Anda di halaman 1dari 3

EPPA3023: PERCUKAIAN I

TUTORIAL 3 : LAIN-LAIN PENDAPATAN

Soalan 1

Sepanjang tahun 2019, En. Mustaqim memperolehi pendapatan-pendapatan berikut:


a) Dividen
i) Dividen dari Syarikat Excel yang beroperasi di Australia
RM1,000

b) Faedah
i) Faedah dari Bank Pertanian Malaysia ke atas simpanan sebanyak RM110,000
pada kadar 6.5% setahun.
ii) Faedah berjumlah RM4,000 dari simpanan tetap Syarikat Kewangan yang
tidak dikecualikan cukai (bermula 1/7/2016 hingga 1/7/2019).
c) En. Mustaqim membeli sebuah rumah pada awal tahun 2016 pada harga
RM160,000. Rumah itu disewakan mulai 1/1/2019 dan beliau telah menyediakan
penyata pendapatan sewa bagi tempoh 1/1/2019 hingga 31/12/2019 seperti
berikut:
Pendapatan RM RM
Sewa 6,600
Premium sewa 1,000
Deposit 550
8,150
Tolak: Perbelanjaan
Faedah atas pinjaman bank 300
Premium insuran kebakaran 400
Cukai taksiran tanah 300
Belanja pembaikan 2,500
Bayaran denda pembuangan sampah 200
Iklan penyewa pertama 700 4,400
Sewa bersih 3,750
Nota : Belanja pembaikan termasuk RM1,500 untuk tambahan bilik air.
d) Royalti
i) En. Mustaqim menerima royalti sebanyak RM50,000 hasil dari penjualan
lukisannya bertajuk ‘Ibuku’ yang dipamerkan di Balai Seni Negara.
ii) Beliau telah menterjemahkan buku “Business Marketing” ke Bahasa
Malaysia dan menerima RM25,000 sebagai royalti pada 31 Disember
2019.

Dikehendaki: Kira pendapatan agregat En. Mustaqim bagi tahun taksiran 2019.
Soalan 2

En. Wong bekerja sebagai pegawai pemasaran dengan gaji bulanan sebanyak RM4,500 di
salah sebuah syarikat di Selangor. Selain dari gaji bulanan, beliau juga memperolehi
pendapatan-pendapatan berikut untuk tahun 2019.
a. Dividen
i. Dividen dari IGB (M) Berhad RM7,500
ii. Dividen dari Amanah Saham Wawasan 2020 RM350
iii. Dividen dari Koperasi Pegawai Selangor RM1,500
b. Faedah
i. Faedah dari simpanan tetap di syarikat kewangan yang tidak dikecualikan
cukai ke atas deposit simpanan RM50,000 adalah sebanyak RM2,400.
ii. Faedah dari CIMB Bank ke atas deposit sebanyak RM110,000 pada kadar
6.5% setahun.
c. Royalti
i. Persembahan Kebudayaan RM 8000
ii. Gubahan lagu RM 10,000
iii. Beliau telah menterjemahkan buku “Marketing” ke Bahasa Malaysia dan
menerima RM 22,000 sebagai royalti pada 31 Disember 2019.

Dikehendaki:

Kirakan pendapatan agregat En. Wong bagi tahun taksiran 2019.

Soalan 3

Berikut adalah maklumat pendapatan Encik Zubir untuk tahun 2019.


RM
Dividen dari Renong Bhd. 6,750
Dividen dari Maxis Bhd. 7,500
Pendapatan sewa rumah A 9,000
(termasuk deposit RM1,000 - dikembalikan)
Kerugian sewa rumah B (1,000)

Maklumat tambahan :
i. Encik Zubir telah membayar cukai pintu tahunan sebanyak RM800 dan hasil
tanah tahunan sebayak RM700 untuk kedua-dua rumah tersebut.
ii. Pada November 2019, rumah A telah dibaiki kerana kerosakan bumbung dan
kebocoran paip dengan perbelanjaan RM3,000 .

Dikehendaki : Kirakan jumlah pendapatan En. Zubir untuk tahun taksiran 2019.
Soalan 4

Encik Rahman merupakan pesara kerajaan yang menerima pencen bulanan sebanyak
RM750 sebulan setelah menamatkan perkhidmatannya pada usia 56 tahun. Encik
Rahman meninggal dunia pada tahun 2019 ketika berumur 70 tahun disebabkan penyakit
jantung berlubang. Beliau meninggalkan seorang isteri, Puan Hasmah dan tiga orang
anak. Pencen beliau seterusnya dibayar kepada Puan Hasmah pada setiap bulan.
Bincangkan secara ringkas sama ada Puan Hasmah akan dikenakan cukai atas
penerimaan pencen tersebut.

Anda mungkin juga menyukai