertenang dulu abah.

ANAS
Abang mengaku abang salah abang janji tak buat
lagi dah. Abah maafkanlah abang. Sesungguhya
abang memang khilaf kali ni

BASYIR
Abah dah berbuka belum? Kalau belum jomlah
pergi dapur juadah ada lagi abang boleh temankan

PAK SALIM
Tak payahlah berbuka. Puasa terus jela sampai raya

BASYIR
Mana boleh macam tu abah. Berbukalah walaupun
sebiji tamar

31. EXT. RUMAH PAK SALIM - MORNING

Anas duduk termenung seorang diri di belakang rumah dengan wajah sedih. Anas
lengkap berbaju melayu berkopiah dan tasbih di tangan. muaz baru bangun tidur hendak
ke bilik air mandi. Terkejut melihat anas lalu menyindir.

MUAZ
Ehh abang buat tu? Nak solat sunat apa baru pukul
11. Tak berniaga ka hari ni?

ANAS
Kau tak payah nak menyibuklah baby.

MUAZ
Laa orang tanya ja. Kalau ya pun nak beribadah
siang masuklah buat dalam rumah. Nak baca quran
nak berzikir ke? Duduk situ kot ada orang nampak
ingat nak menunjuk pula. Duduk bertasbih luar
rumah

ANAS

34
Lagi banyak kau cakap lagi berasap aku rasa

MUAZ
Ehh kita kan puasa bersabarlah. Sungguhpun buat
bisnes haram jual makanan untuk orang tak puasa
tapi aku tau abang kau puasa

ANAS
Bisnes haram sedap kau je cakap ye?

MUAZ
Orang berniaga kau pun nak berniaga tapi tak reti.
Yang haram juga dipilih

ANAS
Dari tadi asyik haram haram haram. Lagi sekali kau
sebut haram memang nahas kau

MUAZ
Oh silap makruh sebab jual nasi dan lauk. Cuma tak
sempat dapat sijil halal je kan? sesungguhnya
mencari yang halal itu adalah fardhu.

ANAS
Sempat lagi bagi tazkirah.

32. EXT. RUMAH MAK TEH - DAY

Mak teh terkejut dengan cerita pak salim lalu terus berleter panjang dengan wajah begitu
marah. Pak salim hanya buat muka selebet. Zuhairah keluar cuba bertanya namun
dimarah ibunya

MAK TEH
Memang melampau betullah budak ni sanggup
menipu buat kerja haram tu saya dah kata jangan
bagi muka confirm benda mengarut dibuatnya
sekarang tengok apa dah jadi

PAK SALIM
Entahlah aku dah kusut sekarang ni malu besar aku
nak mengadap muka dengan semua bila anak aku
kena tangkap buka gerai untuk orang tak puasa.aku
Percaya hidup-hidup

35
MAK TEH
Dah tu pergi jamin pula biar je merengkok dalam
lokap biar dia rasa langit tu tinggi rendah. dahla
pemalas diberinya peluang dimalunya balik kita ni.
Jumpa memang nahas

Zuhairah buat gimik konon terkejut

ZUHAIRAH
Apa mak pak ngah? Abang anas kena tangkap jual
makan untuk orang tak puasa bila dimana
bagaimana

MAK TEH
Amboi bukan main lagi banyak pula soalannya
macam wartawan tak payah nak menyibuk hal
orang tua pergi masuk nanti kau yang kena

PAK SALIM
Dah anak jaminlah tak sampai hati nak biar
merengkok dalam tu

MAK TEH
Tak sampai hati tak sampai hati. dah tu bilanya nak
sampai hati? Nak biar budak tu besar kepala lagi.
baru nak sampai hati.

PAK SALIM
Habistu nak buat macam mana lagi nak kurung
dalam jamban dah besar

33. EXT. RUMAH KAMPUNG - DAY

Depan rumah. Harun iaitu francaisi basyir. bersiap menutup meja pameran selepas stok
habis. dua orang anggota polis datang

POLIS 1
Assalamualaikum saudara macam mana jualan hari
ni

HARUN
Walaikumsalam. Alhamdulillah habis semua yang
letak atas meja

36
POLIS 2
Ada lagi stok?

HARUN
Ada tapi untuk esok la

POLIS 2
Eloklah kalau macamtu. Bawa semua ke sini kami
nak borong semua

HARUN
Encik berdua nak borong semua? Banyak sangat
nak buat apa?

POLIS 1
Ada buat majlis sambutan sikit. Katanya tak meriah
takda mercun dah merata kami cari jumpa bunga api
ja

HARUN
Kalau macam tu encik tunggu sini sekejap saya
masuk ambik macam-macam jenis ada. Tak cukup
saya bagi contact suplyer untuk stok raya cina

Harun masuk rumah kemudian keluar membawa 2 kotak besar

POLIS 2
Ha cepat ambik stok bawa masuk kereta. Kamu ikut
saya sekali

HARUN
Ikut pergi mana pulak

POLIS 2
Ikut pergi balai rehat semalam dua

34. EXT. BALAI RAYA KAMPUNG - DAY

Pak cik latif sedang berbual dengan pak cik mubarak kemudian abu daud baru lepas main
golf datang menceritakan perihal. Bukhari dan jabar kebetulan lalu sembang sekali

PAK CIK LATIF

37
Malam ni moreh malam ni siapa yang taja.
Semalam si majid periuk dia buat mee kari.

PAK CIK MUBARAK


Malam ni rasanya kalau tak silap aku giliran man
loya katanya nak buat nasi daging. Tak payah nak
menyibuklah moreh makan apa tu bukan kerja kita.
Kerja kita buat lambok je untuk warga kampung

PAK CIK LATIF


Bubur pun ketua chef kita dah tak ada mod aku
tengok sejak akhir ni. Dengarnya minggu depan
dato man nak buat majlis buka puasa sembelih 10
ekor kambing. raya sakanlah si bakar kambing tu.
sah-sah dato man beli kambing dengan dia.

ABU DAUD
Pak cik latif dengan pak cik mubarak dah tau ke
pasal anas anak pak salim mawla tu

PAK CIK MUBARAK


Hal apa pula? Yang aku tahu anas dengan basyir tu
masing-masing dah berniaga ramadhan ni

ABU DAUD
Berniaga yang halal takpe. Semalam anas kena
tangkap dibawa naik van mayat pusing pekan. Dia
buka gerai makan dalam hutan untuk orang tak
puasa

BUKHARI
Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi
ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang
besar.Surah At-Taghabun. Jadi dalam konteks ini
bukan salah bapanya lagi dalam membentuk
keperibadian anak-anak
Zaman dah canggih segalanya mungkin

35. I/E. LOT KEDAI - DAY

Dari luar kelihatan basyir berjalan penuh bergaya bagaikan usahawan korporat. Polis
mengekori dari jauh. Basyir masuk premisnya. Kelihatan sedang mengira stok. ketika
mereka rancak berbual polis menyerbu.

38
BASYIR
Haa macam mana? Cukup semua stok kita nak
hantar kepada semua francaisi.

UMAIR
Aku dah kira semalam cukup. Tapi aku rasa ada
short sikit mungkin aku terlebih bagi kot kat mana-
mana francaisi kita

BASYIR
Yang 3 kontena kita import tu bila sampai? Sebab
orang-orang kaya tu semua dah call tanya aku.
Diaorang nak sampai seminggu sebelum raya

UMAIR
Alaah lambat lagi nak kelam kabut ayam buat apa.
Benda dah order tunggu jela. Lagipun dari luar
negara bukan senang nak bawa

BASYIR
Bukan masalah kelam kabut ayam atau
menggelabah biawak. Kita dah buat full payment
bukan sikit 300 ribu

UMAIR
Kau ni serius sangatlah. Sebenarnya dah sampai.
driver kita dah angkat kat pelabuhan tadi. Tunggu
kejap lagi 3 kontena sampai. Kau jangan pergi mana
sebab nak sign resit

POLIS 1
Jangan bergerak kawasan ini telah dikepung. angkat
tangan

BASYIR
Alamak encik kenapa ni apa salah kami. Kami tak
jual dadah encik

POLIS 2
Jom pergi balai nanti boleh jumpa semua downline
kamu dalam lokap.

36. EXT. BALAI POLIS - NIGHT

39
Pak salim keluar dari balai dengan wajah kecewa menuju ke kereta. Basyir menangis-
nangis meminta ampun. Umair mengikut dari belakang sambil menangis

PAK SALIM
Entah apa nak jadi dengan kau orang ni. Banyak
lagi bisnes halal. Yang haram juga dicari. Hantar
belajar sekolah agama pun tak reti beza halal haram
dosa pahala

BASYIR
Abah..maafkanlah adik. Adik mengaku adik silap
adik berdosa besar dengan abah. Bukan niat adik
sebenarnya

PAK SALIM
Bukan niat? Habis tu apa kena serbu siap ada
gudang dengan barang sampai 3 kontena tak niat
lagi? Nawaitu?

BASYIR
Abahh maafkanlah adik. adik janji tak buat lagi.
Nabi adam pun tewas dengan tipu daya syaitan
sampai kena halau keluar dari syurga. Inikan adik
manusia biasa

PAK SALIM
Adik betul-betul mengecakan dan memalukan abah
pada semua orang

BASYIR
Abah sebenar adik plan nak buat trading barang
runcit. Tapi stok mercun sampai 3 kontena tu kami
tersilap ambik dari pelabuhan. Mungkin tertukar
yang orang punya

PAK SALIM
Arrgh tak payah nak membohong abah lagi. hati
abah dah hancur luluh kecewa dengan sikap adik
dengan abang. Baru berapa hari ja abang buat malu
ni adik pula buat abah malu. abah sebenarnya nak
anak-anak abah jadi usahawan muslim yang berjaya
bukannya tokey bisnes haram.baik tak payah
sekolah setakat nak bisnes haram macamni.

40
37. INT. RUMAH PAK SALIM - NIGHT

4 pagi. anas dengan basyir melutut memohon maaf dari bapanya sambil menangis. Pak
salim langsung buat tak endah dan terus melangkah keluar Muaz buat tak endah terus ke
dapur untuk makan sahur namun tiada makanan muaz naik berang.

BASYIR
Abah..adik betul-betul minta maaf. Maafkanlah adik
abah. Adik janji tak buat lagi

ANAS
Abah.. Abang pun minta maaf. Abang mengaku
abang salah

Muaz baru pulang untuk bersahur

BASYIR
Abah nak pergi mana janganlah buat kami macam
ni

PAK SALIM
Buat apa? Buat macam mana? abang dengan adik
tipu abah malukan abah boleh la ye

MUAZ
Laa kenapa semua ni. Baru berapa hari puasa belum
raya dah menangis-nangis minta maaf macam pagi
raya.

