Anda di halaman 1dari 6

NOTA PINTAS DI SEBALIK DINARA

Semasa berada di Lapangan Terbang Senai, Farisha berkenalan dengan Aqram dan secara kebetulan mereka duduk
bersebelahan di dalam kapal terbang ke KLIA. Farisha agak teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh Aqram yang
merupakan pusat kawalan elektronik peribadinya. Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha ketika
Farisha tidur dengan tujuan untuk menguji DNA gadis itu.
BINAAN PLOT-PERMULAAN

PERISTIWA MENARIK-SEBAB(Tertarik dengan


sikap seorang abang yang mementingkan LATAR TEMPAT
keselamatan adiknya
LATAR MASA

Peristiwa Farisha sampai di pintu apartmentnya pada pukul 10.00 malam. Farisha terperanjat apabila melihat pintunya tidak
dapat dibuka. Farisha terpaksa menunggu Shida kawan serumahnya yang sedang bermain skuasy dengan JUJU sebuah
android untuk masuk ke apartment mereka. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana Azraai
(abang Farisha) telah memasang pengimbas retina(retinal scanner) pada pintu apartment yang disewa bersama-sama
Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya.
NILAI KASIH SAYANG/PENGAJARAN/PERWATAKAN WS/LATAR
MASYARAKAT YANG PENYAYANG

Peristiwa Farisha menghantar e-mel kepada Aqram untuk berbincang tentang projek mini yang ditawarkan oleh Aqram.
Ketika e-mel itu di hantar, Farisha dan Rosman berada di warung kecil tidak jauh dari ruman Rosman.

BINAAN PLOT-PERKEMBANGAN

LATAR TEMPAT

Peristiwa Farisha ditawarkan untuk menguruskan satu projek mini oleh Aqram. Aqram bersetuju membincangkan perkara itu
di rumah agam Karl di Puchong dan berjumpa dengan Karl. Karl seorang yang pernah menerima anugerah inovasi peringkat
kebangsaan tiga tahun dahulu. Sebelum berjumpa dengan Karl, Aqram telah memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada
Dr. Maxi dan beliau telah menerangkan tentang projek yang ditawarkan. Mereka menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha
dan Rosman untuk tugas menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu. Dr.Maxi yakin Farisha
boleh melakukannya kurang daripada 4 minggu kerana Farisha seorang yang bijak dan telah berjaya menggodam sistem
di Bank Sapurba. Farisha meminta sedikit waktu untuk membuat keputusan. Farisha telah meminta pendapat abangnya
Azraai sama ada ingin menerima tawaran tersebut. Azraai telah menasihati Farisha agar menerimanya kerana peluang
hanya datang sekali.

KONFLIK-WATAK PERWATAKAN WU-FARISHA-1.BIJAKSANA/SEORANG YANG BERWASPADA


UTAMA/CARA
SELESAI MASALAH

LATAR TEMPAT
Peristiwa Farisha ketika berada di rumah agam Karl di Puchong. Sebelum pulang Farisha dan
Rosman diberi peluang untuk melihat Karl yang terlantar sakit barah. Projek Dinara yang diteraju
oleh Karl terhenti kerana dia sakit. Farisha teringat akan ayah dan ibunya yang menghidap
barah tulanG
TEKNIK PLOT-IMBAS KEMBALI

LATAR
TEMPAT

Peristiwa di bilik Dr.Maxi di Soft Lab, Alia bertengkar dengan Dr. Maxi kerana banyak data pengetahuan dan perasaannya
telah dipadamkan. Alia tidak berpuas hati dan berasa agak berang kerana tidak mengetahui rancangan sebenar Dr.Maxi.
Tindakan Alia itu juga menggambarkan dia mempunyai perasaan cemburu dan tidak gemar jika ada perempuan lain yang ada
hubungan dengan Karl
NEGATIF/TIDAK WAJAR
DICONTOHI
LATAR TEMPAT BINAN PLOT-KLIMAKS
Peristiwa Farisha telah diundang oleh Abang Azraai untuk makan malam di rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang
Azraai, kak Mariah dan kedua-dua anak mereka Aina dan Dina. Alangkah terharu bercampur sedih apabila dia
mendapat tahu bahawa abangnya mengalami sakit jantung dan perkara kedua yang amat mengejutkannya ialah,
dirinya ialah anak angkat kepada ibu dan ayahnya. Malam itu Farisha tidak dapat melelapkan mata.

