Anda di halaman 1dari 1

Pada era pascamodenisasi ini, pengambilan makanan yang sihat

harus dipupuk dan diamalkan oleh setiap anggota masyarakat.


Amalan ini tidak seharusnya semakin dipandang sepi dalam kalangan
masyarakat sebaliknya wajahlah dititiberatkan. Persoalannya, apakah
kelebihan makan secara sihat?
Sekiranya kita makan secara sihat, kita akan mendapat tubuh
badan yang ideal. Pada masa yang sama, kita juga mampu mendapat
vitamin dan mineral yang mencukupi untuk badan kita. Selain itu,
kita dapat mengawal lemak dalam badan dan membina otot-otot
yang diperlukan bagi memperolehi tubuh badan yang diingini.
Di samping itu, masalah lemah jantung juga akan kita elakkan.
Hal ini dikatakan demikian kerana, saluran darah tidak akan disekat
oleh gumpalan lemak yang akibat pemakanan tidak seimbang. Pada
masa yang sama, jantung akan menjadi lebih kuat untuk mengepam
darah ke seluruhan badan kita agar memastikan kandungan oksigen
dalam darah adalah cukup.
Akhir sekali, kita akan sentiasa bertenaga dan tidak mudah
letih. Oleh itu, kita seharusnya mengelakkan pengambilan makanan
ringan kerana tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada
kesihatan badan kita. Dengan ini, kita mampu menjalani kehidupan
seharian dengan baik.
Kesimpulannya, pengambilan makanan secara sihat telah
mendatangkan banyak kelebihan yang seolah-olah tiada penghujung.
Oleh sebab itu, kita haruslah kekal mengambil makanan secar sihat
dan khasiat.

Anda mungkin juga menyukai