ANAS
Kau tak payah nak menyibuklah baby

MUAZ
Abah nak pegi mana awal lagi nak ke masjid pun
jomla sahur dulu

PAK SALIM
Tak mengapalah. Baby pergilah bersahur kat dapur
tu dah tersedia

MUAZ
Laa nak bersahur apa.Tak ada apa pun.dua orang ni
pun satu hal berniaga untung lebat nak beli nasi
sebungkus untuk aku sahur pun berkira. Apa punya
abang-abangla tak reti langsung jaga kebajikan adik
bongsu. Menangis arwah mak tengok aku macam ni
hidup terabai. Teruk aku macamni nak puasa esok.

41
38. INT. RUMAH MAK TEH - DAY

Zuhairah sedang mengemas ruang tamu. Pak salim datang dengan wajah muram terus
duduk. Zuhairah cuba mengorek rahsia dan terkejut bila pak salim menjelaskan mak teh
pun terus datang

ZUHAIRAH
Ehh pak ngah.laa Nape muram je ni ada masalah ke
cakaplah pak ngah

PAK SALIM
Semalam abang basyir kena tangkap polis jual
mercun

ZUHAIRAH
Apaa abang basyir kena tangkap polis jual mercun
banyak ke

PAK SALIM
Sikit je satu gudang stok mercun dengan 3 kontena
dalam kena tahan dalam perjalanan

ZUHAIRAH
Apa!! Satu gudang plus 3 kontena

Mak teh terus datang dari dapur

MAK TEH
Apa dia!! Basyir kena tangkap jual mercun satu
gudang dengan stok 3 kontena bertuah punya budak
memang jenis. Opps puasa mujur sempat brek ini
yang buat aku menyirap tercarut macam-macam kat
orang.dah tu apa ceritanya sekarang budak tu

PAK SALIM
Dah jamin pagi tadi nanti lepas raya kena pergi
bicara

ZUHAIRAH
Sabarlah pak ngah ala kes mercun je bukan kena
hukum mati pun.mak pun tak payahlah melenting
kesian pak ngah tengah kusut ni

MAK TEH

42
Sebab aku kesian pak ngah kau ni la aku geram
sangat dengan budak mambang semua tu kau tak
payah nak tunjuk bagus pergi masuk tak pasal kau
yang aku libas nanti. Menyirap betul darah aku hari
ni mujur puasa

39. EXT. MASJID - DAY

Pak cik latif dan pak cik mubarak merasa kekok masak bubur lambok tanpa pak salim.
lalu buka ipad on twitter

PAK CIK MUBARAK


Salim mawla tak datang bubur apa kita nak masak
hari ni. aku mana reti masak. resipi dari dia semua

PAK CIK LATIF


Ya la selama ni dia yang buat semua kita cuma
membantu ikut arahan dia saja. Ni nak masak bubur
apa hari ni. Bubur kacang bubur gandum

PAK CIK MUBARAK


Habistu macam mana hari ni. Kejap lagi orang
kampung dah nak datang pungut sekarang dah
pukul berapa dah. aduh lagi serabut otak aku

PAK CIK LATIF


Semua bahan yang ada kita masukkan jela dalam
kawah lepastu nyalakan api. Cukup 1 jam mendidih
dah. Jadi la kot. Tak pun try google resipi

PAK CIK MUBARAK


Issh bubur apa yang jadi nanti. kot jadi bubur orang
sakit kat hospital jenuh kita. Teruk kena kritik
dalam facebook twitter dengan orang kampung. nak
lagi si mat tandok tu.

PAK CIK LATIF


Alahai sebak sedih aku rasa bila baca status sedih
salim mawla kat twitter facebook. nah kau bacalah.

PAK CIK MUBARAK


Bak sini jap ipad kau aku nak tengok nak balas
komen. Aku log out. Login akaun aku jap ye.
Bersabarlah duhai hati. Hancur berderai bagaikan

43
kaca terhempas. Membawa hati yang duka lara
kecewa.

PAK CIK LATIF


Ya allah sedihnya. Kau tweet balik bagi semangat
untuk dia. Dan inbox dia minta sama resipi bubur
lambok.

40. INT. RUMAH PAK SALIM - DAY

Muaz bersiap bergaya hendak keluar terkejut melihat basyir diruang tamu berbaju melayu
berkopiah memegang buku islamik. anas juga berbaju melayu berkopiah memegang
tasbih mendengar nasyid. muaz menyindir dan ketawa terbahak-bahak

MUAZ
Hai semua berbaju melayu berkopiah bertasbih.nak
pergi majlis berbuka puasa kat masjid ke tadarus
quran. Hari ni tak berniaga ke cuti?

BASYIR
Kau tak payah nak kecohlah baby. kau nak keluar.
Keluar je. Mungkin habuan untuk kau belum
waktunya

MUAZ
Habuan apa pula.. Kalau hidup asyik nak mecari
haram sedangkan yang halal ada memang dapatlah
habuannya

BASYIR
Haram? Apa yang haramnya?

MUAZ
Contohnya mercun memangla tak tulis dalam quran
haram. Tapi ianya mendatangkan bahaya
pembaziran boros yang sama sekali ditegah islam.
Begitu juga jika berpuasa tapi menjual makanan
halal untuk orang tak berpuasa hukumnya haram
kerana bersubahat. Bukan makruh

ANAS

44
Pandai betul kau bagi tazkirah ya. rasa syahdu insaf
menusuk jiwa. malam ni program kau kat masjid
mana dan tazkirah tajuk apa?

MUAZ
Bagitau pun kau orang bukannya nak join. Itulah
dulu orang ajak buat sama tak nak. Inilah natijahnya
bila golongan berilmu diketepikan

BASYIR
Dengar cakap golongan berilmu seperti kau? lagi
jahanam rasanya.

41. INT. RUMAH PAK SALIM - NIGHT

Anas dan basyir solat terawih berjemaah. basyir menjadi imam. Selesai solat selepas
mengaminkan doa mereka bersalam dan mula berbincang masalah keluarga

ANAS
Adik. Aku rasa kita solat terawih kat rumah jela
sampai habis ramadhan malu aku nak mengadap
muka orang kampung. esok aku pula imam.

BASYIR
Abah pun dingin je dengan kita. Adik risaulah abah
tak ampunkan kita. Baby ni pun bukannya nak
tolong jadi batu api lagilah

ANAS
Biarlah si baby tu. Berlagak pandai bangga sangat
setakat percubaan spm dapat 16A dah rasa diri
golongan berilmu nak suruh orang dengar cakap
dia. Tazkirah pun sindiran

BASYIR
Aku rasa kita kena sedaya upaya menawan hati
abah sambil berdoa dibulan ramadhan kot berkat
doa dimakbulkan abah terima kita balik.

ANAS

45
Kiranya kita perlu ambik peluang berdoa pada 10
malam terakhir. disitu ada lailatulqadar dan segala
doa insyaalahh dimakbulkan.

BASYIR
Lailatulqadar..ya itulah peluang terakhir kita. adik
berharap sangat

ANAS
Aku pun betul-betul tak senang duduk dengan sikap
dingin abah. aku betul-betul menyesal kali ni. Nak
keluar beli juadah berbuka pun malu

BASYIR
Sampai bila kita nak berkurung macam ni? Kalau
abah terus dingin. Macam mana raya nanti kalau
masih.

42. INT. PUSAT KARAOKE - NIGHT

Muaz sedang bersuka dengan alzubair dan zaid. Masing-masing diapit teman wanita
bertudung.

ZAID
Adooi kenyang hari ni mata dah ngantuk tak rasa
nak balik lagi ke?

MUAZ
Tidur hotel je la kita malam ni

ALZUBAIR
Tidur hotel! Banyak duit kau. Rumah murah pun
aku tak mampu bayar

MUAZ
Memang duit aku banyak pun. Abang-abang aku
bagi. Diaorang bisnes untung lebat gila bagi 2
minggu lepas sampai hari ni tak habis lagi aku
belanja.jadi jangan risau aku belanja semua tidur
hotel malam ni

46
ZAID
Tidur hotel semua sekali? gila kau tu dah
menghampiri zina. Bila dah berdua mesti ada
syaitan walaupun bulan puasa diikat. Kena tangkap
basah mampus kena terajang dengan ayah aku.
Jangan cari pasal sahabat

MUAZ
Bila masa aku suruh tidur sekali ajak buat maksiat.
Kita sewa 3 bilik. 1 bilik untuk diaorang bertiga
perempuan. 1 bilik kau orang berdua dan 1 bilik lagi
untuk aku seorang.jadi mana maksiatnya?

ALZUBAIR
Ohh bilik asing-asing. Faham-faham.

MUAZ
Apa ingat aku ni jahil sangat tak kenal dosa pahala
halal haram. ni 30 juzuk dalam dada. Ingat kita
budak sekolah pondok bukan budak pondok durian.
aku bilik sorang sebab malas tidur dengan kau
orang asyik kentot macam kat asrama.

ZAID
Manalah aku tau dah kau tak cakap.

43. INT. HOTEL - NIGHT

Tunjukan alzubair dengan zaid nyenyak tidur dalam 1 bilik. Tunjukan muaz tidur seorang
dalam bilik. kemudian dari bilik awek-awek mereka. awek zaid dengan awek alzubair
nyenyak. Awek muaz baru lepas mandi berkimono tuala keluar dari bilik air mengambil
telefonnya.

WARDAH
Alamak. Abah cal banyak kali apa hal pulak. Alah
kredit habis pula. Nazifa pinjam telefon kau
sekejap. Tidur mati pulak. Ambik jela. Ini pun
kredit dah habis. Irdina pinjam telefon kau sekejap.
Ya allah lagi sorang tidur mampus. Ambik jela.
Aduh yang ni pun kredit banyak tapi dah expired.
Alamak macam ni?

Wardah keluar dari bilik kemudian masuk bilik muaz yang tak berkunci. Muaz nyenyak
tidur berdengkur.

47
WARDAH (CONT'D)
Bi..bi. I pinjam telefon you nak cal abah i. La tidur
mati juga Hello abah. Ni wardah. Telefon kredit
habis guna telefon kawan. Wardah tak balik malam
ni tidur hotel kawan belanja. esok baliklah.

Ketika itu dua orang pegawai pencegah maksiat serbu bilik. Wardah terkejut menjerit.
Muaz tidur mati puas dikejutkan

PEGAWAI PENCEGAH MAKSIAT 1


Assalamualaikum maafkan kami puan. Kami
sedang buat operasi cegah maksiat. Sila tunjuk surat
nikah

WARDAH
Ha surat nikah. Tolonglah encik kami tak buat apa.
Kami tidur bilik berasingan saya masuk bilik ni
cuma nak pinjam telefon dia saja encik.

PEGAWAI PENCEGAH MAKSIAT 2


Ha takpe ikut kami nanti kita cerita. Yang ni buat-
buat tidur pula. Encik sila bangun

MUAZ
Bilik o.k Saya tak buat apa-apa aduan pun.