TEKNIK PLOT-
PERISTIWA SEDIH/PWU(penyayang)/NILAI-KASIH SAYANG SASPENS/KEJUTAN

TEKNIKPLOT-SASPENS/KEJUTAN

Peristiwa Farisha tiba-tiba pengsan di Soft Lab sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah sedar.
Aqram,Dr.Maxi,Khairul Anwar dan Alia terkejut dengan peristiwa itu. Mereka memanggil pasukan perubatan dan Farisha
dibawa ke hospital kerana tekanan darahnya terlalu tinggi. Aqram, Khairul Anwar dan Dr. Maxi hairan dan menurut Aqram
dia sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian lama tiada pula maklumat tentang sebarang penyakit yang
membimbangkan.

LATAR TEMPAT
Peristiwa di hospital di wad 2B ketika Aqram mencari maklumat pada badan Farisha dengan menggunakan satu alat
sepanjang enam sentimeter. Aqram mendapati alat itu bertukar menjadi warna merah yang menunjukkan tahap kesihatan
Farisha tidak memuaskan. Farisha terus lena kerana abangnya Azraai telah meminta doktor memberikan ubat tidur
kepadanya. Azraai juga membohongi doktor bahawa mikrocip di dalam badan Farisha yang kelihatan di CT-scand itu
adalah dalam pengetahuan Farisha yang dia sendiri sukarela menjalani satu uji kaji untuk sebuah universiti. Perkara itu
juga adalah amanah ibu bapanya supaya semua mikrocip itu mesti kekal dalam tubuh Farisha dan dia mesti berkhidmat di
Soft Lab apabila diperlukan.

PERWATAKAN WS-AZRAAI-AMANAH

LATAR TEMPAT

Peristiwa Shida diminta oleh Alia pergi ke Makmal B. Satu pembedahan untuk menanam mikrocip telah dilakukan ke
atasnya. Dia tidak diberitahu. Pada petang itu selepas sedar, apa yang dilakukan ke atas Farisha dilakukan pula ke atas Shida.
Kali ini tindak balasnya lebih teruk lagi. Bibirnya menggeletar,giginya terketap-ketap, tubuhnya menggigil dan nafasnya
tersekat-sekat. Khairul Anwar dan Aqram mahu memadamkan ingatan Shida kerana jika ingatannya tidak
dipadamkan ini akan merosakkan otak shida tetapi Dr.Maxi melarangnya. Naluri penyelidik telah menguasainya. Dr. Maxi
berdegil dan hanya mahu memberhentikan ujikaji itu selepas lima minit. Aqram dan Khairl Anwar berasa simpati.

NILAI KEMANUSIAAN-SIMPATI

125
Peristiwa yang berlaku ke atas Shida di Soft Lab. Karl bercakap melalui Shida. Karl menyatakan bahawa Khairul
Anwar ialah seorang budak pengemis yang bernama Muhammad Irfan yang telah diganti ingatannya. Khairul
Anwar sangat berang.Karl juga menyebut bahawa dia memukul seorang wanita sehingga menjadi cacat.
LM-MASYARAKAT SAINTIS YANG
NEGATIF/TIDAK BOLEH DICONTOHI- TAASUB AKAN TEKNOLOGI
MEMENTINGKAN DIRI
PENGAJARAN-KITA MESTILAH MEMANFAATKAN SAINS DAN
TEKNOLOGI UNTUK KESEJAHTERAAN MANUSIA-BUKAN SEPERTI KARL

