Anda di halaman 1dari 1

Bahan-bahan Bacaan Picisan: Pendapat dan Isu

Dalam era globalisasi ini, mempunyai ilmu yang tinggi memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sesebuah
negara dan bangsa. Walaupun kesedaran ini wujud dalam kalangan remaja dan belia, tetapi pada hakikatnya mereka
lebih cenderung membaca bahan-bahan bacaan picisan yang rendah nilai ilmu akademik serta tiada berkualiti.
Pepatah Melayu mengatakan membaca itu jambatan ilmu. Namun, sedar atau tidak masyarakat kita pada hari ini telah
terkeluar dari landasan makna sebenar kata-kata hikmah ini. Hal ini demikian kerana media massa, sama ada media
elektronik mahupun cetak, masing-masing ghairah mempromosi majalah-majalah hiburan terbitan syarikat sendiri atau
syarikat seperti majalah Cleo dan Wanita demi mengaut keuntungan. Ini secara langsung menyemai suatu budaya
seolah-olah bahan bacaan picisan ini lebih diutamakan berbanding dengan buku-buku akademik.
Bapa borak, anak rintik, begitulah situasi ibu bapa kini yang kian hari kian moden turut menggalakkan anak-anak mereka
membaca dan memilik bahan bacaan picisan ini tanpa sebarang penyeliaan atau kawalan. Tanpa teladan yang baik
daripada ibu bapa, maka hilanglah arah dan tuju anak mereka dalam akademik sekolah di mana artis dijadikan idola dan
bukannya guru atau ibu bapa sebagai contoh. Lantaran, kerajaan terpaksa memerah otak untuk mengatasi masalah ini
sehinggakan wujud masalah pelajar tidak berminat untuk ke sekolah atau mempelajari ilmu pengetahuan dunia yang kini
dianggap membosankan.
Kecenderungan remaja terhadap bahan bacaan picisan ini menampakkan trend pembaziran wang. Umum mengetahui
bahawa ilmu yang tertulis dalam buku-buku ilmiah tidak lekang dek hujan, tidak lapuk dek panas. Nilai sebenar bahan
bacaan ilmiah sentiasa ada tetai tidak pada bahan bacaan seperti majalah hiburan ataupun komik manga. Harga yang
walaupun diangga murah apabila dilabur, adalah dianggap membazir jika dibandingkan dengan nilai isi kandungannya.
Lantaran, ini menyebabkan kemerosotan dalam industri penerbitan bahan ilmiah dan sekaligus memudaratkan
rancangan kerajaan untuk menghasilkan masyarakat modal insan sebelum menjelangnya Wawasan 2020.
Dengn ini jelas bahawa bahan bacaan picisan walaupun murah dan menarik dari segi isu sensasinya, pembacaan bahan
seumpama ini dalam kalangan remaja harus dikawal bagi mengimbangi pembacaan bahan-bahan ilmiah yang memberi
lebih banyak informasi dan pendedahan terhadap dunia dan akhirat. Melentur buluh biarlah dari rebungnya mengingatkan
tanggungjawab kita untuk membimbing mereka ke arah yang betul dan cemerlang agar tidak terperosok lebih mendalam
dalam dunia fantasi artis dan hiburan.

Anda mungkin juga menyukai