PEGAWAI PENCEGAH MAKSIAT 1


Encik kami pegawai pencegah maksiat sila bangun

MUAZ
Laa maksiat apa pulak tidur sorang-sorang dalam
bilik ni. Asal tidur hotel je maksiat

PEGAWAI PENCEGAH MAKSIAT 2


Boleh kami tahu siapa perempuan ni?

MUAZ
perempuan mana pulak. Haa!! wardah!! You buat
apa kat bilik i. allahuakbar allahuakbar!!!
(menjerit kuat)

48
44. INT. RUMAH PAK SALIM - NIGHT

Anas dengan basyir sedang bersahur dengan wajah muram. Berbaju melayu berkopiah
tasbih dileher.

BASYIR
Esok pun kita buat macam ni jela. terawih kat
rumah berdua. Bangun 3 pagi solat sunat baca
quran. Lepastu terus sahur dengan subuh

ANAS

49
Selera makan pun dah putus

Bunyi pintu dibuka kasar mereka terkejut pergi depan. Kelihatan pak salim marah sedang
membebel muaz menagis

PAK SALIM
Semua nak malukan abah.tak reti langsung nak jaga
maruah keluarga

MUAZ
Abah.. Baby minta ampun sumpah baby tak buat
abah baby terperangkap

PAK SALIM
Terperangkap dengan hasutan syaitan habis tu mana
datang budak perempuan? Jelmaan bunian toyol?

MUAZ
Kami tak ada apa-apa tu semua hubungan prosional
dari sudut kemanusiaan. Percayalah abah

PAK SALIM
Hubungan profesional sampai bawa masuk tidur
bilik hotel? Orang qiamulai tadarus kat masjid
kamu qiamulai tadarus dengan perempuan dalam
bilik bilik hotel?

MUAZ
Abah..baby belum sampai tahap terlanjur lagi
percayalah abah baby masih suci. Baby masih
teruna sunti kalau abah tak percaya kita boleh pergi
cek doktor. baby sanggup

PAK SALIM
Sudahlah.semuanya tak boleh percaya semuanya
cuma alim-alim biawak belaka.gamak Kau orang
buat abah macam ni.apalah Dosa abah baby?

45. EXT. JALAN KAMPUNG - DAY

Pak cik latif sedang menebas kebunnya tepi jalan. Kemudian abu daud menunggang
motor dengan menggalas beg golf singgah.

ABU DAUD

50
Assalamualaikum pak cik latif

PAK CIK LATIF


Walaikumsalam. Dari mana kamu ni abu daud?
baru balik menebas ke?

ABU DAUD
Baru lepas main golf dengan budak-budak kampung
kat padang tu

PAK CIK LATIF


Pagi-pagi bulan puasa main golf?

ABU DAUD
Nak keluarkan peluh. Petang sibuk nak pergi bazar
cari juadah berbuka malam beribadah. ada cerita
gempak

Kemudian pak cik mubarak lalu singgah diikuti bukhari dan jabar

PAK CIK LATIF


Haa cerita apa pulak? Ha tunggu dulu tu pak cik
mubarak dah sampai. Bukhari dengan jabar pun ada

PAK CIK MUBARAK


Hai rancak cerita apa?

ABU DAUD
Lagi sorang anak salim mawla buat hal. Semalam
muaz kena tangkap khalwat kat hotel di bandar

PAK CIK MUBARAK


Masyallah apa nak jadila taktau

PAK CIK LATIF


Nauzubillahminzalik. Lepas ni confirm masak
bubur berdualah kita bukhari dengan jabar jom
tolong

JABAR
Insyaallah. Mengenai apa yang berlaku pada anak-
anak salim mawla bukan salahnya lagi. iman tidak
dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa.
Jazakallah

51
46. EXT. RUMAH PAK SALIM - MORNING

Muaz duduk termenung dibelakang rumah. anas dan basyir datang menyindir ketawa
terbahak-bahak. Muaz naik berang

BASYIR
Hai jauh termenung fikir apa? Tengah fikir tajuk
tazkirah ramadhan untuk malam ni ke?

ANAS
Malam ni program qiamulai tadarus kat hotel mana?
Boleh nak join sama

MUAZ
Kau orang jangan nak samakan aku dengan kau
orang la. Sekurangnya aku tak guna duit abah
menipu buat bisnes haram. Aku cuma keluar
berhibur tapi masih berlandaskan syariat. Cuma aku
terperangkap ja

ANAS
Berlandaskan syariat konon. Aku yang dulu kau
kata kaut untung dari bisnes haram pun tak pernah
bawa perempuan masuk hotel. niat nak bayar lagi
zakat perniagaan.Cuma apa yang aku buat disalah
erti

BASYIR
Program imarah ramadhan merata masjid ya. Lepas
ni boleh kau pergi ketuk gendang masjid lepas
terawih masa moreh. Lepas tu berkompang 4 pagi
keliling kampung kejut orang kampung bangun
sahur dapat pahala

ANAS
Confirm tok imam kampung kita haji mat jidin tak
marah punya

BASYIR
Bangga sangat dengan kau punya percubaan spm
16A ye. kononnya semua hukum tafsir hadith kau
tahu dalam kepala saja. Tu baru percubaan allah nak
uji kau.Kalau yang betul taktaulah macam mana

ANAS
Yang aku heran sangat tu macam mana boleh
qiamulai sampai masuk blik hotel? luar batasan
pemikiranku

52
47. EXT. RUMAH MAK TEH - DAY

Di laman.Mak teh memotong serai sambil membebel mengenai anas basyir muaz. Pak
salim berwajah sedih. Zuhairah keluar tanya buat terkejut kena marah dihalau masuk oleh
mak teh

MAK TEH
Taktaulah apa nak jadi budak-budak bertuah
ni.lepas Sorang sorang buat hal malukan kita dapat
memang nahas

PAK SALIM
Rasa betul-betul dah down kali ni tak tahu nak
sorok mana lagi dah muka kalau boleh buat bedah
plastik tukar wajah memang buat punya

MAK TEH
Seorang jual makan untuk tak puasa seorang jadi
pemborong mercun seorang lagi konon fokus
ibadah. Ibadah dalam bilik hotel dengan
perempuan.herannya tu dah tau kaki pembohong
pemalas nak juga budak perempuan tu sayang ikut
dia sampai masuk hotel. Dah tu macam mana?

Zuhairah muncul depan pintu buat konon terkejut

ZUHAIRAH
La ye ke pak ngah muaz kena tangkap khalwat kat
hotel? Bila dimana dengan siapa?

MAK TEH
Nak menyibuk juga baik kau masuk kalau tak aku
cili mulut kau

ZUHAIRAH
Alah mak ni orang kesiankan kat pak ngah
tu.sabarlah Pak ngah jangan sedih macam ni lagipun
diaorang baru ditangkap belum bicara lagi belum
tentu salah ke tidak kita kena bersangka baik fikir
positif

MAK TEH
Kau tak payah nak jadi pakar motivasi ke
peguambela ke. baik pergi masuk sekarang sebelum
aku menyirap sempat lagi nak bela nak ajar

53
kita.memangla belum bicara tapi orang sekeliling
bukan peduli semua tu malu kena tanggung dulu

48. NT. MASJID - DAY

Pak salim menunggang coper memasuki perkarangan masjid. Selepas letak motor
membawa beg dan makanan masuk dalam masjid menanti waktu berbuka seorang jemaah
menegurnya (soleh bekas pekerja anas yang sudah berubah)

SOLEH
Assalamualaikum

PAK SALIM
Walaikumsalam

SOLEH
Tak pernah nampak pun. Memang bukan orang sini
kan?

PAK SALIM
Ya. Saya musafir singgah masjid sini kejap nak
tumpang berbuka puasa dan solat magrib terus
terawih lepastu terus perjalanan

SOLEH
Oh musafir. Apa salahnya masjid ni rumah allah
untuk semua umat islam. Kalau nak berbuka puasa
bolehla kita berbuka bersama

PAK SALIM
Ha elok benar la tu. Saudara orang sini ke?

SOLEH
Ya saya orang sini.nama Saya soleh. Pak cik?

PAK SALIM
Salim mawla.panggil Pakcik salim. Soleh ni ajk
masjid ke?

SOLEH
Eh taklah.cuma Anak khariah sini saja.saya Rasa
bertanggungjawab untuk berbuka puasa dimasjid
kerana tak mahu masjid kosong waktu magrib bila
ramadhan

54
PAK SALIM
Ha eloklah macam tu memang tanggunjawab kita
pun sebagai anak khariah masjid

SOLEH
Dah dekat waktu berbuka. Kita buka makanan dulu
nanti solat jemaah.

49. INT. RUMAH PAK SALIM - NIGHT

Mereka tiga beradik baru selesai solat isyak berjemaah. muaz memberi tazkirah
ramadhan sebelum solat terawih berjemaah

MUAZ
Ramadhan adalah satu-satunya bulan yang disebut
di dalam al-Quran. Di dalamnya diturunkan al-
Quran. Di dalamnya dimenangkan 313 tentera
Badar. Di dalamnya ada malam yang lebih baik
daripada seribu bulan.

ANAS
Semoga kita memperolehinya untuk ramadhan kali
ini

BASYIR
Insyallah.jadi masalah kita macam mana
penyelesaianya. Abah gagal dihubungi.call tak
dapat sms tak balas. aduh macam mana ni

MUAZ
Ambik ipad tu.Cuba try online tengok dengan
facebook dia lokasi kat mana lepas tu tweet dengan
inbox dia ajak balik

BASYIR
Alamak abah dah block facebook dengan twitter
aku macam mana

MUAZ
Bak sini login aku pula.aduh aku pun kena block
juga.cuba try login akaun abang pula

ANAS
Bak sini nak try.laa Aku pun kena block juga habis
semua diblocknya habis kita kali ni. Macam mana
ya

55
BASYIR
Dah tu nak berhubung macam mana? Malam ni
bangun solat hajat minta petunjuk. Dah jom solat
terawih baby kau jela imam.abang Bilal

ANAS
subhanal malikil maqbud subhanal malikil maqbud
subhanal malikil maqbud.

50. INT. RUMAH PAK SALIM - NIGHT

Jam pukul 8.30 malam. Anas basyir muaz berbaju melayu berkopiah nyenyak tidur
diruang tamu. anas terjaga terkejut tengok jam

ANAS
Haaa!!! Dah pukul 8.30 malam. Masyaallah
allahhuakbar allahhuakbar subhanallah. Adik baby
bangun sahur. Eh sahur pula berbuka. Hey cepatlah
bangun magrib dah nak habis ni nanti isyak pula

MUAZ
Dah azan masuk waktu ke?

ANAS
Dah masuk waktu apa dah nak habis waktu dah.
Cepatlah bangun

MUAZ
Setakat lewat 2 ke 3 minit takpe jangan sengaja
lenggahkan berbuka dah pukul berapa jam?

