Anda di halaman 1dari 1

Karangan Fakta No.

8 (ii)

No.2) Marcapada ini, kita semakin melihat remaja membaca majalah hiburan dengan lebih banyak
berbanding majalah ilmiah. Ini merupakan satu masalah yang serius kerana majalah hiburan seperti
‘Galaxie’, ‘Pop’, ‘Gila-Gila’ dan ‘Hiburan’ mengandungi bahasa pasar serta isi kandungan yang tidak
berfaedah. Masalah yang kronik ini berpunca daripada banyak faktor,yang jelas ternyata di hadapan
kita.

Faktor perdana yang mempengaruhi remaja untuk memilih majalah hiburan ini daripada
majalah ilmiah adalah anggapan bahawa majalah hiburan lebih menarik berbanding majalah ilmiah.
Hal ini demikian kerana remaja lebih gemar akan bahan hiburan berbanding bahan yang berasaskan
ilmiah. Mereka lebih menggemari membaca dan meneliti gosip dan informasi tentang artis dan
penyanyi yang terkenal. Di samping itu, mereka juga membaca majalah hiburan kerana hendak
meniru gaya pakaian artis idaman mereka. Sebagai konklusi, majalah hiburan merupakan pilihan
remaja kerana sesuai dengan cita rasa mereka.

Di samping itu, kesusahan mendapati bahan atau majalah ilmiah berbanding majalah
hiburan juga merupakan antara faktor remaja tidak membaca majalah ilmiah. Disebabkan oleh
permintaan yang sangat tinggi, pihak pencetak telah mencetakkan bilangan majalah dengan kuatiti
banyak, lalu memyebabkan kebanjiran majalah hiburan di pasaran buku. Ini telah menarik perhatian
remaja untuk membeli majalah tersebut, berbanding dengan majalah ilmiah yang susah didapati dan
hanya dijual di kedai buku yang terpilih sahaja. Lantatran itu, kesusahan mendapati majalah ilmiah
juga merupakan suatu faktor yang mengundang remaja untuk memilih majalah hiburan.

Suatu lagi faktor yang menyebabkan remaja memilih majalah hiburan daripada majalah
ilmiah adalah disebabkan oleh masalah harga majalah ilmiah yang sangat tinggi berbanding dengan
majalh hiburan. Harga sebuah majalah ilmiah terletak di antara RM 15 hingga RM 30, sedangkan
sebuah majalah hiburan hanya berharga dari RM 3 hingga RM 12. Disebabkan oleh harga majalah
ilmiah yang sangat tinggi, remaja tidak mampu membeli majalah ilmiah. Hal ini demikian kerana
harga tersebut telah melebihi kuota penggunaan wang harian mereka. Oleh itu, mereka akan
berusaha mencari bahan bacaan yang lain untuk memenuhi masa lapang mereka, dan secara tidak
langsung mereka akan membeli majalah picisan lalu memilih bahan bacaan ini sebagai pilihan utama
mereka.

Sebagai natijahnya, remaja memilih majalah hiburan berbanding majalah ilmiah kerana
dipengaruhi banyak faktor yang berbeza sama sekali. Walaubagaimanapun, remaja harus menyedari
akan manfaat yang dapat mereka peroleh daripada majalah ilmiah, seperti meluaskan pengetahuan
am tentang dunia kita. Majalah-majalah ilmiah yang diimport seperti ‘Reader’s Digest’, ‘Discovery
Channel Magazine’, ‘National Geographic Channel Magazine’ dan ‘Scientific American’ bukan sahaja
mampu menimba ilmu pengetahuan remaja, malah juga dapat mengajar kita tentang negara asing.
Oleh itu, remaja haruslah menyedari kepentingan membaca bahan ilmiah kerana “membaca itu
jambatan ilmu.”

Anda mungkin juga menyukai