Anda di halaman 1dari 52

Sayembara Kartun

Assalamualaikum,

Sebatang berus Setitis dakwat

Alhamdulillah kehadrat Allah s.wt dengan kehendakNya lahirlah aku kedunia ini dengan secebis bakat yang dikurniakanNya. Atas kesempatan dan bakat itulah dapat aku menyingkap segala ilham yang terlintas di batu jemala ini untuk disayembarakan dengan sebatang berus dan bertitis-titis dakwat yang rebah ke persada kertas. Jutaan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan didalam pembikinan ini iaitu ibu,bapa,isteri,anak-anak, adik beradik,saudara mara,sahabat handai,rakan taulan,kaum kerabat , tokeh alat tulis dan semua yang terlibat. Selamilah dan renungilah segala perkara yang tersurat dan tersirat didalam sayembara ini. Semoga yang baik dapat disimpan dan yang buruk dapat dihumban. Segala yang terkandung dan terkisah didalam Sayembara Kartun ini tiada kena mengena dengan sesiapa jua adanya waima seekor kambing sekalipun. Selamat membaca dan bacalah dalam keadaan selamat.
Perjalanan masih jauh, sedangkan destinasi semakin hampir...

ijoi

Bajet raye..

Jom Clubbing

Main bola

Siapa handal?

Parah ke?

Pindah ke tak nak?

Senjakala

Nak makan apa?

Javascript

Order untuk buka puasa

Khidmat Negara

jangan riak

harta dunia

dengan

Qiamulail

Solat Terawikh

Balik raya

Beli ekor

Demam

Kad Kredit

Pagi Raya

Diam tak diam ,sedar tak sedar, puasa tak puasa, buka tetap buka, bulan puasa sudah pun separuh jalan dan dalam tempoh tu mungkin ramai yang puasa pun separuh jalan atau mungkin berpuasa sampai tak larat nak jalan. Lagu raya pulak dah mula berkumandang dimana-mana baik di radio mahupun di kompleks membeli dan membelah . Untuk memeriahkan lagi suasana bulan puasa ini rancangan carta kegilaan ramai Top 6 kembali lagi dan kali ini akan meninjau dan menyenaraikan tempattempat yang popular bagi orang kita untuk berbuka puasa .

Ditempat ke enam Pasar Ramadhan Kenapa? ingat tak de ke orang yang berbuka kat sini. Dah tentu orang yang berniaga kat sini berbuka kat sini dan termasuklah juga orang yang dah tak sempat nak balik kerana terlalu asyik membelek bermacam juadah . Jalan punya jalan tetiba dah masuk waktu. Maka berbukalah kat situ

Ditempat ke lima Kedai makan/ restoren/medan selera Ni biasalah , bagi golongan-golongan yang tak sempat nak masak atau malas nak masak atau mungkin juga tak reti masak mahupun takde apa yang nak dimasak maka kat kedai makan lah tempat mereka berbuka puasa

Ditempat ke empat Hotel Bagi yang mewah sikit atau yang suka bermewah mewah padahal bukannya mewah sangat pun cuma sekadar nak menunjuk cam mewah, maka dah tentu hotel yang berebut -rebut membufetkan diri menjadi pilihan mereka. Dari hotel tak berbintang sampailah hotel berbumbungkan bintang beribu( takde bumbunglah tu) dipenuhi oleh orang yang berbuka puasa walaupun puasa ntah kemana alih-alih berbuka aje.

Ditempat ke tiga Dalam kenderaan Tak kiralah kenderaan apa, waima kereta lembu sekalipun kalau jalan dah jem,mana nak sempat sampai ke destinasi, maka terpaksalah membuka puasakan diri. Kalau yang dah bersedia dengan makanan dan minuman tak mengapalah no hal punya, bagi yang takde apa nak diminum dan dimakan, korek hidunglah gamaknya...apa boleh buat..

Ditempat ke dua Dimasjid/surau/madrasah Percaya atau tidak tempat ni memang popular sepanjang bulan ramadhan ini. Kalau tak percaya pergilah ke masjid ( tulah lain kali rajinkan diri ke masjid jangan tunggu bulan ramadhan aje) muka yang jarang-jarang kelihatan atau mungkin tak pernah kelihatan langsung pun tetiba je muncul dimuka bumi ni. Bukannya salah..cuma kan ke best kalau lepas ramadhan ni teruskan kunjungan tersebut. Ditempat pertama Gerai haram Percaya atau tidak, tidak atau percaya... inilah hakikatnya, masih ramai lagi orang kita yang berani berbuka puasa atau lebih tepat lagi tak puasa langsung dan kemudiannya dengan tanpa rasa segan silu mengunjungi gerai ini tak kiralah makan kat situ mahupun menapaukan dirinya. Kalau pompuan mungkin boleh terima..uzur agaknya tapi kalau uzur sepanjang bulan musykil jugakkan.... Walau apa pun pokok pangkalnya terpulang kepada kita juga cuma pangkal pokok terpulang pada tanahnya. Ingat anda mampu mengubahnya....

Rokok

Pemusatan fikiran

Pantang sup kambing

Semangat jogging

Masakan sedap

Jarang

Kaki

Segannya

Seksi

Luahan

Jangan jealous

Katakan

jom qiamulail

Lemas

Berbual

Perhimpunan raksasa

Bigfoot

Pencemaran

Kesian

Siapa susah?

Asap

Melabur

Komunikasi

Ulat buku

Dilahirkan di Ipoh namun dibesarkan di Johor Bahru dan kemudiannya mengharungi zaman persekolahan di Kuala Lumpur, Ijoi mula berjinak-jinak dengan bidang kartun sejak dibangku sekolah lagi sebagai hobi untuk mengisi masa lapang. Dalam tahun 1990, setelah tamat tingkatan 5, ijoi mencuba nasib dengan menghantar karya ke ruangan Bakat Baru di Gila-Gila yang ketika itu dikelolakan oleh Rejabhad . Berkat kesabaran dan tidak mengenal jemu untuk terus menghantar karya walaupun tidak pernah disiarkan akhirnya berbaloi bila mana Rejabhad telah memanggil Ijoi untuk menyertai bengkel kartun yang di kendalikan sendiri oleh beliau di studionya di creative enterprise. Setelah berulang alik setiap minggu tanpa rasa bosan dan jemu ditambah pula dengan ketekunan dan kesabaran serta tidak pernah berputus asa menghantar karya tak kira dimana akhirnya berbaloi bilamana kartun Ijoi tersiar juga di sebuah akhbar harian .Semua ini adalah berkat dari bimbingan dan tunjuk ajar Rejabhad . Alfatihah buat Allahyarham dan semoga ruhnya tenang dicucuri rahmat, Amin . Diantara kata-kata azimat beliau ialah Kalau nak mendaki gunung , kenalah mendaki bukit dahulu tanpa melupakan gunung tersebut dan Kalau nak berkartun , berkartunlah dengan sebaikbaiknya, seelok-eloknya, seiklhlas-ikhlasnya, usahlah lilit ikatan kepala bertulis glamour didahi , usah bimbang akan perkataan itu, ianya akan ada selagi anda berkarya.

Salam Aidilfitri

Dari bakar mercun baik bakar lemang. Boleh gak makan

Anda mungkin juga menyukai