ANAS
8.30 Malam

MUAZ
Haaa!! 8.30 Nape tak kejut tadi aduh. Wei adik
bangunlah buka dah lewat ni kau nak terus sahur
ke?

BASYIR
Haa jomla berbuka. Pegi buka kurma tu dulu
sementara tunggu azan

56
ANAS
Azan apanya dah nak azan isyak dah 8.30
Malam.seronok sangat tidor

BASYIR
Laa kenapa tak alarm tadi kau tak dengar ke azan
aku tidur sekejap je penat buat kerja yang kau orang
ikut buat apa menyusahkan betul

ANAS
Cepat-cepat berbuka dah suntuk kejap lagi nak
isyak dengan terawih

MUAZ
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian

51. INT. RUMAH PAK SALIM - NIGHT

Jam 3.30 Pagi. Anas basyir muaz nyenyak tidur diruang tamu. Jam loceng berdering
serentak dengan alarm 3 henfon mereka.

BASYIR
Dah 3.30 Pagi aduh rasa macam berapa minit ja
tidur. Abah tak balik lagi ke? Hey abang baby
bangunlah dah 3.30 Pagi

ANAS
Ye ke dah berbunyi ke alarm?

BASYIR
Tu bunyi apa kau tak dengar ke?

ANAS
La ye ke tak perasan pulak. Ingat tak mahu tidur
nak terus baca quran ja tapi sunat kena tidur juga
sekejap. Dah tidur ginilah jadinya berat betul nak
bangun. Wei baby bangunlah kata nak solat sunat

MUAZ
Ada tak apa-apa tanda berlaku lailatulqadar malam
ni.

BASYIR

57
Nak tanda apanya semua tidur mati dahlah cepat
bangun pergi ambik wudhuk tak payah nak
terhegeh-hegeh

MUAZ
Ye la tanda seperti pokok tunduk atau sujud, ikan di
laut bergelimpangan di atas tanah, air sungai
berhenti mengalir, malam yang sangat tenang dan
sebagainya.

ANAS
Ya allah..baby rumah kita beribu batu jauh dari
laut.memangla benar tanda tu semua takkan nak
pergi periksa semua tu sekarang kot. Tak payah
fikir tanda tu jom cepat buat kejap lagi nak sahur
lagi

MUAZ
Kau orang pergi ambik wudhuk dulu kejap lagi aku
sampai. Takpa aku jadi imam nanti. Arrgh
ngatuknya nak buat baik bukan main banyak lagi
setan

52. INT. RUMAH PAK SALIM - DAY

Mereka berkumpul di ruang tamu memecah tabung masing-masing untuk membeli


keperluan raya. Anas tabung ayam muaz tabung tembikai basyir tabung buluh

ANAS
adik kau senarai keperluan raya yang aku sebut
kejap lagi dengan bajet sekali. Baby kau pula kira
semua berapa jumlah duit tu

BASYIR
Dah habis kira duit tu pergi tukar kat kedai. kita
kena buat bajet bagi ngam dengan dana yang ada

ANAS
Yang wajib ada set baju melayu dengan sampin
untuk kita 4 orang sekeluarga sekali dengan kasut.
Langsir rumah kena tukar.cat Rumah 2 tin. juadah
raya lemang ketupat

BASYIR

58
Baju melayu aku nak warna oren saiz m.abah Punya
pink saiz L

MUAZ
Kuih raya tak nak beli ke?

ANAS
Kuih kita borong malam raya jela murah sikit dana
pun sikit je. Ha! Duit raya untuk budak-budak

BASYIR
Arrgh tak payah bagi duit rayalah dekat budak-
budak.diaorang Datang jamu makan jela tak cukup
bajet nak bagi.kalau Sorang 10 sen boleh.

ANAS
Kuih raya tak payah beli kita buat sendiri sebab nak
ambik berkat sentuhan air tangan kita untuk bagi
abah makan pagi raya.seperti suami Seeloknya
merasakan sentuhan air tangan isteri.anak-anak
Merasa sentuhan air tangan ibu sebagai pengikat
kasih.dalam Kes kita ni lain situasinya.ha!tulis
bahan yang nak beli untuk buat kuih raya iaitu
Tepung pulut seguni.planta 20 kilo

53. EXT. BANDAR RAYA - DAY

Muaz sedang bershoping raya dibandar ditemani zuhairah. Masing-masing membawa beg
plastik besar.

MUAZ
Baju aku dengan abah aku sudah.jom Kita cari baju
untuk abang anas dengan abang basyir pula lepastu
beli langsir dengan kain meja

ZUHAIRAH
Borong semua satu colour kan senang menyusahkan
betullah nak warna ikut pilihan masing-
masing.confirm Ke pak ngah nak baju melayu pink

MUAZ
Satu warna?apa daa ingat kumpulan
marhaban.kompang Rumah kenduri ke?

59
ZUHAIRAH
Nape tak ajak awek kau saja teman shoping
romantik sikit mungkin lagi pandai memilih untuk
bakal pak mentua sebelum jadi menantu kannn

MUAZ
Haish apa ke situ pula.tu Semua maksiat
menghampiri zina nak lagi bulan puasa tak manis
orang tengok dalam islam pun ada adab bercinta

ZUHAIRAH
Abang anas dengan abang basyir apa tugas mereka?
buat dodol,rendang?

MUAZ
Abang anas cat rumah buat lemang dodol.abang
Basyir buat ketupat rendang.kuih Raya sama-sama
buat

ZUHAIRAH
Wow dasyatnya kau orang 3 beradik walaupun
takda mak reti buat semua

MUAZ
Apesal ingat perempuan je reti buat semua tu?
sentuhan lelaki lagi sedap

ZUHAIRAH
kiranya pak ngah dah turunkan kat kauorangla
resipi dia semua wow mesti sedap tak sabar aku nak
rasa

54. I/E. RUMAH PAK SALIM - DAY

Anas sedang mengecat rumah sambil berbual dengan basyir yang sedang buat sarang
ketupat di dalam rumah.mereka Memasang lagu raya volume tinggi - wings - joget hari
kemenangan

ANAS
Adik dah banyak ke sarang ketupat yang kau dah
siapkan?

BASYIR
Satu pun tak siap lagi?

60
ANAS
Habistu kau buat apa lama sangat duduk saja?agak-
agakla. Aku dah nak habis cat rumah.masuk Hutan
cari daun palas daun buluh batang buluh kau kata
nak buat lemang ketupat daun palas ketupat daun
buluh

BASYIR
Duduk saja apanya. dari tadi aku try buat follow
artikel ni yang kau print dari internet semalam.tapi
Tak jadi-jadi juga apesal

ANAS
Buat betul-betulla dengan penuh kesabaran
keikhlasan ketaqwaan kau buat main-main tak
ikhlas memangla

BASYIR
Main-main apa pulak?pandai je nak tuduh tak
ikhlas.sini Kita tukar tugas.aku Nak tengok kuih
raya kau buat dengan penuh ikhlas sedap tak

ANAS
Kuih raya.tunggu Muaz balik kita pergi rumah
makteh minta resipi kuih raya makteh memang
sedap. Setakat lemang ketupat semua orang buat
rasa sama saja. Chef sekalipun

BASYIR
Minta resipi makteh nanti dia tanya jenuh jawap.tau
hal sebenar pekak telinga kena maki.minta Jela
resipi dengan zuhairah lagi senang.

ANAS
Budak tu reti apa.buat Cekodok pun keras macam
guli tak sedap lagi tu

55. INT. RUMAH MAK TEH - DAY

Anas basyir dan muaz minta resipi dari makteh. Makteh berpura tidak tahu setelah dijelas
mereka dimarah teruk

MAK TEH

61
Kenapa tak beli saja beriya nak buat?setahu makteh
kau orang bertiga pemalas dalam badan tu dah
sebati mengalir darah malas

MUAZ
Kami nak abah rasa sentuhan air tangan kami
sempena lebaran untuk jernihkan balik hubungan
kami

MAK TEH
Jernihkan balik ni mesti ada sesuatu.baik Kau orang
cerita apa dah jadi mana abah kau orang?

BASYIR
Sebenarnya sebenarnya

MAK TEH
Sebenarnya apa?sebenarnya nak tipu?

ANAS
Sebenarnya kami dah kecewakan abah. Abah dah
merajuk dengan kami.abah bagi modal saya dengan
basyir berniaga.saya Buka gerai dalam hutan untuk
orang tak puasa.basyir Jual mercun kena
tangkap.muaz kata qiamulai kat masjid tapi kena
khalwat kat hotel.kami Teraniaya

MAK TEH
Apa!!masyaallah apa nak jadi dengan kau bertiga
ni.kalau tahu Gini rupa kecik dulu lepas mak kau
orang meninggal aku bagi kat orang ja. Patutlah
status Twitter facebook abah kau orang pun makteh
tengok lain macam ja asyik luahan sayu

ZUHAIRAH
Mak janganlah marah kesian diaorang

MAK TEH
Tak payah nak kesian dengan orang macam ni.suka
Memalukan bapa dahla pemalas kuat membohong
geram betul aku rasa macam nak cekik-cekik saja

56. INT. RUMAH MAK TEH - DAY

62
Anas,bsyir dan muaz sedang menyalin resipi sambil menangis menahan telinga dimarah
teruk oleh mak teh.

MAK TEH
Tak payah nak menangis.kecik-kecik Dimanja
sekali tak pernah kena piat telinga. Main besar
melampau. Kalau aku yang bela kau orang memang
teruk kena libas hari-hari.

ANAS
Ya makteh kami ngaku kami salah

MAK TEH
Kau orang ni sebenarnya padan duduk dengan mak
tiri je macam cerita indonesia tu baru reti. ambik
sorang 5 resipi biskut raya tak jadi memang nahas
kauorang aku sumbat dalam mulut sampai muntah

BASYIR
5 banyaknya mana sempat.5 Darab 3. 15 jenis
biskut raya.buat Apa banyak-banyak bukannya nak
berniaga sorang satu cukupla

MAK TEH
Menjawab-menjawab!tak Habis-habis dengan
sindrom malas kauorang tu. Ha tulis cepat bahan-
bahan dulu untuk beli sekaligus.biar banyak jenis
bila abah kau tengok baru nampak anak-anaknya
dah rajin

ZUHAIRAH
Issh muaz tak payahlah nangis tulislah yang mak
aku cakap tadi

MAK TEH
Ni la sorang tak habis lagi nangis tulis..tulis cepat
tepung jagung 10 bungkus.mentega.planta.telur 5
papan.badam 5 kilo.serbuk Coklat. esen Vanila.susu
Cair 20 tin.buah Chery.gula Kastor.tepung Casted.
Tepung penaik.tepung Suji.pewarna

ANAS
Tepung apa tadi? tepung pulut?

