Anda di halaman 1dari 1

Pihak sekolah tidak memberi kebenaran untuk mewujudkan unit beruniform pengakap di sekolah

dengan alasan unit ini perlu membayar yuran pendaftaran keahlian kepada persatuan kebangsaan
setiap tahun dan ini membebankan kewangan keluarga

Sebagai seorang guru yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan pasukan pengakap,
bagaimana anda menghadapi situasi di bawah? Berikan penyelesaian terbaik yang dapat
anda fikirkan.
Sebagai seorang guru, untuk menyelesaikan masalah ini adalah berbincang dengan pihak
sekolah secara baik. Dengan adanya perbincangan atau mesyuarat tentang penubuhan
unit beruniform pengakap disekolah dapat mendengar kata sepakat dari semua pihak.
Yang kedua adalah peruntukan bajet sekolah untuk unit beruniform pengakap. Hal ini
membolehkan unit beruniform pengakap dapat diwujudkan atau tidak. Yang ketiga pula,
mengedarkan borang persetujuan unit beruniform pengakap kepada pelajar. Hal ini dapat
dilihat minat pelajar untuk menyertai unit berunitform pengakap disekolah. Isu yuran
keahlian pengakap adalah yuran tahunan dan jumlah yuran tersebut tidak membebankan
kewangan keluarga pelajar. Manakala baju kelengkapan unit berunitform pula kerajaan
telah sediakan kepada pelajar yang menyertai badan berunitform disekolah. Hal ini tidak
wujud tentang bebanan kewangan keluarga pelajar.
Sebagai seorang pengetua atau pengarah kolej, apakah cabaran yang dihadapi di institusi
masing-masing sekiranya mendapat arahan seperti di bawah? Bagaimana cara anda
mengendalikan guru pembimbing unit berunifom yang ingkar arahan tersebut?

Sebagai seorang pengetua atau pengarah kolej mewajibkan semua guru pembimbing unit
berunitform memakai pakaian kokurikulum disekolah pada hari yang ditetapkan. Terdapat
segelintir guru yang melanggar arahan dengan tidak memakai pakaian kokurikulum. Cara
yang pertama adalah memberi peringatan secara lisan kepada guru tidak memakai
pakaian kokurikulum. Yang kedua adalah berjumpa dengan guru yang sama melanggar
arahan pemakaian pakaian kokurikulum serta mendengar masalah guru tersebut. Yang
ketiga adalah memberi surat amaran kepada guru yang ingkar memakai pakaian
kokurikulum. Yang keempat adalah memberi surat kepada pejabat pendidikan daerah
berkenaan guru yang ingkar memakai pakaian kokurikulum di sekolah supaya diambil
tindakan terhadap guru tersebut.

Anda mungkin juga menyukai