Peristiwa di Soft Lab, Alia berkomunikasi dengan Shida dan memberitahu bahawa wanita cacat itu ialah
dirinya yang dipukul oleh Karl kerana dia enggan meninggalkan agamanya. Karl tidak percaya akan
kewujudan Tuhan.Nama sebenarnya ialah Rusmina. Karl telah menjadikannya cyborg dan memberikan
namanya Alia.
NEGATIF/TIDAK BOLEH DICONTOHI-TIDAK PESOALAN MANUSIA TIDAK
PERCAYA KEWUJUDAN TUHAN MENGAKUI KEWUJUDAN TUHAN

Peristiwa Dr. Maxi dapat berbual dengan Karl melalui Shida. Dalam masa yang sama Farisha telah berada di situ bersama-
sama Marilyn/Medina, dan dua orang pengikutnya. Di sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl
ialah bapanya yang telah sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di Soft Lab iaitu
mengaktifkan sistem Dinara. Marilyn menjadi musuh kerana Karl telah mensabotaj fikirannya menggunakan fikiran
seorang bekas banduan dan akibatnya Marilyn/Medina menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha. Dr. Maxi
dan Aqramlah yang menyelamatkan Farisha dan dibawa kepada keluarga angkatnya iaitu keluarga Azraai. Farisha juga
mendapat tahu bahawa Aqram juga adalah cyborg seperti Alia.

PERSOALAN DENDAM MEMBAWA


KEHANCURAN
LATAR TEMPAT

Perstiwa Dr Haris memberitahu bahawa Karl semakin tenat di rumah agamnya di Puchong. Farisha bertemu ayah
kandungnya Karl yang semakin tenat. Karl terbaring tidak berkata-kata. Dr. Haris menyatakan bahawa aktiviti otaknya
semakin menurun. Semua orang yang ada di situ masuk bergilir-gilir mendekati Karl. Bermula dengan Aqram, Dr. Maxi,
Khairul Anwar, Medina, Alia, dan akhirnya Farisha. Farisha menyatakan walaupun dia tdak sempat mengenali Karl
tetapi dia pasti akan mengingati Karl.Farisha juga mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya, namun tiada
jawapan. Medina/Marilyn menyesal kerana meninggalkan Karl. Karl akhirnya meninggal dunia pada pukul 7.00
malam. Mayat Karl dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka atas permintaan Karl. Upacara itu selesai pada pukul 9:30
pagi.Selepas upacara tersebut, Farisha mulai perasaan bahawa Shida membisu saja sejak semalam rupa-rupanya “Karl”
masih berada di dalam tubuh Shida dan Karl meminta supaya Farisha tidak berasa risau akan keadaan Shida dan mahu
Farisha menyelamatkan sistem Dinara di Soft Lab.
PWU-FARISHA-PEMAAF
LATAR MASA

BINAAN PLOT-PELERAIAN CERITA-SETUJU DENGAN PENGAKHIRAN CERITA-ALASAN SEBAGAI ANAK


WALAUPUN AYAHNYA TELAH BERTINDAK KEJAM DAN MEMENTINGKAN SAINS DAN TEKNOLOGI, DIA TETAP
MEMAAFKAN AYAHNYA. BEGITU JUGA DENGAN mEDINA YANG MENYESAL MENINGGALKAN KARL

TEMA: Ketaasuban terhadap sains dan teknologi hingga menghilangkan sifat kemanusiaan.

Farisha anak tidak sah taraf kepada Karl dan Medina menjadi korban ketaasuban ayahnya dalam bidang sains. Semasa dia kecil, dia
disuntik oleh Karl dengan pelbagai implan ke dalam badannya semata-mata untuk menjadikan Farisha seorang yang genius. Keadaan
ini menyebabkan ibu kandung Farisha, Medina ingin membunuh Farisha kerana tidak sanggup melihat Farisha yang masih bayi ditanam
implan beberapa kali tanpa diberikan ubat bius.

125

Anda mungkin juga menyukai