Mak teh menjeling tajam.zuhairah membisik kepada anas

63
57. INT. RUMAH PAK SALIM - NIGHT

Selesai solat terawih selepas melipat sejadah mereka bergegas ke dapur. Muaz
mengeluarkan oven dan blender.basyir Mengeluarkan semua bahan.anas Meneliti resipi

ANAS
Banyaknya resipi kuih raya mak teh bagi.tertiarap
Kita nak buat semua. Minta sikit ja dibaginya
macam nak suruh berniaga.kita nak buat untuk abah
ja sekadar menambat hati tapi

MUAZ
Tapi bagi macam dera ja. Mentang-mentangla kita
ni anak yatim takda mak.gamak betul dia Buat
macam ni

BASYIR
Kot bila tahu kita buat silap nak nasihat dengan
penuh kasih sayang ke ini tidak dimarah sepuasnya.
Kita jadi macam ni sebab kurang kasih dari mak dia
kena faham

ANAS
Dahla takda mak.ingat Ada mak sedara kot boleh
tumpang bermanja ini dihambur marah macam anak
tiri

MUAZ
Macamnilah nasib anak yatim

BASYIR
Abang! Kau bancuh tepung casted dengan semua
bahan.nanti Biar aku masuk dalam acuan dengan
letak hiasan.baby Kau masuk dalam oven jaga
sampai masak.sementara Tu kau pukul telor dulu.

ANAS
Nak bancuh macam mana? aku mana tau

BASYIR
Ikut jela step by step resipi yang makteh bagi tu.kau
salin ke tak? Ke tak faham tulisan sendiri yang
buruk.baby Kau buka semua susu mantega planta
tepung.kita Nak mula buat biskut raya yang mana
dulu?

MUAZ
Yang ni dulu biskut bunga cina

64
58. I/E. RUMAH MAK TEH - NIGHT

Mak teh dan zuhairah lengkap bertelengkung balik dari terawih tiba depan rumah.mak
Teh masih membebel perihal mereka

MAK TEH
Hissh geram betul aku dengan budak bertiga
ni.meluap-luap lagi rasa marah.ikutkan Hati
memang nahas. Gamak dibuatnya bapanya
macamtu dahtu berani pula datang rumah minta
resipi kuih raya nak buat kuih raya nak pujuk hati
bapa

ZUHAIRAH
Laa tak habis lagi mak ni marah abang anas abang
basyir dengan muaz sudah-sudahlah tu mak. Kan
kita baru je balik terawih japgi nak buat kuih raya
lagi.lagi Seminggu nak raya takkan nak marah lagi

MAK TEH
Dah tu? Nak dibelai manja 3 budak bertuah tu?
sebab Terlebih dibelai dengan pak ngah kaulah tiga-
tiga orang jadi macam tu lemak berkati

Mereka masuk rumah menanggalkan telengkung makteh mengambil ipad online.zuhairah


Mengambil langsir untuk dijahit

ZUHAIRAH
Mak online sekejap je tau.japgi Zuhairah nak online
pula.baru Sambung jahit langsir ni

MAK TEH
Arrgh sibuklah kau.mak Nak pujuk pak ngah kau ni
sekejap.japgi Kita sama-sama buat buat kuih
raya.kau Cuba fikir pak ngah kau hantar tiga-tiga
orang masuk sekolah agama dengan harapan nak
jadi usahawan muslim tapi membohong je kejanya

ZUHAIRAH
Kita kena fikir juga mereka kurang kasih sayang
seorang ibu dari kecik

MAK TEH
Tu dari kecik.sekarang Dah besar panjang.takkan
semua nak ajar lagi nak pantau setiap masa jenuhla

65
59. INT. RUMAH PAK SALIM - NIGHT

Jam 4 pagi.mereka Masih buat kuih raya dan nampak letih. Anas membentuk kuih
dengan acuan begitu teliti.muaz Meletakkan hiasan dengan teliti.basyir Memeriksa kuih
dalam oven

MUAZ
Kau buat kuih apa ni abang? Kecik besar kecik
besar.betul-betullah

ANAS
Dah buat manual pakai tangan memangla.bukannya
Guna mesin kat kilang.nak Tepat ambik pembaris
ukur.banyak Cekadak kau mengalahkan makk teh
pula.ni Ikut perangai mak teh la ni.banyak Songeh
banyak peel

MUAZ
Hai satu perkara aku tegur.kau hurai sampai 3
perengan.

ANAS
Ye la orang dah penat kau lagi mau cakap
banyak.kita buat bukanya nak jual cuma nak
sentuhan air tangan kita ja untuk bagi abah makan
pagi raya.bentuk Elok pun bukannya nak buat
hiasan nak telan masuk perut

BASYIR
Wei dahla tu.kita Stop dulu jom sahur.esok lepas
solat subuh tidur esok sambung balik buat ni

MUAZ
Awal lagilah nak sahur baru pukul 4 sahur elok
dilewatkan berbuka elok disegerakan jadi kita rehat
dulu tidur sejam pukul 5 sahur orait?

ANAS
Orait juga kita caj badan jap dah lemah ni.bagi
Bertenaga sikit

BASYIR

66
Apapun alarm dulu henfon masing-masing kot
terbabas tidur.ingat Niat puasa sebelum tidur.

Mereka Berbaring di dapur dan terus lelap.pak salim pulang menukar pakaian keluar
semula tanpa mempedulikan mereka tidur

60. INT. RUMAH PAK SALIM - MORNING

Pagi sudah cerah ayam berkokok. Basyir terjaga mengeliat penuh semangat untuk
sahur.tengok Hari sudah cerah basyir terkejut melompat mengejutkan anas dan muaz

BASYIR
Baby baby hey baby bangunlah sahur. Baby kau
pergi bancuh air dulu

MUAZ
Tak payah nak bancuh airlah.minum Jela laicikang
dengan air tebu yang dalam peti ais tu.kau
Keluarkan kuih-kuih dalam peti ais tu. Abang abang
abang bangun sahur cepatlah

ANAS
Baby kau pergi panaskan lauk dan senduk semua
nasi dalam pinggan

BASYIR
Haa!!! Masyaallah masyaallah wei bangun dah
pukul 8 lah nak sahur apa. aduh Terbabas lagi harini

ANAS
Ha!! Pukul 8! Kenapa tak kejut tadi kata nak
bangun sahur pukul 5. Sahur apa pukul 8 tak boleh
harapla

MUAZ
Kau orang tak set alarm ke ha?

ANAS
Dah set tapi tak bunyi

MUAZ
Bak sini tengok.kau Set pm pukul 8 malam nantilah
baru bunyi.kau Pula pergi silent.aku Punya bateri
habis terlupa nak cas

67
BASYIR
Nak cerita apa lagi dah.jom Solat subuh
cepat.banyak Lagi kerja nak setle hari ni aduh
laparnya.

ANAS
Aduh ada saja nak spoil program. Macamnilah
hidup anak yatim tak terurus.ada Mak sedara pun
tak boleh harap.kot nak jenguk ambik berat ke tanya
dah makan ke belum.

61. INT. RUMAH PAK SALIM - DAY

Muaz memasukan kuih dalam oven.basyir Meletak hiasan atas kuih.anas menggadun
tepung.mak Ngah datang dengan zuhairah

MAK TEH
Assalamualaikum assalamualaikum

BASYIR
Ha! Macam kenal ja suara tu.ahhh sudah apa lagi
dia nak datang sini walaikumsalam kejap-
kejap.muaz pergi buka pintu

Muaz keluar kemudian datang bersama mak teh dan zuhairah

MAK TEH
Haa budak-budak macam mana kuih menjadi ke
tak?mak Teh saja datang nak pantau tengok kau
buat jadi ke

ZUHAIRAH
Wahh cayalah abang basyir pandai buat letak hiasan
atas kuih.abang Anas pun nampak yakin je gaul
tepung.mesti Sedap ni kan mak

Mak teh serius.memeriksa Kuih kemudian menampar tangan anas dan memulas telinga
basyir sambil berleter.muaz sudah muram

MAK TEH
Sedap apa.tengok Pun dah tak sedap ni apa kecik
besar kecik besar ini pula keras macam guli kuih
apa kau orang buat ni ha budak-budak?

68
ZUHAIRAH
Issh apalah mak ni diaorang kan baru belajar.mak
Ni dengan anak sedara sendiri berkira.takpalah Mak
pergilah balik biar zuhairah tolong diaorang buat
semua biskut raya ni

MAK TEH
Amboi kau nak menghalau aku balik pula.habistu
Kerja kat rumah sapa tolong aku.biar belajar
berdikari

ZUHAIRAH
Nanti Lepas berbuka zuhairah baliklah Mak
kesianlah diaorang nikan anak yatim

62. INT. HOTEL - DAY

Coffe house hotel. Pak salim duduk menanti waktu berbuka.di Meja terhidang pelbagai
juadah. Pak salim membuka ipad dari beg.dilihatnya Makteh banyak tweet memujuknya.
berbunyi

"abang salim merajuk lagi ke? Tak mau tak mau.saya Dah beri tazkirah kepada mereka"

Pak salim membalas

"bukan soal rajuk hati tapi mencari dimana silap diri"

Telefon pak salim berdering mak teh call

PAK SALIM
Hello walaikumsalam.kau Tak payah risaulah abang
selamat.aku Hotel tunggu waktu berbuka

MAK TEH
Wow dasyatnya merajuk sampai buka kat
hotel.sabarlah Abang salim

PAK SALIM
Bukan nak berlagak buka kat hotel. Buka kat gerai
orang kenal rasa Malu.buka kat masjid orang tanya
mengaku musafir rasa macam berdosa pula

69
menipu.jadi buka kat hotel takda sapa nak tanya dan
kenal

MAK TEH
Abang..kesianlah budak-budak tu bersungguh-
sungguh nak berubah nak tawan hati abang.saya
Pun dah bagi tazkirah kat diaorang untuk cuci
minda.nampak Seakan sudah insaf

PAK SALIM
Bukannya buang terus budak-budak tu macam batu
belah batu bertakup tapi abang tak dapat terima apa
yang berlaku.umum Tahu perihal mereka mana
abang nak sorok muka.takkan Nak buat sidang
media kat balai raya kampung tu publisiti murahan

MAK TEH
Tak perlulah buat semua tu. Umum tahu bagaimana
abang mendidik mereka.tak Mau la merajuk dekat
nak raya ni tak mau tak mau tak mau.

63. EXT. BAZAR RAMADHAN - DAY

Muaz berjalan membawa makanan yang dibeli menuju ke kereta volvo pak salim.selepas
meletak makanan dalam kereta ketika hendak masuk jabar dan bukhari datang menegur.

