Anda di halaman 1dari 1

SIMPULAN MAKSUD

BAHASA
Langkah seribu perbuatan melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut dll
Lidah bercabang Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.
Anak emas orang yg dikasihi oleh majikannya (diberikan layanan istimewa)
Bertemu bahu Keadaan yang penuh sesak
Besar hati bangga, gembira
Darah daging kaum kerabat atau saudara sendiri
Jalan buntu tidak dpt berfikir lagi; suntuk akal
Gaji buta gaji yg diterima tanpa bekerja (keras)
Akal budi fikiran yg sihat
Batu api penghasut
Kaki bangku (orang yg) tidak pandai bermain (menyepak) bola
Bermuka dua suka belot, tidak jujur
Berbelah bagi tidak tetap (perasaan pendirian dsb)
Harga diri maruah, kehormatan diri
Panjang tangan suka mencuri
Hidung tinggi sombong dan megah
Bergadai nyawa mempertaruhkan nyawa, meletakkan diri sendiri dlm keadaan yg
boleh menyebabkan maut utk atau kerana seseorang atau sesuatu
Keliling pinggang Menunjukkan sesuatu yang banyak pada seseorang, misalnya
harta atau hutang.
Bintang terang Nasib baik
Memeras otak berfikir (belajar) bersungguh-sungguh
Mandi kerbau mandi dgn tidak membersihkan badan
Ibu pertiwi tanah tumpah darah, tanah air
Atas angin Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah.
Tidur mati tidur dgn sangat lenanya

Anda mungkin juga menyukai