JABAR
Assalamualaikum ya sahabat

MUAZ
Walaikumsalam

BUKHARI
Alhamdulillah kau dah banyak berubah.seronok
Aku tengok.bapa Kau apa khabar lama aku tak
nampak

MUAZ
Dia o.k Sihat ja

JABAR
Alhamdulillah eloklah kalau macam tu. Ramadhan
yang ada ni sama-samalah kita ambik kesempatan
berdoa agar semuanya kembali jernih

70
BUKHARI
Yang baik tu dari allah yang buruk dari kita sama-
samalah muhasabah

Abu daud tiba-tiba muncul buat lawak bodoh.muaz Meradang

ABU DAUD
Wei muaz lama aku tak nampak kau sekali dengan
bapa dan abang-abang kau. Kau orang sekeluarga
beriktikaf kat rumah ke sekarang

MUAZ
Memang cari nahas dengan akulah kau ni. Sini kau
beradu kejantanan

BUKHARI
Weh weh muaz bawa bersabar ingat allah.muaz
ingat kita puasa nanti habis semua pahala.jom
Berwudhuk

MUAZ
Nak berwudhuk nak sembahyang apa? Aku dah
solat asar kat rumah tadi

BUKHARI
Wudhuk untuk memadam api kemarahan marah
adalah api lawannya air.

64. I/E. RUMAH PAK SALIM - DAY

Anas,basyir dan muaz sibuk buat kuih raya.kemudian Zuhairah datang seorang
menunggang motor

ANAS
laa Macam kenal je bunyi motor tu jom tengok
berdebar rasa hati

MUAZ
Laa kau rupanya ingat mak kau nak datang buat
pemantauan lagi

ZUHAIRAH
Wei macamna kauorang punya biskut raya banyak
ke yang dah siap

71
BASYIR
Biskut dahlia biskut susu mentega biskut casablanca
delight biskut coklat parcel biskut tart bunga biskut
tart coklat dah siap

ZUHAIRAH
Ada lagi 10 jenis nak buat nak cukupkan 15 sempat
ke?

MUAZ
Kalau mak kau tak menyibuk sempatla tapi masalah
persiapan dah buat bapa kitaorang masih dingin
dengan kitaorang balik rumah tukar baju je

BASYIR
Kalau dah macamtu nak raya macamna memang tak
beraya kitaorang kalini raya tak berbapala kitaorang
nanti

ANAS
Rasa dah macam yatim piatu sebatang kara.ingat
kalau macamni juga last ramadhan nak pergi
tumpang beraya rumah anak yatim ja.terpaksalah
ada mak sedara pun tak sayang anak sedara sendiri
nak buat macamna

ZUHAIRAH
Janganlah buat cerita sedih dekat raya ni.mak aku tu
sayang kat kauorang.cuma tak tunjuk je.jangan
putus asa usaha la lagi.aku Janji tolong kauorang
pujuk pak ngah biasala orang tua jiwa sensetif.

65. INT. BILIK HOTEL - NIGHT

Pak salim lengkap berjubah pulang dari terawih masuk bilik terus duduk termenung atas
katil kemudian mengambil ipad pak salim login twitter dilihat zuhairah tweet

Zuhairah - hi pakngah mana menghilang rindulah

Pak salim membalas - saja bawa diri cari ketenangan

Zuhairah - janganlah macamni sedih kami semua

Pak salim - pak ngah bukan pergi terus nanti baliklah

72
Zuhairah - bila nak balik raya dah dekat kesian abang anas abang basyir muaz kalau pak
ngah tak balik raya tak berbapa la diaorang

Pak salim - entahla bila nak balik.raya Pun rasa dah macam takda makna lagi dah kosong
hidup ni

Zuhairah - kosong najwa latif? Kosong kosong

Pak salim - mana pak ngah kenal semua tu.ni Kamu online sakan mak tak marah ke

Zuhairah - mak dah tido dia guna komputer je mana reti ipad

Pak salim - kamu tak tolong mak buat kuih raya

Zuhairah - memang dipaksa pun.pak Ngah kita ada sesuatu untuk pak ngah

Pak salim - apa dia?

Zuhairah - sekejap. Pak ngah loginla keek tengok ada sesuatu kita bagi untuk pak ngah

Pak salim login keek lihat video ucapan raya zuhairah

ZUHAIRAH
Hai pak ngah sayang. Jauhnya membawa diri kesian
zuhairah disini rindukan pak ngah raya nanti balik
tau zuhairah tunggu kalau pak ngah tak balik
zuhairah pun tak mau raya pak ngah jangan merajuk
ye tak mo tak mo.selamat malam pak ngah nanti
bangun sahur ye sayangggg psk ngah muahhh
muahhh muahhh

Pak salim sendirian selepas menyaksikan video itu terhibur hatinya. Pak salim merenung
jauh di jendela

66. I/E. RUMAH PAK SALIM - NIGHT

Establish rumah pak salim ceria. Zoom in dalam rumah.diluar anas menjaga lemang
dodol.basyir masak rendang ketupat di dapur.muaz Memasukan kuih dalam bekas di
ruang tamu.

MUAZ
Wei kauorang tak nak try ke baju raya.wei Jomla try
baju raya ni

Basyir dengan anas datang

73
BASYIR
Baju aku ni kau pilih ke zuhairah yang pilih.abang
Pergi ambik kamera Kita snap dulu 2 ke 3 keping
photo

MUAZ
Baju aku dengan abah aku yang pilih baju kau
orang zuhairah yang pilih. Kalau labuh lipat
jela.adik japgi kau strika semua baju dengan sampin

ANAS
Esok jela strika nak try apanya kau kata semua saiz
kau beli ngam dengan warna pilihan aku nak tunggu
abah balik nak try sekali baru syok rasmi sama-
sama

MUAZ
Rumah orang lain juadah ada buat sendiri ada
tempah.kita Semua buat sendiri sentuhan anak
teruna abah kira kitalah paling gempak cuma langsir
dengan baju je beli

BASYIR
Kau tak payah nak excited sangatlah baby.buatnya
Abah tak balik malam raya ni.pagi esok kemas beg
baju Confirm tok ketua pak saleh nanyan datang
ambik kita naik van hantar ke rumah anak yatim
kita mana ada sedara mara lagi dah

MUAZ
Adik kau janganlah fikir macam tu. Usaha sudah
doa sudah selebihnya tawakal jela.masa Masih ada
malam ni kita tunggu sampai esok pagi raya.dahla
tu sinilah wei try. Usaha sudah doa sudah tawakal
jela

67. INT. MASJID - NIGHT

Pak salim sedang bersiap untuk bertakbir raya bersama pak cik latif dan pak cik
mubarak.kemudian Umair,habib dan abu daud datang untuk bertakbir bersama

PAK CIK LATIF

74
Laa salim mawla ya ala ya ala lama aku tak nampak
kau mana kau pergi.

PAK CIK MUBARAK


Syukur kau ada kalau Takde kami berdua jela takbir
raya malam ni

PAK SALIM
Kemana pun aku pergi aku tak lupa runtin kita
setiap malam lebaran ha tu umair habib abu daud
pun ada bolehla join kita takbir sama.

PAK CIK LATIF


Bagus juga kau orang ada

PAK SALIM
Tadi aku ada ajak budak bukhari dengan jabar tu
ikut kita takbir raya malam ni tak datang pulak

PAK CIK MUBARAK


Bukhari jabar! Heemh.mungkin Masjid kampung
lain jemput diaorang bertakbir kot sebab diaorang
kan suara sedap vokal tinggi dari perut

UMAIR
Tapi memang pun dulu kan dia orang juara
pertandingan azan kat asrama juara berzanji tilawah
quran

PAK CIK LATIF


Sayang tak sempat masuk tilawah sebelum
ramadhan hari tu sebab tok imam haji mat jidin tak
calonkan diaorang.

PAK CIK MUBARAK


Lepastu keja marhaban kat rumah orang kahwin
sebelum jadi pengarut.dah jom mula takbir

PAK SALIM
Allahh huakabar allahhu akbar laaillah haailallah
wallah huaabar allahh huakbar wallillahhilham

68. I/E. RUMAH PAK SALIM - NIGHT

75
Anas memeriksa beberapa lemang yang masih dibakar. Kemudian basyir keluar. Muaz
juga keluar sambil mencuci bekas kuih.

BASYIR
Abang lambat lagilah nak tunggu ketupat dengan
rendang tu masak lemang pun lambat lagi ke?

ANAS
Lebih kurang sejam lagi masaklah baby tu dah siap
ke keja dia senyap je.berapa Ratus balang kuih dia
isi ke dah sedap tidur dengan baju raya

MUAZ
Tidur apa pula.banyak lagi nak masukan dalam
bekas.lambat Sebab susun dengan elok bukan main
sumbat

BASYIR
Apa lagi yang tak settle.ais Batu dah buat.langsir
Dah pasang sarung kusyen dah tukar.ha Duit raya
untuk budak-budak tak isi lagi.

ANAS
Muktamad duit raya untuk budak-budak 10sen je
sorang. Untuk budak besar tu yang dah tolong kita
special sikit extravaganza rm5 saja

MUAZ
Nanti semua dah masak masuk dalam bekas kita
bagi sikit dekat jiran

ANAS
Tak payah sibuk nak bagi kat orang. rumah orang
lain semua lengkap ada sebab diaorang ada mak.
kita ni yatim nestapa semua kena buat sendiri bukan
anak muhamad yatim mustafa.mak Sedara tolong
pun tak ikhlas anggap macam anak tiri ja

BASYIR
O.k o.k. Kalau ya pun kita hantar sikit untuk
bukhari dengan jabar kesian diaorang keluarga dah
sisih

Terdengar suara takbir pak salim dari masjid dengan sayu. Mereka terdiam dan tersentuh
hati. Tanpa berfikir panjang mereka terus pergi masjid naik kereta sambil menangis.

76
69. EXT. MASJID - NIGHT

Anas,basyir dan muaz tiba di masjid. Anas dengan basyir mahu terus serbu masuk masjid
peluk bapa mereka.Muaz mencadangkan agar tunggu diluar saja sampai habis mereka
bertakbir.

MUAZ
Eh nanti jap.aku Ingat macamni lah apakata duduk
tunggu kat sini saja sampai habis dieorang bertakbir
rasanya tak elok kalau kita masuk dan gangu
diaorang nak bertakbir

BASYIR
Betul juga tu abang.abang Kita tungu sini jela
sampai habis takbir aku tau kau rasa berdosa sangat
dengan abah.aku Pun sama rasa berdosa sangat
dengan abah

ANAS
Aku Risau sangat takut sesuatu berlaku jadi macam
cerita-cerita yang selalu keluar kat tv tu raya
terakhir lebaran terakhir syawal terakhir aidilfitri
terakhir puasa terakhir ramadan terakhir semuanya
terakhir itu yang aku takut sangat

MUAZ
Jangan cakap macamtu abang.aku Pun sedih
juga.berdoalah Semoga malam lebaran yang mulia
ni segalanya dimakbulkan yang maha esa

ANAS
Lebaran kali ni benar-benar mengajar kita untuk
menjadi anak yang berguna kepada ibu bapa

BASYIR
Aku janji nekad lepas raya ni memang aku tolong
abah uruskan perniagaan batu batanya yang menjadi
sumber rezeki buat selama ni sampai maju jaya
peringkat dunia

MUAZ
Aku akan jadi anak seperti yang abah nak.aku Akan
sambung belajar dan buka perniagaan sendiri jadi
usahawan muslim yang berjaya dunia akhirat itu
yang abah nak.aku tak nak main-main menipu
mengarut lagi.

77
70. I/E. RUMAH PAK SALIM - NIGHT

Kelihatan lemang yang dibakar sudah mula rentung. Pintu terbuka luas. Ketika itu
bukhari dan jabar lalu. Niat mereka untuk beraya dengan pak salim Bila mereka masuk
kelihatan tiada orang dan baju raya di atas sofa mereka mengambilnya. Kemudian ke
dapur meninjau. Dilihatnya rendang sudah hangus mereka mematikan api dapur dan
mengambil semua kuih raya atas meja kemudian terus pergi.

JABAR
Halamak ceria meriah betul rumah pak salim mawla
nak sambut raya

BUKHARI
Pintu pun terbuka luas.mesti Pak salim dah
balik.jom Kita jadi orang pertama beraya dengan
dia lagipun dia satu-satu orang tua kampung ni yang
paling aku respek sekali

JABAR
Dia selalu bagi tazkirah buat kita dia selalu ajak kita
buat baik orang tua yang lain semua nak bedal kita
ja termasuk keluarga kita sendiri.

BUKHARI
Dia mana pernah marah kita sound sampai tahap
makan usus.dia Selalu sangka baik percaya kita dan
selalu bagi peluang kat kita.macam Macam dia
sedekah kat kita tapi sayang dapat anak macam
musang.

JABAR
Kalau dia takda dalam kampung memang terukla
orang macam kita eh baju raya lawa ni angkat jela
ada juga baju raya kita tahun ni

BUKHARI
Kuih pun ada memang rezeki angkat jela takpa aku
jamin orang macam pak salim mesti halalkan punya
apa yang kita ambik ni lagipun dulu dia pernah kata
datanglah rumah dia bila-bila masa ambik apa saja
jangan malu segan anggap macam bapa kandung
buat macam rumah sendiri jadi memang tak
salahlah

JABAR

78
Tutup api dapur tu nanti terbakar habis rumah
kesian diaorang sekeluarga tak ada tempat nak
beraya

71. EXT. MASJID - NIGHT

Basyir tertidur ditangga masjid. Anas hanya duduk termenug manakala muaz pula
menangis tersedu-sedu kerana menyesal. Sebaik takbir habis dilaungkan semua keluar.

ANAS
Abah..abah abah maafkan abang. Abah mengaku
abang salah abang berdosa besar dengan abah
selama ni

MUAZ
Abah baby pun minta maaf banyak-banyak dengan
abah dari hujung rambut sampai hujung kaki
ampunkanlah baby abah

BASYIR
Maafkanlah adik abah adik mengaku adik tipu abah
selama ni adik bagi abah duit haram maafkanlah
adik abah jiwa naluri sanubari adik tak tenteram
selagi abah tak ampunkan adik

Pak cik mubarak dan pak cik latif terharu melihatnya. Umair,habib dan abu daud
menangis tumpang sedih

PAK SALIM
Abang adik baby anak-anak abah semua.dengar Sini
sayang abah sayangkan kamu semua abah dah lama
maafkan kamu semua abah akui abah juga bersalah
dalam mendidik kamu semua selama ni.abah dah
tak ada orang lain dalam hidup ni kamulah harta
abah yang paling berharga abah rela hilang kilang
bata dari hilang putera abah yang comel ni

UMAIR
Pak salim saya juga nak minta maaf dengan pak
salim sayalah memberi idea bodoh untuk
perniagaan haram kami selama ni maafkanlah saya.
Terima kasih kerana jamin saya sekali haritu

HABIB
Saya juga nak mohon maaf dengan pak salim
kerana saya juga yang mengusul idea banggang

79
untuk perniagaan haram kami haritu terima kasih
juga kerana pak salim jamin saya

ABU DAUD
Alhamdulillah berkat malam lebaran yang mulia ni
segalanya sudah baik

72. I/E. RUMAH PAK SALIM - NIGHT

Muaz menaiki motor dengan bapanya memasuki kawasan rumah mereka. Anas dengan
basyir menaiki kereta ikut belakang

MUAZ
Alamak abah lemang dah hangus aduh abang adik
lemang dah hangus

BASYIR
Wei rumah kita kena masuk pencuri baju raya kena
curi biawak betul

ANAS
Haa!! Baju raya kena curi nak pakai apa raya
esok.laa Tadi kita keluar terlupa kunci rumah pintu
terbuka luas memang rezeki pencuri la

MUAZ
Memang pencuri spesis kasim baba lah.datang
Bawa lori angkut habis semua kuih raya sekali
dengan balang sebiji pun tak tinggal ketupat dengan
rendang mujur dah hangus kalau tak habis diangkut

PAK SALIM
Redhalah dengan setiap apa yang berlaku yakinlah
dengan hikmahnya raya bukanlah terletak pada baju
langsir kuih ketupat lemang rendang tapi meraikan
kejayaan sebulan berpuasa orang Yang puasa baju
buruk pun seronok nak sambut raya

BASYIR
Memangla tapi masalahnya semua tu kami buat
sendiri.bukan beli mesti abah tak percaya punya
kami buat sendiri semua.nak bukti macam mana
lagi sebiji kuih tak tinggal.dah Tu esok takkan
orang datang beraya nak jamu cekodok dengan air
kopi.

PAK SALIM

80
Biarkanlah abah bagi duit kamu pergi pekan beli
apa yang patut untuk keperluan raya malam ni

ANAS
Hissh takpe abah.abah Tak perlu keluar duit tak
perlu susah payah risau fikir semua ni.biar Kami
yang pikul tanggungjawab settle semua ni

73. EXT. RUMAH PAK SALIM - NIGHT

Anas,basyir dan muaz berbincang mengenai persiapan raya kecemasan. masing-masing


kelihatan cemas pak salim hanya tersenyum melihat dari tingkap

BASYIR
Aduh kusut betullah otak baru nak o.k Settle satu
benda datang pula benda baru.ada Saja nak jadi

ANAS
Suspek pun aku dah tahu sapa cuma takda bukti ja
dapat memang nahas aku bedal lunyai biar
meniarap rasanya

MUAZ
Confirm abah tak percaya kita buat kuih tu untuk
dia habis semua dibedal hanya Makteh dan zuhairah
yang dapat membuktikanya orang pecah rumah
ambik duit barang kemas ini dibedalnya baju raya
dengan semua kuih sebiji tak tinggal

BASYIR
Dahla kita buat penat-penat penuh keringat nak bagi
abah rasa sentuhan air tangan kita dihari lebaran tak
tercapai juga impian kita

ANAS
Macamnilah keluarkan semua duit kauorang yang
ada kita gabung beli keperluan raya apa yang patut
untuk esok.Jangan minta atau ambik duit dari abah
biar kita pula pikul tanggungjawab kali ni.bak Sini
duit

MUAZ
Ini ja yang aku ada

81
BASYIR
Ni last yang ada duit raya untuk budak budak esok
korban jela

ANAS
Semua rm200.aku Pegang rm50 untuk kecemasan
kau ambik rm150 pergi pekan malam ni beli baju
raya 4 pasang dengan kuih yang lelong dan
termurah minyak kereta rm10 ja tau

MUAZ
RM150 nak beli baju raya apa? Baju hujan boleh la

74. INT. RUMAH PAK SALIM - MORNING

Jam 4 pagi. Anas,basyir dan pak salim tidur berkelimpangan di ruang tamu. muaz pulang
mengetuk pintu pak salim buka

MUAZ
wei Bangunlah try baju raya ni muat ke tak ini ja
yang ada offer raya

BASYIR
Laa jubah dibeli dah takda orang jual baju melayu
ke kat pekan tu?

ANAS
Aduh dibelinya jubah dengan serban ni bukan raya
haji.tak boleh harap

MUAZ
Dah jubah pasangan dia serbanla takkan nak pakai
jubah dengan songkok tengkolok pula agak agakla
Mana cukup bajet rm150 nak beli baju melayu
sampin songkok 4 pasang ini ja yang ada sekali
harga serban

PAK SALIM
Takpala jubah serbankan pakaian nabi.sunnah kalau
kita pakai.kalau bukan kita yang pakai siapa lagi
abah suka jubah ni pandai baby beli

ANAS
Baju dah ada.ha kuih raya kau tak borong sekali tadi
confirm murah

MUAZ

82
Nak borong apanya bajet tak cukup

BASYIR
Ya allah duit zakat tak bayar lagi

MUAZ
Nah baki rm30 cepat pergi bayar duit zakat rumah
pak cik mubarak

PAK SALIM
Tak perlu esok pagi ja kita bayar sebelum solat
sunat aidilfitri

MUAZ
Ha adik tunggu apa lagi sekarang juga kau pergi
dapatkan kuih raya pandai pandailah kau cari janji
ada

75. I/E. RUMAH MAK TEH - MORNING

Jam 5 pagi. Basyir memandu kereta bapanya memasuki kawasan rumah mak teh. Sebaik
keluar basyir mengetuk pintu rumah

BASYIR
Assalamualaikum assalamualaikum mak teh oh mak
teh cepatlah buka pintu

MAK TEH
Walaikumsalam walaikumsalam kejap kejap datang
ni.hissh Sapa pula belum subuh dah datang beraya.
La kamu nak apa pagi-pagi buta belum subuh lagi
dah nak beraya tak reti nak tunggu siang hari ke ha

BASYIR
Bukan datang nak beraya kami dalam kecemasan
datang nak minta tolong

MAK TEH
Apa yang cemasnya dah cemas telefonlah talian
kecemasan. nape abah kau orang tak balik lagi.dah
Puas aku pujuk dia. ke biskut raya tak sedap
langsung kau orang buat

83
BASYIR
Bukan.abah dah balik sebenarnya

MAK TEH
Kalau abah kau dah balik nak cemas apanya kau
datang ni nak buat apa

BASYIR
Pencuri masuk curi semua kuih raya sebiji pun tak
tinggal kitaorang nak raya macamna nak beli duit
tak ada.jadi Nak minta sikit kuih dengan mak teh
kuih raya boleh?

MAK TEH
Hai kauorang ni kalau tak menyusahkan aku
memangla dah pergilah masuk ambik kat dapur tu

Basyir mengeluar bakul lalu masuk terus ke dapur. Makteh terlelap disofa. Basyir
mengangkut semua kuih lemang ketupat masuk ke dalam bonet dan terus pergi tanpa
menutup pintu rumah. Makteh terus nyenyak tidur di sofa

BASYIR
Terima kasih ye mak teh sayang mak teh selamat
hari raya mak teh cak!

76. INT. RUMAH PAK SALIM - NIGHT

Pagi raya mereka berjubah beratur pak salim melilit serban dan menyapu minyak
atar.mereka Bermaafan kemudian bersarapan

ANAS
Dari kecik sampai besar bila raya abah ikatkan
sampin kami tapi tahun ni abah lilitkan serban untuk
kami apapun abang minta maaf dengan abah lagi
sekali minta halal segalanya

PAK SALIM
Abah dah maafkan dan dah halalkan segalanya
dunia akhirat.Tak apalah pakai serban jubah pun
comel

BASYIR
Abah betul ke kita sekeluarga nak pakai macam ni
pergi masjid tak kena gelak ke dengan orang

84
kampung nanti. Abah adik minta maaf ya adik
banyak dosa dengan abah selama ni

PAK SALIM
Ya abah maafkan dunia akhirat.nak Kira orang buat
apa kita pakaian nabi ikut sunah bukannya pakai
kain batik dengan t-shirt ultraman

MUAZ
Abah baby pun nak minta maaf banyak banyak
dengan abah.baby banyak menipu abah baby janji
baby akan jadi anak soleh.abah baby beli jubah ni
sebab ni ja bajet yang ada dan pasal kuih raya tu
kami tak tipu memang betul-betul kami buat harap
abah percayakan kami

PAK SALIM
Abah dah maafkan segalanya abah percayakan
semua anak-anak abah murah mahal abah tak kisah
abah suka abah amat menghargainya

BASYIR
Abah jomla kita sarapan dulu sebelum ke
masjid.ada lemang ketupat rendang mak teh bagi
pagi tadi.nanti Lepas solat raya boleh kita terus ke
kubur mak ya abah

77. EXT. MASJID - MORNING

Mereka tiba dimasjid dengan kereta.sebaik Keluar dari mereka menjadi perhatian.
bukhari Dan jabar datang bersalam mereka memakai baju raya anas dan basyir.kemudian
masuk masjid

BUKHARI
Pak cik salim selamat hari raya maaf zahir batin jika
ada salah silap minta dihalalkan semuanya

JABAR
Selamat hari raya pak cik minta maaf dan halalkan
dunia akhirat

85
PAK SALIM
Samalah pak cik pun nak ucap selamat hari raya kat
kamu berdua minta maaflah jika ada salah nanti
lepas solat kamu berdua jemputlah datang beraya ke
rumah pak cik ya

BUKHARI/JABAR
Insyaallah

BASYIR
Macam kenal je baju raya diaorang tu adakah
kebetulan beli sama kedai

ANAS
Dah agak dah memang sah punya selamba je datang
salam buat muka tak bersalah lepastu terus pergi

MUAZ
Apa lagi lepas solat japgi kita lanyak jela cukup-
cukup lepastu hantar balai polis biar rasa

PAK SALIM
Jangan macamtu maafkanlah dan halalkan anggap
sebagai sedekah itu sebaiknya lagipun kita
terhutang budi dengan mereka ingat sikit

ANAS
Jasa budi apanya abah?

PAK SALIM
kalau diaorang tu tak tolong padamkan api dapur
dah hangus rentung rumah kita mungkin harini kita
beraya dalam khemah.yang diaorang ambik tu sikit
ja halalkan

78. EXT. MASJID - MORNING

Selepas selesai solat raya semua jemaah keluar dari masjid sebelum masuk kereta mereka
sempat bersalam dengan beberapa orang kampung dan menjemput datang beraya ke
rumah mereka

PAK CIK MUBARAK


Selamat hari raya ya sahabat salim mawla ya ala ya
ala maaf zahir bati

86
PAK SALIM
Selamat hari raya buat kamu juga dan latif nanti
jemputlah datang beraya rumah kami ya

PAK CIK LATIF


Ya insyaallah tenang sejuk hati aku tengok kau
orang sekeluarga berjubah berserban hari raya ni

UMAIR
Selamat hari raya pakcik anas basyir muaz minta
maafla jika ada salah silap

HABIB
Selamat hari raya pak salim pak cik mubarak pak
cik latif anas basyir muaz.maaf Zahir batin dari saya

ABU DAUD
Muaz aku nak minta maaf banyak-banyakla dengan
kau jika gurauan aku selama buat kau marah
selamat hari raya ya muaz anas basyir pak cik salim
maaf zahir batin ya

MUAZ
Oh takda hal aku dah lupa semua tu takpa kita
kawan nanti jemputlah datang beraya ke rumah aku
ya

PAK SALIM
Ni semua mubarak latif umair abu daud habib
jemput semua datang beraya ke rumah kami ya
nanti

HABIB
Ya pak cik kami datang nanti sekali dengan bukhari
dan jabar katanya nak ikut kami beraya sekali ke
rumah tok imam haji mat jidin dengan tok ketua pak
saleh nanyan
Tapi entah lepas solat hilang terus

79. INT. RUMAH PAK SALIM - DAY

Rumah pak salim meriah dengan kehadiran tetamu datang beraya seperti pak cik
mubarak,pak cik latif,umair,habib,soleh,wak kertu,harun,bangla mesin rumput dan abu
daud.kemudian zaid dan alzubair datang bersama awek masing-masing sekali dengan

87
wardah. Mak teh dan zuhairah menolong bancuh air. Bukhari dan jabar datang memakai
baju raya muaz dan pak salim pula. di satu sudut basyir sedang berbantah dengan makteh

BASYIR
Mak teh saya minta maaflah saya betul takda niat
nak buat macam tu

MAK TEH
Kau tau tak aku Terpaksa duduk rumah kau sampai
magrib harini dan tutup rumah aku harini tak bagi
orang datang beraya sebab tak ada apa nak jamu
semuanya kau dah bedal takkan nak jamu kopi
dengan lempeng orang datang beraya

UMAIR
Selamat hari raya pak cik saya nak minta maaf
banyak-banyak dengan pakcik kerana sayalah yang
bagi idea mengarut untuk perniagaan kami kerana
masa betul-betul dah suntuk dan saya nak ucap
ribuan terima kasih kerana pakcik sudi jamin saya

HABIB
Pakcik saya pun nak ucap selamat hari raya dan
minta maaf dengan pakcik sebab sayalah yang bagi
idea bisnes bodoh kami sampai pakcik terpaksa
tanggung malu dan keluarga pakcik jadi huru hara
terima kasih pakcik sebab jamin saya haritu

MUAZ
Hai macam kenal ja baju raya tu sempat lagi balik
salin wah raya betul budak 2 orang ni hebat hebat

PAK SALIM
Dahla tu abaikan ja bersihkan hati

WARDAH
Pakcik selamat hari raya saya betul-betul nak minta
maaf dengan pakcik sebab sayalah semua ni
berlaku. Sebenarnya muaz dan sewakan kami bilik
berasingan 1 untuk saya dengan kawan saya 1 untuk
zaid dengan Alzubair dan 1 bilik dia sorang

MAKTEH
Kalau dah sewa berasingan macam mana boleh
kena tangkap sekali jin toyol yang dukung ke masa
tidur

WARDAH

88
Macam ni masa tu semua dah tidur saya mandi bapa
saya cal. Saya nak cal balik tapi kredit dah habis
henfon diaorang kredit expiredla bateri habisla.pergi
bilik diaorang ni berkunci pergi bilik muaz tak
berkunci saya masukla kejut muaz nak pinjam
henfon tapi dia tidur mati. Say guna jela tiba-tiba
pegawai pencegah maksiat serbu masuk memang
tergamam habis saya

ZAID
Betul pakcik kami mengaku kami salah kami
menipu tapi kami tak buat maksiat lepas asar keluar
rumah janji jumpa kat bandar buka puasa lepastu
pergi masjid solat magrib isyak Cuma tak terawih ja

ALZUBAIR
Lepas tu barulah kami pergi main snoker atau
karaoke dekat subuh baru balik sahur kat rumah.
Takda apapun sebenarnya cuma tak terawih ja.
Bukan apa lima tahun kat kat asrama terperuk je.
Jadi kami buat semua sebab nak enjoy lepas spm ja

PAK SALIM
Pakcik maafkan Alhamdulillah semua dah sedar
syukurlah kamu semua belum terpesong jauh.raya
ni sama samalah kita bukalah buku baru

MAK TEH
Buku lama ke buku baru lepas raya semua pergi
perbicaraan jangan nak cabut lari kalau nahas kau
orang muaz nak kenduri terus pun boleh

80. I/E. RUMAH PAK SALIM - NIGHT

89
Basyir sedang tekun mencuci pingan di sinki. Muaz sedang mengemas rumah yang
bersepah. anas sedang mengemas meja makan pak salim diluar melihat pelita kemudian
pak salim memanggil mereka

PAK SALIM
Abang adik baby

MUAZ
Ya abah

PAK SALIM
Mari sini semua abah ada hal sikit

BASYIR
Nape abah.adik tengah setle banyak keja lagi ni ada
orang datang nak beraya ke. Suruh jela abang belah
lemang.

PAK SALIM
Bukan.tinggalkan Semua kerja tu nanti esok kita
sambung buat sama

Mereka 3 beradik pergi kepada pak salim

ANAS
Nape abah

PAK SALIM
Yang lalu biarkan berlalu kita buka buku baru

MUAZ
Maksud abah? Abah percayakan lagi ke kat kami
ni?

PAK SALIM
Abah tau sayang abah ni semua baik-baik belaka
jadi abah nak lepas ni. anak-anak abah semua
berniaga betul-betul ada perniaga sendiri.sebelum tu
Pergi dulu kursus keusahawanan.baby Tunggu
keputusan spm kalau ok sambung belajar kalau tak
ok abah hantar belajar ilmu agama di indonesia ya
lepastu balik buka bisnes sendiri

BASYIR
Abah.bagi Abang jela set up bisnes baru.adik Nak
ambik alih bisnes abah sebagai pewaris abah rehat
jela lepas ni ya. Abah kuih raya tu memang betul
kami buat

90
PAK SALIM
Alhamdulillah. Abah percaya

MUAZ
Kami janji akan berubah jadi anak yang baik
macam abah nak

PAK SALIM
Dah jom kita pegi beraya rumah mak teh. Tadi mak
teh call ajak kita datang beraya rumah dia katanya
rindu sangat dengan adik tak puas beraya kat rumah
kita siang tadi

BASYIR
Ha!! Pergi beraya rumah mak teh?

PAK SALIM
Ha ye la kenapa?

Basyir seakan resah mereka mula beredar pergi

91

Anda mungkin juga menyukai